Bagaimana cara jana pendapatan secara pasif dengan Nuffnang

by sabree hussin on March 1, 2016

in Blogging

Perhatian buat pemilik blog! Jika anda mempunyai laman blog dan anda masih lagi belum mempunyai pelan ataupun perancangan untuk memiliki sistem yang boleh membantu anda mempunyai pendapatan pasif, saya rasa anda perlu baca perkongsian ini.

 

Perkongsian ini adalah mengenai sebuah syarikat pengiklanan yang memang tak asing lagi. Saya percaya, anda pasti pernah dengar nama ini, NUFFNANG. Persoalannya, sudahkah anda memaksimakan program pengiklanan ini untuk kebaikkan anda.

buat-duit-nuffnang

 

Ringkasnya, dengan program pengiklanan ini, anda boleh buat duit! Berapa banyak yang bakal dihasilkan, itu bergantung kepada anda sendiri. Buat duit dengan menulis blog memerlukanĀ  usaha yang keras dan berterusan. Ia tak akan menunjukkan hasil dengan begitu pantas, let say dalam tempoh 24 jam misalnya.

 

Cara raih pendapatan dengan Nuffnang? Peranan kita sebagai pemilik blog adalah untuk menyiarkan iklan dari Nuffnang. Jika anda masih belum tahu, bagaimana rupa bentuk iklan-iklan dari Nuffnang, anda boleh baca post saya sebelum ini.

Klik sini untuk baca: Cara Hasilkan Pendapatan Dengan Program Pengiklanan Nuffnang

 

Jujurnya, jika anda adalah jenis yang tak kisah dengan income sen-sen, sanggup bersabar dan paling penting tak terlalu mengharapkan pendapatan dari Nuffnang, maka program ini sesuai untuk anda. Ia mungkin akan ambil masa yang agak panjang untuk pendapatan anda mencecah tiga angka, lebih-lebih lagi jika laman web anda tidak mempunyai bilangan trafik yang tinggi.

 

Ini adalah contoh pendapatan yang mungkin anda akan perolehi

cara-raih-pendapatan-dengan-nuffnang

Lihat pada bahagian Amount. Itu adalah kadar upah yang bakal dibayar kepada pemilik laman blog. Jika bilangan trafik tinggi, maka In Shaa Allah, tinggi jugalah pendapatan dari Nuffnang yang boleh dihasilkan.

 

Walaubagaimanapun, jumlah ini masih belum muktamad. Seperti yang anda adpat lihat, status iklan ini masih lagi on going. Bermakna ia akan terus bertambah dari masa ke masa.

 

Sebagai pemilik blog ini, sebenarnya saya tak perlu buat apa-apa sangat pun. Hanya perlu menulis di blog seperti biasa. Income dari Nuffnang ini akan terus bergerak sendiri, dan jika cukup amaun yang dibenarkan untuk cash out, saya dah boleh dapat bayarannya.

 

Kalau anda masih belum pernah jadi publisher untuk Nuffnang, dan anda minat nak jadi publisher, bolehlah dapatkan akaun publisher anda disini.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 4 comments… read them below or add one }

Hero Borneo March 2, 2016 at 3:05 am

dah lama juga tak letak iklan Nuffang dalam blog saya ..

Reply

sabree hussin March 2, 2016 at 5:47 pm

Kalau masih belum ada program pengiklanan lain, baik letak nuffnang. Untung-untung boleh kumpul income dari situ

Reply

Bahrain March 3, 2016 at 12:32 am

Dah tak bersama dengan nuffnang lagi dah. hehe. semoga terus berjaya menjana income dengan nuffnang.

Reply

sabree hussin March 3, 2016 at 3:48 pm

La.. ye ke? sekarang bersama dengan syarikat mana pulak tu? Innity ke šŸ˜€

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: