Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Bisnes Simkad Tone Excel – Pemasaran online atau offline lebih baik?

September 12, 2017 by sabree hussin 9 Comments

Saya masih lagi menggunakan simkad Tone Excel. Akaun Tone Excel saya juga masih lagi aktif, dan sampai ke hari ini, ia masih lagi menyumbangkan pendapatan kepada saya.

 

Jumlahnya sahaja yang tidak sebanyak dulu. Walaupun ada penurunan, namun saya masih menerima bayaran dari syarikat Tone Excel setiap bulan.

 

Tahun 2017 ini, adalah tahun yang keempat saya menjadi pengguna simkad Tone Excel. Sebelum ni, saya guna simkad Maxis. Kemudian, apabila saya dapat tahu, dengan menjadi pengguna simkad Tone Excel, saya boleh buat duit, saya terus tukar simkad saya.

 

Sepanjang menggunakan simkad Tone Excel ni, saya juga pernah alami simkad expired sebab tak topup. Kemudian, saya beli semula simkad Tone Excel.

sistem_autodownline_toneexcel

Bila kita dah pernah rasa income dari program ni… tak kisahlah sedikit atau banyak, pasti akan rasa sayang untuk tukar kepada simkad lain, yang belum tentu mampu untuk dijadikan sumber pendapatan.

 

Simkad lain pun ada kelebihan masing-masing. Ada yang mampu bagi data percuma, panggilan percuma, data murah, dan macam-macam lagi. Tetapi, nak dapatkan simkad yang boleh bagi duit masuk dalam akaun bank memang agak susah.

 

Sebab tu sampai sekarang, saya masih guna simkad ni. Lagi-lagi sekarang ni, saya boleh fokus pada pemasaran secara online sahaja, dengan menggunakan platform yang disediakan oleh team Autodownline. Setiap bulan kalau cuma dapat dua orang pengguna baru pun pada saya dah cukup memadai.

[Read more…]

Filed Under: Tanya Sabree Hussin, Tune Talk Tone Excel Tagged With: bisnes simkad tone excel, buat duit dengan bisnes simkad tone excel, buat duit dengan handphone, buat duit dengan simkad Tone Excel, simkad tone excel, tone excel

Ahli Tone Excel berpeluang menikmati 3 kali gaji dalam sebulan

April 19, 2016 by sabree hussin 2 Comments

Jika anda masih lagi mencari-cari sumber pendapatan tambahan dan sampai sekarang masih belum lagi menemui walau satu pun yang sesuai, mungkin anda patut pertimbangkan untuk menyertai syarikat Tone Excel. Kenapa?

 

Kali ini kita cerita bab duit pula. Tahukah anda, setiap ahli Tone Excel yang aktif menaja dan rajin buat kerja, mereka akan menikmati bayaran komisyen (gaji) sebanyak 3 kali dalam masa sebulan! 

 

Ya, komisyen akan dibayar 3 kali dalam sebulan buat mereka yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Ok mari lihat jadual dibawah.

gaji-toneexcel

Komisyen yang pertama adalah komisyen yang diberi nama Fast Track komisyen

Komisyen dibayar kepada ahli-ahli Tone Excel yang berjaya mendapatkan pelanggan baru untuk menjadi ahli dan pengguna simkad Tone Excel. Untuk setiap ahli baru yang berjaya diperolehi, bayaran yang akan diberikan oleh syarikat kepada anda adalah berjumlah RM20.

 

Anda rasa susah nak dapatkan ahli baru?

[Read more…]

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: autodownline tone excel, bisnes tone excel, blog rujukan bisnes tone excel, blog tone excel, gaji 3 kali sebulan tone excel, panduan bisnes tone excel, panduan promosi tone excel, tone excel

8 Kelebihan dan keistimewaan yang dinikmati oleh para pengguna simkad Tone Excel

April 19, 2016 by sabree hussin 6 Comments

“Apa kelebihan dan keistimewaan menggunakan simkad Tone Excel ni? Betul-betul ada kelebihan ke?”

 

Ini soalan yang kita kena clear terlebih dahulu, sebelum nak mula memperkenalkan dan memasarkan simkad ini kepada orang lain. Kita nak ajak orang lain jadi pengguna simkad ini, tapi kita sendiri masih tak jelas dengan kelebihan simkad ni… ah macam ni memang jammed.

 

Jadi, dalam post kali ini, saya nak ajak anda semua untuk buat ulangkaji bagi mengetengahkan kepada anda semua, apa dia kelebihan menggunakan simkad ini. Bila kita nak cerita kat orang lain tentang kelebihan simkad ini, cukup sebenarnya dengan kita menceritakan tentang 8 kelebihan ini. Ia sudah cukup memadai.

 

Realitinya, memang ada banyak lagi kelebihan yang bakal diperolehi. Namun, saya berpendapat tak perlu nak senaraikan semua sekali. Cukup sebenarnya kita kongsikan kepada prospek kita satu atau dua kelebihan yang berupaya untuk membuatkan mereka berasa teruja.

 

(1) Kredit PERCUMA bernilai RM30

“Berapa harga simkad Tone Excel ni?”

Simkad Tone Excel ni harganya ialah RM90 sahaja.

Cukai GST sebanyak 6% menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar ialah sebanyak RM95.40. Kalau dulu, sebelum GST harganya cumalah RM90 sahaja.

Pertambahan sebanyak RM5.40 adalah untuk GST dan ia dikutip oleh Kerajaan Malaysia. Kita tunggulah di masa akan datang, mungkin waktu tu bila kerajaan dah hapuskan cukai GST, mungkin waktu tu kos untuk mendapatkan sim ini akan jadi lagi rendah. Wallahua’lam.

 

simkad-tunetalk-toneexcel-2

Apabila anda mengaktifkan simkad ini buat kali pertama, anda akan menerima kredit PERCUMA bernilai RM30.

 

Tempoh validity kredit PERCUMA bernilai RM30 ini adalah selama 30 hari. Jadi, jika penggunaan topup anda adalah kurang dari RM30, boleh jadi anda tak perlu lakukan sebarang tambah nilai pada bulan pertama.

 

Anda hanya perlu guna kredit percuma yang diberikan kepada anda, itu sahaja.

 

Bukan itu sahaja…

[Read more…]

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: autodownline tone excel, bisnes tone excel, blog rujukan bisnes tone excel, blog tone excel, panduan bisnes tone excel, panduan promosi tone excel, promosi topup tone excel, tone excel

Promosi topup yang pernah dan akan dinikmati oleh pengguna simkad Tone Excel

April 16, 2016 by sabree hussin 2 Comments

Salah satu keistimewaan yang dinikmati oleh pengguna simkad Tone Excel ialah promosi-promosi topup yang dijalankan dari masa ke masa. Baiklah, pada waktu catatan ini saya tulis, promosi topup dari Tone Excel yang terbaru ialah PERCUMA DATA.

 

Anda buat tambah nilai, dan anda akan menerima data secara PERCUMA sahaja. Lihat jadual dibawah ni ya.

toneexcel-free-data

 

Apabila anda topup RM30, maka anda akan terima data percuma sebanyak 1.5GB

Apabila anda topup RM50, maka anda akan terima data percuma sebanyak 1.5GB dan juga kredit percuma sebanyak RM10.

 

Promosi-promosi seperti ini dah tentu sangat baik untuk kita ketengahkan untuk diberitahu kepada prospek kita supaya bertukar kepada simkad Tone Excel. Daripada jadual kat atas ini, sebenarnya kita dah boleh buat bajet, berapa banyak data yang kita perlukan dalam sebulan, dan berapa ringgit yang perlu kita topup. Anda mungkin dah tak perlu langgan sebarang data lagi lepas ni, dan boleh nikmati data percuma sahaja selepas ini.

 

Promosi topup sebelumnya…

[Read more…]

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: belajar tentang tone excel, blog rujukan bisnes tone excel, blog tone excel, panduan bisnes tone excel, panduan promosi tone excel, promosi topup tone excel, tone excel

Kadar panggilan, SMS dan Data apabila menggunakan simkad Tone Excel

April 16, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

“Berapa kadar panggilan, SMS dan data apabila menggunakan simkad Tone Excel?”

 

Pengguna simkad Tone Excel juga dapat menggunakan simkad mereka seperti biasa, sama seperti lain-lain simkad yang ada kat luar sana. Anda boleh berSMS, membuat panggilan, melanggan data, whatsapp, wechat, FB, twitter, Instagram dan sebagainya.

 

Masih ada lagi ke yang fikir sim ini hanya boleh buat call dan SMS sahaja ya?

kos-penggunaan-simkad-toneexcel

Info ini saya ambil dari laman web rasmi Tone Excel Sdn Bhd dan ianya adalah benar ketika catatan ini saya buat pada tarikh hari ini, 16 April 2016. Jika anda baca post ini pada tarikh yang berbeza dari tarikh post ini ditulis, dan ianya berbeza dengan maklumat yang dikeluarkan di laman web rasmi Tone Excel, maka sila ikut informasi di laman web rasmi dan abaikan info yang terkandung dalam blog ini.

 

Seperti yang anda boleh lihat, kadar panggilan yang dikenakan keatas pengguna simkad Tone Excel kepada lain-lain rangkaian ialah 28 sen per minit.

 

“All call are rated at 60 second block”

Maksudnya? Anda akan dikenakan caj mengikut blok panggilan iaitu 60 saat. Ini bermakna, apabila anda buat panggilan, syarikat telco akan terus mengenakan anda caj sebanyak 28 sen sebaik sahaja panggilan anda bersambung kepada penerima panggilan.

[Read more…]

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: belajar tentang tone excel, blog rujukan bisnes tone excel, blog tone excel, kadar panggilan tone excel, panduan bisnes tone excel, panduan promosi tone excel, tone excel

Pengenalan kepada simkad Tone Excel

April 15, 2016 by sabree hussin 2 Comments

Mungkin anda pernah terdengar tentang simkad Tone Excel ini dimana-mana. Sama ada ketika anda sedang melayari laman web, bersosial di laman media sosial mahupun terdengar topik tentang Tone Excel ini dibincangkan oleh kenalan mahupun sanak saudara anda.

 

Baiklah. Dari sumber mana anda terdengar mengenai simkad ini, mungkin berbeza antara setiap orang. Cuma persoalannya ialah, apakah yang anda lakukan setelah mendengar tentang simkad ini? Adakah anda terus menjadi pengguna, ataupun anda terus berlalu pergi dan beri alasan yang anda tak minat dengan simkad ini.

 

Satu perkara yang buatkan saya berminat untuk menjadi pengguna bagi simkad ini ialah, simkad ini menawarkan dan membuka peluang kepada penggunanya untuk jana pendapatan tambahan. Atau dengan kata lainnya, hanya dengan menjadi pengguna simkad ini, anda berpeluang untuk menerima bayaran daripada pihak syarikat.

 

Betul ke boleh dapat duit kalau jadi pengguna simkad Tone Excel?

 

Ya, memang betul. Ini buktinya.

komisyen-toneexcel

945115 merupakan nombor IDP saya. Pada 11 April 2016 dan 31 March 2016, saya menerima bayaran daripada syarikat ini. Bayaran ini dibuat terus ke akaun Maybank saya. Eh, ada ke syarikat telco yang nak bagi duit kepada penggunanya?

 

Selalu yang kita dengar, syarikat telco akan beri sms percuma, panggilan percuma, data percuma. Tetapi di Tone Excel, anda akan mendapat RM pula. Adakah syarikat telco anda menawarkan pelan sebegini?

[Read more…]

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: belajar tentang tone excel, blog rujukan bisnes tone excel, blog tone excel, panduan bisnes tone excel, panduan promosi tone excel, tone excel

Bagaimana cara nak konsisten mempromosikan simkad Tone Excel?

March 1, 2016 by sabree hussin 2 Comments

Hari catatan ini saya tulis, kita telah pun berada di bulan yang baru. Ya, bulan Mac 2016. Bulan lepas, kita dapat “bonus” satu hari, yang mana setiap 4 tahun, kita akan dapat extra satu hari, menjadikan secara keseluruhannya terdapat 29 hari dalam bulan Februari.

 

Bulan lepas, ada beberapa sasaran yang saya dah tetapkan tapi saya gagal dengan penuh “bergaya”. Daripada sasaran saya untuk capai kejayaan 100%, saya cuma berjaya capai 41% sahaja. Memang langsung tak membanggakan. Mujurlah, Allah masih beri saya peluang untuk terus bernafas dibuminya, agar saya dapat perbetulkan segala kesilapan.

 

Kita mula balik dari awal. Kita mula semula dari 1hb seperti bulan-bulan yang sebelumnya. Cuma satu sahaja yang kita tak tau, malahan tak ada siapa yang akan tahu pun, berapa lama kita akan diberikan masa dan kesempatan seperti ini?

 

Salah satu misi dan sasaran yang saya nak capai ialah, untuk dapatkan sekurang-kurangnya satu (1) sales setiap bulan dalam bisnes Tone Excel. Hanya satu sales dalam tempoh 30 hari (atau sebulan) maknanya ini bukannya satu sasaran yang melampau ataupun sasaran yang mustahil untuk dicapai. Setuju?

 

Cuma dalam situasi saya, saya perlu banyakkan berkongsi kepada para pembaca dan pelawat laman web ini, betapa mudah dan senangnya nak jalankan bisnes ini apabila ia dilakukan secara berkumpulan. Oh bukan itu sahaja, selain ia memerlukan kumpulan yang kuat, pada masa yang sama, kejayaan dalam perniagaan ini turut bakal disumbangkan oleh kekuatan sistem yang digunakan.

bisnes_tone_excel_free_downline

 

Tak ada apa yang menjadi rahsia. Saya gunakan sistem autodownline untuk membantu saya mendapatkan pelanggan dalam bisnes ni. Saya juga pernah menulis secara terperinci mengenai modus operandi dan bagaimana sistem ini berfungsi sebelum ini. Saya nak persilakan anda untuk baca dulu disini.

Klik untuk baca: Sistem Autodownline Tone Excel: Apa yang anda perlu tahu tentang TeaM AutoDownLine

[Read more…]

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: bagaimana cara konsisten promosi tone excel, cara promosi tone excel, tone excel

Berapa kali perlu bercerita tentang Tone Excel kepada orang yang sama?

February 3, 2016 by sabree hussin 3 Comments

“Pernah tak anda terfikir, berapa kali anda perlu bercerita tentang Tone Excel pada ORANG YANG SAMA sebelum individu tersebut bersetuju untuk join sebagai ahli dan menjadi downline anda?”

 

Jeng… jeng… berminat nak tau? Ok kalau macam tu, saya harap anda dapat luangkan masa dan baca perkongsian saya ni dari mula sampai habis.

 

the_psychology_of_sellingSebelum tu, saya nak kongsikan dulu pada anda, salah satu buku mengenai jualan yang saya pernah beli dan baca satu masa dulu. Buku ini bukan sahaja memberi inspirasi malahan pada masa yang sama, ia sangat-sangat membantu untuk mengajar saya cara-cara sebenar untuk buat jualan.

 

Buku yang saya maksudkan ialah buku The Psychology of Selling karya Brian Tracy.

 

Ada juga versi yang alih bahasa, dikenali dengan judul Psikologi Menjual. Saya tak pasti sama ada buku ini masih ada lagi dijual di pasaran atau tidak. Sebelum ni saya pernah nampak buku ini dijual di laman web bookcafe, tapi sekarang ni mungkin dah kehabisan stok.

 

Kelemahan paling BESAR yang ada pada usahawan dan jurujual yang masih baru ialah “Follow Up”. Setuju? Anda telah bersusah payah memperkenalkan simkad Tone Excel kepada prospek anda, persoalannya ialah, apa yang anda lakukan selepas itu?

[Read more…]

Filed Under: Tune Talk Tone Excel Tagged With: cara follow up, strategi tone excel, tips bisnes tone excel, tone excel, usahawan tone excel

Adakalanya kita perlu banyak berkongsi untuk capai lebih banyak impian yang dihajati

February 2, 2016 by sabree hussin 2 Comments

Maksudnya..? Mudah. Kita kena fokus untuk banyakkan MEMBERI sebelum fikir untuk MENERIMA dengan sebanyak-banyaknya.

 

Dan ini juga bermaksud, kita kena selalu tanyakan pada diri kita “Apa benda yang aku boleh beri? Apa benda yang aku boleh suumbangkan?”

 

Sebelum kita nak dahulukan soalan biasa seperti “Apa aku akan dapat lepas ni?” … “kalau aku buat sekian-sekian, apa yang ko nak bagi kat aku?”

buat_duit_dengan_involveasia

Saya ada sesuatu yang saya nak kongsikan pada anda. Ya… andalah. Anda yang sedang baca perkongsian saya ni. Perkongsian kali ini adalah berfokuskan tentang kaedah buat duit online.

 

Saya nak mulakan dengan laman web yang baru sahaja saya buat screenshot seperti kat atas tu.

 

(1) Involve Asia [www.involve.asia]

Apa yang istimewanya dengan laman web ini? Banyak istimewa dan kelebihan yang terdapat pada laman web ini. Dengan kaedah dan ilmu yang betul, saya percaya anda juga boleh jadi lebih kaya dan berjaya sekiranya anda menjadi affiliate atau publisher di laman web tersebut.

[Read more…]

Filed Under: Personal Tagged With: ayat power tone excel, ayat promosi tone excel, tone excel

Tips jual simkad Tone Excel secara online dan cara buat duit yang mudah!

September 29, 2015 by sabree hussin 7 Comments

“Tahukah anda yang sebenarnya terdapat cara untuk menjual simkad Tone Excel secara online dengan kaedah yang lebih mudah?”

 

Sebentar lagi saya akan terangkan bagaimana caranya. Jom teruskan pembacaan kerana anda pasti akan teruja dengan pendedahan ini.

 

“Kenapa buat bisnes ni secara online dan bukannya dengan cara biasa, iaitu cara offline?”

Hari ini, rata-rata daripada kita semua TAK ADA MASA. Kita terlalu sibuk untuk mencapai kehidupan hari esok yang lebih baik berbanding hari ini, sehingga ada antara kita yang tak sedar, kita telahpun korbankan kehidupan pada hari ini untuk hari esok yang belum pasti. Kita bekerja keras membanting tulang bagi mencapai satu matlamat yang belum pasti bila akan tercapai?

 

Individu seperti ini makin bertambah dari hari ke hari. Pendapatan yang berjaya dihasilkan, sama ada menerusi jalan pekerjaan, mahupun perniagaan hanya dapat untuk cover cost of living semata-mata. Sebarang lebihan terpaksa disalurkan untuk bayar hutang, sama ada hutang dengan bank, hutang kad kredit, hutang pelajaran dan sebagainya.

 

Banyaknya sekarang ni, nampak kaya dan berada tetapi sebenarnya papa kedana. Mujurlah, maklumat perbankan dan kewangan seseorang itu diklasifikasikan sebagai “private and confidential” jika tidak… mungkin kita akan terkejut melihat betapa banyaknya si fulan si fulan ini menanggung hutang.

bisnes online gagal

 

Tak usahlah di harapkan individu seperti ini untuk lakukan sesuatu yang berbeza berbanding dengan apa yang sedang dilakukan sekarang ni. Tak perlu tambah masalah mereka… dan jika kita benar-benar ikhlas nak bantu mereka keluar daripada belenggu masalah yang tak berkesudahan ini, kenapa tidak kita mudahkan hidup mereka daripada kita menambahkan masalah mereka?

[Read more…]

Filed Under: Advertorial Tagged With: buat duit, cara buat duit, tone excel, tone excel autodownline, tune talk tone excel

  • 1
  • 2
  • Next Page »
Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kesilapan Penggunaan Kad Kredit yang Ramai Orang Buat
  • Kad Kredit: Fahami Kekuatan Dan Aplikasikan Kelebihannya
  • Bagaimana memulakan perniagaan kedai runcit sendiri?
  • Bagaimana memilih produk yang sesuai untuk affiliate marketing
  • Program Affiliate Klikjer

Recent Comments

  • sabree hussin on Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran
  • Beli Kereta Baru on Faktor Mempengaruhi Keberkesanan Aktiviti Pemasaran
  • sabree hussin on Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot
  • faizul on Buat Minisite Menggunakan Platform Blogspot
  • ki on Mimpi Ngeri buat pemain Mobile Legend bila dapat team perangai pelik

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Media Sosial
  • Mobile Legends Bang Bang
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Pengurusan Perniagaan
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2025 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in