Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Belajar buat blog yang boleh menghasilkan pendapatan LUMAYAN!

January 26, 2017 by sabree hussin 69 Comments

Belajar buat blog? Untuk apa? Apa rasionalnya? Sekarang ni kan dah ada cara lebih mudah untuk buat duit online mahupun buat kerja-kerja pemasaran.

“Orang sekarang ni lebih banyak guna Facebook dengan Instagram je untuk buat marketing.” 

 

Masih ada lagi ke orang yang nak gunakan blog sebagai medium pemasaran?

Ini antara harapan saya bagi tahun 2017 ni.

(1) Saya harap tahun 2017 ni, orang akan lebih banyak gunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram sahaja untuk buat kerja-kerja pemasaran.

(2) Saya harap pemilik-pemilik blog yang sedia ada sekarang ni akan jadi lebih cuai dan terlupa nak renew domain dan hosting masing-masing.

(3) Saya harap blog-blog percuma yang menggunakan blogspot dan wordpress.com tu pemiliknya akan berhenti update blog-blog tu semua.

(4) Saya harap pemilik blog yang ada sekarang ni tak akan tambah lagi blog yang mereka ada. Cukup hanya guna satu blog sahaja.

 

Katakanlah, setiap apa yang saya harapkan ni jadi kenyataan, maka tahun 2017 ini In Shaa Allah akan jadi makin mudah untuk saya buat duit dengan blog. Tak perlu lagi saya perlu bersusah payah nak bersaing dengan penulis-penulis blog lain yang hebat-hebat belaka.

 

Kalaulah ramai yang sedar, betapa mudahnya nak buat duit dengan blog… pasti ramai yang nak belajar buat blog sekarang ni.

Pada waktu mula-mula saya nak belajar buat blog sekitar tahun 2009 dulu, niat saya cuma satu. Saya nak buat duit dengan blog. Dalam kepala waktu tu, saya dah fikirkan, “kalaulah satu hari nanti aku dah tak kerja dengan orang, aku akan fokus untuk buat duit dengan blog je.” Kemudian saya akan buktikan, bahawa dengan blog “kita bukan sahaja boleh jana pendapatan, malahan jika dibuat dengan betul, kita juga boleh kumpul kekayaan.”

 

Ia bukan sesuatu yang mudah, namun at the same time, ia juga bukanlah sesuatu yang mustahil.

 

Bagaimana sebuah blog boleh digunakan sebagai alat untuk menjana pendapatan?

Bagi mereka yang memang dah berpengalaman, sudah tentu mereka telah sedia maklum bahawa blog sememangnya berpotensi untuk dijadikan medium untuk kita jana pendapatan secara atas talian. Namun, jika topik ini agak asing bagi anda, maka silakan baca perkongsian ini dari mula sampai habis.

 

Saya nak cerita bagaimana blog boleh dijadikan sebagai medium penjanaan pendapatan. Ini antara topik yang akan saya sentuh dalam posting ini.

(1) Bagaimana buat duit dengan program pengiklanan

(2) Bagaimana cara nak hasilkan pendapatan dengan program affiliate dan juga dropship

(3) Macam mana cara nak buat duit dengan menawarkan servis Advertorial dalam blog.

 

Selain itu, saya juga akan sentuh secara ringkas bagaimana cara buat blog anda ibarat sebuah mesin buat duit yang terus menerus menjana pendapatan bagi anda tanpa henti. Bagaimana? Berminat nak tau? Jom teruskan pembacaan.

 

Cara hasilkan blog yang mampu jana pendapatan dalam program pengiklanan

Kejayaan atau kegagalan anda buat duit dengan cara ini, amat bergantung kepada satu faktor, iaitu berapa banyak trafik yang anda terima pada blog anda. Lagi banyak trafik maka lagi besar potensi pendapatan yang anda boleh hasilkan.

 

Di peringkat permulaan, anda boleh cuba setai program pengiklanan Nuffnang.

Klik untuk baca: Bagaimana cara jana pendapatan secara pasif dengan Nuffnang

belajar-buat-duit-dengan-blog

Seperti yang anda dapat lihat, blog ini juga menyiarkan iklan dari Nuffnang. Atas ni pula adalah sebahagian daripada pendapatan yang terkumpul daripada program pengiklanan ini.

 

Memandangkan blog ini tidaklah begitu tinggi dari segi trafik, maka pendapatan yang berjaya dihasilkan juga tidaklah begitu tinggi. Saya rasa kalau blog anda ada trafik yang banyak, anda patut boleh dapat income yang lebih tinggi dari apa yang saya berjaya hasilkan.

 

Lagi satu, pada pandangan saya, kebanyakkan pelawat blog ini adalah mereka yang mengakses menggunakan peranti mobile atau smartphone. Mungkin sebab itu income dari Nuffnang agak perlahan. Untuk menguji sama ada teori saya ni betul atau tidak, saya pun pasangkan iklan Mobicow yang hanya boleh dilihat oleh pengguna smartphone.

 

Hasilnya tak sampai sebulan dah boleh dapat komisen dari Mobicow. Bawah ni pula adalah komisen pertama dari Mobicow yang saya terima.

bayaran-komisen-mobicow

Jadi, untuk mereka yang nak fokuskan pendapatan pada program pengiklanan seperti ini, saya sarankan anda fokus untuk naikkan trafik dengan melakukan dua perkara ini. Pertama, perbanyakkan buat kerja-kerja pemasaran untuk blog anda, dan kedua, banyakkan bilangan artikel yang disiarkan dalam blog tersebut.

 

Kedua-dua cara ini TERBUKTI boleh membantu naikkan trafik blog. Terpulang pada anda nak fokus yang mana satu. Cuma dari pemerhatian saya,

Kalau anda terlalu fokus pada aktiviti pemasaran blog, trafik anda mungkin akan jatuh merudum jika anda berhenti buat pemasaran.

Sebaliknya, jika anda fokus untuk tambah artikel baru dan memperbanyakkan artikel, diperingkat permulaan mungkin trafik anda tetap rendah, namun setelah satu masa, anda akan dapat trafik yang konsisten walaupun tak buat sebarang kerja-kerja pemasaran.

 

Teknik hasilkan pendapatan menerusi Program Affiliate dan Dropship

Ok… ini saranan saya buat anda yang baru nak belajar buat blog tu. Tak payahlah nak fokus sangat dengan program pengiklanan ni. Lebih baik anda fokus sahaja pada program affiliate dan juga dropship sahaja. Ataupun kalau macam saya, saya lebih suka fokus pada program affiliate.

 

Dari segi potensi pendapatan, ianya berkali ganda lebih baik dan lebih tinggi berbanding program pengiklanan. Saya suka program affiliate seperti Lazada Malaysia yang ada jual macam-macam jenis produk.

buat-duit-dengan-lazada

Kita tak perlu susah payah nak jawab pertanyaan pelanggan, tak perlu hantar barang kepada pelanggan, pembungkusan semua tu bukan kerja kita. Cukup sekadar kita kongsi link affiliate sahaja, itu dah cukup memadai. Sebagai contoh, kita bawa pelawat untuk masuk ke homepage Lazada. Seterusnya, tak kira apa yang dia beli, kita tetap akan dapat komisen.

 

Walaubagaimanapun, dari pengalaman saya buat duit dengan Lazada sepanjang tahun 2016, saya dapati adalah lebih efektif untuk dapat komisen jika kita fokus untuk promosikan sesuatu produk secara spesifik berbanding kita hanya bawa trafik ke homepage. Anda boleh cuba sendiri dan lihat perbezaannya.

Baca juga: Pengalaman buat duit dengan Lazada sepanjang tahun 2016     

 

Bagi mereka yang bercita-cita nak buat ribu-ribu ringgit setiap bulan hanya dengan mempromosikan produk-produk affiliate, saranan saya

(1) Banyakkan menulis artikel dalam blog anda. Sebaik-baiknya tulis satu artikel setiap hari.

(2) Dapatkan targeted trafik. Kalau nak jual barangan kanak-kanak, kena banyakkan perkongsian topik tentang keibubapaan sebab mereka ini adalah calon pembeli terbaik.

(3) Belajar dan kuasai teknik penulisan copywriting. Bukak juga kitab-kitab buku dan ebook dari luar negara, sebab mereka ni lebih advance dari kita dalam bab-bab copywriting.

 

Bagaimana cara nak hasilkan pendapatan dengan mengambil upah menulis iklan Advertorial?

Kalau anda nak tahu, buat duit dengan cara ini adalah PALING BEST, PALING LUMAYAN dan PALING MEMENINGKAN KEPALA.

cara-spiderman-belajar-buat-blog

Pakcik kepada spiderman, iaitu Ben Parker pernah sebut “With great power comes great responsibility”. Kalau kita kaitkan dengan situasi buat duit dengan Advertorial ni pun lebih kurang sama juga. Lagi besar bayarannya, maka lagi besar juga expectation yang dimahukan oleh klien yang mengupah kita. Maka tanggungjawab kita sebagai penulis blog, adalah memastikan setiap sen yang dilaburkan itu untuk mengupah kita adalah benar-benar berbaloi.

 

Saya perhatikan, tak ramai penulis blog yang berkongsi secara mendalam topik tentang buat duit dengan advertorial ni. Pada peringkat awal saya nak libatkan diri dalam bidang penulisan advertorial ni, saya juga terpaksa buat banyak trial and error… sampailah saya temui satu formula yang betul-betul sesuai dengan diri saya.

 

Bila dah jumpa formula tu, barulah saya nampak… oh rupa-rupanya bukan susah sangat nak buat duit dengan advertorial ni. Memandangkan tak ramai penulis blog yang suka kupas perkara ni secara mendalam, maka saya berpendapat, ia mungkin ada sebab yang tersendiri.

 

Rata-rata penulis blog yang saya jumpa, mereka berhenti setakat ayat “…kita juga boleh buat duit dengan menawarkan servis penulisan artikel advertorial ataupun artikel review”. Persoalan yang lebih penting, seperti dari mana nak dapatkan job? Bagaimana cara buat pemasaran? Bagaimana cara buat tawaran kepada bakal pelanggan? Semua persoalan ini tidak dijawab dan buatkan saya sendiri agak terkapai-kapai untuk dapatkan maklumat tersebut.

 

Saya tak akan tulis secara panjang lebar disini, tapi rasanya cukuplah saya cerita secara on the surface sahaja. Seterusnya, terpulang kepada anda untuk cari jawapan sendiri, bagaimana anda ingin dapatkan klien yang sesuai untuk bekerjasama dengan anda.

 

Satu perkara yang anda perlu tahu, selain perlu cari klien yang sudi beri anda job, anda juga perlu pilih klien yang bagaimana yang anda nak kerjasama? Sekali lagi saya tekankan, ANDA WAJIB PILIH KLIEN YANG BETUL. Bukan semua klien kita patut bantu atau kita patut bekerjasama dengan dia.

 

Dari pengalaman saya bergiat dalam bidang penulisan advertorial ini, ada dua corak pemikiran yang akan membentuk dan mempengaruhi tindakan kita.

Pemikiran Pertama – Tak ada siapa yang sanggup untuk upah saya menjadi penulis advertorial.

Pemikiran Kedua – Ada RAMAI yang sanggup bayar saya MAHAL-MAHAL untuk minta saya tulis pasal bisnes mereka. 

 

Saya pernah berada dalam bentuk pemikiran yang pertama, dan saya juga pernah berada dalam bentuk pemikiran yang kedua.

 

Jika anda percaya tak ada siapa yang sanggup untuk membayar anda upah untuk menulis, maka anda betul. Sebaliknya, jika anda percaya, diluar sana terdapat ramai pemilik perniagaan yang akan dapat banyak manfaat dengan bekerjasama dengan anda dan sanggup bayar anda upah yang tinggi, anda juga betul.

 

Ok sekarang ni, tugas kita adalah menyakinkan bakal klien bahawa blog kita ni memang power dan cukup sesuai untuk bantu perniagaan mereka berkembang. Persoalannya, bagaimana cara anda dapat buktikan itu semua?

 

Memandangkan tiada satu blog yang sama, maka agak susah untuk kita tiru orang lain yang dah berjaya. Lagipun, ada banyak kerja-kerja belakang tabir yang memang tak akan didedahkan kepada orang lain.

 

Akan tetapi, untuk membuktikan yang blog anda mampu untuk bantu usahawan-usahawan tu semua, saya cadangkan

(1) Anda buktikan yang blog anda ada banyak trafik. Ini mudah sahaja. Tunjuk sahaja statistik blog anda kepada bakal klien anda.

(2) Anda join program Affiliate dan buktikan yang anda mampu dapat komisen. Program affiliate memerlukan kita buat jualan. Jika anda ada pengalaman dan kepakaran menjual, ia adalah satu poin yang bagus untuk menyakinkan bakal pelanggan.

(3) Anda tunjukkan penulisan terbaik yang anda boleh dan pernah hasilkan.

(4) Anda berikan testimoni dari klien anda yang pernah dapatkan servis dari anda sebelum ini.

(5) Anda bina artikel khas yang lengkap dengan ramuan dan formula copywriting bagi menyakinkan bakal klien untuk dapatkan servis dari anda.

 

Saya tak tau sama ada formula ini akan berkesan untuk anda ataupun tidak. Tetapi, untuk saya, ianya memang berkesan. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, tak ada satu blog yang sama. Semua blog adalah unik. Walaupun blog tersebut adalah blog copypaste, ia juga tak akan sama dengan blog yang asli.

 

Sebenarnya memang tak rugi belajar cara buat blog. Lebih-lebih lagi jika anda merancang nak buat blog bagi tujuan buat duit. Saya percaya, jika anda konsisten dan terus menulis, anda akan nampak ada macam-macam cara nak buat duit dengan blog anda tu.

 

Tahukah anda? Anda juga boleh buat duit dengan blog anda sekiranya anda rajin menyertai kontes-kontes yang banyak diadakan oleh blogger lain. Ok kalau anda minat nak buat duit dengan cara ini, boleh klik pada banner dibawah ni.

Kontes ini turut disertai oleh:

Senarai Peserta Contest SEO Belajar Buat Blog

  1. calrasepatrick.blogspot.com
  2. nonasani.blogspot.my
  3. missobsesi.blogspot.my
  4. sayidahnapisah.com
  5. mommyfiqa.com
  6. bloggerlelaki.com
  7. ciklapunyabelog.blogspot.my
  8. dianarashid.com
  9. susahsenangblogger.com
  10. at-tarmizi.blogspot.my
  11. myideakini.com
  12. amirkhalis.blogspot.my
  13. sayabukancikgu.com
  14. messarah.blogspot.my
  15. jangan-bukak.blogspot.my
  16. fadzirazak.com
  17. heroborneo.com
  18. nikkhazami.com
  19. misztrex.blogspot.my
  20. ummizarra.com
  21. infopelajar2u.com
  22. sabreehussin.com
  23. topseofriendly.blogspot.my
  24. ummiseri.com
  25. saidila.com
  26. qiyasaad.com
  27. kataubaid.com
  28. belajarbuatblogpercuma.wordpress.com
  29. iuzira.com
  30. hiburansabah.com
  31. heroborneo.com
  32. nasitambah.com
  33. aynorablogs.com
  34. ohtiptop.com
  35. jebengotai.com
  36. sensasi2020.com
  37. sayaazieera.blogspot.my
  38. jambubatublog.com
  39. adibsite.com
  40. sishawa.blogspot.my
  41. cikilamenari.blogspot.my
  42. alongxp.com
  43. elihjapahar.com
  44. jiesusanos.com
  45. sianangbumaya.com
  46. bagiblogger.blogspot.com
  47. vitamin-cerdik.com

 

 

 

 

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Apa kriteria yang perlu ada pada sesebuah blog bagi menghasilkan blog yang TERBAIK!
  2. Bagaimana cara menghasilkan blog yang mempunyai ramai pengunjung dan trafik yang tinggi?
  3. Pelaburan untuk memiliki laman web yang boleh menghasilkan wang
  4. Bagaimana Orang Malaysia Boleh Buat Duit Lumayan Dalam Matawang USD?

Filed Under: Blogging Tagged With: belajar buat blog, buat duit dengan blog, cara jana pendapatan dengan blog, panduan bina blog, panduan tulis blog

Comments

  1. Bisnes Online says

    January 26, 2017 at 8:33 pm

    owh ada contest ye, tp nampaknya apa yang bro tulis ni pun memang best, itulah dia kelebihan belajar dan mempunyai blog

    Reply
    • sabree hussin says

      January 27, 2017 at 5:08 pm

      Yup contest SEO. Join la jom 😀

      Reply
  2. Reza says

    January 27, 2017 at 12:59 am

    nak tanya boh.. kenapa bila saya guna nuffnang dia tak generate income pun? macam takde campaign je or kena tunggu certain period baru ade?
    terima kasih untuk pencerahan

    Reply
    • sabree hussin says

      February 1, 2017 at 11:59 pm

      Jawapan yang secara SPESIFIK dan tepat, saya tak tau. Tapi, kalau nak jawapan yang tidak official, saya ada jawab menerusi post berikut –> http://www.sabreehussin.com/kenapa-iklan-nuffnang-dalam-blog-saya-tidak-hasilkan-sebarang-income/

      Reply
  3. Mayy Jie says

    January 27, 2017 at 1:20 am

    Salam Tuan,

    Hehehe, kalau tiada saingan, memang seronok buat duit, tapi tak meriahlah dunia kita.

    Terima kasih penerangan, sangat berguna utk saya yang baru nak cuba nasib join affiliate program, sangat membantu saya, terima kasih 😀

    Reply
    • sabree hussin says

      January 27, 2017 at 11:23 am

      Wasalam, hoho saya tahu ini tak akan berlaku. Jadi boleh berharap je la 😀

      Reply
  4. Madam Affiliate says

    January 27, 2017 at 1:14 pm

    as-salam brother sabree…

    firstly, madam love this entry. FYI, recently madam ada apply Mobicow after read your post…sedihnya kena reject. Ini baru real huhu!Tak tahu kenapa. Boleh cuba apply lagi ke? 🙁

    Reply
    • sabree hussin says

      January 27, 2017 at 5:03 pm

      Wasalam Madam Affiliate.

      Saya pun ada blog yang kena reject dengan Mobicow. Tapi pihak Mobicow ada bagitahu apa sebabnya, which is code iklan Mobicow tidak dijumpai dalam blog tersebut. Kemudian boleh resubmit. Blog yang kena reject tu blog yang saya gunakan platform blogspot. So far, guna wordpress semua blog saya diterima

      Reply
  5. Hero Borneo says

    January 27, 2017 at 9:09 pm

    blog penulisan tuan memang hebat dan terbaik….

    boleh menang tu dan saya doakan kejayaan buat tuan..

    Reply
    • sabree hussin says

      January 29, 2017 at 2:47 pm

      Terima kasih tuan Hero Borneo untuk doa tersebut 😀

      Reply
      • Hero Borneo says

        February 24, 2017 at 5:48 pm

        sama-sama dan semoga diberi kekuatan dalam dunia blogger

        Reply
  6. zik says

    January 29, 2017 at 12:28 am

    banyak idea sebenarnya untuk buat duit dengan blog..

    Reply
    • sabree hussin says

      January 29, 2017 at 2:41 pm

      Ya memang banyak 😀

      Reply
  7. Jiesusanos says

    January 29, 2017 at 7:10 pm

    Huhu..dpt ilmu sikit2 dari entry ni.. Nk mantapkan skill affiliate jie..huhu..

    Smoga bertuah bro sabree..

    Reply
    • sabree hussin says

      January 30, 2017 at 1:33 pm

      Jie punya skill affiliate tu pun dah makin power dah pun 😀

      Reply
  8. 1001 Petua says

    January 29, 2017 at 9:46 pm

    smoga berjaya ye kpd smua pserta.. 😀 bkan sng nk main SEO ni.. huhu

    Reply
    • sabree hussin says

      January 30, 2017 at 1:32 pm

      Yup betul tu, memang susah. Ada part tertentu yang cukup memeningkan kepala dengan SEO ni.

      Reply
  9. Tanpa Nama says

    January 29, 2017 at 10:03 pm

    assalam bos.

    nak tanya, guna google adsense atau nuffnang lebih untung di malaysia? da try nuffnang tapi mcm dpt campaign je.. atau dia monitor traffic dulu baru dia bagi.

    Reply
    • sabree hussin says

      February 2, 2017 at 12:00 am

      Saya rasa guna Google Adsense lagi tinggi peluang untuk dapat duit berbanding Nuffnang. Namun, bergantung juga kepada beberapa faktor seperti jumlah trafik.

      Reply
  10. jinus says

    January 30, 2017 at 1:29 am

    Semoga berjaya.

    Mohon tunjuk ajar blogger baru seperti saya 😉 . Salam perkenalan…

    Reply
    • sabree hussin says

      January 30, 2017 at 1:31 pm

      Terima kasih tuan Jinus 😀

      Reply
  11. TopSeoFriendly says

    January 31, 2017 at 12:08 am

    Salam… Tuan Sabree Husain. Saya terbiasa follower anda. Bro memang pakar marketing. Boleh jana income melalui blog dan juga cara lain seperti affiliate, emel marketing, pengiklanan dan advertorial.

    Perkongsian yang menarik dan panjang lebar. Memang patut buat panduan.

    Semoga berjaya tuan Sabree Husain dengan Contest SEO Belajar Buat Blog. Insha Allah…

    Reply
  12. TopSeoFriendly says

    January 31, 2017 at 12:14 am

    Salam bro Sabree Husain. Artikel yang terbaik bagaimana nak jana income dengan blog.

    Semoga berjaya dalam Contest SEO Belajar Buat Blog.

    Reply
  13. raihanah says

    February 2, 2017 at 9:41 am

    semoga berjaya tuan

    Reply
    • sabree hussin says

      February 2, 2017 at 1:59 pm

      Terima kasih 😀

      Reply
  14. titan says

    February 3, 2017 at 2:38 am

    pehh..

    hang dah join rupanya eh.

    Reply
    • sabree hussin says

      February 3, 2017 at 7:37 pm

      Ha ha join jugak 😀

      Reply
  15. JebengOtai™ says

    February 10, 2017 at 9:16 am

    semoga berjaya..hehe

    Reply
    • sabree hussin says

      February 10, 2017 at 12:18 pm

      Terima kasih JebengOtai™

      Reply
  16. sensasi2020 says

    February 16, 2017 at 4:16 pm

    Salam….tu dia pakar marketing dah join contest seo. Lihat pada artikel amat panjang dan penuh info tentang belajar buat blog dan cara jana duit dengan blog.

    Semoga berjaya bro Sabree Hussin.

    Reply
    • sabree hussin says

      February 16, 2017 at 4:32 pm

      Terima kasih tuan. Semoga tuan pun berjaya juga dalam kontes “belajar buat blog” ni nanti

      Reply
  17. Hasrul Hassan says

    February 24, 2017 at 11:50 am

    Uhh ramai juga yang belajar nak buat blog kerana nak dapatkan income ehh .. kena cari lubuk betul sesuai dengan kekuatan blog.

    Nak buat blog untuk jana pendapatan boleh je, tapi kena pilih banyak perkara ..
    1- niche
    2- template
    3- cara nak tulis

    Blog buat blog niaga untuk bisnes … 🙂

    Reply
    • sabree hussin says

      February 24, 2017 at 11:58 pm

      Terima kasih tuan sudi komen kat sini. Ada banyak lagi kekuatan blog yang ramai tak nampak lagi tu sebenarnya.

      Reply
  18. Bahrain says

    February 27, 2017 at 4:06 pm

    teringat dulu zaman pasang nuffnang kat blog. memang dapat duit cuma lambat nak tunggu cashout.. hehe.

    Reply
    • sabree hussin says

      February 27, 2017 at 5:31 pm

      Kalau dulu dah rasa lambat nak cash out, sekarang ni lagilah lambat

      Reply
  19. Saji.My says

    March 1, 2017 at 7:52 am

    Semoga berjaya apabila membuat blog yang lumayan.

    Reply
  20. Adib Site says

    March 1, 2017 at 2:09 pm

    Perkongsian yg menarik lebih2 lagi cara buat duit dengan blog. Memang tak dinafikan memang banyak alternatif untuk buat duit ni. Cumanya kena pandai dan faham konsep supaya usaha kita itu berbaloi. Btw, entri tuan seronok untuk dibaca. 🙂

    Reply
    • sabree hussin says

      March 3, 2017 at 1:07 pm

      Terima kasih sudi nak baca 😀

      Reply
  21. Cik Norizam says

    March 8, 2017 at 12:31 pm

    Panjang nya.. hehe jenuh nak baca.

    Doakan saya terus istiqamah dalam ber blog ya 🙂

    Reply
    • sabree hussin says

      March 8, 2017 at 4:30 pm

      Baca slow-slow. Tak dapat baca one shot, baca la sikit-sikit

      Reply
  22. Faezah Abdul Jalil says

    March 8, 2017 at 12:33 pm

    Banyak ilmu baru yang saya dapat dari tulisan tuan. Rasa macam tak mudah tapi tak mustahil nak berjaya jana pendapatan dengan ber-blog.

    Reply
    • sabree hussin says

      March 8, 2017 at 4:29 pm

      Memang tak mustahil. Ramai dah yang berjaya dapat duit at least RM100 setiap bulan dari blog.

      Reply
  23. umiadam says

    April 27, 2017 at 5:23 pm

    tahniah…
    infonya sangat padat. terima kasih

    Reply
  24. Kak Su says

    October 16, 2017 at 9:14 am

    Hihi, wish list for 2017 tu.. Tergelak akak baca. Ok kita nantikan, 2018 akan menjelang tiba, so kita lihat berapa di antara harapan tu jadi kenyataan.

    Reply
    • sabree hussin says

      October 16, 2017 at 5:19 pm

      Saya dah beberapa kali, jumpa blog yang berbeza dimiliki oleh orang yang sama 🙂 Susah juga nak cari blogger yang betul-betul baru sekarang. Kalau ada pun blog mereka amat sukar untuk ditemui.

      Reply
  25. Kak Su says

    November 22, 2017 at 9:51 pm

    Akak lah diantara pemilik blog baru. Akak betul2 masih baru. Blog akak masih lagi di peringkat bayi. Akhir Nov ni, genap 3 bulan usianya. Masih banyak elmu yang perlu di pelajari dan di terapkan. Akak suka baca blog awak. Banyak tip yang akak dapat disini. Terima kasih

    Reply
    • sabree hussin says

      November 23, 2017 at 5:46 pm

      Saya pun ada blog yang baru dibuat awal bulan Oktober yang lepas 🙂 Boleh consider bayi jugak blog tu. Apa pun terima kasih sudi untuk singgah ke blog saya ni ya.

      Reply

Trackbacks

  1. Jom Sertai Contest SEO Belajar Buat Blog Anjuran Coretan Anuar says:
    January 27, 2017 at 5:38 pm

    […] Kalau RM60 setahun kos langganan, nilainya lebih kurang 17 sen sahaja sehari. sabree hussin recently posted…Belajar buat blog yang boleh menghasilkan pendapatan LUMAYAN! […]

    Reply
  2. Belajar Buat Blog Daripada Minat Kepada Buat Duit • Nasi Tambah says:
    February 3, 2017 at 12:16 pm

    […] heroborneo.com, nikkhazami.com, misztrex.blogspot.my, ummizarra.com, infopelajar2u.com, sabreehussin.com, topseofriendly.blogspot.my, ummiseri.com, saidila.com, qiyasaad.com, kataubaid.com, […]

    Reply
  3. Jom Belajar Buat Blog | UMMISERI.COM says:
    February 6, 2017 at 5:24 pm

    […] sabreehussin.com […]

    Reply
  4. Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada? - Soal Jawab .MY says:
    February 17, 2017 at 3:25 pm

    […] tapi anda masih tak berapa pasti bagaimana cara untuk buat kerja-kerja pemasaran tersebut, bolehlah belajar buat blog dengan membaca blog saya yang […]

    Reply
  5. Pengalaman belajar membuat blog menerusi ebook - Sabree Hussin Dot Biz says:
    February 24, 2017 at 7:38 pm

    […] Bagaimana cara saya belajar buat blog? […]

    Reply
  6. Cara belajar buat blog yang senang - Saya bukan cikgu says:
    March 1, 2017 at 1:17 am

    […] sabreehussin.com […]

    Reply
  7. Belajar buat blog guna blogspot blogging, contest - Alongxp.com says:
    March 4, 2017 at 11:44 am

    […] sabreehussin.com […]

    Reply
  8. Seronok ke belajar buat blog? - Sabree Hussin Dot Biz says:
    March 14, 2017 at 2:21 pm

    […] Baca juga: Belajar buat blog yang boleh menghasilkan pendapatan LUMAYAN! […]

    Reply
  9. Hasil buat duit dengan Program Pengiklanan Mobicow bagi bulan Mac 2017 - Sabree Hussin Dot Biz says:
    March 17, 2017 at 2:32 am

    […] Kadang-kadang ebook yang saya beli tu memang ada kaitan dengan topik belajar buat blog. Almaklumlah, bidang ini pun sentiasa berkembang dan akan sentiasa ada benda baru yang perlu kita […]

    Reply
  10. Buat video khas sempena kontes Belajar Buat Blog - Sabree Hussin Dot Biz says:
    March 28, 2017 at 7:47 pm

    […] Video tersebut, saya rakamkan bersempena dengan kontes “belajar buat blog” yang dianjurkan oleh saudara Anuar. Kalau anda sudi, bolehlah tekan play pada video yang […]

    Reply
  11. Komisen Jobdirumah – 31 Mac 2017 – Buat Duit Blogging says:
    April 2, 2017 at 3:43 pm

    […] saya, kalau nak buat duit dengan blog tapi tak tau macam mana caranya, janganlah sombongkan diri. Belajarlah cara buat blog. Kat Malaysia ni pun sebenarnya dah ramai orang yang berjaya buat duit dengan […]

    Reply
  12. Komisen Klikjer – 31 Mac 2017 – Buat Duit Blogging says:
    April 3, 2017 at 12:31 am

    […] tentu kita kena belajar dulu. Dalam situasi saya ini pula, dah tentulah langkah pertama adalah kena belajar buat blog […]

    Reply
  13. oJom Belajar Buat Blog oleh Coretan Anuar | Sianang Bumaya says:
    April 7, 2017 at 12:38 am

    […] sabreehussin.com […]

    Reply
  14. Jom Belajar Buat Blog oleh Coretan Anuar | Sianang Bumaya says:
    April 7, 2017 at 12:40 am

    […] sabreehussin.com […]

    Reply
  15. Buat blog dan tambah pendapatan dengan blog – Buat Duit Blogging says:
    April 10, 2017 at 4:28 pm

    […] Baca juga: Belajar buat blog yang boleh menghasilkan pendapatan lumayan […]

    Reply
  16. Komisen dari Program Affiliate Lazada – 10 April 2017 – Buat Duit Blogging says:
    April 11, 2017 at 9:25 am

    […] tentang mendapatkan income yang lebih lumayan, saya juga pernah menulis artikel mengenai belajar buat blog dan menghasilkan pendapatan yang lumayan sebelum […]

    Reply
  17. Belajar Buat Blog 2 Tips Trafik Blog | Vitamin Cerdik says:
    April 15, 2017 at 7:01 am

    […] sabreehussin.com […]

    Reply
  18. Komisen Affiliate Jobdirumah – 14 April 2017 – Buat Duit Blogging says:
    April 18, 2017 at 12:48 am

    […] belajar buat blog, biar sampai dapat […]

    Reply
  19. Belajar buat blog untuk jana pendapatan pasif seumur hidup | Formula Income Seumur Hidup FI$H says:
    July 5, 2017 at 6:17 pm

    […] Baca juga: Belajar buat blog yang boleh menghasilkan pendapatan lumayan […]

    Reply
  20. Bina laman blog bagi menghasilkan pendapatan pasif seumur hidup! | Formula Income Seumur Hidup FI$H says:
    August 1, 2017 at 7:59 pm

    […] perkara yang saya belajar tentang penulisan di blog ialah, aktiviti ini mampu untuk dijadikan sebagai salah satu sumber […]

    Reply
  21. Belajar Buat Blog : Kelebihan Guna Hosting Murah says:
    April 29, 2018 at 8:10 am

    […] sabreehussin.com […]

    Reply
  22. Kerja sebagai blogger selain jadi freelancer sepenuh masa | Pekerja Dari Rumah says:
    May 3, 2018 at 11:55 am

    […] mula belajar menulis di blog semasa saya masih belajar di universiti. Pada waktu tu, saya dah mula sedar yang satu hari nanti, […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Promosi bisnes homestay menggunakan platform Media Sosial
  • Panduan dan tips bercuti ke Pulau Langkawi buat pengunjung kali pertama
  • Bisnes Lazada – Panduan Lengkap Jual Barang di Lazada
  • Cara menulis ayat untuk menjual secara online menggunakan Teknik NAIL
  • Senarai penjual Jam Tangan G-Shock Original dan boleh dipercayai

Recent Comments

  • Bagaimana dengan menulis membantu saya hasilkan ribuan ringgit setiap bulan - Sabree Hussin Dot Biz on Cara Hasilkan Pendapatan Dengan Program Pengiklanan Nuffnang
  • Strategi jual produk harian ke Pasaran Antarabangsa dengan UNTUNG berkali ganda - Sabree Hussin Dot Biz on Bisnes Lazada – Panduan Lengkap Jual Barang di Lazada
  • sabree hussin on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • sabree hussin on Program Affiliate Shopee – Cara join beserta dengan BUKTI Pendapatan
  • Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada? - Soal Jawab .MY on Bisnes Lazada – Panduan Lengkap Jual Barang di Lazada

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2019 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut