Beberapa hari kebelakangan ini, secara tiba-tiba dan dengan tak semena-mena, artikel yang pernah saya tulis sebelum ini berhubung isu patuh syariah atau tidak perniagaan Tone Excel mendapat jumlah view yang agak tinggi berbanding kebiasaan. Bukan itu sahaja, malahan jumlah trafik yang masuk ke laman blog saya ni juga tiba-tiba meningkat secara mendadak!
Mula-mula saya ingatkan ada hamba Allah yang dah bantu viralkan blog saya ni… (Alhamdulillah). Rupa-rupanya bukan sebab itu. Sebenarnya blog saya ni menerima tempias daripada topik yang di viralkan oleh para pengguna FB.
Anda boleh ikuti kupasan penuh di fanpage Muamalat.MY menerusi pautan ini. Ok saya tak pasti sama ada artikel tersebut akan terus berada disitu atau sebaliknya. Kita sedia maklum, apa-apa yang kita post di laman media sosial biasanya agak sukar untuk dikekalkan.
Lebih-lebih lagi kalau yang kita tulis itu tidak selari dengan apa yang difikirkan oleh sekelompok kumpulan yang ramai ataupun dapat dihadam oleh sekumpulan manusia yang tidak mempunyai ilmu tentangnya.
Pada waktu catatan ini saya tulis, syarikat Tone Excel Sdn Bhd memang masih belum mengumumkan kewujudan sebarang panel syariah bagi menyelia tata kelola perjalanan syarikat dan perniagaan yang mereka jalankan. Artikel ini saya tulis pada tahun 2016!
Isu tentang panel syariah ni bukannya perkara baru. In fact, sejak saya menjadi pengguna simkad ini dari tahun 2013 lagi, antara rejection yang agak popular daripada kalangan prospek ialah
“Aku tak nak join sebab Tone Excel tak ada panel syariah…”
Adakah penolakkan dari prospek seperti ini akan melemahkan saya? Sudah tentu TIDAK. Memandangkan topik mengenai Fiqh Muamalat adalah salah satu subjek wajib semasa di Universiti, maka rejection seperti ini sudah tentu saya tahu bagaimana untuk menjawabnya.