Komisyen Affiliate Jobdirumah April 2016

by sabree hussin on April 9, 2016

in Komisyen Affiliate

Rasanya dah menjadi satu kebiasaan dan rutin bulanan, untuk saya update tentang bayaran komisyen yang saya terima dari pihak Jobdirumah.

 

Mungkin satu hari nanti, bila panduan ini dah ditutup jualannya, catatan tentang komisyen jobdirumah, yang saya siarkan dalam blog ni bakal menjadi suatu kenangan terindah dalam hidup saya. Pada waktu tu, saya akan baca semula entri-entri lama dalam blog ni dan dapatlah saya imbas kembali, rupanya satu masa dulu saya pernah dapat komisyen dari syarikat Klik Solutions selaku pengasas kepada Panduan Jobdirumah boleh kata hampir setiap bulan.

 

Itulah dia yang akan menjadi bukti konkrit bahawa dengan bekerja keras tanpa mempedulikan rasa penat, malas, kecewa dan sebagainya, pasti akan dapat membuahkan hasil pada akhirnya.

 

Ada ramai yang menjadi ahli Jobdirumah, namun bukan semua orang berjaya dapat komisyen. Timbul tanda tanya… jika tak semua orang berjaya jana komisyen, then apa tujuan mereka join Jobdirumah? 

 

Ini jawapannya. Mereka berada dalam program Jobdirumah sebab mereka ingin belajar cara-cara bagaimana untuk bekerja dari rumah. Bermula dari mempelajari teknik-teknik dan perkara asas tentang cara kerja sebagai seorang freelancer (pekerja bebas), teknik memohon pekerjaan hingga mereka berjaya mendapatkan pekerjaan online mereka yang pertama dari portal pekerjaan yang disarankan.

 

Sepatutnya begitu lah.

 

Melainkan anda ingin menjadi seperti saya. Lebih minat untuk menjadi seorang ejen pemasaran berbanding seorang pekerja sambilan. Terpulang pada kebijaksanaan dan keselesaan anda. Apa yang penting, semoga pelaburan anda mendalami ilmu dan bidang freelancing ini membuahkan hasil. Supaya dengan demikian, pelaburan anda sebanyak RM50 itu tidaklah disia-siakan begitu sahaja.

 

Ini adalah komisyen jobdirumah yang dibayar kepada saya pada bulan April 2016 ini.

bukti-komisyen-program-jobdirumah

Seperti yang saya nyatakan pada tajuk artikel. Ini adalah bayaran KOMISYEN. Maksudnya? Bayaran ini terhasil daripada usaha menghasilkan jualan, dan bukannya hasil daripada melakukan kerja-kerja sambilan dari rumah. Ia berbeza.

 

Kalau bayaran upah, maknanya bila siap je sesuatu pekerjaan, maka anda akan menerima upah. Berbeza pula halnya dengan konsep bayaran komisyen. Komisyen hanya akan dibayar apabila saya berjaya menghasilkan jualan. Jika dalam jiwa anda, lebih cenderung untuk bekerja dalam bidang sales and marketing, maka menceburi karier sebagai ejen promosi adalah bagus untuk anda.

 

Namun, kalau anda memang langsung tak tau apa-apa, tak tau langsung macam mana nak menjual, saya kira baik anda fokus pada apa yang anda mahir. Itu lebih baik.

 

“Adakah saya tak pernah dapat sebarang bayaran daripada hasil bekerja dari rumah?”

 

Sudah tentu saya juga biasa menerima bayaran untuk kerja-kerja yang saya lakukan dalam bidang freelancing ni. Ini bukannya tahun pertama saya bersama Jobdirumah. Saya dah bersama dengan Jobdirumah sejak dari tahun 2013 lagi. Saya dah pernah cuba memohon pekerjaan melalui laman web portal pekerjaan, tawarkan servis menerusi laman web iklan, dan juga pernah menjual servis terus kepada potential client.

 

Antara kesemua yang saya nyatakan ni, saya rasa lebih mudah apabila terus berurusan dengan bakal pelanggan, klien atau majikan dengan berurusan secara terus tanpa perlu melalui mana-mana laman web job portal. Ia lebih mudah dan ringkas. Malahan, dengan berbuat demikian, saya dapat elakkan daripada perlu bersaing dengan ramai lagi freelancer kat luar sana.

 

Apa pun dari pengalaman dan pemerhatian saya sendiri, saya lihat pada hari ini rakyat Malaysia dah makin terbuka untuk bekerja hanya dari rumah dengan bantuan internet dan juga laptop. Jadi, hari demi hari, konsep bekerja dari rumah ni bukan lagi satu konsep yang begitu asing. Malahan, sekarang ni orang makin tercari-cari peluang untuk bekerja dari rumah macam ni.

 

Jika anda membaca perkongsian saya ini, dan berminat nak pelajari bagaimana misterinya nak bekerja dari rumah, secara step by step, dan juga lengkap dengan panduan dalam bentuk video, saya kira anda memang layak untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar Program Jobdirumah. Klik sini untuk mendaftar.

 

Saya tak kata, bekerja di rumah itu mudah. Namun, saya perlu tegaskan, bahawa hanya dengan bekerja dari rumah sama ada secara full time mahupun secara part time sahaja pun boleh bantu anda untuk memperolehi pendapatan tambahan.

 

Cubalah, dan semoga kejayaan akhirnya menjadi milik anda.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: