Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Kalau tak mampu bekerja, berniagalah…

September 29, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Sesetengah orang memang susah nak dapat pekerjaan. Bukannya sebab dia tak berusaha, tetapi memang bukan rezeki dia untuk dapat syarikat yang sanggup untuk mengambil diri dia sebagai pekerja.

 

Saya juga pernah lalui pengalaman yang lebih kurang sama. Sewaktu selepas habis peperiksaan SPM, saya nekad untuk cari kerja. Banyak tempat yang saya pergi, semuanya kata benda yang sama, “maaf sini tak ada kerja kosong.”

 

Waktu tu saya mulai sedar, bukan senang sebenarnya nak cari kerja. Pada satu tahap, saya beranggapan yang sebenarnya kata-kata “kat sini tak ada kerja kosong” cumalah ayat yang lebih manis untuk mengatakan “saya tak nak ambik awak bekerja”.

kerja-lepas-spm-atau-belajar

Bagaimana kalau selama-lamanya ditakdirkan yang kita tak akan dapat tempat untuk bekerja? Saya percaya, ini pasti sangat membimbangkan. Tak kan sampai bila-bila kita terpaksa hidup bergantung dengan orang lain?

 

Satu masa nanti, orang yang begitu setia menanggung hidup kita, pasti akan pergi. Kalau kita bergantung harap pada ibu dan ayah kita misalnya, sampai satu masa, mereka mungkin akan pergi dijemput Ilahi. Kita je yang tak tau bila masanya. Jadi, nak atau tidak, kita memang kena usaha supaya dapat tempat dan dapat cari pekerjaan.

 

Kalau terpaksa buat kerja-kerja yang termasuk dalam kategori 3D pun apa salahnya. Dirty, Difficult and Dangerous. Asalkan pendapatan yang boleh diperolehi nanti adalah pendapatan yang halal. Tapi persoalannya, mahu ke kita sebagai rakyat Malaysia untuk terlibat dalam sektor pekerjaan yang terlibat dengan kerja-kerja yang disifatkan sebagai dirty, difficult and dangerous ni? Kalau dilihat pada keadaan semasa, kerja-kerja seperti ini hanya dipelopori oleh warga asing sahaja.

[Read more…]

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: kerjaya dalam bidang jualan, tak mampu bekerja

Bagaimana cara menjadi PAKAR dalam bidang dan kerjaya pilihan anda?

September 8, 2016 by sabree hussin 3 Comments

Pada waktu catatan ni saya tulis, saya sebenarnya sedang membaca buku berjudul No Excuses! Jangan Berdalih Lagi Untuk Berjaya karangan Brian Tracy. Buku yang saya baca ni adalah versi alih bahasa dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

 

Ada satu part yang saya kira menarik, dan nak kongsikan dengan anda semua.

Pada abad ke-21 ini, ada kemahiran-kemahiran yang memberikan pulangan lumayan kepada orang yang menguasainya. Lebih tinggi penguasaan, diri kita menjadi lebih berharga.

Lebih banyak kemahiran-kemahiran yang kita miliki, lebih mudah kita mendapatkan pendapatan daripada kemahiran yang pelbagai itu.

Lebih tinggi pengetahuan kita, lebih tinggi juga upah yang kita perolehi. Upah yang diterima itu ibarat bayaran bonus simpanan tetap kita.

Malangnya, ramai orang di luar sana yang tergolong dalam 80 peratus, tidak berusaha bagi menambah kemahiran bidang masing-masing.

Geoffery Colvin, penulis buku Talent is Overrated menulis, ramai pekerja mempelajari kemahiran kerja mereka pada tahun pertama sahaja. Selepas itu mereka tidak berusaha menambah apa-apa kemahiran lagi. Hanya golongan yang cemerlang dalam lapangan mereka sahaja yang berusaha menambahkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

 

review-jangan-berdalih-untuk-berjaya

Buku ini diterbitkan oleh PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

 

Bagaimana cara untuk menjadi pakar? Kalau anda lihat pada petikan yang saya sertakan kat atas ni, ternyata menjadi seorang yang pakar ada kelebihannya. Apabila kita menjadi seorang pakar, diri kita akan jadi lebih berharga. Apabila kita mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi, maka akan lebih banyak bayaran upah untuk sesuatu tugasan yang kita perolehi.

 

Namun persoalannya ialah, bagaimana caranya untuk menjadi seorang pakar? Atau dalam bahasa Inggeris, istilah pakar dikenali sebagai specialist.

 

Daripada sedikit kajian dan pembacaan yang saya lakukan, saya dapati ada beberapa langkah yang perlu dilakukan bagi mencapai tahap pakar atau specialist.

[Read more…]

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: bagaimana menjadi pakar, cara menjadi pakar

Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!

August 30, 2016 by sabree hussin 9 Comments

Pada mulanya, saya ingin meletakkan tajuk “bina kerjaya dalam bidang perniagaan” untuk artikel ini. Kemudian, bila saya fikir-fikirkan semula, saya rasa macam tak sesuai. Bila sebut bidang perniagaan, ianya seperti agak “berat”. Jadi saya pun buat keputusan untuk guna sahaja istilah bidang jualan.

 

Buku pertama yang saya beli yang membincangkan tentang topik jualan adalah buku karangan Brian Tracy. Tajuknya The Psychology of Selling atau dalam edisi terjemahannya berjudul Psikologi Menjual. Masa tu, saya baru je lulus exam untuk jadi ejen takaful. Itu pengalaman pertama saya dalam bidang jualan. Baru saya tahu, rupa-rupanya bidang jualan ni bukannya mudah. Jika kita tak ada ilmu dalam bidang jualan, memang sukar nak dapatkan jualan walaupun hanya satu polisi sahaja.

the_psychology_of_selling

 

Sedarkah anda, realitinya setiap hari kita terlibat dengan aktiviti menjual? Dari kita mula bangun tidur, sampailah kita pejamkan mata semula. Ianya berlaku dan terus berlaku sama ada kita sedar ataupun tidak.

 

Saya nak bagi contoh situasi.

 

Pada satu hari, rakan anda tegur anda tentang jam tangan yang anda pakai.

“Lawa jam tu, beli kat mana tu?”

“Aku beli kat City Chain.”

“Cantikla!”

“Of course la, sebab tu aku beli. Ko kalau nak beli jam, aku suggest ko beli kat situ jugak. Tempat lain aku tak berapa rekemen sangat, sebab tak tentu lagi ori ke tak jam yang ko nak beli tu nanti…”

 

Atas ni adalah contoh perbualan yang biasa berlaku. Kadang-kadang topiknya adalah jam tangan, barangan elektrik, hotel, tempat perlancongan, restoran dan macam-macam lagi.

 

The best part is, ada antara kita yang beriya-iya bercerita tentang sesuatu produk, seolah-olah macam kita dibayar untuk jadi promoter produk tersebut. Kalau kita memang dibayar, ataupun kita akan diberikan serba sedikit komisen untuk bercerita tentang sesuatu produk, itu lainlah. Tapi yang saya pelik tu, sesetengah orang ni bercerita secara percuma sahaja.

[Read more…]

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: jana pendapatan dalam bidang jualan, jana pendapatan pasif, jana pendapatan tanpa had, kerjaya dalam bidang jualan

Tips dan strategi TERBAIK bagaimana memulakan perniagaan kedai makan dan restoran

August 27, 2016 by sabree hussin 17 Comments

Bisnes kedai makan ataupun perniagaan restoran, adalah salah satu bentuk perniagaan yang saya ingin mulakan selain daripada perniagaan kedai runcit. Satu masa dulu, sebelum saya buka bisnes kedai runcit kecil-kecilan yang saya dan keluarga miliki sekarang ni, saya pernah merangka beberapa strategi untuk buka bisnes kedai makan ni.

 

Memandangkan dalam masa terdekat ini, mungkin saya terpaksa tangguhkan dulu perancangan untuk buka kedai makan, maka saya rasa ada baiknya saya kongsikan kat sini apa dia strategi-strategi yang pernah saya draf dalam kertas kerja bisnes kedai makan yang saya buat. [muat turun sample kertas kerja bisnes kedai makan dan restoran di sini]

 

Walaupun plan tersebut masih belum menjadi, saya rasa terpanggil untuk kongsi dalam blog ni. Manalah tau, ada antara pembaca dan pelawat blog ini bercita-cita untuk buka kedai makan ataupun bisnes restoran, dan sedang mencari-cari idea tambahan, macam mana nak majukan atau kembangkan bisnes yang bakal dibuka itu nanti. Jadi, inilah dia.

cara-memulakan-perniagaan-restoran

 

Bukanlah niat saya untuk mengajar-ngajar anda bagaimana cara untuk memulakan perniagaan kedai makan. Tidak, bukan begitu. Saya pun bukannya pandai sangat. Niat saya adalah untuk kongsikan idea sahaja. Saya harap beberapa tips yang simple ini dapat bantu memberi anda banyak lagi cetusan-cetusan idea untuk berikan yang terbaik bagi perniagaan yang anda bangunkan nanti. Ok jom kita teruskan.

[Read more…]

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: bagaimana memulakan perniagaan kedai makan, berniaga kedai makan, bisnes kedai makan, bisnes restoran, buka kedai makan, cara memulakan perniagaan kedai makan, kertas kerja bisnes kedai makan, perniagaan restoran

Selepas SPM lebih baik sambung belajar atau bekerja?

July 5, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Saya rasa dah agak lama saya tak kongsikan sebarang tips dan cerita untuk pelajar-pelajar yang bakal habis menduduki peperiksaan SPM ni. In Shaa Allah, jika diberi kekuatan dan keizinan oleh Yang Maha Esa, saya memang bercadang nak jadikan blog ini sebagai satu sumber rujukan dan bacaan ringan untuk semua golongan.

 

Salah satu pembaca sasaran saya ialah adik-adik yang bakal menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah menengah. Bercakap tentang hala tuju selepas habis SPM. Saya pernah tulis beberapa topik tentang hala tuju selepas habis SPM, dan jika ada adik-adik yang merancang untuk mencari kerja selepas SPM, boleh baca perkongsian saya sebelum ini.

Klik untuk baca:

(1) Tips mencari kerja Part Time untuk pelajar lepasan SPM

(2) Tips kerjaya untuk pelajar lepasan SPM yang ingin bekerja selepas habis sekolah

kerja-lepas-spm-atau-belajar

Apa yang patut dilakukan lepas habis SPM?

“Adakah saya patut kerja atau sambung belajar?”

[Read more…]

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: hala tuju selepas spm, sambung belajar atau bekerja

Tips temuduga untuk orang yang belum pernah ada pengalaman

March 28, 2016 by sabree hussin 1 Comment

Kali pertama dipanggil untuk datang ke sesi temuduga boleh jadi satu pengalaman yang cukup mengujakan. Walaupun tak ada sebarang jaminan yang kita pasti akan dapat pekerjaan tersebut, namun apabila diberi peluang untuk hadir ke sesi temuduga, adalah satu kesempatan yang tak seharusnya disia-siakan.

 

Berjaya atau tidak untuk anda mengharungi sesi temuduga ini semuanya bergantung kepada satu perkara iaitu

Sejauh mana anda benar-benar bersedia!

 

Tips ini mungkin ada yang berguna untuk anda. Lebih-lebih lagi jika anda masih belum pernah ada pengalaman hadir dalam mana-mana sesi temuduga. Buat persiapan dengan sehabis baik. Anda tidak akan rugi, tak kira sama ada anda berjaya dapatkan pekerjaan tersebut ataupun tidak.

bekerja_dari_rumah

 

Kalau berjaya, anda akan dapat kerja. Kalau gagal sekalipun, anda akan dapat pengalaman! Anggap sahajalah ini sebagai satu learning experience.

 

(1) Buat kajian tentang syarikat

Ini benda pertama yang anda patut buat jika anda dipanggil untuk hadir ke sesi temuduga. Baiklah, adakah anda tahu macam mana cara nak buat kajian tentang syarikat tu? Saya nak kongsikan kepada anda beberapa cara.

[Read more…]

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: panduan menjawab soalan temuduga, panduan siap sedia dalam sesi temuduga, tips temuduga

Contoh kertas kerja perniagaan Dobi untuk rujukan bisnes anda sendiri

March 27, 2016 by sabree hussin 1 Comment

Sebelum ni saya pernah kongsikan tentang sebuah buku yang saya baca berkenaan dengan bisnes kedai dobi. Buku yang saya maksudkan ini berjudul “cara mudah untuk membuka kedai dobi“. Kalau anda bercadang untuk membuka perniagaan kedai dobi, buku ini adalah salah satu bacaan yang saya kira agak menarik dan pastinya dapat memberi anda serba sedikit idea bagaimana untuk uruskan perniagaan kedai dobi anda nanti.

 

Selain daripada belajar cara-cara urus perniagaan kedai dobi menerusi buku-buku seperti ini, tahukah anda yang sebenarnya kita juga boleh belajar cara urus dan mulakan perniagaan dobi dari pembacaan kertas kerja sebenar sesuatu perniagaan tersebut?

 

Dalam contoh ini, sudah tentu kertas kerja yang dimaksudkan ialah kertas kerja perniagaan kedai dobi itu sendiri. Baiklah, mungkin anda tak tau dan tak pasti, kat mana nak dapatkan contoh kertas kerja bisnes dobi ini.

 

Saya ada terjumpa satu laman web yang menghimpunkan koleksi kertas kerja, yang anda boleh muat turun dan jadikan ia sebagai rujukan. Ini dia laman web yang saya maksudkan. Klik sini untuk layari laman web tersebut.

rancangan-perniagaan

 

Menerusi laman web ini, anda bukan sahaja boleh muat turun contoh kertas kerja untuk perniagaan kedai dobi, malahan ada banyak lagi contoh kertas kerja perniagaan yang anda boleh muat turun.

 

Buat masa catatan ini ditulis, anda boleh muat turun 33 contoh kertas kerja perniagaan, yang merangkumi bisnes-bisnes seperti

[Read more…]

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: bisnes dobi, contoh kertas kerja perniagaan dobi, kertas kerja kedai dobi, panduan bisnes kedai dobi, panduan kedai dobi

10 perkara yang membuatkan kerja makan gaji memang BEST!

March 14, 2016 by sabree hussin 14 Comments

Saya suka kerja makan gaji. Saya belajar macam-macam perkara yang antaranya telah menjadi suatu “pengalaman terbaik” dalam hidup saya ketika saya kerja makan gaji. Walaupun kehidupan saya kini agak berbeza, berbanding ketika hidup makan gaji dulu, namun saya sebenarnya patut berterima kasih kepada perjalanan hidup saya yang lalu, untuk berada di mana saya berada sekarang.

 

Anda rasa kerja makan gaji ni tak best? Oh nanti dulu. Kerja makan gaji ni sebenarnya best. Kalau ada yang rasa kerja makan gaji ni tak best, anda sama ada

(1) Salah pilih company

(2) Salah pilih kerja atau bidang kerja

(3) Salah pilih kawan

bekerja_dari_rumah

Jika rasa tak best yang lahir tu, muncul daripada salah satu faktor tu, itu bukannya penanda bahawa anda tak suka kerja makan gaji. Sebenarnya anda hanya tak sukakan kerja yang anda lakukan sekarang. Berhenti, dan cari kerja lain. Anda mungkin akan dapati, rasa tak suka dan tak seronok yang anda rasakan sebelum ni, mungkin bukannya sebab anda tak suka makan gaji, sebaliknya anda cuma tak berapa ngam dengan bos, atau dengan rakan sekerja. Itu sahaja.

 

Memandangkan tajuk artikel kali ni pun adalah tentang perkara-perkara yang best tentang kerja makan gaji, maka jom saya kongsikan pendapat saya kepada anda. Nak tau apa yang best sangat tu, jomlah teruskan pembacaan.

[Read more…]

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: kelebihan kerja makan gaji, kerja makan gaji, tak suka kerja makan gaji

Perniagaan Kedai Dobi: Peluang dan potensi keuntungan yang boleh anda miliki!

February 15, 2016 by sabree hussin 11 Comments

“Ada ke pengunjung blog ni yang berminat atau menyimpan hasrat nak menceburi perniagaan dalam perusahaan dobi?”

 

Ala… nak buka kedai dobi la. Ada ke yang merancang untuk jadi usahawan kedai dobi ya. So, apa pendapat anda mengenai perniagaan dobi ni? Boleh untung ke? Ada potensi untuk dijadikan perniagaan pilihan ke atau tidak?

 

Beberapa hari yang lalu, disebabkan saya ada sedikit masa terluang, jadi saya buat sedikit pembacaan mengenai perniagaan dobi. “Rasa ingin tahu” buatkan saya tergerak hati untuk dapatkan maklumat tentang perniagaan ini.

 

Manalah tahu, satu hari nanti saya nak tukar bidang atau nak tukar jenis perniagaan. Dengan adanya beberapa maklumat ini, setidak-tidaknya nanti tak adalah saya teraba-raba atau terbuat keputusan yang silap. Sebab siapa tahu, mungkin keputusan saya untuk buka kedai dobi adalah satu keputusan yang tak sepatutnya dilakukan.

 

panduan-bisnes-dobi Tak apa. Itu cerita di lain masa. Pada hari ini, saya cuma nak kongsikan beberapa perkara mengenai perniagaan kedai dobi kepada anda.

 

Anggaplah info yang saya muatkan dalam blogpost ini adalah sebagai permulaan, untuk anda dapatkan lebih banyak info ditempat lain.

 

Apa yang saya tulis dalam ni, tak semestinya betul. Ia tidak mencerminkan industri atau bidang perusahaan dobi ini secara keseluruhan. Satu lagi yang perlu saya tekankan disini, saya menulis sebagai seorang pemerhati, bukannya selaku seorang yang sedang atau pernah menceburkan diri dalam perniagaan dobi.

 

Jadi, dah tentu akan ada beberapa perkara mengenai bisnes dobi yang mungkin kurang tepat ataupun hanya benar mengikut sangkaan peribadi saya semata-mata. Ok dah, itu bab penafian. Kalau tak buat penafian siap-siap, bimbang nanti ada yang fikir saya adalah seorang yang pakar dalam bidang perusahaan dobi pulak. Tak sanggup saya nak mengecewakan bakal-bakal usahawan dobi, dengan tidak menjawab ataupun langsung tak membalas emel pertanyaan yang dihantar nanti.

 

“Bila disebutkan bisnes kedai dobi, apa konsep pertama yang terlintas di fikiran anda?” 

[Read more…]

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: cara buka dobi, kedai dobi, panduan bisnes dobi, panduan buka dobi, panduan buka kedai dobi, perusahaan dobi

13 Perkara yang akan buat anda suka atau benci dengan pekerjaan anda sekarang

January 31, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Tahukah anda, sekurang-kurangnya terdapat 13 perkara yang akan menentukan sama ada pekerjaan anda sekarang ni, akan jadi satu pengalaman bekerja yang menarik dan manakjubkan ataupun akan memberi anda pengalaman yang mengecewakan. Adakah anda suka dengan pekerjaan yang anda lakukan sekarang ni?

 

Bagi menilai sama ada pekerjaan yang kita lakukan sekarang ini benar-benar memberikan kepuasan (job satisfaction) seperti yang kita mahukan atau sebaliknya, saya nak mengajak anda untuk meneliti kesemua 13 poin yang bakal saya bincangkan sebentar lagi. Anda nak tahu apa dia ketiga belas-tiga belas poin tersebut? Jom teruskan pembacaan.

 

(1) Jadual kerja

Adakah jadual kerja anda mengikut waktu bekerja yang biasa, iaitu 8:00 am – 5:00 pm ataupun anda bekerja mengikut syif?

 

Kalau kerja syif ni, biasanya ada dua atau tiga syif. Syif pagi, syif petang dan juga syif malam. Mereka yang kerja ikut syif yang berbeza ni pula mempunyai hari cuti yang sentiasa berubah. Saya rasa kalau orang bujang sesuai la kerja ikut syif macam ni, tapi kalau yang dah berkeluarga akan terasa sedikit susah untuk ikut syif.

saya-suka-kerja-saya

 

Ketika orang lain tengah bercuti, kita pulak kena bekerja. Orang lain syok dapat cuti waktu public holiday, kita pula kena kerja macam biasa. Memandangkan waktu cuti kita tak sama, selalunya kita akan dapat cuti sewaktu orang lain tengah bekerja. Kelebihannya ialah bila kita nak bershopping. Terasa shopping complex tu lengang je, sebab orang lain tengah kerja, kita tengah sibuk bershopping sakan.

[Read more…]

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: benci dengan pekerjaan, suka dengan pekerjaan

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • Next Page »

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • Vickki on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • aaron hafix on Cara nak dapatkan kerja apabila menjadi seorang freelancer
  • Shila on Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship
  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in