Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, saya dah pernah bina bermacam-macam laman web dengan pelbagai konsep.
Ada laman web yang berkonsepkan ecommerce, laman web membership, laman web jenis minisite dan tak ketinggalan juga, laman web yang berkonsepkan blog.
Semua ini saya lakukan, bagi mengetahui laman web yang bagaimana yang paling bagus untuk kita bina, jika matlamat kita adalah untuk menjana pendapatan di internet.
Saya akan ceritakan secara ringkas sahaja, bagaimana dengan memiliki konsep laman web yang berbeza, cara untuk monetize atau cara untuk jadikan ia mesin buat duit juga berbeza.
(1) Laman web jenis ecommerce
Memang ada perisian yang boleh kita gunakan untuk bina laman web jenis ecommerce. Sebagai contoh perisian AbanteCart, PrestaShop, Open Cart dan banyak lagi.
Personally, saya kurang minat bina laman web menggunakan perisian-perisian tersebut, sebabnya bagi saya, ianya agak sukar untuk di “SEO” kan. Saya lebih suka bina laman web menggunakan konsep blogshop, dan anda bertuah sebabnya jika ini merupakakan kali pertama anda mendengar istilah blogshop, anda boleh baca buku yang saya pernah baca sebelum ini.
Klik untuk baca: Mudahnya bisnes dengan blogshop
Konsep laman web ini masih lagi ecommerce namun platform yang kita akan gunakan adalah platform yang biasanya kita gunakan untuk tulis blog, seperti wordpress ataupun blogspot.
Sudah tentu, jika anda bina laman web ecommerce menggunakan perisian yang memang dikhaskan untuk bina laman web berkonsepkan ecommerce, hasilnya adalah lebih kemas dan menarik.
(2) Laman web jenis membership
Saya masih belum temui perisian yang ekonomi untuk bina laman web jenis membership. Kebanyakkan yang ada dijual diluar sana, harganya agak mahal. Jadi, kalau saya nak mulakan projek bina laman web jenis membership, yang hanya memerlukan one time payment, saya akan gunakan laman media sosial Facebook sahaja.
Lagipun, kat facebook tu kan dah ada fungsi FB Group.
(3) Laman web jenis minisite
Laman web seperti ini sesuai digunakan untuk jual satu jenis produk sahaja. Biasanya kita akan setup satu laman web dan kita akan masukkan sales letter yang disusun khas untuk jual produk itu sahaja.
Tak boleh campur aduk dengan produk lain. Kalau campur jugak, bukannya tak boleh, tapi keberkesanannya akan jadi kurang. Jadi, kalau nak buat minisite, better fokus untuk jual satu jenis barang sahaja. Tak kiralah sama ada barang tersebut adalah ebook, mesin basuh atau pisang goreng sekalipun.
Ini bermakna, kalau anda ada 5 produk untuk dijual, maka anda perlu ada 5 buah minisite yang berbeza. Bunyinya memang nampak macam susah, tapi sebenarnya ianya tidaklah sesukar mana.
(4) Laman web berkonsepkan blog
Saya rasa ini favorite saya. Saya lebih banyak bina blog berbanding lain-lain jenis laman web, sebab saya berpendapat, laman web jenis blog lebih mudah untuk diuruskan dan pada masa yang sama, kalau nak buat duit dengan blog juga tidak sesukar mana.
Orang lain mungkin ada pendapat dan pandangan yang berbeza, namun pada saya, cara paling senang nak buat duit, jika menggunakan website, adalah guna platform blog.
Tak kisahlah sama ada anda nak bangunkan blog anda sendiri bermula dari tiada apa-apa, atau anda nak tumpang blog orang lain yang memang dah berjaya buat duit.
Adakah anda sanggup untuk membuat pelaburan bagi memiliki laman web yang boleh memberikan pendapatan tambahan untuk anda setiap bulan?
Berapa banyak boleh dapat?
Saya akan kata, minima RM100 setiap bulan. Walaubagaimanapun, jumlah tersebut tidak statik sebabnya ada bulan-bulan tertentu, boleh dapat sehingga ribuan ringgit dan ada juga bulan tertentu hanya dapat belasan ringgit.
Anggap macam buat bisnes jugalah. Ada masa boleh kaut untung yang banyak, ada masa untung hanya cukup-cukup makan, dan boleh jadi juga langsung tak ada untung (siap pakej dengan rugi).
Nampak tak menarik, kan?
Bagi mereka yang tak pernah merasai pengalaman memperolehi pendapatan dari internet, mungkin mereka akan merasakan kaedah penjanaan pendapatan seperti ini kurang menarik.
Eh ke anda jenis yang konvensional? Kalau nak buat bisnes mesti kena nampak apa barangnya kat depan mata, mesti kena ada kedai, mesti ada orang yang keluar masuk dalam kedai tu. Kalau anda jenis yang begitu, mungkin agak susah untuk anda bayangkan betapa besarnya potensi pendapatan yang anda boleh perolehi dengan model buat duit seperti yang saya sedang bincangkan dalam artikel ni.
Ada tak yang sanggup nak melabur untuk dapatkan sekurang-kurangnya 1 website buat duit?
Saya akan ceritakan ciri-ciri website yang saya maksudkan. Lepas ini, kalau ada yang nak ambik idea ni, untuk buat bisnes “web services” jugak dipersilakan.
1. Laman web tersebut akan dibina menggunakan platform percuma sama ada wordpress.com ataupun blogspot.com
2. Ada pendapat, yang mengatakan kalau kita bina laman web menggunakan platform percuma, ianya tak begitu selamat. Pihak penyedia perkhidmatan pada bila-bila masa boleh delete dan erase laman web yang kita bina tu.
3. Saya tak pernah kena dan tak ada pengalaman sebegitu. Laman web dan blog yang saya bina sejak tahun 2009 masih ada lagi sampai sekarang. Walaupun saya jarang update namun ia masih lagi wujud sampai sekarang. Tak kena delete pun.
4. Memang betul, pihak penyedia perkhidmatan ada kuasa untuk buang laman web kita. Namun, bukan semua dan mereka bukannya akan buang saja-saja. Ia berkait rapat dengan cara kita guna laman web tersebut juga. Selagi kita masih ikut terma dan syarat yang ditetapkan, biasanya laman web kita tak akan ada masalah.
5. Ya, maknanya kita kena luangkan sedikit masa untuk baca Terms & Condition.
6. Apabila kita guna platform percuma, sebenarnya ia juga adalah satu bentuk kerjasama dua hala yang saling menang-menang. Kita dapat platform untuk bina laman web dan pada masa yang sama, pemilik platform akan dapat free marketing dari kita.
7. Asalkan kita jadi “budak baik” pasti tak akan ada sebarang masalah.
8. Bercakap tentang risiko, sebenarnya kalau guna yang berbayar pun ada risikonya juga. Laman web kita tu akan terus wujud selagi kita bayar yuran langganan domain dan hosting. Kalau dah tak bayar, atau terlupa nak bayar, laman web kita akan dibuang oleh pihak hosting juga.
9. Pilihan untuk guna yang percuma sahaja adalah tepat dan baik bagi mereka yang tak ada masa dan lebih suka untuk gunakan kaedah set and forget. Jadi, pada bila-bila masa, somewhere in future, jika anda ingin kembali ke laman web tersebut, anda boleh berbuat demikian tanpa perlu bimbang laman web tersebut akan hilang.
10. Sudah tentu, kita akan bermula dengan kajian kata kunci, kajian niche, dan kajian pasaran. Seterusnya kita kenal pasti apakah produk yang sesuai untuk dipromosikan bersama dengan laman web tersebut.
11. Apabila dah berjaya kenalpasti dan dah berjaya perolehi maklumat yang kita mahukan, maka kita akan mula masukkan artikel-artikel yang “highly targeted” dan “carefully written” supaya ia nampak boleh dipercayai dan ada kredibiliti.
12. Letak dalam 100 artikel. Ok tak? Kalau tak mampu, masukkan dalam 50 artikel.
13. Bagi seorang penulis, nak hasilkan 50 – 100 artikel bukanlah sesuatu yang susah sangat. Tapi kalau anda bukan penulis, mungkin payah sikitlah.
14. Setiap artikel tu pula, telahpun di setting supaya SEO Friendly.
15. Trend kat oversea sekarang, bukan sahaja tulis artikel, malahan siap dipakejkan dengan hasilkan video sekali.
16. Cuba bayangkan, anda bakal memiliki sebuah laman web yang dibangunkan menggunakan platform percuma. Dalamnya ada 100 artikel yang highly targeted dan SEO Optimized. Laman web tersebut juga berjaya masuk ke page pertama Google untuk kata kunci yang disasarkan. Tak perlu fikir nak tulis artikel, tak perlu runsing tentang nak renew domain.
“Persoalannya ialah, berapakah agaknya yang anda sanggup bayar (atau berapa jam yang anda sanggup luangkan atau berapa banyak tenaga yang anda sanggup berikan) bagi memiliki laman web seperti ini, jika anda dijamin akan dapat income sekurang-kurangnya RM100 setiap bulan!”
Benda-benda macam ni, sama ada buat sendiri atau upah orang. Kalau upah orang, kenalah ada modalnya. Jika upahnya berbaloi, sudah pasti ramai yang sanggup buat untuk anda.
anuar says
Pada pendapat saya memang berbaloi keluarkan sedikit pelaburan untuk memiliki laman web yang dapat memberi pulangan kepada kita..
sabree hussin says
Bagi yang memang dah nampak potensinya, saya pasti memang tak akan teragak-agak untuk lakukan pelaburan ini.
Safiudin Nordin says
saya suka e commerce kerana ianya adalah konsep laman web yang mudah dan proven generate income….tetapi di malaysia ianya masih muda dan mentah…insyaallah satu masa akan datang ianya akan berkembang pesat since market online bisnes di malaysia pun sudah mula berkembang
sabree hussin says
Ya betul tu. Konsep ecommerce pun bagus dan ia ada kekuatannya yang tersendiri. Kalau saya nak bina laman web ecommerce, saya akan bina laman web yang boleh support fungsi affiliate. Untung-untung akan ada ejen affiliate yang bantu buat marketing untuk kita secara percuma. Wallahu’alam.
Lain orang lain pandangan.
mrhanafi says
saya lebih suka minisite..
tulis satu artikel dan biarkan ia tersangkut pada Google pada halaman utama..
cuma bestnya blog ialah kita tulis artikel dan dapat respon pembaca
sabree hussin says
Fuh! Mrhanafi mesti ada banyak minisite ni.
eCommerce Malaysia says
sekarang aku fokus ecommerce ja, dah jumpa lubuk buat duit yang orang malaysia masih x ramai join, so teruskan jangan pandang belakang dah
sabree hussin says
Misteri betul tu, lubuk buat duit apa la tu ye agak-agaknye.
RAIHANAH AHMAD says
nice info tuan
riangria says
suka juga dengan laman web berkonsep blog.. kena berusaha juga bangunkan laman web yang menghasilkan wang..