Tak ada lagi yang join bisnes simkad Tone Excel ni sebab dia nak jadi seorang yang gagal. Masing-masing pasti join dengan niat dan azam nak berjaya. Sekurang-kurangnya, mereka ingin dapat pendapatan pasif RM1,000 setiap bulan hanya dengan menjadi pengguna simkad Tone Excel.
Namun demikian, apa yang menyedihkan sekali ialah, usaha yang ditunjukkan untuk berjaya dalam bisnes ni tak sepadan dengan keinginan, hasrat dan cita-cita tu. Agak-agak kalau usaha masih lagi kurang, boleh lagi ke nak berjaya?
Samalah halnya dengan individu yang nak bekerja hanya dari rumah. Namun, bila setiap kali ada dirumah, dia tak menggunakan masanya dengan sebaik mungkin untuk bekerja. Dia terlalu sibuk melayan media sosial, layan movie, main game dan sebagainya. Kesudahannya, masa yang ada digunakan untuk perkara-perkara yang tidak menjana wang, mana mungkin dia akan berjaya dalam bidang yang diceburinya tu!
Saya tak pasti, berapa ramai yang buat research dulu sebelum join bisnes ni. Atau setidak-tidaknya mengumpul seberapa info yang boleh untuk mengetahui selok belok perjalanan bisnes ni, dan apa step-step yang perlu diambil bagi menjadi salah seorang yang berjaya dalam bisnes ni. Mungkin ada, mungkin tak ada.
Ataupun, mungkin ada yang join sebab kawan suruh, saudara suruh, mak ayah suruh dan sebagainya. Sebab kesian dengan orang yang perkenalkan bisnes ni. Well… good luck. Saya doakan semoga anda juga bakal menjumpai someone yang akan KESIAN dengan anda, dan menjadi pelanggan anda di masa akan datang. Itu pun kalau ada.
Jangan salah faham. Saya bukan nak mengajar-ngajar anda, macam mana nak buat bisnes ni. Saya percaya, setiap orang yang join bisnes ni, pasti ada winning formula yang dapat bantu mereka untuk capai impian mereka. Kalau tidak, masakan dia begitu yakin untuk join bisnes ni at the first place. Bukankah begitu?
Bagi diri saya sendiri, my winning formula adalah untuk mengajak individu yang ingin saya bantu dalam bisnes ini untuk join TE menerusi team AutoDownline. Apa yang hebat sangat dengan team ini? Ho ho sudah tentu ada kelebihannya yang tersendiri.
Secara peribadi, saya sendiri dah saksikan bagaimana sistem yang dibangunkan berupaya untuk memberikan downline secara percuma dan automatik kepada downline level 1 saya. Dengan ini, saya tak perlu pening-pening kepala untuk dapatkan 400 orang downline di level 1. Cukup sekadar saya dapatkan 10 orang downline di level 1. Itu sudah memadai. Selebihnya saya akan spillover kepada downline saya yang lain.
Nah. Saya lihat ini sebagai satu sistem yang menguntungkan diri saya sendiri dan juga menguntungkan kepada downline saya.
(1) Adakah anda PERCAYA yang anda boleh berjaya?
Berbalik kepada diri anda sendiri. Jika anda tak yakin yang anda boleh berjaya, kenapa orang lain perlu yakin kepada anda? Kenapa orang lain perlu jadi downline anda, sedangkan anda sebagai upline, masih lagi meragui diri sendiri untuk menjadi seorang yang berjaya.
Anda perlu percaya pada diri sendiri, barulah orang lain akan mula menaruh keyakinan kepada anda dan gerak kerja anda. Mudah, bukan?
(2) Sudahkah anda menetapkan matlamat?
Orang kita (Melayu) masih lagi agak malu-malu untuk menetapkan matlamat. Apa salahnya, bermula dari hari ini kita tetapkan matlamat. Contohnya, aku nak dapatkan 2 orang downline setiap bulan!
Dalam sebulan ada 30 hari. Pandai-pandailah buat pembahagian masa dan kerja. Tak kan dalam masa 30 hari tu, langsung tak boleh nak dapatkan walaupun hanya dua orang downline. Ok, kalau dua orang terasa azab sangat, seorang sahaja. Boleh buat? Buat benda ni konsisten, dan In Shaa Allah, dalam masa setahun, anda akan ada sekurang-kurangnya 12 orang downline.
Ini masih lagi suatu pencapaian yang baik jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas. Waktu anda pun masih belum join lagi TE, dan anda msih belum ada sebarang downline yang menyumbangkan sebarang pendapatan kepada anda. Anda masih lagi terdiri dalam kalangan orang yang menang!
(3) Ia bermula dengan menerima downline yang PERTAMA
Ya, kita boleh membaca kisah-kisah kejayaan mereka-mereka yang dah berjaya dalam bisnes ni. Namun, itu kisah mereka. Ia hanya berupaya untuk membangkitkan semangat kita dan menyentuh hati-hati kita agar terkesan untuk bertindak dan mengulang kejayaan yang sama seperti yang mereka lakukan.
Buktikan, anda juga boleh berjaya, Buktikan dengan menggunakan sistem pemasaran yang anda reka sendiri, anda boleh memperolehi downline anda yang pertama. Downline yang pertama ini sangatlah kritikal kerana dari sini, akan menentukan sama ada anda akan pergi jauh, atau perjalanan anda akan terhenti di setengah jalan sahaja.
(4) Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan TEKNOLOGI YANG KIAN BERKEMBANG disekeliling kita
Jika anda hanya melihat persekitaran anda semata-mata, lambat laun anda akan tersekat dan tak mampu nak pergi jauh dalam bisnes ni.
Jika anda melihat bisnes ini adalah bisnes dari seorang kawan ofis kepada kawan ofis, atau dari seorang saudara kepada saudaranya, maka percayalah, satu hari nanti, anda pasti akan kehabisan kawan ofis dan akan kehabisan saudara juga.
Apa yang lebih teruk untuk berlaku dalam bisnes ni selain daripada kehabisan prospek. Sebab itu, anda perlu siap sedia untuk menyusun strategi bagi mendapatkan seramai mungkin downline dari lubuk internet. Internet adalah kawan anda. Kalau anda tak pandai dengan hal-hal berkaitan dengan pemasaran internet, maka pergilah belajar.
Banyakkan membaca dan banyakkan bertanya. Utamakan membaca terlebih dahulu sebelum sibuk nak bertanya. Boleh jadi, apa yang anda nak tanya tu, semuanya jawapannya telah ditulis oleh seseorang di internet. Cari info-info yang anda perlukan di google.
Nampak tak?
“Cara nak berjaya dalam bisnes Tone Excel ni pun ada orang yang tulis…”
Setiap kali anda ada persoalan, tanyakan pada google. Anda pasti akan temui laman web yang telah memberikan anda jalan dan jawapan bagi persoalan tersebut.
Pada hari ini, ramai yang mendapat manfaat daripada penggunaan sistem-sistem autodownline misalnya. Termasuk juga saya. Anda boleh baca post saya yang sebelum ini untuk mengetahui bagaimana sistem autodownline dapat membantu anda.
Klik untuk baca: Sistem Autodownline Tone Excel: Apa yang anda perlu tahu tentang TeaM AutoDownLine
Di masa akan datang? Siapa tahu… mungkin akan ada teknologi lain yang dicipta untuk memudahkan kerja-kerja pemasaran anda. Anda kena ambil tahu, dan jadilah sebahagian daripada mereka yang berjaya.
Hakikatnya, tak begitu susah pun nak berjaya dalam bisnes simkad Tone Excel ini. Ia perlukan kesabaran dan usaha yang berterusan. Sebabnya, kita tak tau, bila kejayaan itu akan jadi milik kita. Mungkin dalam masa setahun dua, atau boleh jadi kejayaan hanya akan mengetuk pintu depan rumah kita selepas 10 tahun kita berada dalam bisnes ni.
err… faham ke apa yang saya cerita ni?
Leave a Reply