UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Sistem tandas terbaik untuk kucing

April 5, 2016 by sabree hussin 2 Comments

Setuju tak kalau saya katakan, yang kucing ni adalah makhluk tuhan yang sangatlah comel! Saya tak akan kata yang kucing adalah makhluk yang PALING COMEL sebabnya, untuk mereka yang tak suka kucing, mungkin mereka akan melihat kucing ni seperti seekor monster yang perlu dijauhi.

 

… dan of course, buat para pencinta haiwan peliharaan lain seperti anjing, arnab, hamster dan sebagainya, dah tentu masing-masing akan kata haiwan peliharaan mereka lah yang paling comel.

kucing-comel-dengan-baby

 

Ah… buat apa nak gaduh dengan perkara-perkara remeh macam ni, betul tak? Bukan ke lagi penting kalau kita dapat berikan kehidupan yang bermakna dan lebih baik buat haiwan-haiwan kesayangan kita ni. Cuba bayangkan, kalau pada waktu ni, mereka terpaksa hidup di luar, sebagai gelandangan. Macam manalah agaknya kehidupan mereka nanti ya.

 

Mereka akan berdepan dengan bahaya. Mungkin akan ada budak-budak nakal yang akan kejar dan pukul mereka. Mereka berisiko untuk cedera parah akibat kena langgar dengan kenderaan lain dan sebagainya. Tempat mereka tidur pastinya tak selesa… dan macam manalah agaknya mereka nak cari makanan yang baik untuk diri mereka.

 

Bukan semua orang yang fikir benda-benda macam ni. Sesetengah orang, mereka tak peduli pun tentang kebajikan para haiwan di sekeliling mereka.

 

Sistem pengurusan najis untuk kucing. Walau semahal mana, secantik mana dan secomel mana sekalipun kucing-kucing anda, yang pasti najis mereka tetap akan berbau! Ada sesetengah pencinta haiwan, tak sanggup nak bela haiwan disebabkan tak tau, tak pandai ataupun tak sanggup nak uruskan najis haiwan-haiwan peliharaan ni.

 

Mana ada orang yang nak rumah mereka kotor, betul tak? Jadi, macam mana nak bela kucing, dan pada masa yang sama, kita nak rumah kita selalu bersih, wangi dan sistem pengurusan sisa najis mereka dapat kita kawal dengan baik? Ha ni la saya nak cerita.

 

Semasa kucing saya masih kecik lagi, saya gunakan bekas tanpa penutup untuk dijadikan tandas untuk kucing saya. Masa tu, saya rasa semuanya ok. Lagipun, pasir kucing yang saya gunakan, salah satunya jenama Fussie Cat memang mempunyai sistem untuk memerangkap bau.

 

Jadi setiap kali kucing buang air, memang tak ada bau apa-apa. Kalau kucing kita ni jenis yang pandai timbus najis dengan pasir itu lagi bagus.

 

Pada satu hari, saya perasan di sekitar tempat kucing ni buang najis, penuh pasir. Bersepah. Memang pelik, dan setiap hari perlu sapu lantai, lebih-lebih lagi kat kawasan sekitar bekas tersebut.

 

 

Saya tergerak hati untuk perhatikan kucing saya, apabila dia nak membuang. Baru saya tau, bila kucing ni dah besar sikit, dia ada satu tabiat suka korek lubang pada pasir. Korek dengan sepenuh hati pulak tu. Memang habis berterabur pasir-pasir kat atas lantai bila dia buat macam tu.

 

catit-hooded-cat-pan-pink

Suka ataupun tidak, maka terpaksalah saya cari penyelesaian yang lebih efektif.

 

Bila saya tonton video-video tentang kucing, saya dapati kebanyakkan cat owner di luar negara akan menggunakan toilet untuk kucing jenis yang ada penutup macam yang kat sebelah ni.

 

Kelebihannya, selain boleh kawal bau busuk, ia juga kurang bersepah.

 

Dalam situasi kucing-kucing saya pulak, mereka boleh buat lubang sekuat mana yang dia suka, and the best part is, lepas ni dah tak ada lagi sepah-sepah kat lantai.

 

Toilet yang awesome macam ni boleh dibeli kat sini.

 

Binatang kan. Nak marah pun tak guna. Mereka belum tentu akan faham apa yang kita cakap. Jadi, lebih baik kita yang berakal ni yang sediakan keperluan mereka dengan baik.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. 10 Barang anda patut beli untuk kucing kesayangan anda!
  2. 5 Masalah yang akan dilalui oleh pemilik kucing dan penyelesaiannya
  3. Gembirakan kucing anda dengan dua benda ni!
  4. Bagaimana cara TERBAIK untuk guna sistem SamsengFB?

Filed Under: Kucing Tagged With: bekas kucing, sistem tandas untuk kucing, tandas untuk kucing, toilet kucing

Trackbacks

  1. Skim buat duit cepat dan skim buat duit lambat di internet - Blog Sabree Hussin says:
    June 23, 2016 at 3:11 pm

    […] Set kemudian prospek anda tak beli pun produk tu, sebaliknya dia beli barang lain, contohnya dia beli toilet untuk kucing. Asalkan ada transaksi, anda masih tetap akan dapat komisen. Walaupun prospek tu tadi beli barang […]

    Reply
  2. 7 Cara mudah untuk dapatkan idea memulakan perniagaan sendiri - Blog Sabree Hussin says:
    June 25, 2016 at 9:10 am

    […] Idea adalah salah satu idea yang pastinya timbul daripada pemerhatian terhadap masalah-masalah yang berlaku dalam rutin kehidupan seharian. Mereka yang bela kucing, mesti setuju bahawa sistem tandas ini adalah lebih baik daripada biarkan kucing-kucing buang air besar merata. [Sistem tandas terbaik untuk kucing] […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in