UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Kerja sebagai Penulis Sambilan dan Potensi Pendapatan yang bakal diperolehi

December 31, 2016 by sabree hussin 7 Comments

Adakah anda mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan dan pernah terfikir untuk jadi seorang penulis sambilan di masa lapang anda?

 

Sudahkah anda bermula atau sampai sekarang anda masih belum buat apa-apa sebab masih tak tau macam mana cara nak mula kerja sebagai penulis sambilan…

penulis-sambilan-secara-online

Sebenarnya tak ramai yang suka jadi penulis. Ada orang kata, kerjaya sebagai seorang penulis ni perlu ada bakat. Betul ke tidak? Saya pun tak pasti. Pada pandangan saya, benda-benda yang melibatkan skil ni semua boleh dipelajari. Kemudian bila dah belajar, kena selalu praktik barulah akan jadi mahir.

 

Menulis ni pun salah satu daripadanya. Cuba bayangkan, kalau setiap hari anda menulis sekurang-kurangnya 1,000 patah perkataan, dalam masa setahun berapa juta patah perkataan agaknya yang anda dah tulis? Pasti banyak, kan.

 

Lagi banyak dan lagi kerap anda menulis, In Shaa Allah anda akan jadi makin mahir. Pada waktu tu, anda akan nampak hakikat bahawa faktor bakat bukan lagi satu faktor penting untuk menentukan sama ada seseorang tu akan berjaya sebagai seorang penulis atau tidak.

 

Seingat saya, saya terpengaruh untuk jadi seorang penulis selepas baca buku tulisan Robert Kiyosaki yang berjudul Rich Dad Poor Dad. Dalam salah satu buku tulisan beliau, Robert ada menulis bahawa dia bukanlah seorang yang pakar dalam bahasa, dan pernah gagal dalam peperiksaan bahasa Inggeris. Tapi pada hari ini, dia berjaya menulis buku yang all time best selling dan sampai hari ini masih ramai lagi yang baca buku beliau.

 

Kemudian tak berapa lama lepas tu, saya terjumpa pula satu quote dari buku yang saya sendiri tak ingat apa tajuknya. Ayatnya lebih kurang begini “words are free, but how you use it will makes a different…” 

 

Kalau orang yang pernah gagal macam Robert boleh buat duit sebagai seorang penulis, kenapa pulak saya tak boleh, kan? At least saya tak pernah gagal dalam peperiksaan bahasa Melayu. (Sebab tu saya menulis dalam bahasa Melayu. Dalam situasi Robert, dia menulis dalam bahasa Inggeris). Pada saya, buat duit sebagai seorang penulis menepati ciri-ciri dan kriteria buat duit tanpa sebarang modal.

 

Macam yang saya sebutkan sebelum ni. Tak ramai yang minat nak jadi penulis. Mereka yang tak minat menulis ni kebiasaannya adalah jenis yang tak berapa minat membaca. Menulis dan membaca adalah dua aktiviti yang perlu dilakukan seiring.

 

Orang yang banyak membaca biasanya memang akan ada banyak benda nak ditulis. Tapi kalau langsung tak membaca atau tak minat membaca, dia nak tulis benda apa? Mungkin the best yang dia boleh buat ialah membuat luahan perasaan, menyindir, berkongsi pengalaman, dan sebagainya. Banyak membaca, maka banyak idea akan terjana.

Apa potensi pendapatan sebagai seorang penulis sambilan?

Anda boleh buat duit sebagai seorang penulis. Namun, setiap penulis perlu menentukan, apa bidang penulisan yang mereka nak fokuskan. Sama ada nak jadi penulis buku, penulis cerpen, penulis novel, penulis majalah, penulis ebook dan sebagainya.

 

Ada banyak bidang penulisan yang anda boleh ceburi. Semuanya terpulang kepada minat anda. Saya secara peribadi, saya suka menulis di blog, saya suka menulis surat jualan, saya suka menghasilkan penulisan yang mampu untuk bantu usahawan lain menjual produk dan servis yang ditawarkannya.

 

Tapi kalau nak mintak saya tulis cerpen atau novel. Memang saya tak sanggup. Lagipun, saya memang dah set dari awal-awal untuk jadi seorang specialist dalam bidang penulisan iklan dan copywriting. Ah… itu saya. Anda mungkin ada matlamat yang tersendiri.

 

Kadar upah sebagai seorang penulis

Ianya berbeza-beza. Bergantung kepada jenis projek, siapa syarikat yang mengupah anda dan juga tahap kepakaran anda dalam sesuatu bidang. Ada juga keadaan yang mana anda tak perlu jadi pakar, sebaliknya cukup sekadar anda jadi seorang yang popular.

 

Mungkin anda adalah seorang selebriti yang mempunyai ramai follower yang aktif. Anda mungkin akan dibayar upah yang mahal untuk menulis tentang penyelesaian kepada masalah jerawat dengan menggunakan produk dari syarikat tertentu, walaupun anda bukanlah seorang yang pakar dalam bidang dermatologi.

 

Memandangkan bukan semua orang boleh jadi popular atau boleh jadi selebriti, maka kita tinggalkan dulu perkara tersebut. Sebaliknya kita fokus kepada perkara-perkara yang kita sebagai orang biasa boleh lakukan sekarang. Ini antara yang anda mungkin boleh pertimbangkan.

 

(1) Penulis sambilan untuk majalah 

Kita sedia maklum, diluar sana terdapat pelbagai majalah untuk memuaskan kumpulan pembaca yang berbeza. Bagi memastikan jualan untuk majalah sentiasa tinggi, pihak editor perlukan artikel yang unik dan lain daripada yang lain.

 

Jika anda minat nak jadi penulis sambilan di majalah, anda sebenarnya boleh hubungi terus pihak editor majalah tersebut. Buka sahaja laman web mereka dan gunakan borang hubungi kami.

 

Bukan semua majalah akan menguar-uarkan yang mereka menerima artikel dari penulis sambilan. Sesetengahnya anda perlu hubungi mereka dan tanya sendiri. Lepas tu biasanya pihak majalan akan minta anda untuk berikan sampel artikel beserta dengan serba sedikit biografi tentang diri anda.

 

Anda tak tau nak pilih majalah apa? Buat latihan ini. Pergi ke kedai buku. Lihat ke bahagian majalah dan seterusnya catat semua tajuk majalah yang anda jumpa yang mungkin sesuai dengan topik yang bakal anda tulis. Langkah seterusnya adalah hubungi pihak editor majalah tersebut dan beritahu yang anda minat nak jadi penulis sambilan.

 

Jika terpilih, anda mungkin akan dibayar sekitar RM100 – RM500 untuk satu artikel. Ianya juga bergantung kepada apa majalah yang berminat untuk siarkan artikel anda tu nanti.

 

Ini salah satu contoh syarikat yang mungkin anda boleh cuba.

Klik: Laman web Buku Prima 

 

(2) Penulis sambilan untuk laman web

Ada sesetengah laman web yang menerima artikel untuk disiarkan di laman web milik mereka. Kadar bayaran adalah sekitar RM20 – RM300 untuk satu artikel. Kalau laman web yang memang popular dan well establish, anda mungkin akan menerima bayaran yang lebih lumayan. Sebaliknya kalau laman web yang “biasa-biasa”, mungkin bayaran yang bakal anda terima juga adalah biasa-biasa juga.

 

Saya ada terjumpa sebuah laman web yang menerima artikel dari penulis sambilan. Jika berminat, anda boleh hubungi pihak admin laman web tersebut.

Klik: Laman web cun.my

 

(3) Penulis sambilan untuk laman web sendiri

Pada pengalaman saya, kebanyakkan syarikat atau orang perseorangan akan minta kita tunjukkan terlebih dahulu portfolio ataupun hasil kerja kita selama ini sebelum mereka berani untuk terima kita sebagai penulis sambilan. Sama ada sebagai penulis sambilan di laman web ataupun majalah.

 

Justeru, saya berpendapat, langkah untuk menjadi penulis di laman web sendiri, kumpul followers sebanyak mungkin adalah langkah awal yang perlu dilakukan oleh semua penulis. Anggaplah laman web milik anda sendiri sebagai platform untuk memperkenalkan diri anda kepada masyarakat umum.

 

Mulakan kerjaya penulisan anda dengan menulis di laman web sendiri. Apabila sudah ada peminat, barulah lancarkan produk sendiri sama ada majalah, ebook ataupun novel.

 

(4) Penulis sambilan untuk bantu usahawan mempromosikan perniagaan mereka

Ataupun saya gelarkan sebagai penulis advertorial. Lazimnya anda sendiri yang akan tentukan, berapa kadar upah yang anda ingin kenakan kepada bakal majikan.

 

Namun begitu, pastikan kadar upah itu sepadan dengan hasil kerja yang bakal diberikan. Pengiraan mudah adalah seperti berikut.

Kalau anda caj RM100, pastikan anda boleh bantu usahawan tu tadi untuk dapat sales atau untung sebanyak 10 kali ganda, atau kira-kira RM1,000. Barulah nampak berbaloi.

 

Sebenarnya kat luar sana, terdapat terlalu banyak peluang untuk buat duit hanya dengan menggunakan skil penulisan yang anda ada tu. Ada banyak juga buku-buku dan juga rujukan yang membincangkan topik tentang buat duit dengan menulis seperti ini. Antaranya

1. Buat duit dengan Freelance Blogging

2. Rahsia mudah RM1,000 sebulan dengan menulis

 

Terima kasih kerana membaca. Saya doakan semoga lepas ni, anda juga akan bertindak dan mula menjadi seorang penulis sambilan dan turut berjaya buat duit.

 

Panduan bekerja dari rumah – Jobdirumah

bekerja_dari_rumah

Saya juga banyak belajar tentang peluang-peluang bekerja dari rumah sebagai seorang penulis, sama ada penulis artikel, penulis blog, ataupun penulis advertorial dari panduan ini. Buat sesuatu kerja biarlah dengan ada ilmu. Saya jadi lebih yakin untuk ceburkan diri dan bina kerjaya sebagai freelance writer setelah ikuti e-kursus ini.

Tiada sebarang paksaan untuk anda ikuti e-kursus ini. Walaupun saya percaya ianya juga baik untuk anda, namun saya faham anda mungkin belum bersedia untuk ikuti kursus ini. Namun, jika anda telah sedia, bolehlah buat pendaftaran e-kursus ini disini.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Tips kerja sambilan untuk golongan pelajar dan yang bekerjaya
  2. Bagaimana menjadi Freelance Writer yang menjana pendapatan RM1,000 sebulan?
  3. Buat duit dengan menjadi seorang penulis bebas
  4. Masalah dengan bekerja dari rumah ialah tak ramai yang FAHAM kerja kita

Filed Under: Bekerja dari rumah Tagged With: buat duit dari rumah sebagai freelance writer, buat duit sebagai penulis bebas, kerja sebagai penulis, kerjaya freelance writer, kerjaya sebagai penulis

Comments

  1. Norrafifa says

    April 30, 2020 at 11:48 am

    Kepada sesiapa penulis yang mahir dalam menulis saya mohoonnnn ..tlg lah text saya di email sbb saya nakk saya minat sangat untuk mrnjadi penulis..

    Reply
    • Samsuria says

      July 8, 2020 at 9:03 pm

      Saya pun suka menulis kak tapi malu nak terbitkan..sebab takut tak laku..

      Reply
      • Nurfatehah binti kamaruddin says

        July 11, 2021 at 7:56 pm

        Saya minat menulis novel.. Saya dah tulis banyak novel.. Cuma tak tahu nak terbitkan dekat mana

        Reply
        • Fatheen mohamed says

          October 17, 2021 at 9:16 pm

          berapa modal yang saudari peruntukkan?

          Reply

Trackbacks

  1. Adakah kerja dari rumah boleh hasilkan pendapatan yang lumayan? | Pekerja Dari Rumah says:
    April 26, 2017 at 10:10 pm

    […] Baca juga: Kerja sebagai Penulis Sambilan dan Potensi Pendapatan yang bakal diperolehi […]

    Reply
  2. Tips mencari kerja part time | sabreehussin says:
    May 16, 2017 at 12:09 pm

    […] Jika anda minat nak belajar macam mana nak buat duit sebagai seorang penulis sambilan, bolehlah baca perkongsian saya sebelum ni yang tajuknya kerja sebagai penulis sambilan dan potensi pendapatan yang boleh diperolehi. […]

    Reply
  3. Kerja sambilan dari rumah sebagai ejen promosi Netkl Network – Kerja Sambilan Dari Rumah says:
    August 2, 2017 at 10:21 am

    […] Saya adalah antara orang yang cukup tak suka nak menjual-jual barang. Tapi, saya suka menulis. (salah satu skil yang saya belajar dan cuba untuk jadi mahir adalah skil menulis) […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in