Pengalaman buat duit dengan Lazada sepanjang tahun 2016

by sabree hussin on December 31, 2016

in Personal

Apabila saya dapat tahu yang Lazada Malaysia ada menawarkan program affiliate, saya cakap dalam hati… “Ni berita baik ni! Kena join ni!”

 

Program affiliate Lazada ni lebih kurang macam program Amazon Associates, Alibaba Affiliates dan juga Ali Express Affiliates. Cuma sayangnya nama-nama yang saya sebutkan tu kurang sesuai untuk dipromosikan di Malaysia. Pada pendapat saya, pada ketika ini, orang Malaysia masih belum bersedia untuk membeli-belah di laman web shopping luar negara.

 

Tak lama lagi mungkin situasi ini akan berubah. Lagipun sekarang ni pihak bank sedang giat menggalakkan orang ramai untuk tukar kad bank kepada kad debit. Ini satu petanda positif dan tak mustahil tak lama lagi lebih ramai orang akan mula shopping secara online.

buat-duit-dengan-lazada

Sebelum tahun 2016 melabuhkan tirainya, saya rasa saya nak kongsikan beberapa perkara atau tips tentang buat duit dengan Lazada ni. Siapa yang langsung tak pernah rasa komisen dari program ini, mungkin boleh baca. Siapa tahu, lepas anda baca perkongsian ini, anda akan dapat lebih banyak idea tentang macam mana nak buat duit dengan Lazada.

 

Sama-sama kita jadikan tahun 2017 sebagai tahun cemerlang kita. Boleh capai ke? Wallahua’lam. Kita cuba yang terbaik ya.

 

Siapa saya dan dah berapa lama join sebagai affiliate Lazada?

Saya join program affiliate Lazada pada sekitar bulan Ogos tahun 2015. Saya join menerusi platform Has Offers. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada dua cara macam mana nak jadi affiliate Lazada.

 

Cara pertama adalah menerusi Has Offers.

Anda boleh klik sini untuk join menerusi Has Offers

 

Cara kedua adalah menerusi Involve Asia.

Anda boleh klik sini untuk join menerusi Involve Asia

 

Tolong jangan tanya saya, mana satu yang bagus? Join menerusi Has Offer atau join menerusi Involve Asia? Sebabnya saya join melalui kedua-dua cara ini.

 

Anda juga boleh join menerusi kedua-dua cara ini. Pastikan anda mampu untuk buat kerja-kerja promosi. Kalau anda hanya join menerusi satu platform, mungkin anda dapat menumpukan sepenuh tenaga dan fokus pada platform yang satu tu je. Tapi kalau join menerusi kedua-dua platform macam yang saya buat, nak tak nak kenalah tau macam mana nak bahagikan masa dan usaha untuk buat kerja-kerja pemasaran.

 

Walaupun saya dah join program affiliate Lazada sejak tahun 2015 lagi, namun saya TIDAK BERJAYA buat sebarang sale dari program ini. Bila tak ada sale, maknanya tak adalah komisen. Program ini hanya akan membayar anda jika anda berjaya buat jualan.

 

Konsepnya ialah Pay Per Sales. Anda buat sales, Lazada akan bayar anda komisen. Kalau tak ada komisen yang terhasil, maka tak ada sebarang komisen akan dibayar, tak kiralah berapa banyak klik yang anda berjaya perolehi, berapa kerap anda buat promosi, dan berapa ringgit anda dah habiskan untuk tujuan iklan.

 

Saya hanya menerima bayaran komisen Lazada yang pertama adalah pada bulan March 2016.

klik untuk baca: Komisyen Affiliate Lazada March 2016

 

Itupun selepas hampir 8 bulan saya join dan mula mempromosikan produk-produk lazada secara aktif. Selepas menerima komisen yang pertama ni, Alhamdulillah boleh dikatakan hampir setiap bulan saya dapat komisen dari Lazada. Jadi, nampak tak sini? Sebenarnya nak buat duit dengan Lazada bukannya susah sangat, cuma ia PERLU MASA.

 

Kalau nak diikutkan, boleh je kalau nak give up pada bulan ketiga saya join program ni. Rasa macam tak ada harapan, putus asa, semua tu memang ada. Tetapi why stop now? Sedangkan dah terbukti ada orang yang boleh buat duit dari program ni.

 

Jadi, kalau anda juga dah join sebagai affiliate tapi masih tak berjaya dapat sebarang sales, nasihat saya, gandakan lagi usaha. Bukannya terus stop. Of course tak ada siapa nak halang anda untuk stop, sebab tu memang hak mutlak anda. Tak ada siapa yang nak atur kehidupan anda kalau anda tak gembira dengan kehidupan yang anda lalui sekarang ni.

 

Setakat pada waktu catatan ni saya tuliskan, saya telahpun menerima bayaran sebanyak 8 kali dari pihak Lazada. Terima kasih saya ucapkan kepada pelawat, pembaca, dan juga rakan-rakan yang sudi untuk shopping di lazada menerusi link affiliate saya.

 

Tahun 2017 nanti shopping lah lagi guna link affiliate saya ya. (Thanks in advance)

laman-web-lazada-malaysia

Anda boleh klik sini kalau nak shopping melalui link affiliate saya.

 

Anda WAJIB ada PLATFORM untuk buat pemasaran

Saya ada jumpa beberapa individu yang baru sangat join sebagai affiliate yang mengeluh sebab tak berjaya lagi dapat sale. Kalau ikut kata dia, dia dah buat “macam-macam benda” untuk promosi tapi masih tak ada langsung earning. Apa lagi yang dia perlu buat?

 

Ya, saya tau anda rasa bengang sebab masih tak ada hasil. Cuma kadang-kadang tu saya dapati, orang yang kata “dah cuba macam-macam” ni banyak yang cakap tak serupa bikin. Rupa-rupanya yang dimaksudkan dengan dah cuba macam-macam tu hanyalah setakat dah post iklan kat wall FB. Itupun setakat sehari sekali je.

 

Ia memerlukan satu keajaiban untuk dapat sale hanya dengan post iklan di wall FB sekali sahaja dalam sehari dan terus dapat sale berderet-deret (melainkan kalau anda adalah seorang selebriti, mungkin ini bukan satu benda yang pelik untuk berlaku pada anda).

 

Saranan saya, untuk yang baru nak cuba nasib dengan program ni. Wujudkan platform pemasaran anda bermula dari sekarang. Itupun kalau masih belum ada.

 

Bagi sesetengah orang, platform pemasaran pilihannya ialah

(1) FB Fanpage dengan jumlah like sehingga juta-juta orang

(2) Twitter dengan jumlah follower aktif seramai juta-juta pengikut

(3) Instagram

(4) Blog-blog peribadi dengan jumlah trafik ribu-ribu orang setiap hari

 

Antara opsyen 1 – 4, saya pilih opsyen yang nombor 4. Mudah sahaja. Blog ni, kita yang beli domain dan hosting. Jadi, ia lebih SELAMAT melainkan ada hackers yang nak buat khianat kat kita la.

 

Sebaliknya, FB Fanpage, twitter, instagram dan lain-lain media sosial ni bukan milik kita. Bila-bila masa boleh kena block, kena report, kena unpublished dan sebagainya. Salah satu FB Fanpage yang saya selalu baca ialah Psedoscience Watch dah kena block.

 

Bukan mudah nak hasilkan fan page yang ada ribu-ribu likes ni. Tetapi, kalau nak bandingkan dengan hasilkan laman blog yang ada ribu-ribu pelawat, saya rasa ia lebih mudah, jika anda tahu bagaimana caranya.

 

Jadi, selain fokus nak buat duit, kena fokus juga untuk bina platform pemasaran yang kukuh untuk bantu anda buat jualan.

 

Fokus pada tingkatkan jumlah klik

Dari semasa ke semasa, kita juga kena semak berapa banyak klik yang terhasil dari link affiliate kita. Mudah sahaja caranya kalau nak buat semakan. Maklumat ini ada dibekalkan di bahagian dashboard affiliate panel kita.

cara-tingkatkan-pendapatan-lazada

Atas ni ialah screenshot yang saya ambil di ruangan affiliate panel. Pada waktu catatan ni ditulis, jumlah klik yang saya terima pada hari ini menunjukkan ada peningkatan yang agak drastik. Ada 204 klik yang saya terima. Selalunya link affiliate saya hanya ada 80 – 100 klik sahaja.

 

Sebenarnya sasaran saya nak dapatkan sekurang-kurangnya 500 klik sehari secara organik. Ini pun masih agak jauh lagi. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan.

 

Baiklah, untuk mereka yang tak berapa familiar dengan istilah klik secara organik, ia merujuk kepada klik yang diterima tanpa saya perlu susah payah buat pemasaran secara aktif. Pelawat datang sendiri ke laman web saya, baca artikel yang saya tulis kemudian dia klik pada link affiliate saya. Jika pelawat ni buat pembelian, saya dapat sale tanpa saya perlu buat apa-apa dan proses ini berjalan secara automatik.

 

Ini salah satu kelebihan apabila menjadikan blog sebagai platform pemasaran.

 

Jangan iklankan produk sebaliknya iklankan penyelesaian kepada masalah dan jawapan kepada sesuatu persoalan  

Sebenarnya saya nak kata, “jangan tulis iklan”. Tapi saya bimbang ada yang tak berapa faham pula nanti, jadi saya tukar kepada ayat yang lebih panjang iaitu “jangan iklankan produk sebaliknya tulis tentang cara menyelesaikan masalah dan juga beri jawapan kepada persoalan”.

 

Salah satu bentuk common mistake yang kerap dilakukan ialah kita ni banyak sangat gunakan iklan jenis hard selling. Contohnya macam

1. Jom beli vitamin C murah-murah ni

2. Jom beli krim pelangsingan Secret Correa. Ada diskaun.

3. Jom tengok-tengok iPhone 7 ni mana tau ada yang berkenan

 

Semua yang saya sebutkan kat atas ni adalah IKLAN semata-mata. Saya rasa tak ada apa-apa yang menarik… dan YA, ayat macam kat atas ni digunakan secara berleluasa terutama sekali yang gunakan media sosial. Ada tak cara untuk jadikan ayat-ayat ni lebih menarik dan tak nampak macam iklan?

 

Mestilah ada. Contohnya

1. Ini dia kesan BURUK akibat kekurangan vitamin C pada tubuh anda. Cuba lihat simptom ini. Ia mungkin ada pada anda! 

Kemudian barulah anda cerita tentang vitamin C mana yang anda nak jual dalam perkongsian tersebut.

 

2. Ramai yang ketawakan saya bila saya kata hanya dengan sapu krim boleh jadi kurus. Tapi selepas melihat hasilnya, ramai yang terkejut dan diam tak kata apa-apa!

Semuanya selepas menggunakan krim Secret Correa. Kita tak suruh beli pun krim ni, sebaliknya kita ceritakan tentang pengalaman orang yang guna krim ni.

 

3. 7 Kelebihan yang ada pada iPhone 7 yang tak terdapat pada mana-mana model telefon di pasaran

 

Saya harap anda nampak apa yang saya sedang tunjukkan pada anda. Kalau masih kurang jelas, bolehlah tinggalkan komen di bawah dan In Shaa Allah saya akan jawab secepat mungkin.

 

Teknik tulis iklan yang tak nampak macam iklan ini adakalanya disebut juga sebagai teknik content marketing. Kita menulis sesuatu yang berisi manfaat kepada golongan sasaran. Walaupun pada dasarnya apa yang kita tulis tu adalah IKLAN, namun dengan adanya perkongsian ilmu dan informasi di dalamnya, ia jadi tak nampak seperti iklan.

 

Baiklah. Itu sahaja yang saya nak kongsikan. Selebihnya biarlah saya rahsiakan dulu.

 

Saya nak test dulu beberapa tips sebelum saya nak dedahkan dalam blog ni apa teknik tersebut. Setelah terbukti tips tersebut berjaya naikkan income Lazada saya, barulah saya akan kongsikan dalam blog ni. Jadi, saya harap anda tahu, apa yang saya cerita ni adalah kisah yang benar dan ianya telah diuji sendiri oleh saya.

 

Bukan teori, tetapi hasil daripada ujikaji.

 

Terima kasih sebab baca. Semoga 2017 nanti anda juga akan dapat buat duit dari program Affiliate Lazada.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 17 comments… read them below or add one }

nikkhazami January 1, 2017 at 12:18 pm

lazada ni memang kena rajin buat promosi.. kalau tak earnings tak gerak langsung

Reply

sabree hussin January 3, 2017 at 10:47 am

Kebanyakkan program affiliate memang macam tu la. Peringkat permulaan dia memang kena buat promosi dengan lebih agresif. Nanti bila dah lama sikit tak payah buat promosi pun masih boleh dapat sales.

Reply

Elih January 2, 2017 at 7:09 am

Fuh..terbaik tips ni..patutlah boleh dpt sales. Btw, all the best utk tahun 2017 ye..

Reply

sabree hussin January 3, 2017 at 10:50 am

Terima kasih. In Shaa Allah akan usaha dengan lebih baik.

Reply

Gambir Emas January 3, 2017 at 1:22 pm

Terima kasih tuan atas perkongsian. Saya sangat tertarik dengan cara penulisan content marketing. Saya doakan moga ada hasil yang positif dari ujikaji tuan dan tuan boleh kongsikan kepada umum. inshaAllah.

Reply

sabree hussin January 3, 2017 at 6:32 pm

In Shaa Allah 😀

Reply

rujukan January 4, 2017 at 12:01 pm

hang dah semakin laju yer sabree, aku pun nak lagi lajulah, hehehehehehhe

Reply

sabree hussin January 4, 2017 at 1:42 pm

Aku rasa hang lagi laju dari aku. Aku yang kena keja hang sekarang ni hehe

Reply

titan January 5, 2017 at 4:43 am

dua-dua aku wat.

tapi dah tak larat dah sekarang.

maintain je apa yang ada nih.

janji sales masuk.

haha

Reply

sabree hussin January 7, 2017 at 11:25 am

Sekarang ni dah masuk fasa kutip duit komisen la ye titan haha

Reply

titan January 10, 2017 at 1:24 am

camtu la.

update mana yang patut.

dan tumpu mana yang lebih untung.

Reply

reezluv January 6, 2017 at 9:50 am

memang macam tu le ramai master copywriting bagi tips..tak ramai yang tahu ni..so kena sesenyap..ahaha

Reply

sabree hussin January 7, 2017 at 11:30 am

Bagi tips sikit=sikit je boleh kot haha… Orang nak ikut ke tak ikut diorang la

Reply

onlajer January 6, 2017 at 6:13 pm

pergh terbaik lah bro, macam senyap tapi rupanya tengah rancak buat sale

Reply

sabree hussin January 7, 2017 at 11:32 am

Tu la kelebihan affiliate Lazada ni. Boleh buat duit senyap-senyap je

Reply

Anim January 10, 2017 at 3:22 pm

Wah terima kasih atas info ni! Sebelum ni memang dapat tahu lazada ada buat program affiliate, rasanya macam pernah daftar kot. Tapi macam tak berapa reti sangat nak susun atur script dan code dalam blog. Lepas baca entri ni rasa macam bersemangat nak mula semula. Kengkawan memang suke pulak tu shopping barang-barang lazada sebab moraaaah =)

Reply

sabree hussin January 10, 2017 at 4:20 pm

Wah lepas ni boleh la mintak kawan-kawan Anim yang suka shopping kat Lazada tu beli menerusi link affiliate Anim

Reply

Leave a Comment

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: