Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Ahli Tone Excel berpeluang menikmati 3 kali gaji dalam sebulan

April 19, 2016 by sabree hussin 2 Comments

Jika anda masih lagi mencari-cari sumber pendapatan tambahan dan sampai sekarang masih belum lagi menemui walau satu pun yang sesuai, mungkin anda patut pertimbangkan untuk menyertai syarikat Tone Excel. Kenapa?

 

Kali ini kita cerita bab duit pula. Tahukah anda, setiap ahli Tone Excel yang aktif menaja dan rajin buat kerja, mereka akan menikmati bayaran komisyen (gaji) sebanyak 3 kali dalam masa sebulan! 

 

Ya, komisyen akan dibayar 3 kali dalam sebulan buat mereka yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Ok mari lihat jadual dibawah.

gaji-toneexcel

Komisyen yang pertama adalah komisyen yang diberi nama Fast Track komisyen

Komisyen dibayar kepada ahli-ahli Tone Excel yang berjaya mendapatkan pelanggan baru untuk menjadi ahli dan pengguna simkad Tone Excel. Untuk setiap ahli baru yang berjaya diperolehi, bayaran yang akan diberikan oleh syarikat kepada anda adalah berjumlah RM20.

 

Anda rasa susah nak dapatkan ahli baru?

[Read more…]

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: autodownline tone excel, bisnes tone excel, blog rujukan bisnes tone excel, blog tone excel, gaji 3 kali sebulan tone excel, panduan bisnes tone excel, panduan promosi tone excel, tone excel

8 Kelebihan dan keistimewaan yang dinikmati oleh para pengguna simkad Tone Excel

April 19, 2016 by sabree hussin 6 Comments

“Apa kelebihan dan keistimewaan menggunakan simkad Tone Excel ni? Betul-betul ada kelebihan ke?”

 

Ini soalan yang kita kena clear terlebih dahulu, sebelum nak mula memperkenalkan dan memasarkan simkad ini kepada orang lain. Kita nak ajak orang lain jadi pengguna simkad ini, tapi kita sendiri masih tak jelas dengan kelebihan simkad ni… ah macam ni memang jammed.

 

Jadi, dalam post kali ini, saya nak ajak anda semua untuk buat ulangkaji bagi mengetengahkan kepada anda semua, apa dia kelebihan menggunakan simkad ini. Bila kita nak cerita kat orang lain tentang kelebihan simkad ini, cukup sebenarnya dengan kita menceritakan tentang 8 kelebihan ini. Ia sudah cukup memadai.

 

Realitinya, memang ada banyak lagi kelebihan yang bakal diperolehi. Namun, saya berpendapat tak perlu nak senaraikan semua sekali. Cukup sebenarnya kita kongsikan kepada prospek kita satu atau dua kelebihan yang berupaya untuk membuatkan mereka berasa teruja.

 

(1) Kredit PERCUMA bernilai RM30

“Berapa harga simkad Tone Excel ni?”

Simkad Tone Excel ni harganya ialah RM90 sahaja.

Cukai GST sebanyak 6% menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar ialah sebanyak RM95.40. Kalau dulu, sebelum GST harganya cumalah RM90 sahaja.

Pertambahan sebanyak RM5.40 adalah untuk GST dan ia dikutip oleh Kerajaan Malaysia. Kita tunggulah di masa akan datang, mungkin waktu tu bila kerajaan dah hapuskan cukai GST, mungkin waktu tu kos untuk mendapatkan sim ini akan jadi lagi rendah. Wallahua’lam.

 

simkad-tunetalk-toneexcel-2

Apabila anda mengaktifkan simkad ini buat kali pertama, anda akan menerima kredit PERCUMA bernilai RM30.

 

Tempoh validity kredit PERCUMA bernilai RM30 ini adalah selama 30 hari. Jadi, jika penggunaan topup anda adalah kurang dari RM30, boleh jadi anda tak perlu lakukan sebarang tambah nilai pada bulan pertama.

 

Anda hanya perlu guna kredit percuma yang diberikan kepada anda, itu sahaja.

 

Bukan itu sahaja…

[Read more…]

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: autodownline tone excel, bisnes tone excel, blog rujukan bisnes tone excel, blog tone excel, panduan bisnes tone excel, panduan promosi tone excel, promosi topup tone excel, tone excel

Apa yang anda perlu tahu tentang sistem autodownline Tone Excel

March 13, 2016 by sabree hussin 2 Comments

Dalam post pada kali ini, saya akan berikan pencerahan dan penjelasan kepada beberapa persoalan tentang sistem autodownline Tone Excel.

 

Ini adalah sistem autodownline yang saya sendiri gunakan. Jadi, penjelasan dan penerangan yang bakal saya kongsikan dalam post kali ini adalah lebih kepada perkongsian pengalaman dari saya sendiri.

 

Memandangkan masih lagi terdapat mereka yang

(1) Tak faham

(2) Kurang faham

(3) Buat-buat tak faham

(4) Tak faham-faham

(5) Tak boleh nak faham

(6) Tak nak faham atau malas nak faham

(7) Sengaja cakap tak faham

 

… maka dalam post kali ini, saya nak mudahkan anda untuk dapatkan maklumat yang mungkin membantu anda untuk jadi lebih faham. Bila dah faham, maka bolehlah buat keputusan yang wajar dan tepat.

bisnes_tone_excel_free_downline

 

(1) Kenapa rupa laman web Team AutoDownLine ini begitu ringkas. Betul ke boleh dapat downline?

Ya, memang sangat ringkas. Jika anda tunjukkan page ini kepada mereka yang tak pernah kenal apa itu Tone Excel, boleh jadi nak klik dan bukak laman web ini pun mereka tak sudi buat. Kalau ada yang sudi klik pun, mungkin mereka tak tau, apa benda sebenarnya laman web ini.

 

Saya pernah jumpa, ada juga orang yang tak tau apa kaitan laman web team Autodownline ini dengan bisnes Tone Excel. Senang kata, hanya mereka yang pernah dengar tentang Tone Excel sahaja yang tau apa sebenarnya fungsi laman web ini. Adakah ini menjadi satu masalah buat anda?

[Read more…]

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: apa itu autodownline tone excel, autodownline tone excel, autodownline tone excel tipu, boleh percaya ke autodownline tone excel, cara dapat downline percuma, join autodownline tone excel, soalan tentang autodownline, team autodownline

Macam mana cara nak berjaya dalam bisnes simkad Tone Excel?

February 29, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Tak ada lagi yang join bisnes simkad Tone Excel ni sebab dia nak jadi seorang yang gagal. Masing-masing pasti join dengan niat dan azam nak berjaya. Sekurang-kurangnya, mereka ingin dapat pendapatan pasif RM1,000 setiap bulan hanya dengan menjadi pengguna simkad Tone Excel.

 

Namun demikian, apa yang menyedihkan sekali ialah, usaha yang ditunjukkan untuk berjaya dalam bisnes ni tak sepadan dengan keinginan, hasrat dan cita-cita tu. Agak-agak kalau usaha masih lagi kurang, boleh lagi ke nak berjaya?

laman_web_utama_jobdirumah

Samalah halnya dengan individu yang nak bekerja hanya dari rumah. Namun, bila setiap kali ada dirumah, dia tak menggunakan masanya dengan sebaik mungkin untuk bekerja. Dia terlalu sibuk melayan media sosial, layan movie, main game dan sebagainya. Kesudahannya, masa yang ada digunakan untuk perkara-perkara yang tidak menjana wang, mana mungkin dia akan berjaya dalam bidang yang diceburinya tu!

[Read more…]

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: autodownline tone excel, cara berjaya dalam tone excel, sistem autodownline tone excel

Bagaimana cara untuk menjadi penaja dalam perniagaan simkad Tone Excel?

February 28, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Saya akui, kadang-kadang saya rasa agak “pening” dengan soalan-soalan yang ditanyakan kepada saya. Apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi untuk bertanya. Setidak-tidaknya dari pertanyaan anda tu, dapatlah saya menulis sesuatu yang mungkin akan dapat beri manfaat kepada individu lain yang mempunyai soalan yang sama.

 

Baiklah, ini soalan yang ditanyakan kepada saya.

“saya dah memang guna tone excel ni..tapi macam mane nak jadi penaja?? tolong la ajar saya…

 

Salah satu tujuan, kenapa saya menulis tentang Tone Excel dalam blog ini, adalah untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang saya tahu tentang perniagaan ini. Ada ketikanya, saya juga akan menulis tentang teknik-teknik dan juga strategi pemasaran yang anda boleh tiru untuk memasarkan perniagaan anda.

promosi_tone_excel

Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga, adakah anda baca apa yang saya dah kongsikan dalam blog ni? Untuk mengajar secara face to face, buat masa ini, saya kira ia agak tidak sesuai. Seperti kebanyakkan orang lain, saya juga hanya mempunyai 24 jam sahaja dalam sehari.

 

Dalam masa 24 jam inilah saya perlu bahagi-bahagikan dengan sebaiknya untuk buat macam-macam perkara, dan agak mustahil untuk saya menjadi seorang pengajar dalam kesempatan yang begitu terbatas. Jadi, sebagai gantinya, saya coretkan beberapa ilmu pemasaran yang anda boleh baca secara percuma sahaja disini. Ya, dalam blog ini. Galilah post-post saya yang terdahulu.

 

Setiap post yang saya catatkan dalam blog ini, hanya memerlukan sekitar 5 – 7 minit sahaja untuk dibaca. Sebahagiannya boleh dibaca dengan lebih pantas dari itu. Namun tahukah anda, post yang hanya memerlukan 5 minit untuk dibaca, saya menggunakan sekurang-kurangnya 1 jam untuk siap mengolah idea, menaip dan mengemaskini! Jadi, bacalah. Anda tak perlu bayar apa-apa pun untuk membaca apa yang saya kongsikan dalam blog ni.

 

Baiklah, untuk soalan macam mana nak jadi penaja/ upline dalam bisnes Tone Excel ini, saya akan tunjukkan kepada anda 6 cara yang anda boleh lakukan. Anda perlu ada kesanggupan untuk lakukannya. Sama ada anda nak buat kesemua 6 cara, atau nak pilih salah satu sahaja, itu terpulang kepada anda.

[Read more…]

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: autodownline tone excel, cara jadi upline tone excel, simkad tone excel

Macam mana cara nak join Team Autodownline Tone Excel?

February 27, 2016 by sabree hussin 1 Comment

Anda mungkin telahpun mendengar tentang kelebihan-kelebihan yang bakal anda perolehi apabila menyertai Team AutoDownline, jadi anda mesti nak tau macam mana nak join team ni, betul tak?

 

Disebabkan masih ada yang keliru dan merasakan seolah-olah nak join team autodownline ni macam susah sangat, jadi kali ini saya akan ceritakan kepada anda bagaimana cara nak sertai team ini. Sebenarnya nak join team ni bukannya susah sangat, anda cuma perlu ikuti langkah demi langkah yang saya bakal tunjukkan ni. Itu sahaja.

 

(1) Klik pada link khas/ pautan ke laman web Tone Excel AutoDownline

Anda boleh klik salah satu daripada pautan-pautan berikut, sama ada

1. http://www.sabreehussin.com/toneexcel-autodownline

2. http://autodownlineplus.com/te/?ref=43355

3. http://AutoDownLine123.com/?ref=43375

 

Ketiga-tiga link ini adalah milik saya, dan ia akan bawa anda ke laman web yang sama. Jika anda ingin sertai menerusi rangkaian saya, dan mendapat segala kelebihan seperti spillover dan sebagainya hasil daripada kerja-kerja pemasaran yang saya jalankan, maka anda perlu pastikan anda sertai menerusi link diatas.

 

(2) Isikan borang pendaftaran dan klik pada Sign Up Now & Join Our Team

Anda tak tau macam mana rupa borang pendaftaran dia? Borang tu sebenarnya dapat dilihat di muka hadapan laman web autodownline ni.

bisnes_tone_excel_free_downline

Isi dengan lengkap lepas tu klik pada butang “Sign up Now & Join Our Team”.

[Read more…]

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: autodownline tone excel, cara join autodownline tone excel

Team AutoDownline: Strategi bina rangkaian Tone Excel dengan lebih PANTAS di tahun 2015

September 3, 2015 by sabree hussin 14 Comments

Tahukah anda, ketika anda sedang sibuk melakukan follow up dengan prospek Tone Excel anda, mengajak mereka untuk ke sesi teh tarik sharing, dan memujuk rayu mereka untuk join rangkaian anda, sebenarnya pada waktu yang sama, ada individu yang buat bisnes ni TANPA PERLU BUAT SEMUA NI.

 

Mereka ni menggunakan FORMULA yang totally different dengan formula yang anda gunakan. Anda buat bisnes ni, mereka pun buat bisnes yang sama jugak, bezanya ialah cara mereka lebih mudah dan saya percaya ianya lebih berkesan daripada cara yang anda duk gunakan sekarang ni.

 

promosi_tone_excel

 

Ini yang bakal anda lalui, dan ianya bukan sekadar janji-janji kosong. Saya akan terangkan nanti kenapa ia boleh jadi begini. Apabila menggunakan formula ini, mereka

+ Tak payah buat follow up, masih boleh dapat close deal.

+ Tak payah nak jumpa prospek dan buat presentation

+ Tak payah susah payah nak datang preview dan dengar ceramah 2 jam lebih

+ Tak perlu bersusah payah nak pos simkad dan beratur panjang di kaunter pos laju

+ Ada potensi untuk dapat prospek PERCUMA walaupun tak buat marketing

+ Apabila prospek tersebut activekan simkad, dia secara automatik akan jadi downline anda

[Read more…]

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: autodownline tone excel, join tone excel dapat downline percuma, team autodownline

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kesilapan Penggunaan Kad Kredit yang Ramai Orang Buat
  • Kad Kredit: Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya
  • Bagaimana memulakan perniagaan kedai runcit sendiri?
  • Bagaimana memilih produk yang sesuai untuk affiliate marketing
  • Program Affiliate Klikjer

Recent Comments

  • sabree hussin on Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran
  • Beli Kereta Baru on Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran
  • sabree hussin on Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot
  • faizul on Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot
  • ki on Mimpi Ngeri buat pemain Mobile Legend bila dapat team perangai pelik

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Media Sosial
  • Mobile Legends Bang Bang
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Pengurusan Perniagaan
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2025 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in