Sepanjang bekerja dengan majikan anda sekarang ni, berapa kali agaknya terlintas difikiran anda untuk menghantar surat letak jawatan dan berhenti kerja?
Saya percaya, setiap orang yang bekerja makan gaji, pasti sekurang-kurangnya akan terfikir untuk berhenti kerja. Sama ada nak berhenti kerja sebab nak cari kerja lain, nak buat bisnes, ataupun sebab tak puas hati dengan sebarang perubahan polisi mahupun cara kerja di syarikat semasa.
Adakah munasabah jika kita nak berhenti kerja semata-mata sebab tak puas hati kena tukar meja kerja atau work station? Ataupun, adakah munasabah untuk berhenti kerja sebab nak mulakan bisnes sendiri yang kita sendiri belum tahu sama ada ia akan berjaya ataupun tidak. Sanggup dan beranikah anda untuk mengambil risiko turun naik keuntungan dalam bidang jualan?
Kali ini saya nak kongsikan kepada anda 10 sebab yang munasabah jika anda ingin berhenti kerja sekarang. [Read more…]