Bayaran komisen Pay Per Click Bidvertiser April 2016

by sabree hussin on April 27, 2016

in Komisyen Affiliate

Salah satu sumber pendapatan blog ini adalah menerusi program pengiklanan. Tahukah anda? Untuk berjaya dapat sebarang pendapatan dari program pengiklanan, sesuatu laman web atau blog itu WAJIB mempunyai bilangan trafik yang TINGGI!

Baca juga: Teknik Tarik Trafik Yang Ramai Ke Laman Blog

 

Kali terakhir saya terima bayaran dari Bidvertiser adalah sekitar bulan Ogos 2015. Lebih kurang 7 atau 8 bulan yang lepas. Kemudian saya dah tak terima sebarang pembayaran dari program pengiklanan ni.

 

Sebabnya? Saya remove iklan-iklan dari Bidvertiser dalam blog ini. Saya rasa macam ianya agak mengganggu dan kebanyakkan iklan yang muncul dalam blog ni macam kurang relevan dengan topik-topik yang saya cover dalam blog ini.

 

Tak lama lepas tu, saya pasang balik iklan bidvertiser dalam blog ini. Rasa rindu pulak nak buat duit dengan Program Pengiklanan Bidvertiser. Lagipun buat masa ni, Bidvertiser adalah satu-satunya program pengiklanan yang membayar dalam matawang USD yang saya join.

 

Tak tau la kalau in future saya terjumpa program pengiklanan lain sebagai alternatif kepada Bidvertiser, mungkin saya akan join yang tu pulak. Ini screenshot email notification yang saya terima dari PayPal yang mengatakan saya telah menerima bayaran sebanyak USD10.38 dari Bidvertiser.

cara-buat-duiguna-bidvertiser

Sebenarnya dari segi teori, blog ini memang berupaya untuk tarik income dalam matawang USD setiap bulan. Kalau melihatkan dari segi statistik, trafik blog ini memang menunjukkan ada peningkatan dari masa ke masa.

 

Jika pendapatan Bidvertiser ini berkadaran secara langsung dengan pertambahan trafik yang masuk ke blog ini, maka saya boleh katakan, blog ini memang ada potensi untuk jana lagi banyak income dari program ini.

 

Rahsia kejayaan untuk buat duit dengan program-program pengiklanan seperti Bidvertiser, Nuffnang, Innity dan sebagainya ialah kena pastikan blog kita tu ada banyak trafik.

 

Lagi banyak trafik, lagi advertiser suka.

 

Cara untuk tingkatkan trafik juga sebenarnya tidaklah sesukar mana. Macam saya secara peribadi, saya menggunakan pendekatan untuk mengemaskini blog ini dengan seberapa kerap yang mungkin.

 

Kita andaikan begini. Katakanlah satu artikel dalam blog ini berupaya untuk menarik seorang pengunjung, maka untuk dapatkan seribu orang pengunjung yang mengunjungi laman web ini, saya perlu pastikan dalam blog ini ada 1,000 artikel telah diterbitkan.

 

Nampak macam tidaklah begitu sukar, kan?

 

Namun sudah tentu, ia perlu masa. Memang ada teknik tertentu bagaimana nak dapatkan artikel yang unik dengan cara yang pantas. Namun, teknik tersebut kurang sesuai untuk digunakan pada blog yang konsepnya adalah blog peribadi seperti blog ini. Rasa macam tak ada jiwa kalau blog ini hanya menyiarkan artikel-artikel yang khusus untuk buat duit semata-mata.

 

Walaubagaimanapun, kalau nak buat macam tu memang boleh. Bina sahaja blog khas yang lain, yang bukan untuk tujuan personal dan seterusnya penuhkan blog tu dengan artikel-artikel yang khusus untuk tujuan tarik trafik dan buat duit semata-mata.

blog-wordpress-self-hosted

… kena betul-betul ada passion kalau nak buat benda ni. Sebagai pemilik blog yang memang pernah ada pengalaman menggunakan teknik ini, saya akui ianya kurang menyeronokkan. Ibarat macam baca buku yang tak ada jiwa dalam penulisan. Biasanya buku macam ni memang saya akan letak tepi bila dah baca beberapa muka surat.

 

Yes… memang boleh buat duit, tetapi tak berapa seronoklah… Ibarat juga macam kita pergi kerja, tapi kita tak berapa seronok dengan kerja yang kita buat tu. Memanglah bila dapat gaji kita rasa gembira, tapi lepas gaji dah mula susut apabila digunakan, kita akan kembali kepada keadaan yang tak berapa produktif dan menyampah dengan kerja-kerja yang kita kena buat.

 

Kan lebih baik apabila kita dapat buat kerja dengan penuh perasaan dan menjiwai pekerjaan tersebut. Terutama sekali apabila pekerjaan tersebut memerlukan daya kreativiti (seperti menulis) dan pembaca perlu merasai bahawa sesebuah artikel itu mempunyai jiwa, dan bukannya sekadar perkataan-perkataan yang disusun semata-mata.

 

Ok la… untuk anda yang mungkin minat nak buat duit dengan Bidvertiser, macam yang saya tengah duk buat sekarang ni, bolehlah buat pendaftaran dengan menekan klik pada banner dibawah.





 

Kemudian apabila pendaftaran anda telah pun diluluskan, langkah seterusnya adalah untuk mula menyiarkan iklan-iklan Bidvertiser itu dalam blog anda.

 

Selamat mencuba dan semoga anda juga berjaya buat duit dengan program pengiklanan Bidvertiser ini.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: