Belajar buat Split Test dalam penulisan artikel blog

by sabree hussin on February 27, 2017

in Pemasaran Blog

Dalam bidang pemasaran secara online, istilah “Split Test” memang sudah tidak asing lagi. Seorang usahawan yang bijak, pasti akan lakukan split testing dalam kerja-kerja pemasaran yang dilakukan.

 

Split test adalah satu perkara yang perlu dilakukan bagi mengetahui, aktiviti promosi yang mana satu dan platform pemasaran yang mana, yang dapat memberikan pulangan yang paling optimum terhadap usaha jualan yang dilakukan.

 

Sekiranya individu tersebut menggunakan medium Facebook dalam kerja-kerja pemasaran misalnya, dia patut tahu, iklan kat mana yang paling banyak membantu menghasilkan jualan.

Adakah iklan di personal profile?

Adakah iklan yang ditulis di FB Fanpage?

Adakah iklan yang disiarkan di Group FB?

Baca juga:

  1. SifuFBads High Impact Newbie E-video Step by step ON9 Marketing for newbie
  2. Legenda Jutawan Facebook

buat-bisnes-difacebook

Bagi mereka yang menggunakan kaedah pengiklanan berbayar, atau yang bakal menggunakan kaedah tersebut, juga perlu lakukan split test. Dalam situasi ini, kita ingin tahu, iklan yang mana satu yang paling banyak memberikan feedback positif dari kalangan audience yang melihat iklan tersebut.

 

Sebagai contoh, kita buat 3 jenis iklan yang berbeza. Selepas satu tempoh masa, kita buat perbandingan untuk mengetahui, antara ketiga-tiga iklan tersebut, mana satu yang paling mendapat sambutan. Kemudian bila kita dah tau iklan yang mana satu yang paling efektif, kita boleh cancel iklan yang lain dan fokus pada iklan tersebut sahaja.

 

Tingkatkan lebih banyak bajet pengiklanan untuk iklan tersebut.

 

Itu cerita tentang pengiklanan kalau menggunakan medium Facebook. Bagaimana pula kalau pengiklanan itu dilakukan menggunakan medium blog? Bagaimana pula caranya nak lakukan split test jika menggunakan blog sebagai medium pemasaran?

 

Semasa saya mula belajar buat blog dulu, saya memang tak begitu ambil kisah dengan hal-hal berkaitan split test ini. Saya rasa, kalau buat split test ni, ianya satu kerja yang sangat leceh dan saya lebih selesa kalau dapat menulis ikut mood dan hati.

 

Tapi, untuk sesuatu blog dapat pergi lebih jauh dan dapat menarik minat kelompok pembaca yang baru, sudah tentu saya tak boleh asyik nak ikut mood sahaja apabila menulis. Penulisan dalam sesebuah blog itu mestilah menepati keperluan, kemahuan dan relevan dengan isu golongan pembaca yang ingin dicapai.

 

Setelah memerhatikan beberapa statistik, yang boleh diperolehi menerusi google analytic, statistik dari nuffnang, statistik dari AWStat, maka saya dapati, blog ini ada potensi untuk pergi lebih jauh, dengan syarat, saya tahu apa sebenarnya yang dicari oleh pengguna internet apabila mereka menemui laman blog ini.

 

Maka bermula dari situ, saya pun lakukan beberapa split testing. Saya nak kongsikan beberapa bentuk split test yang mungkin anda juga boleh lakukan satu masa nanti.

 

Split test bagi mendapatkan kategori pembaca berduit

Sasaran kita adalah untuk menarik golongan pembaca yang memang ada duit dan mempunyai kuasa beli bagi mendapatkan setiap apa yang kita promosikan.

 

Pembaca bagi sesebuah blog itu datangnya dari pelbagai latar belakang. Bukan semua jenis pembaca selesa untuk melakukan transaksi dan pembelian secara online.

student-join-mlm

Justeru, untuk menarik golongan pembaca yang berduit ini, kita perlu tahu, apa dia topik-topik yang mungkin akan menarik minat mereka, atau setidak-tidaknya dapat buatkan mereka ni berhenti sejenak dan seterusnya baca apa yang ditulis dalam laman blog kita.

 

Kita mungkin sukar untuk mengetahui the exact topic yang mereka minati, namun dengan adanya tools seperti google keyword planner, ia sedikit sebanyak dapat berikan kita gambaran, apa dia topik yang boleh kita sasarkan.

 

Tipulah kalau ada yang kata, mendapatkan pembaca yang berduit itu tidak penting. Pada saya, jika seseorang penulis blog itu dah siarkan iklan dalam blognya, kemudian turut mengesyorkan produk dalam setiap posting yang diterbitkan, maka sudah tentu dia mengharapkan ada yang akan membeli apa yang disyorkan.

 

Split test bagi mengetahui artikel yang mana satu paling diminati dan banyak pembaca

Cara penulisan artikel ini merangkumi pelbagai cara, antaranya

(1) Bagaimana cara tulis tajuk artikel.

(2) Bagaimana cara anda menghasilkan ayat pertama bagi blogpost tersebut.

(3) Panjang atau pendek sesebuah artikel? Biasanya, jika produk yang ingin dipromosikan itu agak mahal harganya, saya akan gunakan artikel yang lebih panjang berbanding produk yang agak murah.

(4) Adakah lebih sesuai guna artikel dalam bentuk poin-poin atau dalam bentuk penceritaan

 

Pembaca dari kategori yang berbeza pastinya mempunyai kecenderungan untuk memilih jenis artikel yang berbeza. Ada orang suka artikel yang jenis banyak gambar, ada yang suka artikel dalam bentuk poin, dan ada yang suka jenis artikel yang mengandungi cerita dan pengalaman.

penulis-sambilan-secara-online

Maka tugas kita adalah untuk ambil tahu, artikel yang bagaimana yang disukai dan seterusnya terbitkan artikel seperti yang dimahukan oleh pembaca kita.

 

Split test bagi mengetahui kaedah pemasaran yang mana satu paling efektif

Apabila sesebuah artikel berjaya disiapkan, langkah seterusnya adalah lakukan kerja pemasaran. Terdapat beberapa kaedah pemasaran yang sesuai dijalankan bagi mempromosikan sesebuah artikel secara spesifik.

 

Apa akan jadi kalau sesebuah artikel yang baru dihasilkan itu tidak dipromosikan? Jawapannya ialah, tiada apa-apa yang akan terjadi. Sekiranya blog anda memang dah ada pengikut, anda sudah mempunyai pembaca tetap, maka anda mungkin tak perlu risau mengenai kerja-kerja mempromosikan artikel baru yang telah diterbitkan.

 

Akan tetapi, untuk blog yang agak baru dan masih belum dikenali, anda memang perlu titik beratkan aspek pemasaran.

 

Antara kaedah pemasaran yang biasa saya gunakan adalah seperti berikut

(1) Promosikan artikel di media sosial Facebook, twitter, LinkedIn, Google Plus.

(2) Promosikan artikel kepada mailing list menerusi sistem autoresponder

(3) Gunakan kaedah penulisan SEO berbanding kaedah penulisan biasa

(4) Promosi artikel menggunakan blog orang lain sebagai penulis jemputan

(5) Gunakan teknik blogwalking bagi membina backlink kepada artikel yang baru dihasilkan

 

Antara kesemua cara promosi blog yang saya sebutkan diatas ini, mana satu kaedah yang paling berkesan dan sesuai untuk diamalkan?

 

Setiap blog mempuyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri. Kaedah promosi yang digunakan di blog lain, mungkin tak berapa sesuai untuk diaplikasikan dalam blog anda.

 

Tetapi, dengan melakukan kerja-kerja split test ini, saya pasti anda juga akan temui satu kaedah yang paling sesuai dan mampu untuk berikan hasil yang paling optimum kepada anda. Tak tau macam mana nak buat split test? Ala… kan boleh belajar buat split test ini…

 

 

Be Sociable, Share!

{ 6 comments… read them below or add one }

RAIHANAH AHMAD February 28, 2017 at 5:47 am

perlu juga buatsplit test ni kan. thanks tips ni cik

Reply

sabree hussin February 28, 2017 at 1:15 pm

Sama-sama. Jadi marilah kita sama-sama buat split test juga ya

Reply

Perawat Islam February 28, 2017 at 12:13 pm

Assalamualaikum,

Betul kata tuan sabree. Sebagai penulis blog, kita perlu kaji artikel jenis mana yang paling disukai oleh pembaca blog kita.

Untuk aktiviti tersebut, saya menggunakan Google analytic untuk mendapatkan jawapannya.

Dari data yang diberikan oleh GA, saya dapat tahu artikel dalam kategori apa yang paling diminati oleh blog saya. Itu antara contohnyalah. Dalam kes saya, saya dapati pembaca blog saya paling menyukai artikel yang berkaitan tentang gangguan jin saka.

Reply

sabree hussin February 28, 2017 at 1:17 pm

Waalaikumussalam, saya lihat sejak kebelakangan ini, bila muncul je produk-produk berasaskan daun bidara yang khasiatnya dapat menangkis gangguan jin, terus ramai yang mula ambil tahu tentang alam jin, gangguan jin dan juga masalah sihir.

Memandangkan masalah gangguan jin ada pelbagai, harap tuan dapat sediakan pelbagai bacaan tentang masalah ini supaya pesakit yang menderita dapat segera cari penawarnya. Wallahua’lam

Reply

Anuar February 28, 2017 at 5:18 pm

nice info… ‘
Setakat ni belum pernah lagi buat Split Test… Boleh cuba lepas ni..

Reply

lokmanamirul March 4, 2017 at 4:36 pm

Perkongsian informasi yang sangat baik utk sorang blogger macam saya…betul apa yang dikatakan oleh admin…kaji dahulu pembaca blog kita.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: