Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Komisyen Sistem Jualan PRO – March 2014

April 3, 2014 by sabree hussin 3 Comments

Bulan March saya tak letakkan harapan yang terlalu besar untuk dapat komisyen bagi produk Sistem Jualan PRO yang pernah saya promosikan sebelum ni.

Sebabnya bulan March tu sendiri saya agak slow. Saya tak buat promosi secara agresif seperti bulan-bulan sebelum ni. Kalau dulu, tak cukup dengan blog, tambah lagi promosi menerusi FB (fan page + FB Group), email marketing lagi. Tapi bila dah masuk bulan tiga hari tu…

Hmm slow sudah.

Sedikit sebanyak kegembiraan dan keriangan muncul dalam benak hati apabila satu hari tu saya menerima email dari saudara Rahman Basri mengatakan komisyen sistem jualan PRO telah pun dibayar.

sistem jualan pro

Mungkin juga atas usaha susah payah selama ini, maka hari ini masanya untuk saya kutip hasil.

Jumlah yang saya terima ialah sebanyak RM210

Untuk dapatkan komisyen sebanyak ini, saya hanya perlu jual dua unit produk ini sahaja. Inilah untungnya bila kita mempromosikan produk yang mahal dan pada masa yang sama beri komisyen yang tinggi.

Kita tak perlu susah payah nak jual banyak-banyak. Cukup sekadar hanya menjual satu atau dua unit, pun dah boleh dapat komisyen yang lumayan.

Teknik yang saya gunakan untuk promosikan produk yang mahal?

Hmm nak kena bagitahu ke? ๐Ÿ™‚

Saya gunakan teknik SEO, atau dikenali sebagai Search Engine Optimization. Setengah orang gelarkan ia sebagai Search Engine Marketing.

Anda perlukan panduan belajar Teknik SEO khusus untuk buat duit dengan program affiliate? [klik sini]

Dalam teknik ini, kempen pemasaran dijalankan dengan memahami bagaimana pengguna internet menggunakan enjin carian seperti google untuk mendapatkan maklumat yang relevan dan diperlukan.

Setelah laman promosi berjaya masuk ke page pertama google, seterusnya yang bakal mempengaruhi sama ada berjaya hasilkan jualan atau sebaliknya ialah teknik penulisan.

Kalau ranking dah bagus, tapi penulisan hancus… alamak. Sorry to say, jangan terlalu berharap dan jangan terlalu kecewalah kalau tak berjaya hasilkan jualan.

Kenapa tak guna FBAds?

Boleh juga. Cuma saya kurang berminat nak bagi duit kat Mark Zuckerberg, itu je. Lagipun dah ramai yang guna FBAds untuk iklankan produk ni.

Kalau prospek yang kali pertama nampak iklan tentang sistem jualan PRO ini, mereka akan search dekat google jugak nanti. Jadi, bila mereka search “jualan pro review”, silap-silap mereka akan masuk ke laman web saya, kemudian buat pembelian pun menerusi link affiliate saya.

Wallahua’lam

Ada kemungkinan. Sebab itu, walaupun sekarang ni orang duk sibuk kata kalau nak buat duit senang kena beli itu ini, especially produk dalam konteks FB marketing dan juga email marketing, tetap SEO marketing jadi pilihan saya.

Normal lah kalau orang tak nak buat SEO marketing.

Sebab benda ni bukan mudah, dan ada ketikanya ia makan masa yang sangat lama. Sebulan ke tiga bulan, barulah nampak kesannya.

Jadi kalau tak cukup penyabar, memang tak akan nampaklah hasilnya.

Baru-baru ni, FB ubah lagi beberapa perkara dalam sistem mereka.

Apa yang sebelum ni berkesan, hari ini dah mula jadi suam-suam kuku. Begitu juga algorithm yang digunapakai oleh Search Engine Google, cuma sedikit yang membezakan ialah, kita mana ada kena bayar apa-apa nak buat SEO.

Sebenarnya tak rugi kalau kita mahir beberapa teknik pemasaran sekaligus. Sebabnya kita boleh pelbagaikan, dan kita boleh dekati pelbagai prospek yang berbeza menerusi kaedah yang berbeza.

Ambil contoh pemasaran emel. [klik sini]

rahsia pemasaran emel

Setengah orang, mereka tak baca blog.

Tak ada masa nak buka FB atau nak lepak kat mana-mana media sosial.

Prospek seperti ini hanya boleh dihubungi menerusi kaedah emel. Walaupun mereka tak baca blog dan tak online FB, namun mereka tak pernah ketinggalan untuk baca emel.

Jadi, kan rugi kalau kita lupakan mereka, sedangkan, mereka ini juga berpotensi untuk menyumbang kepada pendapatan kita.

By the way, RM210 ini dah selamat saya gunakan untuk tambah modal bisnes kedai runcit yang saya buat ๐Ÿ™‚ In Shaa Allah boleh dikembangkan lagi dan boleh dapat lebih lagi bila diniagakan.

Daripada simpan dalam bank, langsung tak ada pulangan… kan lebih baik diniagakan.

Jika anda tak pernah tahu tentang sistem jualan pro, anda boleh baca artikel saya sebelum ini bertajuk Review sistem jualan pro (SJP) Rahman Basri [klik sini]

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Perkembangan Positif Menggunakan Sistem Jualan PRO
  2. Review Sistem Jualan PRO (SJP) Rahman Basri
  3. Episod Duka & Rezeki Melimpah Ruah Di Bulan March
  4. Sistem Tracking Komisyen Affiliate EdyClick

Filed Under: Sistem Jualan PRO Tagged With: sistem jualan pro

Comments

  1. reezluv says

    April 3, 2014 at 2:24 pm

    banyak tu komisennya..mcm best..:D

    Reply
    • sabree hussin says

      April 3, 2014 at 4:10 pm

      Memang best bro reezluv ๐Ÿ˜€

      Reply

Trackbacks

  1. Peluang buat duit tambahan menerusi Sistem Jualan PRO edisi 3.0 – Kerja Sambilan Dari Rumah says:
    July 13, 2017 at 12:37 am

    […] Kenapa saya yakin dan percaya sistem yang dibangunkan ni ada potensi? Simple. Sebabnya masa awal-awal dulu saya sertai program ini, yang dikenali sebagai Sistem Jualan PRO 1.0 dulu, saya memang dah pernah ada pengalaman dapat bayaran dari sistem jualan PRO tersebut. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • Vickki on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • aaron hafix on Cara nak dapatkan kerja apabila menjadi seorang freelancer
  • Shila on Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship
  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in