Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Teknik Tarik Trafik Yang Ramai Ke Laman Blog

April 3, 2014 by sabree hussin 37 Comments

Masalah biasa yang dialami oleh penulis blog dan pemilik laman web ialah untuk tarik pelawat dan pengunjung yang ramai ke laman web mereka. Jika anda juga mempunyai masalah yang sama, sila teruskan pembacaan dari mula sampai habis.

 

Dalam artikel kali ini, saya akan dedahkan beberapa teknik dan strategi untuk tarik pelawat dan pembaca blog yang ramai. Dalam bidang pemasaran online ni, rumusnya mudah sahaja

Lagi ramai pelawat (trafik) lagi besar potensi untuk dapat income yang lumayan

 

Dah sedia nak tahu?

Blog notes on Laptop

Saya akan mulakan dengan teknik-teknik percuma terlebih dahulu. Sebenarnya jika anda mempunyai bajet bagi tujuan pengiklanan, anda boleh gunakan kaedah berbayar. Bila saya katakan kaedah berbayar ini, ia boleh jadi dalam bentuk anda buat iklan menggunakan medium Google Adwords, iklan FBAds ataupun mungkin anda dapatkan perkhidmatan iklan dari penulis blog lain untuk bawa masuk trafik ke laman web anda.

 

Diperingkat permulaan, mungkin apa yang dapat saya cadangkan ialah anda fokus sahaja dengan teknik-teknik yang PERCUMA sahaja dulu. Lebih-lebih lagi untuk blog yang agak baru dari segi usianya. Biasanya blog yang masih baru juga tidak banyak artikel yang ada didalamnya. Jadi, diperingkat ini anda fokus dulu untuk tambahkan seberapa banyak artikel yang boleh dalam blog anda. Cuba fokus untuk dapatkan 100 artikel yang pertama, kemudian kejar pula target 200 artikel, 300 artikel dan seterusnya.

 

Dengan bertambahnya bilangan artikel dalam blog anda, ini secara tak langsung juga akan meningkatkan bilangan trafik yang masuk ke laman web anda. Pada pandangan saya, strategi yang bagus dan berkesan adalah apabila anda berjaya menggabungkan teknik yang percuma dan juga teknik berbayar.

 

Teknik tarik trafik 1: Teknik Search Engine Optimization (SEO)

Sekiranya anda mensasarkan pembaca blog anda dari golongan mereka yang berminat tentang topik buat duit online, mari kita buat sesi brainstorming sekejap. Cuba fikirnya, apa agaknya kata kunci yang akan mereka taip di search engine google ketika mereka ingin dapatkan maklumat tersebut?

 

Mungkin… mereka akan taip kata kunci seperti berikut

1. Macam mana cara nak buat duit online

2. Betul ke boleh buat duit online

3. Buat duit online tanpa modal

4. Cara mudah buat duit online

… dan banyak lagi kemungkinan.

 

Setelah kita tahu kata kunci apa yang akan mereka gunakan, langkah seterusnya ialah, kita hasilkan sebuah artikel yang memfokuskan kata kunci tertentu. Sebaik-baiknya, jadikan kata kunci tersebut sebagai tajuk, dan pastikan kata kunci tersebut muncul beberapa kali didalam artikel.

 

Saya percaya, anda tak ada masalah untuk hasilkan sebuah artikel berjudul “Macam mana cara nak buat duit online”, betul kan?

 

Inilah yang dinamakan sebagai teknik pemasaran Search Engine Optimization atau juga dikenali sebagai teknik SEO. Teknik SEO bukan sahaja berguna untuk tarik trafik, malahan ia juga sangat POWER untuk bantu anda buat duit secara online menerusi program affiliates.

 

Sebenarnya, kalau anda masih belum tahu, bila blog anda mempunyai trafik yang besar, anda boleh buat duit dengan macam-macam cara. Ianya tak terhad pada satu bentuk program semata-mata.

 

Teknik tarik trafik 2: Blog commenting

Lazimnya, ia juga dikenali sebagai blog walking dalam kalangan penulis blog. Teknik ini mudah sahaja, anda hanya perlu layari blog yang berbeza, dan tinggalkan komen yang bernas pada artikel yang mereka siarkan.

jana pendapatan tambahan

Screenshot diatas ialah ruangan yang biasanya disediakan jika anda berminat untuk meninggalkan komen pada artikel yang dihasilkan.

 

Formulanya simple je, jika anda layari 100 buah blog, dan tinggalkan 100 komen yang berbeza dan bernas, pemilik blog tersebut akan buat kunjungan balas ke laman blog anda kembali. Nah… lepas ini anda akan berjaya dapatkan 100 pelawat yang baru. Walaubagaimanapun, anda mungkin hanya akan lihat peningkatan dari segi trafik untuk satu tempoh masa yang sekejap sahaja.

 

PENTING!

1. Jangan SPAM

2. Tinggalkan komen yang bernas

3. Bina relationship

4. Komen sesuatu yang ada kaitan dengan topik

5. Jangan kecewa kalau tak dapat kunjungan balas

 

Aktiviti blogwalking ini perlu dilakukan dengan sekerap yang mungkin. Lebih-lebih lagi jika blog yang anda ingin promosikan adalah blog yang agak baru. Ya, memang teknik ini agak memenatkan, namun ianya adalah cara yang PERCUMA dan pada masa yang sama ianya sangat berkesan untuk meningkat trafik dalam blog kita.

 

Teknik tarik trafik 3: Manfaatkan fungsi media sosial

Dalam hal ini, saya lebih gemar dan lebih kerap guna FB Fanpage. Namun demikian, ada ketikanya saya juga akan mempromosikan artikel terbaru di blog saya di laman media sosial twitter. Anda bebas untuk gunakan media sosial yang lain, seperti Twitter, Instagram dan sebagainya.

 

Untuk pengguna FB, pastikan anda ada Fan Page khas untuk blog anda. Dapatkan sebanyak mungkin likes yang berkualiti.

cara dapatkan likes yang banyak

Tak perlu gunakan kaedah berbayar untuk kumpul likes. Guna kaedah PERCUMA dah cukup memadai. Boleh baca artikel saya sebelum ini bertajuk perlu ke beli servis naikkan FB likes untuk fan page [klik sini]

 

Setiap kali anda dah siapkan satu artikel, anda hanya perlu update fanpage anda dan maklumkan yang anda dah pun kemaskini blog anda dengan artikel-artikel baru. Sebagai contoh,

cara tarik trafik ke blog

Status update tersebut telah dilihat oleh 155 orang. Dalam ramai-ramai tu, pasti akan ada antara mereka yang akhirnya berminat untuk melawati blog saya. Bergantung pada topik yang saya bawakan, ada juga topik tertentu yang orang langsung tak minat nak baca. Tak apa… boleh cuba lagi dengan topik lain pula.

 

Teknik tarik trafik 4: Pemasaran video Youtube

Laman Youtube merupakan salah satu laman web yang mempunyai paling ramai pengunjung. Merujuk kepada maklumat yang dibekalkan oleh laman web Alexa.com, youtube merupakan laman web ketiga popular didunia dan mempunyai paling ramai pengunjung

buat duit dengan blog

Macam mana cara nak gunakan Youtube untuk tarik trafik ke laman blog anda?

 

Dalam artikel ini saya tidak akan menerangkan dengan panjang lebar bagaimana menggunakan kuasa Youtube untuk tarik trafik. Saya hanya akan terangkan secara ringkas sahaja. Untuk pengetahuan anda, anda juga boleh jadikan Youtube sebagai satu lagi medium untuk buat duit dengan program pengiklanan Adsense. Klik sini untuk belajar.

 

Ringkasnya ialah, mula-mula sekali anda upload video yang anda ingin gunakan sebagai bahan promosi blog anda ke Youtube.

pemasaran video youtube

 

Kemudian, anda masukkan serba sedikit maklumat tentang blog anda dibahagian description, seperti yang saya tunjukkan dibawah.

youtube pemasaran video

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan kaedah pemasaran video untuk tarik trafik yang banyak ke laman web atau ke laman blog anda, maka jangan takut untuk melabur untuk dapatkan ilmu pemasaran video [klik sini]

 

Teknik tarik trafik 5: Ping artikel anda

Anda boleh pilih sama ada nak ping artikel anda secara automatik ataupun secara manual. Fungsi ping adalah untuk ‘memberitahu’ search engine bahawa anda telah menyiarkan satu artikel yang baru di laman blog anda.

 

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan 3 tempat untuk anda ping artikel anda. Sebenarnya ada banyak lagi (terlalu banyak) tempat yang menyediakan servis ping artikel ini.

 

1. Servis ping oleh Blogged.my

servis ping artikel

 

2. Servis ping oleh busuk.org (Kini dikenali sebagai babab.net)

busuk.org

 

3. Servis ping dari pingomatic.com

servis ping artikel oleh pingomatic

Bagaimana pula kesannya setelah menggunakan perkhidmatan servis ping ini? Lihat gambar dibawah.

 

Salah satu artikel saya telah berjaya masuk ke page pertama google untuk kata kunci “Review EdyBiz”

kesan penggunaan servis busuk

Apa yang saya buat ini ada kena mengena dengan Teknik SEO.

 

Teknik tarik trafik 6: Kandungan blog anda

Kandungan blog anda juga mempengaruhi trafik yang masuk ke blog anda.

 

Sebagai contoh, ketika artikel ini dihasilkan, topik mengenai kehilangan pesawat MH370 masih belum lagi reda. Jika anda perasan, ada ramai blogger yang bercerita tentang MH370 dan misteri kehilangannya, walaupun hakikatnya mereka tak tau apa-apa pun tentang MH370.

 

Tujuan mereka tulis pun semata-mata nak tarik trafik ke laman blog mereka, itu sahaja.

 

Teknik tarik trafik 7: Popular kah anda?

Jika anda seorang yang popular dan dikenali, saya yakin trafik ke blog anda pasti tinggi πŸ™‚

 

Untuk teknik seterusnya, saya akan sentuh mengenai teknik berbayar. Ini bermakna, jika anda ingin mengaplikasikan teknik berikut, ada kos yang perlu anda keluarkan. Sila pastikan anda mempunyai bajet yang sesuai dan anda mempunyai perancangan untuk buat duit bagi menampung kos penggunaan teknik berikut.

 

Teknik tarik tafik 8: Teknik pemasaran emel

Sila perhatikan screenshot dibawah

teknik pemasaran emel dan blogging

Artikel berjudul Strategi buat duit dengan blog untuk tahun 2014 mempunyai view paling tinggi berbanding artikel-artikel lain sebabnya saya ada hantar emel kepada mailing list saya mengenai artikel tersebut. Anda boleh klik sini jika ingin membaca artikel tersebut.

 

Sekarang, cuba anda bayangkan sekiranya anda mempunyai senarai emel yang besar. Berapa besar? Semuanya terpulang kepada anda. Jika anda ingin menggunakan pemasaran emel bagi tujuan tarik trafik ke blog anda, anda perlu ada sistem autoresponder.

sistem-autoresponder-percuma

Salah satu sistem autoresponder yang saya sendiri gunakan adalah sistem autoresponder PERCUMA emelmatik. Anda boleh klik sini untuk daftar secara percuma juga.

 

Teknik tarik trafik 9: Blog advertsing (iklankan blog anda)

Antara lokasi-lokasi sesuai untuk anda iklankan blog anda ialah di

1. Facebook menggunakan FBAds

2. Google melalui Google Adwords

3. Sewa tapak iklan di laman web yang mempunyai pengunjung yang ramai

4. Sewa tapak pengiklanan di blog yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan

 

Baiklah, secara personally, inilah dia teknik-teknik yang saya sendiri gunakan untuk tarik trafik masuk ke laman blog saya ini. Setakat hari ini, cara yang saya gunakan ini memang berkesan untuk meningkatkan trafik.

 

Cubalah.

 

Saya percaya, ia juga pasti beri kesan positif kepada blog anda. Semoga artikel ini bermanfaat.

Wallahua’lam

 

 

Sabree Hussin
03 April 2014, Khamis, 05:15PM
Klang, Selangor

Baca juga artikel berikut:

  1. Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  2. Strategi Backlinking Antara Blog Peribadi
  3. Adakah produk saya sesuai dipromosikan di laman blog ini?
  4. Cabaran menghasilkan blog yang Sukses

Filed Under: Blogging Tagged With: tarik trafik ke blog, tingkatkan trafik

Comments

  1. Ismail N says

    April 4, 2014 at 7:53 am

    Yup, teknik-teknik yang baik dan perlu dilakukan oleh setiap blogger yang mahu berjaya termasuk kawe. Thank you for sharing.

    Reply
  2. Abdur says

    April 4, 2014 at 9:31 pm

    Tanks…,terbaik.

    Reply
  3. zik says

    April 6, 2014 at 9:26 pm

    Satu persatu diterangkan.. cantik tuh bro.. buat contest.. on cost pulaklah kan..

    Reply
  4. Syuhada Baharudin says

    April 12, 2014 at 7:52 pm

    thank you for sharing. good tips.

    Reply
    • sabree hussin says

      April 14, 2014 at 7:24 pm

      You are most welcome πŸ™‚

      Reply
  5. Ammar says

    April 13, 2014 at 1:58 am

    Teknik SEO adalah paling best sebab boleh tarik traffik berpanjangan. Kalau SEO power tiap2 hari dapat traffik.

    Reply
  6. Nana says

    May 6, 2014 at 5:07 pm

    Perkongsian terbaik….tq sebab dah bagi info menarik tentang teknik ber blogging ya πŸ˜€

    Reply
  7. haizrul says

    May 20, 2014 at 4:33 am

    salam..satu artikel yang sangat bagus untuk meningkatkan lagi trafik ke blog!
    Saya pon nk share satu cara untuk korg smue dptkan trafik yg lbih banyak ke blog korg.

    Cara yang sy slalu gunakan ialah setiap link artikel yg saya post dlm blog sy,sy akan ping dkat website kakiping .Memang best kakiping ni,kbanyakan trafik blog saya datang dari kakiping.com .Korg cuba la ye πŸ˜€

    Reply
    • sabree hussin says

      May 21, 2014 at 2:48 am

      Terima kasih tuan haizrul, saya pun ada guna ping ping ni juga. Setakat hari ni saya guna busuk je

      Reply
  8. mohdnazet says

    May 22, 2014 at 10:31 pm

    Terima kasih. Artikel ni amat amat mmbantu saya dalamberblogging

    Reply
  9. faizal says

    July 4, 2014 at 11:59 am

    terima kasih tuan …cukup berguna

    Reply
  10. Wazeen Azizan says

    July 14, 2014 at 4:41 am

    Menarik..:) bab blogwalking atau blog commenting tu saya kurang lakukan.. so sekarang sy cuba untuk jadikan ia aktiviti harian..:) Thanks.

    Reply
  11. siti hazreen says

    July 18, 2014 at 3:56 pm

    Terima kasih…info yang sangat berguna

    Reply
    • sabree hussin says

      July 18, 2014 at 4:11 pm

      Sama-sama cik puan Siti Hazreen

      Reply
  12. Shamshul Kamar says

    October 5, 2014 at 3:08 am

    Cara SEO adalah cara yang kekal dalam jangkamasa panjang. Itupun jika keyword yang kita sasarkan tidak tinggi persaingannya. Teknik no 7 memang bukan untuk saya. Namun terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Syabas.

    Reply
    • sabree hussin says

      October 5, 2014 at 12:37 pm

      Hehe jangan give up dulu, satu masa nanti ia pasti berguna untuk tuan

      Reply
  13. Azrio Kun says

    January 2, 2015 at 8:26 am

    Fuhh,, Semua teknik terbaikkk bro..
    Nak pegi try pakai teknik media sosial tu laa

    Reply
    • sabree hussin says

      January 5, 2015 at 2:18 am

      Ha pergilah pakai… mana-mana satu pun terbaik

      Reply
  14. Azeni Ahmad says

    January 6, 2015 at 4:34 am

    Tip yang sangat bagus dan menarik.
    Antara yang saya baru tau ping artikel tue.
    Tak pernah tahu sebelum ini.
    BIla tengok di atas, ia juga memberi kesan yang hebat pada blog kita di Google.
    Wajib cuba..

    Reply
  15. muhammad akmal islan says

    March 20, 2015 at 3:41 am

    thanks abg sabree, satu ilmu yang berguna…

    Reply
  16. Rasidah says

    April 19, 2015 at 1:21 pm

    Tips yg bagus… tq

    Reply
  17. ctzuraimi says

    August 21, 2015 at 11:24 pm

    terima kasih tuan untuk tips yang berguna. walaupun dah lama saya berblog, tapi ada info yang selama ni saya tak tahu pun.
    insyaAllah, skill menulis kena asah lagi πŸ™‚

    Reply
  18. aida says

    February 28, 2016 at 4:03 pm

    assalam tima kasih abang sabree, atas perkongsian ilmu.

    Reply
    • sabree hussin says

      March 2, 2016 at 5:46 pm

      Wasalam Aida, sama-sama. Harap berguna dan dapat dimanfaatkan

      Reply
  19. fiziesss says

    May 13, 2016 at 1:55 pm

    semuanya terbaik..cuma yg ping tu xberapa berkesan kdg2.. tq dgn info.

    Reply
  20. hafiz says

    July 14, 2016 at 4:55 pm

    Terima kasih tuan untuk tips-tips ni. Saya pun newbie je dalam blogging ni. tips-tips ni amat membantu.

    Reply
    • sabree hussin says

      July 19, 2016 at 4:05 pm

      Saya doakan semoga tuan dapat bina kekayaan menerusi blog tuan πŸ˜€

      Reply
  21. Arifin Ismail says

    August 4, 2016 at 12:42 am

    Terima kasih atas info yang sangat berguna itu khususnya untuk blogger2 yang masih baru seperti saya.
    Memang tak dinafikan trafik adalah nadi utama untuk menjadi blogger yang hebat. Tak guna ada blog cantik tapi takda sorang pelawat pun yang sudi masuk ke blog.

    Reply
  22. Falah says

    November 16, 2016 at 2:11 pm

    Terima kasih diatas perkongsian bermanfaat. Amat membantu menyebarkan website saya

    Reply
    • sabree hussin says

      November 16, 2016 at 4:09 pm

      Sama-sama.

      Reply
  23. cik Jaja says

    March 13, 2017 at 9:27 am

    Terima kasih di atas perkongsian yang sangat berguna ini. Saya masih baru dan amat-amat menghargai ilmu yang dikongsikan. Semoga tuan terus maju jaya hendaknya πŸ™‚

    Reply
    • sabree hussin says

      March 13, 2017 at 12:58 pm

      Terima kasih cik jaja. Semoga Cik Jaja pun akan terus konsisten menulis dan berjaya dalam apa yang ingin dicapai.

      Reply
  24. nazri says

    May 5, 2017 at 10:25 pm

    Tq atas info yg berguna

    Reply
  25. Jickson Kandi says

    June 21, 2017 at 11:46 am

    Tq info yg sgt baik utk para blogger…

    Reply

Trackbacks

  1. Blogwalking #4 : 25 Entri Diterjah Hari Ini Walaupun Kurang Sihat - Syuhada Baharudin says:
    April 13, 2014 at 12:15 am

    […] 15.Β Teknik Tarik Trafik Yang Ramai Ke Laman Blog […]

    Reply
  2. Keajaiban Bisnes Internet Dalam Masa 8 Hari - Blog Sabree Hussin says:
    August 17, 2016 at 2:47 pm

    […] Klik untuk baca: Teknik Tarik Trafik Yang Ramai Ke Laman Blog […]

    Reply
  3. Bayaran komisen Pay Per Click Bidvertiser April 2016 - Blog Sabree Hussin says:
    December 5, 2016 at 5:13 pm

    […] Baca juga: Teknik Tarik Trafik Yang Ramai Ke Laman Blog […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 Β· News Pro Theme on Genesis Framework Β· WordPress Β· Log in