Setuju tak kalau saya katakan, yang kucing ni adalah makhluk tuhan yang sangatlah comel! Saya tak akan kata yang kucing adalah makhluk yang PALING COMEL sebabnya, untuk mereka yang tak suka kucing, mungkin mereka akan melihat kucing ni seperti seekor monster yang perlu dijauhi.
… dan of course, buat para pencinta haiwan peliharaan lain seperti anjing, arnab, hamster dan sebagainya, dah tentu masing-masing akan kata haiwan peliharaan mereka lah yang paling comel.
Ah… buat apa nak gaduh dengan perkara-perkara remeh macam ni, betul tak? Bukan ke lagi penting kalau kita dapat berikan kehidupan yang bermakna dan lebih baik buat haiwan-haiwan kesayangan kita ni. Cuba bayangkan, kalau pada waktu ni, mereka terpaksa hidup di luar, sebagai gelandangan. Macam manalah agaknya kehidupan mereka nanti ya.
Mereka akan berdepan dengan bahaya. Mungkin akan ada budak-budak nakal yang akan kejar dan pukul mereka. Mereka berisiko untuk cedera parah akibat kena langgar dengan kenderaan lain dan sebagainya. Tempat mereka tidur pastinya tak selesa… dan macam manalah agaknya mereka nak cari makanan yang baik untuk diri mereka.
Bukan semua orang yang fikir benda-benda macam ni. Sesetengah orang, mereka tak peduli pun tentang kebajikan para haiwan di sekeliling mereka.
Sistem pengurusan najis untuk kucing. Walau semahal mana, secantik mana dan secomel mana sekalipun kucing-kucing anda, yang pasti najis mereka tetap akan berbau! Ada sesetengah pencinta haiwan, tak sanggup nak bela haiwan disebabkan tak tau, tak pandai ataupun tak sanggup nak uruskan najis haiwan-haiwan peliharaan ni.
Mana ada orang yang nak rumah mereka kotor, betul tak? Jadi, macam mana nak bela kucing, dan pada masa yang sama, kita nak rumah kita selalu bersih, wangi dan sistem pengurusan sisa najis mereka dapat kita kawal dengan baik? Ha ni la saya nak cerita.
Semasa kucing saya masih kecik lagi, saya gunakan bekas tanpa penutup untuk dijadikan tandas untuk kucing saya. Masa tu, saya rasa semuanya ok. Lagipun, pasir kucing yang saya gunakan, salah satunya jenama Fussie Cat memang mempunyai sistem untuk memerangkap bau.
Jadi setiap kali kucing buang air, memang tak ada bau apa-apa. Kalau kucing kita ni jenis yang pandai timbus najis dengan pasir itu lagi bagus.
Pada satu hari, saya perasan di sekitar tempat kucing ni buang najis, penuh pasir. Bersepah. Memang pelik, dan setiap hari perlu sapu lantai, lebih-lebih lagi kat kawasan sekitar bekas tersebut.
Saya tergerak hati untuk perhatikan kucing saya, apabila dia nak membuang. Baru saya tau, bila kucing ni dah besar sikit, dia ada satu tabiat suka korek lubang pada pasir. Korek dengan sepenuh hati pulak tu. Memang habis berterabur pasir-pasir kat atas lantai bila dia buat macam tu.
Suka ataupun tidak, maka terpaksalah saya cari penyelesaian yang lebih efektif.
Bila saya tonton video-video tentang kucing, saya dapati kebanyakkan cat owner di luar negara akan menggunakan toilet untuk kucing jenis yang ada penutup macam yang kat sebelah ni.
Kelebihannya, selain boleh kawal bau busuk, ia juga kurang bersepah.
Dalam situasi kucing-kucing saya pulak, mereka boleh buat lubang sekuat mana yang dia suka, and the best part is, lepas ni dah tak ada lagi sepah-sepah kat lantai.
Toilet yang awesome macam ni boleh dibeli kat sini.
Binatang kan. Nak marah pun tak guna. Mereka belum tentu akan faham apa yang kita cakap. Jadi, lebih baik kita yang berakal ni yang sediakan keperluan mereka dengan baik.
[…] Set kemudian prospek anda tak beli pun produk tu, sebaliknya dia beli barang lain, contohnya dia beli toilet untuk kucing. Asalkan ada transaksi, anda masih tetap akan dapat komisen. Walaupun prospek tu tadi beli barang […]