Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

10 Barang anda patut beli untuk kucing kesayangan anda!

February 4, 2016 by sabree hussin 5 Comments

Sayang punya pasal, macam-macam kita sanggup belikan untuk kucing kesayangan kita, betul tak? Saya percaya semua pemilik kucing sedar, kucing kita bukan sekadar perlu makan dan minum semata. Ia perlukan lebih dari itu.

 

Jadi kali ini, saya ingin kongsikan 10 jenis barang yang anda patut pertimbangkan untuk dihadiahkan kepada kucing kesayangan anda tu. Apa barang-barang tersebut? Jom saksikan senaraian dibawah ini.

 

(1) Automatic Food Dispenser

Kalau anda jenis yang agak jarang berada di rumah dan tak dapat untuk berikan makanan kepada kucing anda mengikut masa dan jadual yang konsisten, maka dengan menggunakan Food Dispenser ini segala masalah anda akan selesai.

bekas_makanan_kucing_automatik

Anda boleh klik sini untuk melihat senarai harga bagi food dispenser ini.

 

(2) Nail clipper (pemotong kuku) khas untuk kucing

Kucing secara semulajadi memang suka menggaru. Kalau kita biarkan, mungkin mereka akan menggaru di tempat-tempat yang tak sepatutnya, contohnya seperti di sofa.

safe-pet-dog-puppy-cat-claw-nail-plier-scissor-clipper-tool-file-grater-small

Jadi sekali sekala, kita perlu potong kuku kucing tu. Lebih-lebih lagi untuk kucing yang memang kita bela indoor. Pemotong kuku untuk manusia kurang sesuai untuk digunakan bagi memotong kuku kucing.

 

Kalau guna juga pemotong kuku untuk manusia, besar kemungkinan kuku kucing tu akan pecah. Anda boleh ke sini untuk dapatkan pemotong kuku kucing seperti dalam gambar diatas. Search keyword “pet nail clippers”.

 

 

(3) Toilet untuk kucing

Untuk toilet kucing, saya gunakan yang sama jenis macam kat gambar dibawah ni.

catit-hooded-cat-pan-pink

Anda boleh klik sini untuk lihat tawaran terbaik untuk toilet kucing seperti diatas. Sebelum ni saya guna besen sahaja. Kemudian masukkan pasir. Tapi lama kelamaan bila kucing makin membesar, rasanya makin kurang sesuai guna besen.

 

Pertama, setiap kali kucing nak membuang, dia akan korek-korek pasir dalam besen tu. Kadang-kadang bila korek terlalu kuat, akan ada pasir-pasir yang bercampur dengan najis akan bertaburan kat lantai. Kedua, dari segi bau, memang akan semerbak.

 

Bila guna jenis yang ada penutup macam dalam gambar kat atas tu, at least pasir dah tak berterabur atas lantai dan bau busuk pun agak kurang. Ya, sistem toilet macam dalam gambar diatas ada sistem kawalan bau busuk.

 

Kalau tak nak guna macam dalam gambar kat atas untuk toilet kucing, boleh juga latih kucing untuk membuang di tandas kita. Ada alat khas untuk melatih kucing.

cat-toilet-training-kit-by-citikitty

Anda boleh semak harga CitiKitty ini disini.

 

(4) Sunny Seat Window Mounted

Bagi mereka yang tinggal di rumah jenis apartment seperti saya, anda boleh pasang window bed ini pada tingkap rumah anda.

sunny-seat-mounted-cat-bed-comfortable

Bila dah pasang kat tingkap, dan kucing-kucing saya pun melepak kat tepi tingkap, macam kat bawah ni la rupa dia.

sunny-seat-window

Ha… nampak tak betapa kucing-kucing ni suka tengok keluar. Bila dia duduk kat tempat macam ni, at least confident sikit dengan keselamatan diorang ni.

 

Nak tengok berapa harga Window Mounted Cat Bed ni boleh klik sini. Boleh buat perbandingan harga, sebabnya ada yang murah dan ada juga yang agak mahal. Search keyword “Window Mounted Cat Bed”.

 

 

(5) Tempat penggaru

Nak elak kucing anda menggaru di tempat yang tak sepatutnya?

scratching-board-cat-kitten-claw-scratch-post-scratcher-sculpture

Kenalah sediakan tempat menggaru khas untuk mereka. Kat sini ada macam-macam pilihan.

Baca juga: 5 Masalah yang akan dilalui oleh pemilik kucing dan penyelesaiannya

 

(6) Cave bed house sleeping bed

Ini pulak untuk tempat tidur kucing-kucing kesayangan anda.

pet-dog-cat-cave-warm-winter-bed-house-sleeping-bag-plush-den

Bentuk dia memang macam gua. Kucing pasti suka.

 

 

(7) Car Rear Back Seat Waterproof Carrier 

Benda ni memang perlu ada, kalau anda ada beberap ekor kucing dan anda perlu selalu bawa kucing anda tu travel ke mana-mana.

pet-dog-cat-car-rear-back-seat-waterproof-carrier-cover-blanket-cover-mat-hammock-cushion-protector

Tak perlu nak kurung kucing-kucing anda dalam kereta. Boleh biar mereka lepas begitu sahaja.

 

(8) Cat mesh hammock hanging bed

Tempat lepak untuk kucing.

ai-home-pet-cat-mesh-hammock-hanging-bed-cage-comforter

Kalau kat rumah ada kerusi macam dalam gambar tu, boleh pasang kat situ. Hammock ni pun tak mahal sangat harganya.

 

(9) Fussie Cat scented litter

Pasir untuk tandas kucing. Saya rasa beli online lagi bagus. Sebabnya pasir ni agak berat. Kalau beli online, ada orang yang akan tolong hantar sampai ke depan rumah.

fussie-cat-scented-litter-enchanted-rose

Kalau nak beli kat pet shop pun boleh. Cuma kadang-kadang, saya akan keluar shopping kelengkapan dapur, dan kalau nak beli pasir untuk kucing sama, memang agak berat rasanya. Jadi, saya pilih untuk beli secara online. Anda boleh lihat senarai harga disini.

 

(10) 3 Way foldable cat and kitten tunnel

Satu lagi alat yang pasti akan disukai oleh kucing anda.

jor-3-way-foldable-pet-rabbit-cat-kitten-play-exercise-tunnel

Benda ni macam terowong, jadi kucing akan bermain kejar dalam ni.

 

Macam mana? Menarik kan? Jom shopping untuk keselesaan kucing kesayangan kita!

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Sistem tandas terbaik untuk kucing
  2. Gembirakan kucing anda dengan dua benda ni!
  3. Ini sebab kenapa saya pilih untuk beli barang online di Lazada
  4. Bisnes menjual makanan haiwan kesayangan beserta strategi penetapan harga

Filed Under: Kucing Tagged With: barangan untuk kucing, hadiah untuk kucing, mainan untuk kucing, produk untuk kucing

Comments

  1. the palazzo expert says

    December 12, 2017 at 12:40 pm

    Bahagianya kucing kalau owner sediakan semua benda-benda ni 😀

    Reply
    • sabree hussin says

      December 12, 2017 at 5:04 pm

      Selagi kucing kesayangan masih lagi bernyawa, bahagiakanlah dia sebaik-baiknya 🙂

      Reply
  2. Ralia says

    July 5, 2020 at 11:54 am

    I like this because i love cat verry much ???

    Reply

Trackbacks

  1. Gembirakan kucing anda dengan dua benda ni! - Blog Sabree Hussin says:
    May 24, 2016 at 12:38 pm

    […] Klik: 10 barang yang anda patut beli untuk dihadiahkan kepada kucing kesayangan anda […]

    Reply
  2. 5 Jenis Aksesori Yang Sesuai Dibeli Untuk Kucing Kesayangan Anda says:
    January 22, 2021 at 10:11 am

    […] [Sumber: Sabree Hussin] […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in