Bagaimana cara untuk menjadi penaja dalam perniagaan simkad Tone Excel?

by sabree hussin on February 28, 2016

in Tune Talk Tone Excel

Saya akui, kadang-kadang saya rasa agak “pening” dengan soalan-soalan yang ditanyakan kepada saya. Apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada yang sudi untuk bertanya. Setidak-tidaknya dari pertanyaan anda tu, dapatlah saya menulis sesuatu yang mungkin akan dapat beri manfaat kepada individu lain yang mempunyai soalan yang sama.

 

Baiklah, ini soalan yang ditanyakan kepada saya.

“saya dah memang guna tone excel ni..tapi macam mane nak jadi penaja?? tolong la ajar saya…

 

Salah satu tujuan, kenapa saya menulis tentang Tone Excel dalam blog ini, adalah untuk berkongsi serba sedikit ilmu yang saya tahu tentang perniagaan ini. Ada ketikanya, saya juga akan menulis tentang teknik-teknik dan juga strategi pemasaran yang anda boleh tiru untuk memasarkan perniagaan anda.

promosi_tone_excel

Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga, adakah anda baca apa yang saya dah kongsikan dalam blog ni? Untuk mengajar secara face to face, buat masa ini, saya kira ia agak tidak sesuai. Seperti kebanyakkan orang lain, saya juga hanya mempunyai 24 jam sahaja dalam sehari.

 

Dalam masa 24 jam inilah saya perlu bahagi-bahagikan dengan sebaiknya untuk buat macam-macam perkara, dan agak mustahil untuk saya menjadi seorang pengajar dalam kesempatan yang begitu terbatas. Jadi, sebagai gantinya, saya coretkan beberapa ilmu pemasaran yang anda boleh baca secara percuma sahaja disini. Ya, dalam blog ini. Galilah post-post saya yang terdahulu.

 

Setiap post yang saya catatkan dalam blog ini, hanya memerlukan sekitar 5 – 7 minit sahaja untuk dibaca. Sebahagiannya boleh dibaca dengan lebih pantas dari itu. Namun tahukah anda, post yang hanya memerlukan 5 minit untuk dibaca, saya menggunakan sekurang-kurangnya 1 jam untuk siap mengolah idea, menaip dan mengemaskini! Jadi, bacalah. Anda tak perlu bayar apa-apa pun untuk membaca apa yang saya kongsikan dalam blog ni.

 

Baiklah, untuk soalan macam mana nak jadi penaja/ upline dalam bisnes Tone Excel ini, saya akan tunjukkan kepada anda 6 cara yang anda boleh lakukan. Anda perlu ada kesanggupan untuk lakukannya. Sama ada anda nak buat kesemua 6 cara, atau nak pilih salah satu sahaja, itu terpulang kepada anda.

 

Apa yang penting ialah, anda perlu ada kesanggupan, kemahuan dan keinginan untuk berjaya. Kena buat. Jika cuma nak bertanya, kemudian bila dah dapat jawapan, anda tanya pula soalan, “Ada cara yang lagi senang tak?” … Maaf. Anda lebih tahu, kaedah yang senang bagi anda tu bagaimana.

 

Untuk saya, saya juga hanya menggunakan kaedah-kaedah yang senang-senang sahaja. Namun, tak bermakna apa yang senang pada saya, juga senang untuk anda. Benda kalau kita dah buat hari-hari, dah tentu ia akan jadi perkara yang senang dan rutin. So, benda yang orang lain rasa macam susah, pada saya sebab saya dah buat hari-hari, ia senang la.

 

Ini 6 perkara yang anda boleh buat untuk menjadikan anda seorang penaja/ upline yang berjaya dalam bisnes Tone Excel ini.

 

(1) Buat sesi Table Talk

Ya, ajak prospek anda untuk bertemu 4 mata dan gunakan kesempatan yang ada ini untuk menerangkan tentang kelebihan yang bakal diperolehi apabila menyertai bisnes ni. Ok, anda mungkin tak tau nak cerita apa dekat prospek anda tu.

 

Saya syorkan anda tonton video dibawah ini.

 

Apabila anda berkata sesuatu yang “betul” dan “tepat” pada masanya, anda hanya perlu kurang dari 10 minit sahaja untuk dapatkan pelanggan. Sebenarnya kat YouTube ada beberapa lagi video-video seperti ini. Cari, dan belajarlah.

 

(2) Buka booth di tempat yang ramai orang

Pasar pagi, karnival, ekspo, pameran, ruang legar, parking lot dan macam-macam lagi tempat. Ya, kena ada keyakinan yang tinggi untuk buat benda ni. Saya sendiri tak pernah menyertai mana-mana booth. Jadi saya juga tak dapat nak cerita panjang tentang ini.

 

Buka booth bukan cara saya.

 

(3) Bawa prospek ke HQ atau ke branch Tone Excel untuk mendengar sesi perkongsian tentang TE

Kalau anda ke HQ Tone Excel, biasanya akan ada individu-individu yang memang dah berjaya dalam bisnes ini akan berkongsi tentang bisnes ni kepada para hadirin. Ini adalah satu pendedahan yang TERBAIK buat prospek anda, jika mereka masih lagi atas pagar dan masih kurang yakin dengan potensi keuntungan dalam perniagaan ini.

 

(4) Buat pemasaran di media sosial kepada senarai rakan-rakan

Ini cara yang begitu popular. Buat pemasaran di Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Namun, pada pendapat saya, cara yang lebih baik dan mujarab ialah menggunakan teknik soft-selling dan bukannya hard selling.

 

Kalau asyik update status yang berbentuk ingin menghasilkan jualan setiap masa, pun akan buatkan kawan-kawan kita bosan dan meluat dengan post kita.

 

(5) Tulis mengenai Tone Excel di blog

Ini cara yang saya sendiri biasa praktikkan. Saya ada “beberapa blog” yang saya tulis khusus untuk mempromosikan TE.

 

Blog ini adalah salah satu daripadanya. Namun hakikatnya, ada banyak lagi blog-blog lain yang saya tulis khusus untuk berkongsi peluang dalam perniagaan ini. Kalau anda masih belum ada blog untuk memperkenalkan perniagaan ini, masih belum terlambat untuk anda bermula. Buatlah sekarang.

 

(6) Gunakan sistem autodownline untuk memasarkan perniagaan ini

Kalau anda tak tau, nak guna sistem autodownline yang mana satu, anda boleh baca perkongsian saya sebelum ini.

Klik untuk baca: Sistem Autodownline TERBAIK untuk mempromosikan bisnes Tone Excel anda?

 

Kenapa perlu guna sistem autodownline?

Sistem autodownline fungsinya adalah untuk memudahkan kita dalam kerja-kerja pemasaran. Itu sahaja. Anda bebas untuk menggunakannya atau tidak. Sebaik-baiknya, anda fahami terlebih dahulu bagaimana sistem-sistem ini dapat berfungsi untuk memudahkan kerja-kerja pemasaran anda, kemudian barulah anda buat keputusan sama ada anda perlukan sistem-sistem seperti ini atau sebaliknya.

 

Apa yang boleh saya katakan ialah, tak ada jalan pintas dalam perniagaan ini. Namun, pastikan setiap hari yang berlalu, ia makin mendekatkan diri anda kepada puncak kejayaan. Jangan biarkan satu hari berlalu tanpa ada sebarang usaha dari pihak anda untuk menjayakan perniagaan ini.

 

This is real business. Kalau anda tak buat dengan serius, orang lain akan pintas anda. Jadi, mana satu yang anda lebih selesa?

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: