Beberapa hari kebelakangan ini, secara tiba-tiba dan dengan tak semena-mena, artikel yang pernah saya tulis sebelum ini berhubung isu patuh syariah atau tidak perniagaan Tone Excel mendapat jumlah view yang agak tinggi berbanding kebiasaan. Bukan itu sahaja, malahan jumlah trafik yang masuk ke laman blog saya ni juga tiba-tiba meningkat secara mendadak!
Mula-mula saya ingatkan ada hamba Allah yang dah bantu viralkan blog saya ni… (Alhamdulillah). Rupa-rupanya bukan sebab itu. Sebenarnya blog saya ni menerima tempias daripada topik yang di viralkan oleh para pengguna FB.
Anda boleh ikuti kupasan penuh di fanpage Muamalat.MY menerusi pautan ini. Ok saya tak pasti sama ada artikel tersebut akan terus berada disitu atau sebaliknya. Kita sedia maklum, apa-apa yang kita post di laman media sosial biasanya agak sukar untuk dikekalkan.
Lebih-lebih lagi kalau yang kita tulis itu tidak selari dengan apa yang difikirkan oleh sekelompok kumpulan yang ramai ataupun dapat dihadam oleh sekumpulan manusia yang tidak mempunyai ilmu tentangnya.
Pada waktu catatan ini saya tulis, syarikat Tone Excel Sdn Bhd memang masih belum mengumumkan kewujudan sebarang panel syariah bagi menyelia tata kelola perjalanan syarikat dan perniagaan yang mereka jalankan. Artikel ini saya tulis pada tahun 2016!
Isu tentang panel syariah ni bukannya perkara baru. In fact, sejak saya menjadi pengguna simkad ini dari tahun 2013 lagi, antara rejection yang agak popular daripada kalangan prospek ialah
“Aku tak nak join sebab Tone Excel tak ada panel syariah…”
Adakah penolakkan dari prospek seperti ini akan melemahkan saya? Sudah tentu TIDAK. Memandangkan topik mengenai Fiqh Muamalat adalah salah satu subjek wajib semasa di Universiti, maka rejection seperti ini sudah tentu saya tahu bagaimana untuk menjawabnya.
Dalam situasi saya, saya ada sedikit ilmu tentangnya. Bagaimana pula untuk mereka (ejen) yang tak ada ilmu tentang perniagaan Islam dan pada masa yang sama mendapat prospek yang menolak untuk menjadi ahli dan pengguna simkad ini, dengan alasan “tak ada panel syariah” dan pada masa yang sama prospek itu tadi pun zero dalam bab-bab sistem kewangan Islam. Ha… pening tak?
Saya pun pening. Baca slow-slow dan cubalah buat-buat faham ya. Saya pernah jumpa prospek yang menolak untuk menjadi pengguna simkad ini, yang menggunakan angle syariah dan beliau sememangnya mempunyai pengetahuan tentang bidang syariah, dan pada ketika yang lain, saya juga pernah bertemu prospek yang turut menggunakan angle patuh syariah sebagai alasan tak nak join, namun pada masa yang sama prospek itu juga sebenarnya tak tau apa-apa pun tentang bidang fiqh muamalat ni. Ha ha
Maka dari situ, apabila saya berhadapan dengan situasi yang hampir sama, iaitu menerima penolakkan seperti ini, saya tidak akan terus tergesa-gesa memberikan sebarang jawapan, sebaliknya saya akan cuba dapatkan serba sedikit latar belakang prospek tersebut. Caranya? Tanyalah soalan-soalan seperti
(1) Pada pendapat tuan, adakah konsep bisnes Tone Excel ni tidak patuh syariah?
(2) Apa yang buatkan tuan berkata sedemikian?
(3) Di bahagian mana menurut pendapat tuan model perniagaan ini bermasalah?
Biasanya, jika prospek tersebut mampu untuk menyebut istilah-istilah seperti riba (dalam konteks yang betul), maisir, dan gharar, maka In Shaa Allah, dihadapan anda adalah seorang prospek yang benar-benar mempunyai pengetahuan tentang urusan dunia dan akhiratnya. Jika dia tidak menjadi downline anda sekalipun, In Shaa Allah dia akan jadi seorang sahabat yang baik untuk anda.
Sudah tentulah individu seperti ini, kita perlu approach dengan kaedah yang istimewa juga. Bukannya dengan membuat perumpamaan kereta kancil dengan kereta Alza yang dihasilkan oleh syarikat yang sama, bata biasa dengan bata yang diperbuat daripada emas, dan sebagainya.
At this point of time, saya rasa adalah lebih baik menggunakan pendekatan diam berbanding terus melontarkan hujah yang entah apa-apa. ha ha
Oh nanti sekejap. Saya tak boleh diam diri. Saya tak sepatutnya amalkan pendekatan diam diri jika saya tahu sesuatu. Saya ada ramai kenalan yang menjalankan perniagaan ini yang mungkin memerlukan input dari saya. Saya ada pelawat dan pembaca blog yang mungkin tercari-cari informasi tentang perkara ini… dan yang paling PENTING, saya juga ada RANGKAIAN yang saya dah bina since 2013, yang mungkin terasa defenceless dan seolah-olah kehabisan hujah untuk berkata-kata.
Mari kita kupas sedikit demi sedikit isu ini.
(1) Tone Excel Sdn Bhd tiada panel syariah
Setakat catatan ini saya hasilkan pihak Tone Excel memang masih belum appoint mana-mana individu sebagai panel syariah untuk menyelia tata kelola perjalanan syarikat, pelan pemasaran dan perniagaan yang dijalankan. Saya ada tulis dalam artikel saya sebelum ini berjudul Pengenalan kepada simkad Tone Excel, bahawa syarikat ini telahpun beroperasi sejak dari tahun 2010 lagi. Baru-baru ini, syarikat telah pun menyambut ulangtahun mereka yang ke enam.
Timbul juga tanda tanya, tak kan dah 6 tahun beroperasi, sampai sekarang masih tak dapat nak lantik mana-mana ilmuwan, sarjana, ustaz dan sebagainya sebagai penasihat syariah? Jawapan bagi persoalan ini hanya mereka yang berada dalam lingkungan pengurusan sahaja yang tahu.
Apa yang berlaku sekarang ini, patutnya dapat dilihat sebagai suatu SIGNAL yang sangat jelas bahawa kita, sebagai pengguna dan juga ahli amat menyambut baik dan mengalu-alukan sekiranya ada usaha daripada pihak syarikat untuk mendapatkan penasihat Syariah. As simple as that.
Isu yang akan timbul apabila tiada penasihat syariah, ialah setiap orang akan mengemukakan hujah sendiri berhubung halal atau haram, patuh syariah atau tidak patuh syariah, dan semua hujah-hujah ini adalah terpulang kepada kefahaman individu tersebut terhadap agamanya.
Maka tak peliklah kalau keluar hujah-hujah mengenai kereta Alza dibandingkan dengan kereta kancil, bata emas dibandingkan dengan bata biasa, pelukis profesional dibandingkan dengan pelukis jalanan yang tak dikenali. Bila ada panel syariah, mereka inilah yang akan mengkaji pelan pemasaran, tata kelola dan sebagainya. Bukannya orang awam yang mungkin langsung tak ada ilmu langsung tentang perkara ini.
Maka tak mustahil, mereka-mereka yang sebelum ini menolak secara total akan dilembutkan hatinya untuk jadi pengguna simkad ini selepas ini. Ho ho
Apa kata kita rehat sekejap dan tonton video dibawah ini. Terdapat sedikit penerangan dan ulasan daripada Ustaz Abdul Shukor Bin Hj Abdul Samah. Beliau merupakan seorang pendakwah bebas.
Ulasan ini juga berpandukan kepada kajian pematuhan Syariah berdasarkan 8 Fakta Penting MLM Patuh Syariah oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman. Saya turut ingin mengesyorkan anda membaca buku beliau berjudul Wang, Anda & Islam: Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan.
Adakah dengan video ini dah cukup untuk mengatakan perniagaan ini patuh Syariah?
Sudah tentu ada pihak yang akan kata YA, dan ada pihak yang akan kata TIDAK. Masing-masing akan datang dengan hujah mereka sendiri dan disokong oleh pelbagai contoh-contoh.
Ok tak apa. Kita ambil peluang ini untuk belajar. Kot-kot sebelum ini kita tak begitu menjaga aspek halal haram dari mana datangnya sumber pendapatan kita tu, maka hari ini kita belajarlah ya.
(2) Apa yang ditawarkan oleh pengguna sim Tone Excel turut ditawarkan oleh sim Tune Talk biasa dengan caj yang lebih MURAH
Aha… betul tu. In fact, bila kita masukkan simkad Tone Excel ni ke dalam phone kita, nama yang akan keluar pun Tune Talk, bukannya Tone Excel. Namun, untuk mengatakan yang semua kelebihan yang ada pada Tone Excel semuanya ada pada Tune Talk adalah kurang tepat.
Eksklusif buat pengguna sim Tone Excel, ini adalah kelebihan tambahan yang bakal anda perolehi (yang tak dinikmati oleh pengguna simkad Tune Talk biasa) :
(i) Cash back 3% daripada nilai topup
(ii) Komisyen Topup dari rangkaian
(iii) Keahlian dalam Komuniti WOW Referral Program
Kebiasaannya, mereka yang berminat untuk menjadi pengguna simkad Tone Excel ini adalah mereka yang ingin jana pendapatan. Ini adalah prioriti UTAMA kemudian barulah diikuti dengan keutamaan lain, seperti nak dapatkan data percuma, kredit percuma, cash back dan sebagainya.
Bagi menikmati kelebihan-kelebihan seperti komisyen topup, komisyen fast track, bonus akhir tahun dan sebagainya, sudah tentulah ia memerlukan suatu usaha daripada pihak ahli tersebut. Usaha tersebut adalah dalam bentuk iklan, promosi, penerangan, penulisan dan sebagainya.
Sim Tune Talk biasa ada kelebihannya. Manakala sim Tone Excel sudah tentu ada lebih banyak lagi kelebihannya. Saya biasa juga jumpa prospek yang kata, tak minat nak jadi pengguna sim Tone Excel sebab tak pandai nak cari-cari orang. Seolah-olah menggambarkan, elemen cari orang adalah menjadi satu perkara wajib buat pula bila jadi pengguna simkad ini.
Hakikatnya, kalau tak nak buat marketing, tak nak buat promosi pun tak ada masalah. Anda hanya akan terlepas peluang untuk jadikan handphone anda sebagai alat untuk menjana pendapatan, itu sahaja. Dalam situasi ini, untuk orang yang tak nak berusaha untuk dapatkan pelanggan, saya beranggapan adalah lebih baik mereka tukar je simkad lain yang lebih murah.
Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan mereka sendiri. Sebagai contoh, saya ada beberapa kenalan yang TAK KISAH untuk jadi pengguna sahaja, dengan alasan mereka nak bantu saya berniaga. At least dia tahu, bila dia topup, beberapa percent akan dapat kepada saya. Bagi dia, ia lebih baik berbanding keuntungan topup itu 100% hanya dikutip dan dinikmati oleh segolongan kumpulan tertentu sahaja.
(3) PA Insurans bernilai RM100,000 adalah HARAM kerana ia adalah insurans konvensional?
Ada sesetengah pihak yang melihat kewujudan pelan perlindungan insurans PA Insurance ini sebagai suatu masalah. Ada juga pihak yang menggunakan poin ini dengan niat jahat untuk mengelirukan orang lain. Ada juga segolongan pihak yang dengan sesuka hati mengatakan pendapatan yang diperolehi oleh ahli-ahli Tone Excel adalah haram kerana mempromosikan pelan insurans ini.
Orang ni memang ada macam-macam ragam.
Insurans percuma ini diberikan kepada para pengguna yang melakukan tambah nilai terkumpul sekurang-kurangnya RM50 setiap bulan. Pengguna boleh topup RM50 sekaligus ataupun boleh juga topup sikit-sikit, asalkan jumlahnya cukup RM50. Perlindungan ini hanya akan bermula pada hari ke 60. Tentang terma dan syarat perlindungan insurans ni bolehlah dibaca disini.
Saya sendiri sebenarnya tak promote sangat hal-hal berkaitan insurans ni. Lebih-lebih lagi bila ianya adalah insurans konvensional dan bukannya takaful. Akan tetapi, apabila memperkenalkan simkad ini kepada bakal pengguna, sudah tentu saya perlu menyebutkan tentang kewujudan perlindungan insurans ini. Ia menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan informasi yang secukupnya kepada bakal pelanggan ataupun prospek.
Saya petik artikel dibawah ini dari laman web Zaharuddin.Net
a) Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh Sidang Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC yang pertama pd 1397 H, sebagai Haram kerana mengandungi unsur Riba, Gharar (ketidaktentuan), Jahalah(ketiadaan maklumat tepat semasa transaksi), Judi dan lain lain.
Bagaimanapun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa-apa kepada syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yang diputuskan, malah ia dianggap sebagai hadiah galakan sahaja dan hukumnya adalah Harus. Ini adalah kerana ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya tabi’ (perkara sampingan yang terhasil dari perjanjian).
Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bahawa “Dimaafkan yang berlaku pd tawabi’ dan tidak pd lainnya” (Rujuk Majalah al-Ahkam Al-‘Adliyah).
Artikel asal membicarakan tentang penggunaan kad kredit dan sekitar isu syariah dalam penggunaan kad kredit. Salah satunya ialah tentang insurans percuma yang ditawarkan kepada pengguna, sekiranya menggunakan kad kredit tersebut. Dalam situasi ini, kewujudan insurans percuma itu tadi adalah sebagai penarik golongan tertentu untuk menjadi pengguna kad kredit tersebut.
Begitu juga halnya dengan insurans percuma yang ditawarkan kepada pengguna simkad Tone Excel ini. Sebagai pengguna, kita tidak membayar apa-apa kepada syarikat insurans. Justeru, kita tidak membeli sebarang insurans, sebaliknya ianya diberikan secara percuma sahaja sebagai hadiah kepada kita.
Boleh jadi sebagai penghargaan kerana menjadi pengguna dan pelanggan. Apa yang pasti, sebelum saya bertukar kepada sim Tone Excel, jumlah topup peribadi saya ialah RM30 sahaja. Selepas saya menjadi pengguna Tone Excel, jumlah topup saya juga tidak berubah. Masih lagi RM30.
Buat mereka yang penggunaan topupnya melebihi RM50, jika anda bertukar kepada simkad TE ini, most likely, anda juga tidak akan menambahkan kadar penggunaan anda. Anda masih akan tetap topup dalam kadar yang lebih kurang sama juga. Jujurnya, saya tak pernah jumpa lagi, ada orang yang topup RM50 semata-mata sebab nak dapatkan insurans ni. Mungkin ada orang sebegini, mungkin tiada. Yang pasti, saya tak pernah jumpa. Tapi, kalau yang topup RM60 sebab nak dapatkan komisyen yang lebih tinggi, ini biasa saya nampak.
UPDATE 3 Disember 2016
Bermula 11 Julai 2016, Perlindungan Insurans percuma adalah dari Etiqa Takaful
Sekali lagi, saya nak mengajak anda untuk dapatkan buku Wang, Anda & Islam: Halal dan Haram dalam Kewangan dan Perbankan sebagai peneman dan penyuluh jalan jika anda masih samar-samar lagi dalam bab halal haram dalam sistem kewangan kita ni. Cuma kalau boleh, janganlah dengan sewenang-wenangnya terus nak jatuhkan hukum haram tanpa ada ilmu.
(4) Dari segi penggunaan, pengguna sim Tone Excel perlu bayar lebih berbanding pengguna sim Tune Talk Biasa
Situasi kita di Malaysia, saya tak pernah dengar lagi ada undang-undang tertentu yang meletakkan syarat supaya syarikat telco meletakkan harga siling dan harga lantai bagi perkhidmatan mereka.
Sebagai contoh, setiap syarikat telco atau penyedia perkhidmatan mesti tawarkan caj panggilan tak lebih daripada 20 sen per minit, ataupun
Setiap syarikat telco atau penyedia perkhidmatan tak dibenarkan untuk mengenakan caj SMS melebihan 5 sen per SMS
Pelan data tak boleh dijual dengan harga lebih tinggi dari RM38 untuk 1GB dan tak boleh tawar dengan harga lebih murah berbanding RM28. Bagi percuma pun tak boleh.
Ya, semua ini TAK ADA. Bermakna, terpulang kepada syarikat-syarikat telco untuk menawarkan pelan perkhidmatan mereka mengikut kajian pasaran dan kelompok pengguna sasaran yang mereka mahu sasarkan. Boleh jadi atas sebab ini jugalah kita dapat lihat, ada telco yang boleh bagi data murah, tapi call tak berapa murah. Ada yang tawarkan panggilan murah, tapi pelan datanya tak begitu menarik. Tak kurang juga ada syarikat telco yang menawarkan pelan data yang tersangat AWESOME, seperti data sehingga 7GB, panggilan unlimited dengan kos serendah RM70 per month, tapi bila keluar dari lembah klang, line telefon pula memerlukan banyak kesabaran.
Perhubungan antara Tone Excel dan Tune Talk diikat menerusi satu perjanjian. Perhubungan mereka bukannya anak syarikat seperti yang berlaku pada syarikat ONEXOX dengan XOX.
Apa yang berlaku antara Tone Excel dengan Tune Talk boleh jadi adalah seperti ini:
Tone Excel membeli perkhidmatan dari Tune Talk dengan satu kadar tertentu. Dari kadar tertentu tersebut, ianya di mark up mengikut peratusan tertentu dan dijual semula kepada end user iaitu pengguna. Maka atas sebab itu, kita dapat menyaksikan terdapat perbezaan yang ketara dari segi caj penggunaan antara sim TE dengan sim TT biasa.
Perbezaan inilah yang akan jadi keuntungan syarikat, yang seterusnya digunakan semula untuk membayar ahli-ahlinya yang gigih memperkenalkan simkad ini kepada orang ramai.
(5) Ahli Tone Excel TIDAK mencarum dalam pelan pelaburan mahupun membeli saham syarikat
Sebagai ahli, bayaran yang kita terima adalah hasil daripada memperkenalkan (baca sebagai menjual) simkad TE ini kepada pelanggan. Jika ramai pelanggan yang kita perkenalkan, maka banyak jugalah komisyen yang bakal kita perolehi.
Baca juga: Ahli Tone Excel berpeluang menikmati 3 kali gaji dalam sebulan
Sebarang aktiviti pelaburan yang dilakukan oleh syarikat, hasilnya tidaklah dikongsikan kepada pengguna dan ahli. Kita tidak mendapat sebarang share daripada urusniaga dan pelaburan syarikat, melainkan komisyen yang diterima ialah komisyen topup dan juga komisyen fast track sahaja.
Jika pihak pengurusan ada melabur dalam mana-mana pelaburan hartanah, saham ataupun kaunter yang tidak patuh syariah, tidaklah menjadi kewajipan kita untuk membuat kajian hingga ke tahap itu. Sama seperti kita tak kaji pun dimana Umobile, Digi, Maxis mahupun Celcom melabur. Tak perlulah nak memberat-beratkan urusan kita sampai ke tahap begitu sekali.
Namun salah ke kalau nak kaji sampai ke tahap itu? Silakanlah. Mungkin anda memang jenis yang ada banyak masa terluang.
(6) Saya perlu tutup artikel ini…
Pada mulanya saya menghadapi masalah untuk memulakan penulisan artikel ini. Kemudian, selepas saya mula menulis, tiba-tiba saya dapati saya menghadapi masalah yang baru, iaitu saya tak tau macam mana nak tutup artikel ini. Baiklah, saya ingat saya nak kongsikan satu cerita ini.
Kisahnya begini…
Semasa saya kecil dulu, saya cuma tahu sebagai seorang Muslim,
(1) Kita patut bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan kita bersaksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah
(2) Kita wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalaman
(3) Berpuasa di bulan Ramadhan
(4) Membayar zakat
(5) Menunaikan haji bagi yang mampu
Kemudian, bila saya dah besar sedikit, saya mula tahu, Islam yang saya amalkan selama ini mungkin terdapat sedikit kelainan dari segi praktis berbanding Islam yang diamalkan oleh saudara-saudara kita yang berada di negara lain. Oh, dari situ saya tau, rupa-rupanya kelainan ini kerana negara yang berbeza mengikut Mazhab yang berbeza. Ada 4 Mazhab besar iaitu Mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Ahmadi.
Kemudian, bila pergaulan saya mulai meluas, saya temui pula cebisan-cebisan penganut Islam yang mendakwa golongan tertentu sebagai Wahabi, Salafi, Sunni, Ahli Sunnah Wal Jamaah, Syiah, Muktazilah, Khawarij dan sebagainya.
Saya jadi pening.
Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa umat Islam boleh terpecah-pecah sebegini? Saya tak ada jawapannya. Allah SWT lebih mengetahuiNya.
Baiklah, dikesempatan ini saya nak mengajak para pembaca sekalian supaya TAMBAHKAN ILMU & BANYAKKAN MEMBACA.
Sampai bila nak ambik pendekatan
“Oh saya bukan pakar dalam bidang ini, jadi saya tak boleh kata apa-apa tentang perkara ini”
“Serahkan pada yang ahlinya, kita cuma orang awam sahaja…”
Apa yang sepatutnya? Kita juga perlu mendalami ilmu ini. Biar tak pakar, jangan sampai langsung tak tau apa-apa. Perbezaan pendapat itu biasalah. Seperti mana kita tak wajib mengikut pendapat orang lain, kita juga tak boleh memaksa orang lain untuk mengikut pendapat kita. Lebih-lebih lagi kalau kedua-duanya mempunyai hujah yang benar, dan kedua-duanya berada di landasan yang benar.
Pendirian saya, kalau nak berdebat, biarlah saya beri anda berita gembira siap-siap. Saya tak pandai nak berdebat. In fact, biarlah saya mengalah sebelum proses perdebatan itu bermula.
Saya nak berniaga. Dan sebagai peniaga, saya nak jemput dan mengajak anda untuk menjadi ahli dan pengguna sim ini menerusi rangkaian saya, iaitu rangkaian AutoDownline.
Anda boleh dapatkan akaun keahlian anda secara percuma sahaja dengan menekan pautan ini.
Perbezaan pandangan dan pendapat, saya raikan. Namun, buat mereka-mereka yang sekadar bercakap untuk menangguk di air keruh dan semata-mata sebab nak promosikan simkad kalian, alahai…
mrhanafi says
hebat penerangan tuan..
cuma saya terfikir bagaimana dapat idea yang begitu banyak sehingga mampu untuk menulis dengan panjang lebar begini
anuar says
Panjang lebar menghuraikan topik ini.. tahniah.. semoga lebih ramai orang memahami TE dengan sebaiknya..
spa8i says
minggu ni, memang panas cerita pasal tone excel ni dan bisnes batu bata.
riangria says
penerangan yang panjang lebar.. info yang menarik berkaitan tone excel
titan says
semua orang jelas sebenarnya.
sebab ada insurans tu. Itu yang ramai orang tolak.
Aku juga tolak sebab benda nih walaupun bukan sebab utama.
sebab utama, aku tak berkenan. Itu sahaja.
Yang kedua, takde panel syariah. Sebab dah banyak bisnes yang hancur ditepi jalan. Oleh itu, ramai orang fikir..better cari yang ada panel syariah agar terjamin sikit bisnes mereka tu.
Tahun lepas..5 tahun..tahun ni..dah 6 tahun.
Tapi..takde lagi ura-ura nak wat panel syariah.
..
…
Sebab apa?
Tak ada orang atau ustaz nak tanggung benda tu.
korang sendiri kata, dah lebih sejuta orang..so..nak kena tanggung 1 juta lebih orang.
Ada ustaz atau pegawai syariah yang nak tanggung?
Cuba mintak ustaz zaharuddin ke sesiapa ke..mana-mana mufti untuk kaji dan ulas menda nih. Sekaligus, jemput ajak jadi panel syariah bisnes nih.
Tapi..korang rasa, depa nak ke?
Aku rasa, mesti ada orang-orang dalam bisnes ni dok cucuk orang atas suruh wat panel syariah.
Tapi, mungkin tak dilayan atau bagi mereka itu bagi satu keperluan bagi mereka.
So..sendiri mahu ingat la kenapa sampai hari ini masih takde panel syariah kena plak ramai gila agen promosi memang menjurus ke arah yang tidak betul. Menipu tu, dah jadi perkara biasa dah aku tengok. Missleading, main harga..dan sebagainya.
Aku sendiri rasa, ko pun dah tahu kenapa.
Kalau tak, kenapa ramai orang blah dari bisnes ni setelah sekian lamanya.
sabree hussin says
Tak apa, tak berkenan tak apa. Aku tak ada hal 😀
Fatihah says
Dah ada yang sanggup jd panel syariah pun .. tahniah toneexcel dapat sijil patuh syariah semalam …
Butik Pengantin says
2minggu nie panas cerita pasal te ni hehe
Perawat Islam says
Assalamualaikum tuan,
Terus terang saya bukanlah ahli dalam bidang kewangan Islam. Jadi saya taknak hurai isu di atas.
Cuma saya tertarik cara tuan menghuraikan dan menjelaskan isu ini. Nampak sebagai orang yang berpengalaman.
Benar atau tak saya serahkan pada mereka yang ahli.
Junaidy Jaimi says
Erm….dulu,kini..dan harap tak selamanya isu ni berterusan untuk kebaikan ahli-ahlinya juga.. 🙂
rujukan says
Ni pendapat aku lah kan, rasanya xder panel syariah sebab syarikat ni pun bukan orang Islam punya. Orang atas bukan Islam. Ke aku salah faham? Jadi kalau bukan Islam, normal lah x amik port pasal syariah ker apa.
Sani says
Aku cuma tak setuju bab charge dia lebih tinggi dari telco yang lain. Selain itu coverage dia tak lah hebat sangat… itu aje… kadang-kadang masa kita buat benda tu tengah hot memang lah kita backup kaw-kaw.. Tapi bila dah terkena barulah teringat dulu duk promote kat kawan kaw-kaw sampai nak dah tak nak jumpa ape bagai.. Saya suka bersikap sederhana sebab saya bukan Ustaz yang pakar dalam bidang muamalat. Takut tersalah ambil hadis dan nas, ilmu memang luas hatta untuk terjemahkan Al-Quran pun perlu menguasai lebih dari 13 ilmu nahu dan saraf. Orang Alim dahulu takut nak tulis hadis dan terjemah dan buat kitab, sampai solat sunat banyak kali supaya diberi petunjuk. Mohon Allah swt pelihara kita semua dari dosa yang jelas mahupun terselindung…
sabree hussin says
Boleh buat perbandingan harga terlebih dulu sebelum pakai simkad Tone Excel ni. Masa saya buat perbandingan caj dulu, saya dapati penggunaan saya tak jauh beza pun dengan lain-lain Telco yang saya pernah guna sebelum ni. (pernah guna Hotlink dan Celcom) Setiap bulan saya masih tetap perlu topup RM30.
Jadi, daripada saya topup RM30 kat telco lain, baik saya topup RM30 kat Tone Excel ni. Saya masih untung sebab dapat cash back 3%, data percuma 1.5GB dan lain-lain benefit. Itu belum campur lagi komisyen yang TE bayar kepada saya. Coverage TE ni guna fasiliti Celcom yang popular dengan tagline Widest Network Coverage tu. Ermm… nak hebat macam mana lagi entah :p
faizal says
Bole jelaskan akad ap y d temeterai y membenarkan komisyen top up d perolehileh oleh ahli…
Bagaimana pula hukum membuat 2 akad dlm satu transakasi apbl melantik ahli sbg agen dgn mensyaratkn utk membeli produk(sim kad TE)..bukankh ianya riba y jelas haram..
sabree hussin says
Terima kasih kerana meninggalkan komen pada posting berjudul “Isu sama ada bisnes Tone Excel patuh syariah dan sekitar kisah bata” ini.
1. Jual simkad berharga RM90 berserta dengan kelebihan-kelebihan yang hanya terdapat pada simkad itu sahaja – Akad jual beli yang biasa dan bersifat lazim.
2. Lantik jadi wakil dengan upah (Wakalah bil Ujr) – Akad wakalah yang bersifat lazim.
3. Beri mandat untuk cari ahli – tiada masalah.
4. Setiap jualan dari ahli yang kamu lantik, akan dapat komisen – ini jua’lah (maksud hadiah @ upah)
5. Hanya layak mendapat komisen tersebut jika topup RM20 – Part ini boleh jadi syubhah, namun jika kita lihat pada praktik dan kelaziman kita di Malaysia, setiap bulan memang perlu topup bagi memastikan kredit tak expired, untuk beli data, dan lain-lain perkhidmatan.
(5 poin ini saya rujuk pada buku UZAR di muka surat 219)
Dari segi penggunaan, saya berpendapat, setiap orang yang menggunakan smartphone akan topup lebih banyak atau lebih tinggi daripada nilai RM20 tersebut. Sama ada untuk tujuan pembelian data, memanjangkan tempoh validity dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, muncul beberapa simkad baru yang menawarkan validity sehingga 365 hari, antaranya ONEXOX dan juga TRONEXUS. (ini yang saya tahu. sebelum ini Maxis, celcom juga pernah offer validity panjang seperti ini. )
Berkenaan soalan “Bagaimana pula hukum membuat 2 akad dlm satu transakasi apbl melantik ahli sbg agen dgn mensyaratkn utk membeli produk(sim kad TE)..bukankh ianya riba y jelas haram..”
Sila jelaskan bagaimana ia menjadi riba yang jelas dan haram, dan memandangkan ia dikaitkan terus dengan TE, sila jelaskan bagaimana ia menjadi haram. Memandangkan ini dikaitkan dengan riba, sila jelaskan juga, ia dikategorikan dalam riba jenis yang mana satu? Mohon jelaskan.
Mohon kemukakan juga dalil ataupun muzakharah dari mana-mana kesatuan ulama.
Memandangkan pertanyaan ini lebih kepada mengatakan yang TE itu haram (dan saya rasa ini satu kenyataan yang serius apabila mengharamkan sesuatu) maka silalah jelaskan apa yang haram itu?
Iye la, mungkin saya tak nampak apa yang tuan nampak.
Sekiranya tuan berminat nak jawab soalan ini, sila jawab dan terangkan dengan ayat sendiri. Saya tak nak tuan copy paste link atau artikel yang entah dari mana-mana sumber, akhirnya saya yang kena baca artikel yang berjela-jela panjangnya, dan tak ada kaitan pula dengan isu yang dibincangkan.
Jadi, jika tuan sudi nak kongsi ilmu yang benar, saya berikan ruang.
ricg says
rasanya isu ni dah selesaikan?
sabree hussin says
Kenapa letak tanda soal? Ni soalan ke kenyataan?
thehaikal says
Mungkin sebab ada berita yang menyatakan Tone Excel dah ada Panel Penasihat Syariah.
Ada berita menyatakan bahawa Tone Excel dah dapat sijil patuh syariah bulan April 2017 lepas. Boleh bro sabree sahkan berita ni?
sabree hussin says
Boleh rujuk ke laman web syarikat atau boleh juga ke pautan ini –> http://www.tonegroup.net/certification