Mudahnya Bisnes dengan BLOGSHOP

by sabree hussin on August 9, 2016

in Buku & Bahan Bacaan

Mudahnya bisnes dengan blogshop. “Telaga emas peniaga kecil berbisnes secara senyap-senyap di internet.”

 

Buku ini mengisahkan tentang bagaimana sebagai seorang peniaga kecil, yang selama ini hanya bergerak secara offline, dapat mengembangkan lagi capaian dan saiz perniagaan mereka dengan menggunakan servis percuma yang disediakan oleh pihak google, iaitu blog.

 

mudahnyabisnesdenganblogspot Cetakan kali pertama untuk buku berjudul Mudahnya Bisnes dengan Blogshop ini adalah pada tahun 2010. Ok… memandangkan saya baru je habis baca buku ni, dan sekarang adalah pada tahun 2016, jadi saya percaya, istilah buat duit dengan blog mungkin bukan satu perkara yang begitu asing.

 

In fact, mungkin pada hari ini, mereka yang dulu begitu aktif buat duit dengan blog, sudah mula meninggalkan platform blog satu demi satu, dan fokus kepada platform media sosial lain yang lebih popular.

 

Anda berminat nak cuba meneka? Aha… tentulah jawapannya ialah FACEBOOK. Satu masa dahulu, blog pernah melalui zaman-zaman kegemilangannya. Blog juga pernah menjadi salah satu penyumbang terbesar buat para peniaga kecil yang ingin memperkenal dan mempromosikan perniagaan mereka menggunakan medium internet.

 

Its okay. Just because buku ini diterbitkan pada tahun 2010, tak bermakna kita tak boleh belajar sesuatu yang berguna dari buku ini. Setelah saya berjaya habiskan membaca buku ini, saya dapati ada beberapa perkara yang saya sendiri tak pernah cuba, yang melibatkan penggunaan blogspot dalam kerja-kerja pemasaran yang saya jalankan selama ini.

 

Satu konsep yang ingin dibawakan oleh penulis buku ini ialah, “mulakan dengan apa yang ada di tangan”. Walaupun ianya kecil sahaja, namun ia lebih baik berbanding langsung tak lakukan sesuatu. Melalui buku ini, pembaca akan mengetahui dan mempelajari secara langkah demi langkah, apa yang anda perlu tahu, dan apa yang anda patut lakukan bagi menukarkan platform blog percuma yang disediakan oleh blogspot, menjadi mesin buat duit, atau istilah yang digunakan dalam buku ini, iaitu BLOG SHOP.

 

Sekiranya anda berminat nak belajar macam mana cara-cara buat duit menggunakan blog, dan menukarkan blog tersebut kepada blog shop, mungkin anda boleh buat tempahan buku ini di laman web bookcafe. Buku ini dijual dengan harga RM22 sahaja.

ebook-mudahnya-bisnes-dengan-blogshop

Selain itu, sebagai alternatif, anda juga boleh dapatkan buku ini yang di datangkan dalam format ebook dengan harga RM9.90 sahaja. Boleh buat tempahan menerusi link ini. Untuk versi ebook ini, saya tak pasti sampai bila jualannya akan dibuka. Saya rasa jika anda berminat nak baca buku ini, kena bertindak cepat.

 

Baiklah, ini dia isi kandungan buku ini. Anda nilaikan sendiri, sama ada ianya berguna untuk anda ataupun tidak.

 

BAHAGIAN 1: CARI IDEA JADI PENIAGA DI INTERNET
1. Cari Idea Bisnes Blog Shop
2. Jana Idea Bisnes Cara Abraham Maslow
3. Pilih dan Jual Produk

 

Nak buat bisnes di internet tapi masih tak tau nak jual apa? Hmm pelik tu. Tahukah anda, pada hari ini, anda boleh mulakan sebarang bisnes di internet dengan sangat mudah. Terdapat macam-macam produk yang anda boleh niagakan di internet.

 

Malahan, anda juga mempunyai opsyen untuk memulakan bisnes dengan konsep yang bersesuaian dengan ada. Sama ada nak mulakan dengan konsep bisnes dropship ataupun konsep bisnes affiliate. Kedua-dua kaedah bisnes ini menepati formula “mulakan dengan apa yang ada ditangan” kerana anda boleh terus mula berbisnes di internet dengan serta merta.

 

Anda juga boleh mulakan bisnes anda berpandukan dengan ilmu yang anda miliki atau yang anda sedang pelajari. Katakanlah anda merupakan seorang pelajar yang mengambil jurusan kewangan. Anda boleh mulakan blogshop anda sendiri yang memaparkan tips-tips pengurusan kewangan, dan pada masa yang sama, anda boleh buat duit dengan mempromosikan produk berkaitan seperti ebook langsaikan hutang kad kredit ataupun produk simpanan SSPN-i.

 

BAHAGIAN 2: BUKA PINTU BLOG SHOP DENGAN GOOGLE
4. Dapatkan Kunci Pintu Kedai Kita Sebelum Berniaga

 

Syarat untuk membuka blog dengan blogspot adalah dengan mendaftar akaun terlebih dahulu dengan gmail.com. Jadi dalam bab ini anda akan pelajari langkah demi langkah macam mana nak mendaftarkan akaun dengan gmail.

 

BAHAGIAN 3: BINA BLOG SHOP, KEDAI PERTAMA KITA
5. Mengapa Blogshop Menggunakan Blogger
6. Melihat Peta Asas Blog Shop
7. Buka Blog Shop Pertama Kita
8. Tulis Entri Produk
9. Masukkan Foto Produk Ke Dalam Entri
10. Pilih Foto Yang Sesuai
11. Masukkan Video Produk Ke Dalam Blog Shop
12. Paparkan Video Yang Dapat Menjual
13. Ulang Pengenalan Ringkas Pada Setiap Entri
14. Papar Entri Blog Mengikut Tarikh Berbeza
15. Label Mudahkan Carian Produk
16. Gantung Papan Kedai Di Hadapan Pintu Masuk Blog Shop
17. Segerakan Kepercayaan Pelanggan Kepada Kita
18. FAQ Menaikkan Pelanggan Membeli
19. Agihkan Kerja Kepada Rakan Niaga Dan Pekerja
20. Jadikan Pelanggan Selesa Membeli

 

Bahagian 3 adalah bahagian teknikal. Anda mungkin akan rasa sedikit sukar nak faham jika hanya membaca sahaja. Kena baca sambil praktik. Anda juga mungkin akan dapati ada beberapa paparan yang berbeza, jika dibandingkan dengan apa yang diterangkan dalam buku ini.

 

Buku ini tahun 2010 kot ๐Ÿ˜€

 

BAHAGIAN 4: MUDAHKAN PESANAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN
21. Beri Borang Pesanan Yang Mesra Pelanggan
22. Hasilkan dan Sebarkan Borang Pesanan Pelanggan

 

Bahagian 4 pula menceritakan tentang macam mana nak cipta borang menggunakan sistem borang yang disediakan di laman web google doc. Saya pun tak pernah cipta borang tempahan menggunakan sistem ini, jadi saya rasa saya dah belajar sesuatu yang baru dalam hidup saya setelah baca buku ini.

 

See? Jangan anggap buku lama semua informasi dah outdated dan kita tak boleh nak belajar sesuatu tau.

 

BAHAGIAN 5: MUDAHKAN PAPARAN IMEJ PRODUK DAN PERKHIDMATAN
23. Tambah Fungsi Imej Produk Cara Slaid

 

Ala-ala buat presentation menggunakan power point. Ada diterangkan dalam bab ini.

 

BAHAGIAN 6: MENULIS IKLAN JUALAN YANG MEMPENGARUHI PELANGGAN
24. Jadikan Pelanggan Berasa Dirinya Nombor 1
25. Gunakan Testimonial Yang Menjual dan Tidak Membunuh

 

Satu yang bagus tentang buku ini ialah, ia ada menyentuh serba sedikit topik mengenai cara melakukan jualan menggunakan blog. Contohnya cara-cara menulis iklan dan yang paling ditekankan dalam buku ini adalah kaedah menghasilkan testimoni.

 

Ada dua jenis testimoni. Testimoni yang mendorong pembaca untuk bertukar kepada pembeli dan juga testimoni yang mematikan minat pembaca untuk menjadi pembeli. Kena tahu bezakan dan kena tahu macam mana nak hasilkan atau dapatkan testimoni tersebut.

 

BAHAGIAN 7: SIMPAN SENARAI PELANGGAN SETIA
26. Mendapat Maklumat Produk Umpama Surat Daripada Posmen
27. Emelkan Sekaligus Entri Blog
28. Emel Pengesahan Langganan Pemikat Hati Pelanggan
29. Menghantar Emel Blogshop Pada Waktu Menggembirakan
30. Tingkatkan Imej Emel Blogshop
31. Gunakan Feedburner Memantau Pelanggan
32. Mudahkan Pelanggan Melihat Entri Terdahulu Blog Shop
33. Khabarkan Entri-entri Blog Yang Hangat

 

Dalam bab ini pula anda akan pelajari cara menggunakan aplikasi Feedburner. Adakah saya juga menggunakan aplikasi ini? Sudah tentu. Saya juga gunakan aplikasi Feedburner ni. Saya tak nak cerita panjang-panjang, apa benda sebenarnya Feedburner ni sebab anda boleh baca dalam buku ini. Kalau nak dapatkan versi ebook pun boleh. Boleh download kat sini.

 

BAHAGIAN 8: PROMOSI BLOGSHOP KEPADA ORANG RAMAI
34. Bertukar Link Blog Shop Dengan Peniaga Blog Shop yang Lain
35. Capai Bakal Pelanggan Menggunakan Google Blog Search
36. Kekal Jadi Peniaga Blog Shop Disukai Ramai

 

Anda sepatutnya sudah mempunyai blogshop anda sendiri. After all, proses nak hasilkan blogshop bukannya susah sangat. Apabila anda menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh blogspot, proses pendaftaran dah jadi sangat mudah.

 

Anda tak boleh tunggu bakal pelanggan untuk datang sendiri ke kedai maya anda. Itu silap BESAR. Anda kena jemput mereka untuk datang.

 

BAHAGIAN 9: BICARA SEMANGAT NIAGA
37. Cas Kuasa Fitrah Dalam Bisnes

 

Bahagian 9 ni pula adalah bahagian penutup. Ada sedikit tazkirah di selitkan dalam buku ini. Ia satu perkara yang bagus sebabnya, sebagai orang yang beragama Islam, kita perlu sedar bahawa bisnes ini hanyalah usaha untuk kita menjemput rezeki dan menambahkan pendapatan. Segala yang kita lakukan seharusnya biarlah menepati kehendak agama dan batas-batas syariat.

 

Alright.

 

Itu sahaja yang saya nak cerita tentang buku Mudahnya Bisnes dengan Blogshop ni. Pada hari ini, konsep ini mungkin dah kurang popular. Ramia orang dah mula beralih kepada platform Facebook. Macam yang saya dah sebutkan pada awal-awal tadi.

 

Pada saya, ia adalah sesuatu yang BAGUS. Lebih ramai orang beralih ke Facebook lebih bagus. Bermakna? Kurang persaingan untuk kita-kita, yang nak buat duit dengan blog. Sekarang ni, saya boleh katakan, siapa yang ada blog, dan yang nak jadikan blog sebagai medium buat duit, ia lebih mudah… jika nak bandingkan dengan Facebook.

 

Betul ke tidak? Ia subjektif. Pengalaman dan kemahiran setiap orang adalah berlainan. Saranan saya, anda cuba sendiri. Dua-dua platform ni boleh digunakan untuk buat duit. Namun mana satu yang kena dengan jiwa anda? Anda sahaja yang tahu. Cuba dulu, cuba kedua-duanya dan bandingkan, mana satu yang berikan anda lebih kepuasan dan beri anda lebih banyak pendapatan.

 

Terima kasih kerana membaca, dan semoga bermanfaat!

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: