Masalah dengan bekerja dari rumah ialah tak ramai yang FAHAM kerja kita

by sabree hussin on February 12, 2017

in Bekerja dari rumah

Jangan ingat apabila kita bekerja dari rumah, kita tak akan dilanda masalah. Sudah tentu, masalah tu tetap akan ada. Tapi kali ini, saya rasa saya nak cerita mengenai satu masalah yang memang kerap menghantui mereka-mereka yang bekerja dari rumah.

 

Kalau anda hidup bujang, mungkin masalah ini nampak tak seberapa.

 

Tak ada siapa yang akan ambik tahu sangat hal anda. Lagipun anda hidup bujang seorang diri. Paling kuat pun, mungkin mak ayah akan tanya, “ko ni tak nak cari kerja ke?”

 

Sedangkan kita memang sibuk buat kerja dan uruskan tempahan-tempahan dari klien!

perniagaan-mudah-dan-menguntungkan

Tapi bila kita dah berkahwin, mata yang memandang tu akan jadi lagi banyak. Kalau dulu, cuma mak ayah kita je yang tanya, “ko ni kerja ke tak?”

 

Tapi bila kita dah kahwin, dah berkerluarga, mak dan ayah isteri kita pun akan jadi confuse bila dia tengok anak menantu dia asyik duduk rumah je. Kejap-kejap online. Bukak FB, buka Youtube, buka website video streaming dan macam-macam lagi…

 

Ada ketikanya, pasangan hidup kita, tak kiralah sama ada ia merujuk kepada isteri mahupun suami kita sendiri tak faham dengan apa sebenarnya kerja kita.

 

Saya teringat kembali saat-saat sewaktu saya masih bekerja dulu dengan sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

 

Kerja pertama saya adalah sebagai Customer Service Executive. Tugas saya adalah memberi khidmat sokongan kepada para pelanggan yang menghubungi syarikat menerusi telefon. Dalam sehari tu, memang banyak panggilan telefon yang perlu dijawab. Boleh sampai 80 – 100 panggilan telefon.

 

Apabila cuti saya akan pulang ke kampung dan lepak bersama kawan-kawan. Kadang-kadang, akan ada kawan yang tanya, apa kerja yang saya buat di KL tu.

 

Bila saya kata saya kerja call center, ramai yang keliru dan fikir saya kerja sebagai operator telefon. Walaupun berulangkali saya cuba terangkan apa sebenarnya kerja yang saya buat, mereka tetap pandang saya seolah-olah saya bercakap dalam bahasa German.

 

Nampak sangat mereka tak faham apa kerja saya.

 

Kemudian saya bertukar kerja. Kali ini, jawatan saya adalah sebagai Corporate Executive. Saya melakukan kerja-kerja PR antara syarikat tempat saya bekerja dengan badan kerajaan dan syarikat swasta yang lain.

 

Situasi yang sama yang berlaku. Apabila saya cuba terangkan kepada orang lain, apa sebenarnya kerja yang saya lakukan, orang tetap tak berapa faham.

 

Sampai satu tahap, saya sendiri jadi keliru dan tak tau nak terangkan macam mana.

 

Tak apalah.

 

Tak faham tak apalah. Janji majikan saya faham yang saya memang buat kerja dan setiap bulan saya dibayar gaji untuk lakukan amanah yang diberikan kepada saya.

 

Apabila saya bertukar profesion kepada bekerja dari rumah, dan orang tak faham apa yang saya lakukan, pada mulanya saya rasa agak terkejut. Apa yang korang susah sangat nak faham ni sebenarnya?

 

Namun, apabila saya ambil kira pengalaman-pengalaman lepas, yang mana orang tak akan faham apa kerja kita, melainkan dia kerja sama bidang dengan kita, maka saya anggap masalah orang tak faham ni biasa je.

 

In fact, saya sendiri kerap kali ada masalah untuk memahami apa sebenarnya kerja orang lain. Mungkin hal ini berlaku sebab kita memang tak akan ambil peduli dan fokus 100% tentang hal orang lain, lagi-lagi kalau ianya langsung tak ada kena mengena dengan diri kita.

 

Apa sebenarnya kerja yang boleh kita buat dari rumah? … dan boleh buat duit

Memang ada banyak kerja-kerja yang boleh dilakukan hanya dari rumah.

 

Kerja-kerja seperti data entry, web developer, content developer, designer, dan banyak lagi… semua ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja, asalkan ada peralatan yang sesuai. Ada komputer dan kena ada internet. Itu keperluan yang paling minima.

 

Sebab itu, ada sesetengah orang lebih suka bekerja di Starbuck, Cyber Cafe, dan ada juga yang bekerja di taman-taman bunga atau ada juga yang bekerja di tepi pantai.

 

Tak kisahlah nak buat kerja tu kat mana sekalipun, asalkan anda selesa.

 

By the way, untuk mereka yang nak bekerja dari rumah, anda mungkin nak tengok laman web Buat Duit Dengan Fiver ini, sebabnya ia boleh dijadikan salah satu sumber untuk buat duit atas talian.

 

Dalam banyak-banyak peluang kerja, apa yang saya pilih?

Kecenderungan saya adalah untuk bekerja dalam bidang penulisan. Saya menulis artikel iklan, atau lebih dikenali sebagai artikel advertorial untuk para pelanggan yang minat untuk dapatkan perkhidmatan dari saya.

 

Artikel tersebut akan saya terbitkan di laman web saya yang ini, kerana dengan berbuat demikian, saya boleh bantu untuk terus promosikan artikel tersebut secara berkala.

penulis-sambilan-secara-online

Saya sediakan servis penulisan, dan pada masa yang sama, saya juga provide platform untuk mempromosikan artikel tersebut.

 

Kalau beriklan di surat khabar misalnya, anda mungkin kena tulis artikel sendiri, kemudian untuk memastikan artikel anda disiarkan, anda kena bayar kos tambahan. Ataupun, anda akan dikenakan bayaran untuk penulisan dan juga bayaran untuk penyiaran.

 

Saya tahu, servis yang saya tawarkan ini tidaklah unik.

 

Ada ramai penulis blog seperti saya yang menawarkan servis yang hampir serupa. Namun, satu perkara yang pasti, walaupun ada 1,000 orang yang offered servis yang sama, cara penulisan dan cara pemasaran blog (termasuk artikel yang ditempah) tak akan sama.

 

Saya ada cara pemasaran saya sendiri, dan orang lain pastinya ada kaedah pemasaran yang mereka gunakan.

 

Ya, lain orang maka lain caranya. Anggap sahaja begini… setiap orang ada resipi dan formula kejayaannya yang tersendiri. Begitu juga dengan saya.

 

Akhirnya, kita kena sedar satu perkara.

 

Hidup kita ini adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Itu lebih penting, berbanding kita cuba mencari keredhaan manusia.

 

Bila kita lebihkan manusia, pasti akan ada sahaja mulut-mulut yang mencaci dan mencari-cari kesalahan dan kelemahan kita.

 

Apapun hidup ini memang ada cabarannya.

 

Asalkan kita tahu, apa yang kita buat tu tak salah dan kita mencari pendapatan yang HALAL, cakap-cakap orang lain tu kita boleh abaikan sahaja.

 

Kadang-kadang yang sibuk bertanya dan mempertikai tu, bukannya ada kerja pun. Sebab kalau dia ada kerja, dia pasti tak ada masa nak sibuk hal orang lain.

 

Jom kita fokus pada kerja kita! In Shaa Allah.

 

Adakah anda juga minat nak belajar macam mana nak buat duit dengan menulis?

Jom baca: Kerja sebagai Penulis Sambilan dan Potensi Pendapatan yang bakal diperolehi

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: