Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Kenapa Iklan Nuffnang dalam blog saya tidak hasilkan sebarang Income?

February 1, 2017 by sabree hussin 20 Comments

Siapa lagi ada masalah macam ni? Anda dah pasang iklan Nuffnang pada blog, tapi sampai sekarang income dia masih lagi sikit atau langsung tak ada income. Saya ditanyakan soalan yang sama dalam artikel saya sebelum ini tentang belajar cara buat blog.

 

Berikut ni pula adalah soalan yang ditanyakan pada saya.

“Nak tanya boh.. kenapa bila saya guna nuffnang dia tak generate income pun? Macam takde campaign je or kena tunggu certain period baru ade? Terima kasih untuk pencerahan.” 

 

Ok ini jawapan “selamat” dari saya.

 

Sebaik-baiknya untuk isu-isu seperti ini, patut dirujuk terus kepada pihak Nuffnang. Saranan saya ialah, anda tanyakan soalan ini terus kepada pihak pengurusan Nuffnang sama ada dengan menghantar support ticket ataupun cuba hubungi pihak Nuffnang menerusi social media seperti Facebook Fanpage Nuffnang, Twitter Nuffnang, Instagram Nuffnang dan sebagainya.

 

Baiklah, sekarang ni saya nak share jawapan yang bukan versi official. Kiranya ni jawapan saya sendiri based on observation dan juga experience. Boleh jadi jawapan saya ni betul, dan boleh jadi juga jawapan saya ni salah. Ia lebih kepada teori.

buat-duit-nuffnang

Tak ada sebarang paksaan dan jaminan yang jawapan saya ni boleh pakai.

 

Saya cuba cari jawapan untuk soalan yang ditanyakan tu diruangan Privacy Policy dan juga Terms & Condition. Setelah baca sepintas lalu, saya dapati jawapan untuk soalan tersebut tiada disitu. Tak apa, saya cari ditempat lain pula dan akhirnya saya jumpa jawapan yang nampak macam betul.

 

Sebelum saya nak terus kepada jawapan untuk soalan ni, saya nak cerita dulu bentuk-bentuk iklan yang ada di Nuffnang.

 

Pertama, iklan jenis Sponsored Post. Iklan ini hanya akan dianugerahkan kepada penulis blog terpilih sahaja. Mengikut firasat saya, pihak Nuffnang memang dah ada senarai blogger mereka sendiri. Jadi untuk blogger baru, memang tak ada harapan nak dapat peluang ini. Maka, tak perlu nak terlalu berharap.

 

Satu masa dulu, saya pernah cuba hubungi penulis blog yang selalu dapat sponsored post dari Nuffnang. Saya cuba untuk mintak tips macam mana nak terpilih sebagai salah seorang penulis blog yang dapat job macam ni… haram sampai sekarang tak ada sebarang reply. Bersangka baik, dia sibuk. Ataupun dia memang tak rasa nak kongsikan tips tu. Entahlah… Benda ni pun dah berlalu lebih kurang 3 – 4 tahun yang sudah.

 

Kedua, iklan jenis banner. Ini adalah jenis iklan yang biasa dan semua orang akan dapat. Syaratnya kita kena pasang kod iklan tersebut pada laman blog kita.

 

Pertama : Leaderboard (728 X 90)

Digi Prepaid Mobile Internet

Kedua: Skyscraper (160 X 300)

format iklan nuffnang

Ketiga: Large Rectangle (336 X 280)

contoh iklan Nuffnang

Satu kesilapan biasa yang dilakukan oleh penulis blog yang menyiarkan iklan Nuffnang ialah, dia tak pasang ketiga-tiga jenis iklan ni dalam blog miliknya. Sama ada cuma pasang jenis leader board atau hanya pasang jenis leader board dan skycrapper sahaja. Kena pasang ketiga-tiga jenis banner untuk dapat hasil yang lebih baik.

 

Daripada iklan jenis banner ini pula, kita akan dapat bayaran sama ada dalam bentuk Cost Per Click (CPC) ataupun Cost Per Unique Visitor (CPUV)

Baca juga: Cara Hasilkan Pendapatan Dengan Program Pengiklanan Nuffnang

 

Iklan Cost Per Click (CPC)

pendapatan-dengan-nuffnang

Anda akan dibayar upah mengikut jumlah klik yang diperolehi pada iklan yang disiarkan dalam blog anda. Lagi banyak jumlah klik yang diterima, maka lagi banyak pendapatan yang akan dihasilkan. Walaubagaimanapun, setiap klik akan melalui proses saringan bagi memastikan hanya klik yang valid sahaja yang diterima.

 

Jika klik tersebut terhasil disebabkan oleh penggunaan software auto click, atau klik sendiri, atau klik yang terhasil daripada ip address yang sama, ia mungkin akan dilabel sebagai fraud dan klik tersebut tidak akan diambil kira.

 

Iklan Cost Per Unique Visitor (CPUV)

cpuv-nuffnang-buat-duit

Untuk iklan jenis CPUV ini, saya kira ialah lebih menarik dan lebih mudah untuk dapat duit, sebabnya pendapatan adalah dikira berdasarkan berapa banyak pelawat unik yang masuk ke laman web kita. Pelawat tersebut tak perlu klik pada iklan Nuffnang yang kita siarkan, namun kita masih lagi akan dapat income.

 

Kalau kita baca dengan teliti, di laman web Nuffnang ada dinyatakan apa dia tips untuk dapat lebih banyak iklan jenis CPUV ini, iaitu

Advertisers select blogs for CPUV campaigns based on several criteria such as a blog’s target audience, blogging genre and influence. For example, a cosmetics company would be more likely to select a fashion and beauty blog with female readers to advertise on.

Making sure your ads are optimally placed, updating your blogger profile and survey will increase the chances of advertisers noticing your blog and therefore increasing the chances of your blog being chosen for CPUV Campaigns.

 

Maksudnya, kita kena pastikan blog kita tu nanti

(1) Mempunyai target pembaca yang jelas. Lelaki atau perempuan berumur 20 tahun keatas.

(2) Ada genre ataupun niche blog yang khusus. Blog tentang fesyen, kewangan, pengurusan perniagaan, telekomunikasi dan sebagainya.

(3) Anda atau blog anda mempunyai pengaruh yang kuat.

 

Ketiga-tiga faktor ini perlu diambil kira bagi memastikan anda dapat iklan CPUV yang banyak dan konsisten.

 

Sistem Click Rating pada Nuffnang

Kalau anda perasan, Nuffnang juga ada mempunyai sistem click rating yang diwakili oleh simbol bintang seperti gambar dibawah.

Sekiranya anda telah memasang ketiga-tiga jenis banner, maka anda akan dapati setiap banner ada rating dia sendiri. Saya pun tidak begitu ambil berat tentang sistem rating ini, sebabnya Nuffnang bukanlah sumber pendapatan utama blog ini. Income dari Nuffnang yang saya perolehi juga agak slow dan ia ambil masa yang sangat lama untuk cecah pendapatan sebanyak ini.

 

Nota dari Nuffnang

The stars indicate your blog’s Click Rating. We are giving out bonus earnings for blogs that achieve a CTR (Click-through ratio) of 0.2% or higher. This figure is based on average advertising industry standards.

 

Mengikut kefahaman saya, rating ini akan sentiasa berubah. Anda juga boleh mempengaruhi perubahan rating ini dengan selalu mengubah kedudukan banner iklan Nuffnang anda. Antaranya yang anda boleh buat ialah,

(1) Hanya siarkan iklan banner Nuffnang sahaja. Jika ada banner iklan lain, sila remove dari blog anda. Ini bagi meningkatkan kebarangkalian iklan Nuffnang tersebut mendapat klik.

(2) Ubah warna dan design blog anda supaya iklan Nuffnang nampak lebih menonjol. Ini juga bertujuan untuk meningkatkan kadar Click Through Ratio (CTR).

(3) Selalu ubah kedudukan iklan hinggalah berjaya jumpa kedudukan terbaik pada blog anda.

Baca juga: Bagaimana cara jana pendapatan secara pasif dengan Nuffnang

 

Last but not least, kita cuba sesuaikan penulisan blog kita agar relevan dengan para advertiser yang menggunakan khidmat pengiklanan dari Nuffnang. Ini juga dipercayai mampu untuk beri kita iklan jenis CPUV. Memandangkan Nuffnang tidak akan berikan senarai klien yang pernah dapatkan servis iklan dari mereka, maka ada beberapa cara yang mungkin boleh dilakukan.

 

Dilaman web Nuffnang, ada satu ruangan yang memaparkan senarai brands yang pernah bekerjasama dengan pihak Nuffnang. Berikut adalah screenshot yang saya telah captured.

Ada jenama dari Celcom dan Digi yang mewakili bidang telekomunikasi. Ada RHB, Maybank dan HSBC yang mewakili bidang perbankan dan banyak lagi. Jadi, dengan maklumat yang sedikit ini, kita boleh fokuskan penulisan blog kita supaya ianya ada serba sedikit kaitan dengan jenama-jenama atau brands yang pernah guna khidmat pengiklanan dari Nufnang ni.

 

Apabila blog kita kelihatan relevan dengan jenama tertentu, barulah akan ada iklan berbayar disiarkan dalam blog kita, dalam bentuk CPUV campaign… dan siapa tahu, jika bertuah, anda mungkin akan dapat iklan jenis sponsored post juga satu masa nanti.

 

Selain cara ini, anda juga digalakkan untuk selalu blogwalking pada blog milik orang lain. Perhatikan juga apa dia iklan yang muncul dalam laman web pemilik blog tersebut. Ada iklan yang hanya muncul di blog tertentu sahaja dan bukan semua blogger akan dapat iklan yang sama.

 

Dengan cara ini, anda juga boleh tahu siapa dia yang pernah dapatkan servis iklan dari Nuffnang. Baiklah, semoga dari entri ini, anda dapat belajar sesuatu tentang cara nak tingkatkan atau dapatkan pendapatan dari Nuffnang.

 

Selamat mencuba dan semoga berjaya. Jangan lupa untuk hubungi pihak Nuffnang juga untuk dapatkan jawapan yang versi official. Ha ha

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Kenapa iklan FBAds yang dihasilkan tidak menghasilkan sebarang jualan? Apa masalahnya?
  2. Kenapa Earning Nuffnang Saya Sikit Sangat?
  3. Bila saya akan nampak hasilnya lepas iklan dalam blog ini?
  4. Cara Hasilkan Pendapatan Dengan Program Pengiklanan Nuffnang

Filed Under: Panduan Buat Duit Online, Tanya Sabree Hussin Tagged With: buat duit dengan nuffnang, cara hasilkan pendapatan dengan nuffnang, cara senang buat duit dengan nuffnang, iklan nuffnang

Comments

  1. Amer says

    February 2, 2017 at 12:13 am

    Hai. Btw. Saya dah slowly berhenti berharap dengan nuffnang. Pendapatan ciput.and melambatkan loading blog je. Saya hanya focus letak adsense je dlm blog . Salam kenal.

    Reply
    • sabree hussin says

      February 2, 2017 at 11:52 pm

      Yup setuju. Saya punya earning dengan nuffnang pun naik slow je.

      Reply
      • AmerJaya says

        February 23, 2017 at 1:19 pm

        tapi saya rasa mcam nak letak balik lah ikland nuffnang. sayang pulak dengan income 25rm alang2 tu… hehe.

        Reply
        • sabree hussin says

          February 23, 2017 at 11:58 pm

          Bagi cukup amount nak cash out dulu la… dah tak banyak dah tu.

          Reply
  2. Tanpa Nama says

    February 2, 2017 at 12:23 am

    Terima kasih sebab menjawab persoalan saya tuan. Memang terbaik. Sebenarnya saya dah bertanyakan sendiri kepada pihak nuffnang, tapi tiada response sampai sekarang. hehe. sebab tu la saya bertanya kepada tuan.

    Reply
    • sabree hussin says

      February 2, 2017 at 11:44 pm

      Sama-sama. Saya pun dengar begitu juga. Ada yang hantar emel pada Nuffnang tapi tak ada sebarang response

      Reply
  3. abdfatah says

    February 2, 2017 at 3:13 pm

    lama dah tak letak iklan nuffnang… dapat jugak laa 2,3 kali request cash… pastu terus mengecut iklan nuffnang ambo.. hahahaa

    Reply
    • sabree hussin says

      February 2, 2017 at 3:34 pm

      Aik macam mana boleh mengecut? Kalau mengecut sebab dah tak letak iklan Nuffnang tu biasa la

      Reply
  4. rujukan says

    February 2, 2017 at 10:45 pm

    aku pasang iklan nuffnang sebab nak tgk trafik dan keyword yang masuk jer, tu jer, pasal duit tu x berapa sangat, hehhehe

    Reply
    • sabree hussin says

      February 2, 2017 at 11:50 pm

      Sama la kita.

      Reply
  5. titan says

    February 3, 2017 at 1:44 am

    masih on nuffnang.

    tapi dah bertahun tak login akaun.

    kalau login pun, saje-saje je. cukup duit, withdraw.

    haha..

    Reply
    • sabree hussin says

      February 3, 2017 at 7:37 pm

      Aku kerap login Nuffnang ni, sebab nak tengok performance iklan dengan senarai keyword yang sistem diorang captured.

      Reply
  6. Perawat Islam says

    February 3, 2017 at 10:38 am

    Assalamualaikum tuan,

    Saya memang tak pernah berminat dengan iklan Nuffnang ni. Macam-macam cerita yang lebih kepada negatiflah saya dengar.

    Pada pendapat saya, Nuffnang lebih mementingkan periuk nasi dia dari blogger yang sebenarnya dah tolong mereka dapat income.

    Saya rasa pasang iklan dari adsense lebih baik daripada pasang iklan Nuffnang ni.

    Ini pendapat saya.

    Reply
  7. dukenaim says

    February 4, 2017 at 7:46 am

    nuffnang ni macam dah jadi syarat pula untuk blogger baru untuk pasang kat blog, aku la tu dulu… Sebabkan nuffnang ni juga, pernah satu ketika blog terbengkalai, sampai lupa terus url dek kerana acah-acah nak pasang widget nuffnang sana sini. Sekarang baru nampak cerah sikit pasal nuffnang ni, kalau sesaja pasang untuk cek trafik, itu dah kira bagus hihi.

    Reply
    • sabree hussin says

      February 4, 2017 at 1:45 pm

      Pasang untuk cantikkan blog pun ok jugak 😀 Cuma sayangnya dari segi revenue, ia tak begitu tinggi.

      Reply
  8. zik says

    February 5, 2017 at 11:26 am

    nuffnang nih dia boleh trace keyword2 tuh.. saya dah lama tak login

    Reply
    • sabree hussin says

      February 5, 2017 at 1:42 pm

      Kadang-kadang ada keyword yang menarik terlekat kat dashboard Nuffnang tu. Pandai-pandai la nak monetize keyword tu selepas tu.

      Reply
  9. Belang Tarung says

    June 12, 2017 at 12:00 am

    dah bertahun pasang nuffnang tu pun sbb adsense asyik reject application wakaka

    Reply
  10. MZTech says

    June 20, 2017 at 12:06 am

    Nuffnang kat blog terus saya terus hilang..agaknya saya jarang update blog rasenye..

    Reply
    • sabree hussin says

      June 20, 2017 at 11:28 am

      Macam mana boleh hilng pulak? Selagi kita tak buang kod iklan tu dalam blog, selagi tu iklan tu akan ada dalam blog kita

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger?
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya? - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut