Dalam kerja-kerja pemasaran secara online, saya juga tak terkecuali daripada perlu menggunakan kaedah pemasaran emel. Bila dah guna pemasaran emel, maka keperluan utamanya ialah sistem autoresponder.
Sepanjang saya buat pemasaran menerusi emel, ada beberapa autoresponder yang pernah saya gunakan. Ada yang percuma, perlu bayar setiap bulan, dan ada juga yang hanya perlu bayar sekali sahaja untuk penggunaan seumur hidup.
Nak tau autoresponder apa yang menawarkan skim hanya perlu bayar sekali sahaja?
Jawapannya ialah
Sistem autoresponder Emelmatik.
Kali ini saya nak kongsikan komen saya mengenai sistem autoresponder emelmatik ini. Dah pasti ramai yang nak tau sama ada sistem autoresponder emelmatik ni bagus ke tidak, ok ke tak. Tak gitu?