Entri kali ini saya tulis dengan merujuk buku yang ditulis oleh Zaharuddin Abd Rahman berjudul Wang, Anda dan Islam – Halal dan Haram dalam kewangan dan perbankan.
Masa saya beli buku ini, saya masih lagi belajar di UiTM Malaysia, Shah Alam. Saya mengambil jurusan Pengurusan Kewangan (Finance), dan salah satu subjek yang perlu saya ambil pada waktu itu ialah subjek Islamic Finance (kewangan Islam).
Masa saya masih belajar tu jugalah saya jadi agen takaful Etiqa.
Salah seorang agency manager yang syorkan supaya saya beli buku ini. Kata beliau, buku ini bagus bukan sahaja untuk tujuan close case takaful, tetapi ia juga bagus sebagai pencerahan tentang halal haram dalam aspek kewangan dan perbankan.
Bab 11 buku ini membincangkan topik tentang Isu Syariah dalam jualan langsung (Multi Level Marketing). Jadi, buat pengamal bisnes MLM dan juga penggiat bisnes Tone Excel, saya juga ingin sarankan anda untuk dapatkan buku ini.
Kemudian, sila baca.
Biarlah kita jadi agen Tone Excel yang berpengetahuan, setidak-tidaknya, bila downline kita tanya soal halal dan haram, kita tahu macam mana nak jawab. In fact, kalau anda masih belum ada downline sekalipun, ilmu dalam ni masih lagi tetap berguna untuk anda meniti kehidupan sebagai agen Tone Excel.
Bahagian Keempat: Syarat Minimum Syariah Bagi Sesebuah MLM
Untuk topik MLM ni sebenarnya mengandungi enam bahagian. Buat masa ini saya nak cerita yang bahagian keempat dulu, In Shaa Allah lain kali jika ada kesempatan dan jika saya ada kekuatan, saya akan sentuh bahagian-bahagian lain pula.
Ataupun… anda beli je la buku ni. Bukan mahal sangat pun. Masa saya beli dulu harganya cuma RM29.90
Untuk memastikan sesebuah program MLM itu HALAL, UZAR menyarankan supaya pengamal MLM dapat memastikan asas minima Syariah berikut dapat dipatuhi
1. Produk MLM dibeli dengan tujuan yang sepatutnya
(seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidak dibenarkan kerana ia hanya bertujuan mengaburi undang-undang dan hukum Syariah dan tidak halal di sisi Syariah. Justeru itu, kekuatan MLM itu adalah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif mengumpul dana tanpa sebarang jualan aset atau produk.
Bila kita kaitkan dengan Tone Excel, mungkin akan ada yang akan kata, Tone Excel bukan MLM dan ia ada beza dengan bisnes MLM. Lagipun Tone Excel didaftarkan dengan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia) bukannya Akta Jualan Langsung.
Namun apa kita yang kita patut lihat ialah dari cara ia di edarkan (distribution channel). Adakah mempunyai ciri MLM, ada upline dan ada downline atau tidak. Bukannya sekadar kita lihat dimana ia daftarkan.
Aspek pendaftaran adalah requirement yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Produk Tone Excel ialah sim kad dan juga kredit prepaid.
Ya. Kedua-duanya adalah produk keperluan terutama bagi tujuan telekomunikasi.
2. Produknya bukan emas dan perak
Produk emas dan perak TIDAK BOLEH dijual secara tangguh. Beli emas mesti dapat emas sekarang, on the spot. Jika tidak ia akan dikira sebagai transaksi riba an nasiah.
Memandangkan sim kad Tone Excel bukannya tergolong dalam kumpulan ini, jadi tak ada masalah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli bagi setiap penjual dan ahli bawahannya perlu jelas
Tiada komisyen tanpa usaha. Ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen daripada ahli bawahan yang dibantunya sahaja. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan “kepala” atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya.
Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang. (money game)
Kalau ada yang kata, masuk Tone Excel tak perlu buat apa-apa dan tunggu sahaja, itu tipu. Sebabnya, kalau anda nak buat duit, anda kena anggap ini sebagai satu bisnes.
Dan bila anda anggap ini sebagai suatu bisnes, anda perlu usahakan bisnes ni hingga berjaya.
Keuntungan bukan berdasarkan kepala atau ahli sebaliknya berdasarkan nilai produk yang berjaya dijual. Penggiat MLM mungkin lebih jelas dengan apa yang dimaksudkan.
Dalam tone excel, salah satu bentuk komisyen dikira berdasarkan kepada berapa nilai topup yang dibeli oleh downline kita. Ia berbeza mengikut level, ada yang sehingga mencapai 6- 10%, 3% dan juga 11 – 13%.
4. Setiap upline atau orang diatas mesti menaruh usaha atas jualan orang bawahannya
Macam mana caranya?
Buat taklimat, perjumpaan, seminar, bengkel, latihan, sesi motivasi dan sebagainya.
Setiap orang buatlah dengan cara yang anda mampu buat asalkan anda menyumbang kepada perkembangan rangkaian anda.
Saya tak mampu nak jumpa rangkaian saya satu persatu mahupun kumpulkan mereka dalam satu tempat. Apa yang saya mampu buat, saya boleh tulis blog macam sekarang ni 🙂
Saya harap anda yang baca dapat manfaat daripada perkongsian yang saya catatkan ni.
5. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya
Manakala hak mereka yang masuk kemudian berkurangan. Justeru, pelan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih daripada orang atasannya apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
Personally, saya suspect downline saya ada yang berjaya jana komisyen lebih tinggi berbanding komisyen yang berjaya saya hasilkan.
Sebabnya? Dia lebih aktif dan dia lebih proaktif dalam melakukan promosi. Kalau sistem piramid, saya akan sentiasa dapat lebih berbanding orang bawahan saya, sebabnya saya masuk dulu berbanding orang lain.
6. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami
Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Dalam Tone Excel, pembayaran komisyen very straight forward. Untuk Normal Member (NM), anda boleh terima komisyen sehingga tiga level, dimana komisyen setiap level berbeza-beza iaitu 6 – 10%, 3% dan 11 – 13%.
Jika anda masih belum faham macam mana nak buat duit dan macam mana sistem komisyen, anda boleh ke laman web ini untuk muat turun panduan Tone Excel.
7. Menstrukturkan pelan pemasaran antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah
… iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah membahagi keuntungan yang ditetapkan peringkat awal lagi
Dalam Tone Excel ini juga sebenarnya ada sistem pangkat, yang dikenali sebagai Junior Centre, Service Centre dan juga Branch.
Struktur komisyen juga berbeza-beza mengikut pangkat yang berlainan.
Kalau anda ada modal besar bolehlah join sebagai Junior Centre, tetapi kalau tak ada modal yang besar, sertai sahaja sebagai Normal Member.
8. Mengambil Majlis Penasihat Syariah
… yang berkelayakan bagi memantau dan menasihati pengurusan syarikat dalam hal ehwal pelan pemasaran, komisyen dan bonusnya
Tone Excel masih belum ada lagi penasihat Syariah pada waktu entri ini saya tulis.
Saya tak tahu bila mereka akan lantik Ustaz atau Ustazah untuk jadi penasihat Syariah. Sebagai Normal Member atau agen biasa dalam bisnes ni, saya juga mengharapkan supaya syarikat dapat appoint penasihat Syariah.
Saya percaya, bila mereka dah ada penasihat Syariah sendiri, ini akan menarik lebih ramai orang untuk sertai Tone Excel.
Apa yang saya kongsikan menerusi catatan ini hanya sedikit sahaja daripada apa yang dibincangkan dalam buku tersebut. Kalau tak keberatan, carilah buku ni bila ada kesempatan.
Tambahkan ilmu, In Shaa Allah anda akan berjaya menarik lebih ramai prospek untuk mendekati anda.
Dalam bisnes Tone Excel ini, saya pegang pada konsep
First we LEARN, next we EARN
Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, apa kata anda kongsikan dengan network anda juga.
Eh sekejap sekejap sekejap… Tunggu dulu!
Jangan tutup dulu laman web ni. Saya ada buat ulasan terkini mengenai isu patuh syariah atau tidak bisnes ini di link ini: Isu sama ada bisnes Tone Excel patuh syariah dan sekitar kisah bata
Harap anda dapat baca jugak ya!
Hafizul says
cantik kongsep tu bro..hehe..leh jadikan ayat2 semangat ni..dan terima kasih atas perkongsian ni..
JAWATAN KOSONG TERKINI says
Saya pun pernah join tunetalk ni tahun 2008 dulu tapi dah pasif…tapi yang kesiannya blog tunetalk sy selalu dikunjungi org sehingga lebih 100 orang telah mendaftar bawah sy…akhir kalam saya minta ampun dan maaf kerana sy dah tak aktif dah…tapi di atas kesedaran ini, sy akan on balik tunetalk ini nnti..
JAWATAN KOSONG TERKINI says
Satu biz yang sangat menguntungkan sesiapa sahaja penggunanya…
newbie says
Satu lagi kalau boleh PA percuma itu biarlah takaful bukan insuran
sabree hussin says
Ya
Kalau boleh memang sangat digalakkan jika ditukarkan PA percuma itu kepada plan takaful. Walaubagaimanapun, pelan PA Insurans ni PERCUMA dan pelanggan TIDAK MENCARUM mahupun MEMBELI insurans.
Jadi tak ada masalah sama ada ia Insurans atau Takaful.
Ianya hanya hibah (hadiah) dan kalau pelanggan tak nak tuntut pun tak ada masalah. Jika syarikat tak nak beri pun tak ada masalah. In Shaa Allah nanti saya akan buat satu artikel yang menjelaskan tentang status insurans percuma ini.
titan says
bukan hibah beb.
kena bayar rm50 untuk dapat PA insurans secara percuma.
so, ada “syarat” kat situ walaupun kita nak tuntut atau tidak.
kalau hibah, diorang cakap hibah.
since bukan patuh syariah..so, syarikat pun tak berani nak kata hibah. lagipun, takde statement TE kat tu as hibah.
dah 5-6 tahun beb Tone Excel ni..
patut tahun lepas atau tahun ni dah leh cari orang bab patuh syariah.
tapi aku rasa takde ustaz atau orang JAKIM ke apa nak tanggung bab patuh syariah tu sebab diorang “tau” permainan TE nih. sebab banyak benda yang meragukan.
solution.
1. cuba dapat approval untuk “patuh syariah”
2. tukar plan pemasaran agar tak jadi “infiniti” atau jadikan 2 level aje.
3. ban mereka yang main “jahat” atau promosi yang missleading.
4. insurans tu kasi tukaq takaful atau kasi option, yang bukan islam leh proceed insurans, yang islam ada alternatif takaful. Kalau tak ada lagi bagus.
sabree hussin says
Hang ni dah salah faham ni. PA Insurans tu diberikan percuma buat mereka yang lakukan tambah nilai minimum RM50 dan keatas. Tak ada pun melibatkan sebarang transaksi pembelian insurans kat situ, yang mana pengguna hanya lakukan topup seperti biasa. Macam ni la titan, aku suggest hang baca lagi banyak bab muamalat Islam, fokus pada bab Insurans, takaful, riba, maisir, gharar. Dalam bab Insurans tu nanti, hang baca betul-betul dan fahamkan apa elemen yang menyebabkan kontrak insurans tu jadi haram dan batil, dan bagaimana takaful sebagai jalan keluar bagi masalah insurans haram tu.
Lepas hang dah baca, then bila-bila kita diskas lagi bab ni. Bila sama-sama ada ilmu, baru senang nak tukar-tukar pendapat.
Bab solution yang hang cakap tu, setakat yang aku tau
1. Usaha dah ada. Tunggu pengumuman dari syarikat.
2. Marketing plan ni terserah kepada syarikat. Diorang lebih tau apa yang terbaik.
3. Orang yang promosi misleading ni patutnya memang di ambil tindakan. Kalau dalam affiliate pun kena ada tindakan kat orang macam ni.
4. Bab insurans bukan masalah pun. Tak payah tukar pun tak ada masalah.
titan says
betul la aku cakap tu..kena topup rm50..baru dapat insurans tu secara percuma. lebih kurang sama aje tu. still kena bayar rm50. so..still wujud “helah” dan keraguan kat situ.
so..dia dah jadi lain kat situ.
dan..ramai yang promosi bab “insurans” free atau percuma bila promosikan tone excel tu.
itu yang tak berapa nak gemar dengar. kena cerita betul-betul part tu.
dan benda insurans ni dah terlalu jelas.
apa maksud “usaha” dah ada tu? berapa lama dah usaha tu? lambat benar kalau dah 5 tahun macam nih..
plan marketing terserah kepada syarikat?
hehe..tak bleh macam tu. kalau kita nak menuju ke arah syariah nih..semua benda kena jaga maa..
tak leh jaga satu part aje.
selagi leh jaga, kita jaga.
lainlah kalau dah situasi darurat.
senang cakap, banyak keraguan.
Tu pasal susah aku nak kata ok dengan benda nih.
sabree hussin says
Ha dah jelas kan? Untuk para pengguna yang topup minimum RM50 setiap bulan, automatik akan dapat insurans coverage secara PERCUMA. Benda ni sangat mudah untuk difahami, unless kalau hang ada niat lain. Contohnya, nak kelirukan orang lain, contoh je.
Insurans FREE atau PERCUMA, betul la. Topup RM50, insurans tu jadi FREE la. Mana ada kena keluar duit tambahan untuk dapat insurans. Pengguna tetap dapat kredit bernilai RM50, tanpa mengurangi apa-apa yang dibayar. Sebagai tambahan, dapat lagi perlindungan insurans secara percuma. Bukan itu sahaja, pihak Tune Talk/ Tone Excel juga akan beri beberapa freebies, contohnya dengan topup RM50 tu akan dapat lagi data percuma, kredit panggilan percuma.
Maksud “usaha” dah ada tu, inisiatif untuk dapatkan patuh syariah telah pun dimulakan. Ada group dari kalangan branch yang duk push benda ni. “Usaha” tersebut memang diberitahu kepada ahli menerusi group-group whatsapp, and bila ada perkembangan terkini, kita ambik maklum. Tapi selagi ia belum confirm, kita tak war-warkan lah lagi. Ada la tu prosesnya.
Plan marketing, kan direka oleh syarikat. Dah tu? Nak suh buat apa lagi? Melainkan jika berlaku sebarang rombakan, yang dilihat perlu untuk ubah plan marketing, dan jika ia ada kaitan dengan status patuh syariah, maka ia juga masih terpulang pada management untuk ambik tindakan. Yang ni kalau hang benar-benar ikhlas nak tau, boleh terus rujuk kepada HQ, bukan kepada ahli biasa macam aku. Jawapan aku tak ada sebarang nilai pun dari sudut perundangan.
So macam ni la titan, aku ambik pengajaran daripada apa yang berlaku kat sekitar kita.
Contoh kes ialah, fatwa merokok HARAM oleh majlis fatwa kebangsaan. Tak ada keraguan, tapi semua perokok yang beragama Islam masih tak berhenti merokok.
Contoh kes lain, fatwa ASB Haram menurut Majlis Fatwa Selangor, dan HARUS menurut Majlis Fatwa Kebangsaan. Terdapat dua pendapat yang berlainan, akhirnya terpulang pada kita sama ada nak follow yang Haram atau yang harus.
Apa kaitannya dengan bisnes TE ni pula? Setakat hari ini, tak ada pendapat yang benar-benar konkrit yang mengatakan bisnes ni HARAM. Apa yang orang duk bising, bisnes ni tak ada endorsement atau pentauliahan yang mengatakan ia patuh syariah. Tak ada cop patuh syariah, tak bermakna ia haram.
Apa yang banyak orang duk main ialah sentimen insurans percuma. Itu sahaja. Jika kewujudan perlindungan insurans percuma ni menjadikan simkad ni haram, maka semua orang kena boikot simkad Tune Talk biasa jugak, dan lain-lain simkad yang bakal memberikan perlindungan insurans percuma kepada penggunanya.
Akhirnya, berbalik kepada pengguna. Kalau ragu-ragu, tinggalkan. Kalau masih tak tau, bertanya.
AmirAo says
Soalan 1:
Dari manakah hasil diperolehi tune excel untuk membayar komisen bulanan? Adakah ianya dari hasil pelaburan wang top up yang terkumpul itu? Dimana pula wang itu dilaburkan? Adakah anda pasti wang yang anda terima itu halalan thoyibah?
Soalan 2:
Insuran percuma itu siapa yang menanggungnya? Adalah penanggung itu berurusan yang patuh syariah? Adalah anda pasti wang percuma yang anda dapat nanti halalan thoyibah?
Soalan 3:
Sudahkah tune excel melantik panel syariahnya? Kenapa sampai sekarang belum dibuat demikian? Adakah apa apa urusan kewangan yang tidak telus dalam pengurusan tune excel?
sabree hussin says
Jawapan soalan 1:
Dari manakah hasil diperolehi tune excel untuk membayar komisen bulanan?
Dari jualan topup Tune Talk
Adakah ianya dari hasil pelaburan wang top up yang terkumpul itu?
Bukan.
Dimana pula wang itu dilaburkan?
Perlu ke saya tahu? Selama ni pakai Maxis, Digi atau Celcom atau lain-lain Telco ada semak ke mereka melabur kat mana? Kenapa bila sampai part Tone Excel, nak kena semak sampai ke bahagian kat mana mereka melabur?
Adakah anda pasti wang yang anda terima itu halalan thoyibah?
YA saya pasti. Melainkan anda boleh buktikan yang duit yang saya terima ini HARAM.
Soalan 2:
Insuran percuma itu siapa yang menanggungnya?
Insurans PERCUMA dari syarikat Tune Insurans
Adalah penanggung itu berurusan yang patuh syariah?
Nak tanya apa sebenarnya ni? Saya tak faham soalan anda.
Adalah anda pasti wang percuma yang anda dapat nanti halalan thoyibah?
Insurans percuma tersebut hukumnya adalah Harus. Wang tersebut adalah HALAL. Namun pengguna ada pilihan untuk ambil atau tak mahu ambil tersebut.
Soalan 3:
Sudahkah tune excel melantik panel syariahnya?
Setakat ini masih belum lagi
Kenapa sampai sekarang belum dibuat demikian?
Manalah saya tahu kenapa tak lantik. WAJIB lantik ke?
Adakah apa apa urusan kewangan yang tidak telus dalam pengurusan tune excel?
Kalau tak telus pasti company dah tak wujud lagi. Company akan bermasalah dari segi kewangan dan sebagainya. Dan lagi satu, kalau nak tau telus atau tak, pergi la semak sendiri. Saya manalah tau semua tu.
SAYA HANYALAH SEORANG PENJUAL SIMKAD dan Hamba Allah yang mencari rezeki yang HALAL.
Dah tentu saya pun tahu batasan-batasan untuk elak daripada makan rezeki dari sumber yang haram.
Cicak kobeng says
Saya pernah masuk tone excel…. sebenarnya kalau anda pernah ambil tunetalk, setiap benefit yg anda dapat dari toneexcel adalah sama sahaja dgn tunetalk…
Anda ambil tunetalk tetap dapat perlindungan insurans, boleh tukar2 nombor dan sebagainya. Jadi apa beza toneexcel dgn tunetalk?
Bezanya tunetalk x dpt komisyen tone excel dpt komisyen. Sebab apa? Cuba bandingkan rate panggilan kedua2nya dan langganan internet. Itu dulu tapi tak tahulah sekarang rate tone excel bagaimana.. kalau dulu langganan 3gb internet tunetalk rm58 sebulan tapi toneexcel rm98 sebulan….
Mana lah x kaya..
Wan says
Kenapa yg ni bro sebree xnk komen?dgr cerita rate 2017 dh makin naik utk plan internet..sy pn dh lupa..sbb member yg pkai tone excel yg cerita awl tahun hr tu..
sabree hussin says
In Shaa Allah. Kalau saya ada kesempatan saya komen. Sekarang ni bizi.
aloqwolf says
Terima kasih atas penerangan Tuan Sabree…. saya tak mau tunggu lagi… Tahun baru 2015 dah nak sampai… nak focus betul2 buat TE ni. Ada sapa2 tanya pasal halal haram boleh saya terangkan sedikit sebanyak dengan apa yang Tuan Sabree sampaikan. Terima kasih sekali lagi.
sabree hussin says
Boleh. Ini cuma sebahagian sahaja hujah. Sebagai usahawan dan ejen Tone Excel, tuan amat digalakkan untuk luaskan lagi pembacaan dan pengetahuan mengenai urus niaga dan jual beli dalam Islam. In Shaa Allah bermanfaat dan prospek juga akan lebih suka berurusan dengan tuan berbanding orang yang tak faham dan kaji bab-bab perniagaan dalam Islam.
sharifah fiza says
Dimana pula wang itu dilaburkan?
Perlu ke saya tahu? Perlu sbb kita sbg agen adalah seperti staff Tune talk.
kita tak siasat maxis/digi dsb sbb kita tak terlibat sbg agen. Bagi saya wajib siasat sbb wang untung pelaburan akan dibayar kpd kita. Kita akan makan hasilnya dan seterusnya jadi darah daging kita dan keturunan kita
sabree hussin says
Itu anda yang kata “seperti staff Tune Talk”. Itu ayat anda sendiri. Hakikatnya, saya BUKAN STAF TUNE TALK.
.
..
Saya adalah agen simkad Tone Excel menerusi program Referral WOW.
Pertama, anda perlukan kefahaman yang JELAS apa itu program referral.
Kedua, sebarang komisyen adalah terhasil daripada belian topup rangkaian, dan jualan simkad bukannya hasil daripada keuntungan perlaburan syarikat, Melainkan anda ada dokumen dan fakta yang jelas bahawa komisyen dibayar hasil daripada pelaburan dari sumber-sumber yang haram.
Ketiga, kalau anda nak siasat, dipersilakan. Kalau dah habis menyiasat, boleh kongsikan apa hasil siasatan anda tu. Kerja-kerja menyiasat bukan kerja saya, dan saya tak dibayar sebarang upah untuk menjadi penyiasat. Saya dibayar untuk menjadi pengguna simkad Tone Excel dan memperkenalkan simkad ini kepada orang ramai. Tiada sebarang paksaan. Kalau nak boleh pakai, kalau tak nak pakai, ada banyak lagi simkad lain yang ada kat pasaran.
Keempat, saya setuju bahawa sebagai seorang Muslim, kita WAJIB jaga-jaga dengan sumber rezeki. Bukan pakai sebat je. Tapi kenyataan anda tu seolah-olah mencadangkan saya makan duit haram. Fakta anda dah salah, kemudian komen yang anda tinggalkan juga langsung salah.
.
..
Giliran saya tanya soalan. Anda kerja dimana? Sektor Kerajaan ke? Tahukah anda, sumber pendapatan Kerajaan untuk dibayar ke Penjawat Awam salah satunya adalah hasil daripada kutipan cukai pusat-pusat judi, jualan rokok, arak dan sebagainya. Nah, sumber gaji penjawat awam dah terang lagi nyata ada sumber haram. Apa komen anda?
.
..
Ataupun anda kerja di sektor swasta?
Dari mana syarikat anda bekerja memperoleh pembiayaan untuk projek dan jalankan bisnes? Adakah dari term loan? Stock? Bond? Adakah ianya patuh syariah? Sudahkah anda menyiasat sumber pendapatan anda? Apa hujah anda?
.
..
Atau adakah anda bekerja sendiri? Atau anda seorang penganggur? Saya tunggu komen balas anda.
Hafiz says
Assalam Tuan Sabree,
Saya terima satu penggilan dari seorang agent Takaful mengatakan bisnes Tone Excel diklasifikasikan sebagai haram kerana menawarkan PA Insurans (konvensional) kepada penggunanya.
Pada pandangan saya, PA Insurans ini diberikan secara percuma, pengguna Tone Excel boleh memilih untuk menerima manfaatnya ataupun tidak bila berlaku kemalangan dan kematian. Namun dengan mempromosikan PA Insurans adalah salah satu manfaat yg akan diterima oleh pengguna, adakah ia salah di sisi syariah?
Saya sedikit keliru dengan dakwaan beliau. Saya harap Tuan Sabree dapat memberi sedikit penjelasan berkenaan perkara ini.
Terima kasih.
ewere says
sabree hussin February 17, 2015 at 10:24 pm
Giliran saya tanya soalan. Anda kerja dimana? Sektor Kerajaan ke? Tahukah anda, sumber pendapatan Kerajaan untuk dibayar ke Penjawat Awam salah satunya adalah hasil daripada kutipan cukai pusat-pusat judi, jualan rokok, arak dan sebagainya. Nah, sumber gaji penjawat awam dah terang lagi nyata ada sumber haram. Apa komen anda?
untuk penjelasan hal ini, kerajaan kita ada bhgn penasihat agama, mcm majlis fatwa, mufti.
pendapatan negara dr hasil haram diasingkn dan diguna utk belanja yg d benarkn syarak.
cth bt jln, lampu jln dan lain-lain.
sabree hussin says
ya betul
rosli salem says
kerajaan ada mcm mcm bhgn..dan ada mcm mcm jabatan..
ada mcm mcm hujah dari pihak kerajaan.
boleh rujuk segala mufti dan pakar..
tapi bab wang diasingkan tu agak dangkal..
rajin rajinlah selidik setiap kali lepas pembentangan bajet..
cuba kaji di mana dan kat mana cara yang diasingkan tu..
Azeri says
Salam hormat….Sangat JELAS artikel yang tuan Sabree kongsikan. Terima kasih. Sangat penting bagi kita sebagai umat Islam memastikan sumber rezeki kita dari jalan yang halal.
Saya tertarik mereka yang komen di atas tentang Insuran yang dikatakan hibah pun dengan sewenangkan dihukum ToneExcel adalah HARAM.
PA Insuran itu cuma hadiah PERCUMA diberikan jika berlaku kematian dan kemalangan yang menyebabkan cacat kekal. Sebagai contoh kita beli ubat gigi X dapat FREE mangkuk tingkat. Kalau kita nak ambil, ambil lah. Kalau tak nak pun takde masalah.
Cuma point last tu, saya harapkan ToneExcel akan melantik Ustaz atau Ustazah sebagai pemantau patuh syariah suatu masa nanti. Insya Allah.
Jalan dah betul. Tutup mata dan buat ajer !
Azeri says
Salam hormat tuan Sabree,
Terima kasih kerana memberi penerangan yang cukup jelas berkenaan patuh syariah dalam bisnes Toneexcel dengan merujuk artikel dari pakar ekonomi Islam Dr UZAR.
Kita sebagai pengguna simkadtoneexcel merasa yakin dan tahu menilai yang mana terbaik untuk diri sendiri.
Saya juga berharap agar suatu masa nanti syarikat Toneexcel akan melantik panel syariah kelak. InsyaAllah.
ToneExcel Terbaik says
Apa benda budak yang komen negatif tentang Tone Excel ni.Berlagak baik dan alim.Ni mesti ahli yang gagal dalam Tone Excel dan dengki dgn ahli yang telah berjaya.Mcm-mcm soalan.Berselirat memikirkannya.Pointnya komisen Tone Excel(Halal) dan Insurans saja.