Saya suka kerja makan gaji. Saya belajar macam-macam perkara yang antaranya telah menjadi suatu “pengalaman terbaik” dalam hidup saya ketika saya kerja makan gaji. Walaupun kehidupan saya kini agak berbeza, berbanding ketika hidup makan gaji dulu, namun saya sebenarnya patut berterima kasih kepada perjalanan hidup saya yang lalu, untuk berada di mana saya berada sekarang.
Anda rasa kerja makan gaji ni tak best? Oh nanti dulu. Kerja makan gaji ni sebenarnya best. Kalau ada yang rasa kerja makan gaji ni tak best, anda sama ada
(1) Salah pilih company
(2) Salah pilih kerja atau bidang kerja
(3) Salah pilih kawan
Jika rasa tak best yang lahir tu, muncul daripada salah satu faktor tu, itu bukannya penanda bahawa anda tak suka kerja makan gaji. Sebenarnya anda hanya tak sukakan kerja yang anda lakukan sekarang. Berhenti, dan cari kerja lain. Anda mungkin akan dapati, rasa tak suka dan tak seronok yang anda rasakan sebelum ni, mungkin bukannya sebab anda tak suka makan gaji, sebaliknya anda cuma tak berapa ngam dengan bos, atau dengan rakan sekerja. Itu sahaja.
Memandangkan tajuk artikel kali ni pun adalah tentang perkara-perkara yang best tentang kerja makan gaji, maka jom saya kongsikan pendapat saya kepada anda. Nak tau apa yang best sangat tu, jomlah teruskan pembacaan.