Ada banyak pilihan platform yang anda boleh pilih untuk dijadikan medium penulisan blog. Antara yang popular adalah seperti blogspot, typad, tumblr dan mungkin ada banyak lagi kalau kita ambil kira lain-lain laman web yang turut memberi ruang buat penggunanya untuk menulis.
Baru-baru ini, saya juga turut daftarkan sebuah blog di laman web wangcyber.com
Buat masa ni, saya masih belum ada lagi sebarang niat untuk menulis secara aktif dan agresif diplatform tersebut. Masih lagi dalam fasa trial and error. Adakah blog yang didaftarkan di laman web wangcyber cukup kuat sebagai amplify untuk kerja-kerja dan kempen SEO yang saya jalankan. Itu yang saya minat nak tahu.
Itu kita boleh bincangkan dilain kali. Sebabnya, saya nak kongsikan dengan anda, 10 sebab kenapa saya rasa platform wordpress self hosted jugak yang terbaik dan best jika nak dijadikan platform penulisan blog. Jom teruskan baca dan hadam perkongsian saya ni.
1. WordPress adalah PERCUMA
Ya wordpress adalah PERCUMA. Anda tak perlu bayar apa-apa untuk mula menggunakan perisian wordpress sebagai platform blogging anda. Walaubagaimanapun, yang anda perlu bayar adalah kos untuk anda gunakan dan sewa nama domain dan hosting.
Untuk langgan servis domain dan hosting, anda boleh dapatkan daripada syarikat NetKL dengan kos serendah RM60 sahaja setahun.
2. Proses pemasangan sistem wordpress sangat mudah
Sekiranya anda mampu baca artikel yang pernah saya tulis dalam blog ini sebelum ini, saya percaya anda juga mampu untuk ikuti step by step pemasangan blog wordpress anda sendiri. Baca artikel saya sebelum ini berjudul
Laman web syarikat hosting seperti NetKL menawarkan perisian softaculous yang akan bantu memudahkan proses pemasangan blog wordpress di cpanel. Saya sendiri menggunakan perisian ini untuk tujuan pemasangan blog wordpress saya sendiri. Ianya cepat dan mudah.
3. Anda tak perlu pengetahuan tentang programming
Jika anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang programming, ianya adalah satu bonus untuk anda. Namun demikian, pengetahuan tentang programming tidaklah begitu penting sekiranya anda ingin menjadikan wordpress sebagai platform blogging.
Apa yang lebih penting untuk anda sebenarnya adalah kemahiran untuk menulis artikel dan menghasilkan penulisan yang boleh convert kepada jualan.
Seperti kebanyakkan skil dan kemahiran yang lain, skil penulisan juga adalah suatu skil yang boleh dipelajari dan dikuasai. Ada peraturan dan formula tertentu yang perlu anda ikuti bagi menghasilkan sebuah karya yang mampu untuk memberi pulangan yang lumayan kepada penulisnya.
Mujurlah, pendedahan kepada teknik penulisan telah pun diajar kepada kita sejak kita masih di bangku sekolah lagi dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris.
Justeru, perkara ini tak seharusnya menjadi suatu konsep yang asing untuk kita. Semua orang boleh lakukannya. Kalau satu masa dulu, kita menulis semata-mata untuk dapatkan A+ dalam exam, kali ini kita menulis untuk dapatkan RM ataupun USD. 😀
4. Mesra pengguna (User friendly)
Jika anda biasa menggunakan perisian microsoft words dalam urusan atau kerja-kerja seharian, bermakna anda tak ada masalah untuk menggunakan perisian wordpress dalam kerja-kerja penulisan blog anda. Dari segi penggunaannya, ianya lebih kurang sama.
5. Ada banyak pilihan theme untuk menghasilkan blog yang kelihatan profesional
Salah satu cara untuk menghasilkan reka bentuk blog yang nampak kemas dan profesional tanpa perlu upah programmer dan keluarkan belanja yang mahal adalah dengan cara menggunakan theme yang boleh didapati sama ada secara percuma ataupun berbayar.
6. Pelbagai pilihan plugin sebagai booster untuk tingkatkan keupayaan blog
Ada plugin untuk tujuan memudahkan pemasaran SEO. Ada plugin untuk bina landing page, plugin untuk sembunyikan link affiliate, plugin untuk back up blog, dan macam-macam lagi. Boleh jadi, wordpress ni ada plugin untuk semua tujuan. Just name it, and you will find it.
7. Platform wordpress self hosted mesra SEO (SEO Friendly)
SEO merupakan singkatan bagi Search Engine Optimization.
Ini adalah salah satu teknik tarik trafik yang patut dikuasai oleh mereka-mereka yang berhasrat menjadikan blognya sebagai mesin buat duit secara automatik.
Kaedah SEO tidaklah sesukar mana, jika anda dah faham serba sedikit bagaimana laman web seperti google beroperasi.
Salah satu kelebihan menggunakan wordpress sebagai platform blogging ialah, anda boleh pasang plugin untuk tujuan SEO. Cadangan saya, anda pasanglah plugin wordpress Yoast SEO.
Dengan adanya plugin ini, kerja-kerja penulisan artikel yang mesra SEO lebih mudah dihasilkan. Tetapi, jika anda menggunakan platform blogging lain selain daripada wordpress, anda mungkin perlu rujukan panduan SEO seperti Teknik SEO Merah Jambu ini.
8. Fungsi statistik untuk semak prestasi blog
Statistik seperti diatas boleh diperolehi secara percuma sahaja apabila anda pasang plugin Jetpack for wordpress. Anda boleh semak perkara-perkara seperti
1. Berapa jumlah views yang anda terima dalam sehari, seminggu, sebulan dan sebagainya
2. Artikel mana yang paling banyak dibaca
3. Dari mana trafik datang sebelum singgah ke laman blog anda
4. Senarai kata kunci yang ditaip di search engine sebelum mereka temui page anda
5. Senarai link yang mendapat klik di laman blog anda
Walaupun statistik ini mungkin tidak 100% tepat, namun ia banyak membantu dan memudahkan kita untuk rancang, apa artikel seterusnya yang sesuai dan patut disiarkan di laman blog kita.
9. Mudah untuk buat duit
Bak kata penulis ebook Rahsia mudah RM1,000 sebulan dengan menulis,
Alang-alang menulis, biar sampai dapat duit!
Terpulang pada citarasa anda, sama ada ingin menjadikan blog anda mesin buat duit dari sumber pengiklanan, affiliate, dropship, dan sebagainya. Proses untuk masukkan iklan dalam blog juga sangat mudah.
10. Dipercayai dan dipilih oleh ramai penulis blog
Jika anda juga memilih untuk menjadi pengguna wordpress sebagai platform blogging, anda tidak keseorangan. Terdapat beribu-ribu penulis blog yang menjadikan wordpress sebagai platform blogging. Blog ini, juga menggunakan wordpress sebagai platform blogging.
Disebabkan wordpress telah berubah menjadi sebuah platform blogging yang begitu penting, anda boleh dapati terdapat juga panduan khas yang menceritakan bagaimana ingin menjadikan wordpress sebagai medium untuk buat duit.
Salah satu contohnya ialah panduan Video Pantas Bina Website/Blog Dengan WordPress
Apabila anda dah jelas dan betul-betul faham apa kemampuan yang boleh dimainkan oleh wordpress, anda boleh buat macam-macam projek hanya dengan menggunakan platform wordpress.
Saya harap perkongsian ringkas saya ni menjawab persoalan, “apakah platform blog yang terbaik untuk dijadikan platform blogging”. Jika persoalan tersebut ditujukan kepada saya, saya akan kata guna wordpress, dan seterusnya gunakan juga lain-lain platform yang anda boleh capai sebagai support ataupun backup!
Semoga bermanfaat.
Adzrif Sidek says
Dulu saya agak berkira dan takut untuk menggunakan platform wordpress self-hosted.
Mana taknya, kena bayar hosting dengan domain.
Alhamdulillah, lepas dah berani untuk cuba.
Baru tahu perasaan yang lebih seronok daripada guna platform percuma yang lain 🙂