“Bagaimana menguruskan perniagaan runcit supaya jualan harian dapat ditingkatkan dan keuntungan juga bertambah setiap bulan?”
Dari masa ke masa, adakalanya saya akan menerima pertanyaan sama ada menerusi emel ataupun menerusi FB daripada usahawan yang turut sama-sama macam saya menguruskan perniagaan kedai runcit. Tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya membuka perniagaan kedai runcit anda sendiri. Ketika orang lain masih lagi menyimpan angan-angan untuk memiliki kedai runcit sendiri, kita dah pun buktikan yang “kita juga mampu buka kedai runcit.”
Langkah seterusnya ialah… “eh apa ya nak buat lepas dah ada kedai runcit sendiri ni?”
Lazimnya, pengendali perniagaan kedai runcit ini, mereka terlalu bergantung kepada para pelanggan yang berada dikawasan setempat. Sebagai contoh, jika perniagaan dibuka di suatu kawasan misalnya, pemilik perniagaan lebih banyak bergantung kepada hasil jualan kepada penduduk sekitar. Kira-kira 40 – 60 buah rumah yang berada di kiri, kanan, hadapan dan belakang kedai runcit kita atau keluarga yang mendiami kawasan sekitar.