Salah satu sumber pendapatan blog ini adalah menerusi program pengiklanan. Tahukah anda? Untuk berjaya dapat sebarang pendapatan dari program pengiklanan, sesuatu laman web atau blog itu WAJIB mempunyai bilangan trafik yang TINGGI!
Baca juga: Teknik Tarik Trafik Yang Ramai Ke Laman Blog
Kali terakhir saya terima bayaran dari Bidvertiser adalah sekitar bulan Ogos 2015. Lebih kurang 7 atau 8 bulan yang lepas. Kemudian saya dah tak terima sebarang pembayaran dari program pengiklanan ni.
Sebabnya? Saya remove iklan-iklan dari Bidvertiser dalam blog ini. Saya rasa macam ianya agak mengganggu dan kebanyakkan iklan yang muncul dalam blog ni macam kurang relevan dengan topik-topik yang saya cover dalam blog ini.
Tak lama lepas tu, saya pasang balik iklan bidvertiser dalam blog ini. Rasa rindu pulak nak buat duit dengan Program Pengiklanan Bidvertiser. Lagipun buat masa ni, Bidvertiser adalah satu-satunya program pengiklanan yang membayar dalam matawang USD yang saya join.
Tak tau la kalau in future saya terjumpa program pengiklanan lain sebagai alternatif kepada Bidvertiser, mungkin saya akan join yang tu pulak. Ini screenshot email notification yang saya terima dari PayPal yang mengatakan saya telah menerima bayaran sebanyak USD10.38 dari Bidvertiser.
Sebenarnya dari segi teori, blog ini memang berupaya untuk tarik income dalam matawang USD setiap bulan. Kalau melihatkan dari segi statistik, trafik blog ini memang menunjukkan ada peningkatan dari masa ke masa.
Jika pendapatan Bidvertiser ini berkadaran secara langsung dengan pertambahan trafik yang masuk ke blog ini, maka saya boleh katakan, blog ini memang ada potensi untuk jana lagi banyak income dari program ini.