Mudahnya bisnes dengan blogshop. “Telaga emas peniaga kecil berbisnes secara senyap-senyap di internet.”
Buku ini mengisahkan tentang bagaimana sebagai seorang peniaga kecil, yang selama ini hanya bergerak secara offline, dapat mengembangkan lagi capaian dan saiz perniagaan mereka dengan menggunakan servis percuma yang disediakan oleh pihak google, iaitu blog.
Cetakan kali pertama untuk buku berjudul Mudahnya Bisnes dengan Blogshop ini adalah pada tahun 2010. Ok… memandangkan saya baru je habis baca buku ni, dan sekarang adalah pada tahun 2016, jadi saya percaya, istilah buat duit dengan blog mungkin bukan satu perkara yang begitu asing.
In fact, mungkin pada hari ini, mereka yang dulu begitu aktif buat duit dengan blog, sudah mula meninggalkan platform blog satu demi satu, dan fokus kepada platform media sosial lain yang lebih popular.
Anda berminat nak cuba meneka? Aha… tentulah jawapannya ialah FACEBOOK. Satu masa dahulu, blog pernah melalui zaman-zaman kegemilangannya. Blog juga pernah menjadi salah satu penyumbang terbesar buat para peniaga kecil yang ingin memperkenal dan mempromosikan perniagaan mereka menggunakan medium internet.
Its okay. Just because buku ini diterbitkan pada tahun 2010, tak bermakna kita tak boleh belajar sesuatu yang berguna dari buku ini. Setelah saya berjaya habiskan membaca buku ini, saya dapati ada beberapa perkara yang saya sendiri tak pernah cuba, yang melibatkan penggunaan blogspot dalam kerja-kerja pemasaran yang saya jalankan selama ini.
Satu konsep yang ingin dibawakan oleh penulis buku ini ialah, “mulakan dengan apa yang ada di tangan”. Walaupun ianya kecil sahaja, namun ia lebih baik berbanding langsung tak lakukan sesuatu. Melalui buku ini, pembaca akan mengetahui dan mempelajari secara langkah demi langkah, apa yang anda perlu tahu, dan apa yang anda patut lakukan bagi menukarkan platform blog percuma yang disediakan oleh blogspot, menjadi mesin buat duit, atau istilah yang digunakan dalam buku ini, iaitu BLOG SHOP.