Mudahnya Menjemput Rezeki

by sabree hussin on January 16, 2016

in Buku & Bahan Bacaan

Mudahnya menjemput rezeki. Rezeki itu lebih mudah untuk dijemput berbanding dicari-cari.

 

review_buku_mudahnya_menjemput_rezeki Ini dia buku yang membincangkan topik mengenai rezeki yang patut dibaca dan dimiliki oleh semua orang yang ingin menjemput rezeki dengan lebih banyak dalam kehidupan seharian.

 

Saya percaya, ramai yang pernah dengar ungkapan seperti “rezeki itu datangnya dari Tuhan, tetapi kita kena usaha” dan dipihak yang lain pula ada juga yang berkata seperti ini “betul, kita memang kena usaha, tetapi rezeki itu datangnya dari Tuhan.” 

 

Kedua-dua ayat ini bukanlah bertujuan untuk membuktikan mana satu yang betul, dan mana satu yang salah. Malahan, kewujudan dua jenis kepercayaan ini sebenarnya bertitik tolak daripada sejauh mana kefahaman kita terhadap rezeki itu sendiri.

 

Ada ramai yang yakin dan percaya, rezeki itu datangnya dari Allah. Tetapi, jika kita teliti dan perhatikan cara hidupnya, mereka seringkali meletakkan Allah itu sebagai nombor dua atau yang terakhir dalam setiap perkara. Maksudnya ialah, apabila bertembung dua perkara yang memerlukan dia membuat pilihan, sama ada untuk mengutamakan perkara A atau mengutamakan Allah, dia mengutamakan perkara lain selain Allah.

 

Contoh paling biasa berlaku dalam kalangan kita ialah, sewaktu kita sedang sibuk bekerja. Setelah penat lelah cuba untuk menyiapkan pekerjaan tersebut, maka ketika hampir siap, masuk pula waktu solat. Pada waktu itu, mana satu yang akan diutamakan? Pekerjaan yang hampir siap itu tadi, atau waktu untuk mengadap Allah, iaitu solat?

 

Siapa yang baca buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini pasti hatinya akan terdorong untuk jadi “BAIK”

Jika anda benar-benar menghayati apa yang disampaikan oleh penulis, Fathuri Salehuddin dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki, saya percaya, anda juga akan terdorong untuk jadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

 

Kalau sebelum ni, kita jenis yang suka melewat-lewatkan solat, In Shaa Allah selepas baca buku ini, kita akan jadi lebih bersemangat untuk solat di awal waktu. Bukan itu sahaja, malahan kita akan rasa seronok untuk bersolat di awal waktu di masjid-masjid atau pun surau.

 

Seolah-olah macam ada satu kuasa yang memotivasikan kita untuk jadi lebih baik berbanding sebelum-sebelum ini. Kalau sebelum ni kita terasa sangat berat untuk solat, kali ini akan jadi lebih mudah. Kalau sebelum ini, kita cukup malas nak solat berjemaah di masjid atau pun surau, kali ini kita sendiri yang tak sabar-sabar untuk solat berjemaah di masjid ataupun surau.

 

Bukan itu sahaja, malahan kita juga akan rasa makin mudah dan tak sabar-sabar untuk mengerjakan amalan solat sunat seperti solat sunat dhuha, solat tahajud dan sebagainya.

 

Anda tak rugi apa-apa jika amalkan apa yang disarankan…

Ya… betul tu. Anda langsung tak akan rugi apa-apa. Malahan anda akan mendapat lebih banyak kenikmatan yang terkira dan tak terkata. Apakah anda rasa anda akan rugi jika masa dan tenaga anda disalurkan untuk amalan-amalan menjemput rezeki seperti solat berjemaah di masjid atau surau, solat sunat dhuha, solat sunat tahajud, bersedekah dan lain-lain?

 

Sudah tentu anda tidak akan rugi apa-apa pun. Malahan anda yang akan rasakan keuntungan yang berlipat kali ganda.

 

… dan pastinya, setiap amalan yang disarankan untuk dikerjakan dalam buku mudahnya menjemput rezeki ini ternyata adalah amalan yang memang proven berupaya untuk bantu kita menjemput lebih banyak rezeki dalam kehidupan seharian.

 

Baca, praktik, kemudian amalkan dan rasakan kehidupan anda akan mula berubah apabila dilimpahi dengan rezeki yang mencurah-curah masuk dari arah yang tak disangka-sangka.

 

Wallahua’lam

 

Jika anda berminat untuk dapatkan buku Mudahnya Menjemput Rezeki ini, boleh dapatkan secara online dengan membuat tempahan disini.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: