UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Kalau tak mampu bekerja, berniagalah…

September 29, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Sesetengah orang memang susah nak dapat pekerjaan. Bukannya sebab dia tak berusaha, tetapi memang bukan rezeki dia untuk dapat syarikat yang sanggup untuk mengambil diri dia sebagai pekerja.

 

Saya juga pernah lalui pengalaman yang lebih kurang sama. Sewaktu selepas habis peperiksaan SPM, saya nekad untuk cari kerja. Banyak tempat yang saya pergi, semuanya kata benda yang sama, “maaf sini tak ada kerja kosong.”

 

Waktu tu saya mulai sedar, bukan senang sebenarnya nak cari kerja. Pada satu tahap, saya beranggapan yang sebenarnya kata-kata “kat sini tak ada kerja kosong” cumalah ayat yang lebih manis untuk mengatakan “saya tak nak ambik awak bekerja”.

kerja-lepas-spm-atau-belajar

Bagaimana kalau selama-lamanya ditakdirkan yang kita tak akan dapat tempat untuk bekerja? Saya percaya, ini pasti sangat membimbangkan. Tak kan sampai bila-bila kita terpaksa hidup bergantung dengan orang lain?

 

Satu masa nanti, orang yang begitu setia menanggung hidup kita, pasti akan pergi. Kalau kita bergantung harap pada ibu dan ayah kita misalnya, sampai satu masa, mereka mungkin akan pergi dijemput Ilahi. Kita je yang tak tau bila masanya. Jadi, nak atau tidak, kita memang kena usaha supaya dapat tempat dan dapat cari pekerjaan.

 

Kalau terpaksa buat kerja-kerja yang termasuk dalam kategori 3D pun apa salahnya. Dirty, Difficult and Dangerous. Asalkan pendapatan yang boleh diperolehi nanti adalah pendapatan yang halal. Tapi persoalannya, mahu ke kita sebagai rakyat Malaysia untuk terlibat dalam sektor pekerjaan yang terlibat dengan kerja-kerja yang disifatkan sebagai dirty, difficult and dangerous ni? Kalau dilihat pada keadaan semasa, kerja-kerja seperti ini hanya dipelopori oleh warga asing sahaja.

 

Masalah dengan individu-individu yang tidak mempunyai pekerjaan! Kadang-kadang ada juga antara mereka ni yang tak mempunyai pekerjaan sebab mereka memang sengaja tak nak bekerja. Mereka mungkin akan bagi alasan bahawa nak cari kerja kat Malaysia ni sangat susah. Namun, kalau kita lihat cara mereka cari kerja, kita sendiri dapat rumuskan bahawa mereka kurang bersungguh-sungguh untuk dapatkan pekerjaan.

 

Kalau boleh nak buat kerja yang senang-senang je. Dah la nak cari kerja yang senang-senang je, lepas tu nak dapatkan gaji yang tinggi pula. Memang tak padan la kan.

 

Tak bekerja merupakan satu masalah. Individu dewasa lazimnya akan menghabiskan masa sekitar 8 – 12 jam setiap hari untuk bekerja. Rutin ini diulang sekurang-kurangnya lima atau enam kali dalam seminggu. Satu hari yang berbaki adalah untuk tujuan rehat.

 

Walaubagaimanapun, ini berbeza untuk mereka yang tak bekerja. Masa sebanyak 8 – 12 jam yang sepatutnya digunakan untuk bekerja, tidak digunakan untuk tujuan yang sepatutnya. Mereka mungkin akan gunakan masa yang ada bagi tujuan yang kurang produktif, antaranya tidur sepanjang hari, melepak dengan kawan-kawan, berpeleseran, dan mungkin sebahagiannya akan terlibat dengan aktiviti jenayah kerana memerlukan wang!

 

Tak salah kalau anda tak bekerja, yang salah ialah kalau anda tak ada sumber pendapatan

Anda perlu menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Jika anda tak mampu untuk menyumbang sesuatu, sekurang-kurangnya jangan jadi punca masalah.

 

Apabila anda mempunyai pekerjaan, secara tak langsung anda sebenarnya sedang memberi sumbangan kepada masyarakat. Katakanlah anda adalah seorang guru, dan memang kerja anda adalah untuk mengajar. Namun jika dilihat dari segi sumbangan anda kepada masyarakat, anda sebenarnya sedang memainkan peranan untuk memandaikan masyarakat. Walaupun hakikatnya, jika dilihat dari sisi yang lain, anda sedang bekerja.

 

Jika tak bekerja, maka tak ada sumber pendapatan. Ini situasi yang biasa berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Bila tak ada pendapatan, maka anda tak mungkin akan dapat menyara keluarga anda. Tak perlu cakap bab nak sara isteri, kalau diri sendiri pun anda tak mampu nak jaga.

 

Melainkan anda ada sumber pendapatan. Maka, ini adalah suatu perkara yang berbeza.

 

Mana nak datang sumber pendapatan kalau tak ada kerja? Sudah tentu ini bukan sesuatu yang mustahil. Contohnya, adakah anda mempunyai rumah sewa yang mempunyai penyewa? Jika anda jawab ya, maka dari situ adalah sumber pendapatan yang anda boleh manfaatkan.

Baca juga: Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan

 

Kalau anda tak ada pekerjaan sekalipun, asalkan anda ada rumah sewa, anda masih boleh survive. Bagaimana pula halnya kalau anda tak ada rumah sewa. Aha… mari kita lakukan brainstrom. Sebenarnya dalam dunia ini, bukan golongan pekerja sahaja yang mampu untuk hidup selesa. Ada juga golongan yang tak bekerja, tapi mampu untuk hidup mewah.

 

Mereka ini pernah melabur pada satu tahap dalam kehidupan mereka. Kalau situasi kita di Malaysia, antara bentuk-bentuk pelaburan yang popular ialah pelaburan dalam Saham, pelaburan unit amanah, ASB, Tabung Haji, pelaburan emas dan macam-macam lagi. Namun anda perlu pastikan sebelum nak menyertai mana-mana skim pelaburan, ianya adalah pelaburan yang sah dan bukannya skim cepat kaya. Jika tidak, anda hanya akan mencari maut sahaja.

 

Saya percaya anda juga setuju, sebagai manusia dewasa yang sempurna, kita tak nak menyusahkan sesiapa dan hidup dengan bergantung harap pada belas ehsan orang lain. Betul tak?

 

Oleh itu, saya syorkan untuk individu yang cukup sukar untuk dapatkan pekerjaan ini untuk tidak lekas berputus asa dan carilah rezeki dengan cara berniaga.

 

Mungkin anda tak memiliki rumah sewa. Anda juga mungkin tidak mempunyai modal yang besar untuk menyertai skim-skim pelaburan.

 

Namun anda pasti boleh dan mampu untuk berniaga. Lebih-lebih lagi dengan kemajuan dengan teknologi semasa. Anda mampu untuk berniaga walaupun dengan modal yang sangat minima ataupun dengan tanpa modal langsung.

 

Belajar berniaga dalam bidang percetakkan dengan modal yang minima atau tanpa modal. Anda boleh buat duit dalam bisnes percetakkan dengan modal yang minima. Mungkin anda tak tau bagaimana caranya sekarang, namun jika anda berani untuk belajar dan dapatkan panduan ini, anda pasti akan tahu bagaimana untuk lakukannya.

 

Berniaga pelbagai barangan keperluan tanpa modal dan dibayar komisen sehingga 6 – 10% dari harga jualan.

laman_buat_duit_lazada

Program affiliate Lazada adalah salah satu program affiliate terbaik yang anda boleh sertai. In Shaa Allah dengan usaha yang berterusan, anda juga berupaya untuk dapatkan komisen affiliate dari program ini.

 

Tidak mempunyai pekerjaan bukanlah satu alasan untuk tidak mempunyai pendapatan. Setiap orang bertanggungjawab atas dirinya sendiri. Namun, jika anda tak mampu untuk bertanggungjawab keatas diri anda sendiri, orang lain terpaksa menggalas beban untuk menanggung kehidupan anda.

 

Saya percaya, ramai yang tak mahu dan tak suka perkara tersebut terjadi. Jadi, akhir kata dari saya, jika anda tak mampu untuk cari kerja, tak mampu untuk dapat pekerjaan, berniagalah… Kerana dari jalan perniagaan ini, anda sebenarnya masih ada banyak peluang untuk ada pendapatan sendiri.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Kalau cuma ada semangat boleh berjaya ke?
  2. Kalau Saya Tak Buat Tone Excel…
  3. 9 Syarat Utama yang anda perlu penuhi untuk bekerja dari rumah
  4. Selepas SPM lebih baik sambung belajar atau bekerja?

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: kerjaya dalam bidang jualan, tak mampu bekerja

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in