Bagaimana menjadi Freelance Writer yang menjana pendapatan RM1,000 sebulan?

by sabree hussin on December 8, 2016

in Advertorial, Karier & Kerjaya

Menulis artikel di blog merupakan salah satu cabang kerja dalam bidang penulisan. Permintaan terhadap artikel terutamanya dalam kalangan pemilik-pemilik blog amat tinggi. Kebanyakan pemilik blog inginkan artikel-artikel yang bukan sahaja unik malahan berkualiti.

 

Artikel yang unik dan berkualiti amat penting terutama bagi blog-blog yang ada menjual sesuatu produk atau perkhidmatan. Kelebihan blog yang berkualiti adalah ia dapat menarik perhatian pelanggan baru supaya dapat membantu mereka membuat pilihan dengan pantas.

 

Bagaimana cara untuk jana pendapatan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan sebagai seorang Freelance Writer?

Kerjaya sebagai freelance writer adalah antara kerjaya yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Untuk memulakan kerjaya penulisan juga tidak memerlukan modal yang besar. Sebatang pen dan kertas pun dah cukup. Kerjaya penulisan boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan jika dilakukan dengan lebih serius dan komited. Untuk menghasilkan artikel anda perlu mengolah idea dan ayat.

 

Apa yang membuatkan kerjaya sebagai seorang Freelance Writer ni begitu unik ialah ianya tidak terikat dengan mana-mana syarikat, topik ataupun bidang. Anda BEBAS untuk menulis tentang apa sekalipun.

 

Ramai yang beranggapan bahawa dia tak ada bakat untuk menulis. Namun sebenarnya ia kurang tepat. Bakat penulisan sebenarnya sudah ada pada semua orang. Apa yang perlu anda lakukan, adalah berusaha membuat latihan menulis artikel setiap hari. Seperti pepatah inggeris “Practice make Perfect”.

 

Di sini saya akan berikan beberapa petua dan idea yang boleh membantu anda untuk menjadikan kerjaya freelance writer akan kekal lama dan sentiasa mendapat permintaan. Jika pada waktu ini, mungkin atas beberapa sebab yang diluar dugaan, anda memerlukan pendapatan tambahan, sedang mencari pekerjaan atau baru sahaja kehilangan pekerjaan, mungkin idea dalam post ini dapat membantu anda.

 

(1) Pemilihan niche/ topik

Masalah utama kebanyakkan penulis baru ialah mereka tidak dapat fokus dalam satu topik. Masih mencari rentak penulisan dan mencuba pelbagai topik untuk dijadikan bahan penulisan. Kita sedia maklum, campur aduk topik menjadikan bahan penulisan kita sedikit tidak teratur dan bercelaru.

 

Sebaik-baiknya, kita perlu pilih satu topik yang kita suka buat dan tulis. Contoh niche percintaan, pemasaran, pelaburan saham dan lain-lain. Kelebihan fokus pada satu topik akan memudahkan kita mendapat idea baru yang bernas. Selain itu akan menimbulkan rasa minat dan seronok ketika menulis. Seterusnya menjadikan kita seorang yang pakar dalam topik tersebut.

 

(2) Branding atau penjenamaan

Penjenamaan penting untuk mempromosikan diri kita sebagai seorang pakar dalam penulisan niche tersebut. Dengan bantuan media social seperti twitter, facebook dan youtube memudahkan kerja kita dalam penjenamaan.

 

Penulisan blog dan tips percuma boleh membantu meningkatkan kredibiliti kita sebagai penulis artikel. Ambil peluang untuk melakukan pemasaran secara percuma sahaja di media sosial untuk anda uar-uarkan perkhidmatan yang ditawarkan.

Bukanlah satu perkara yang mustahil untuk anda dapat pelanggan dari media sosial jika anda aktif berkongsi tips dan info disana.

 

(3) Mempunyai bahan bacaan dan rujukan yang berkaitan

Sentiasa dapatkan bahan bacaan yang berkualiti. Sebenarnya membaca dan menulis adalah dua aktiviti yang tak dapat dipisahkan. Jika anda banyak membaca, lazimnya anda akan ada banyak idea untuk diterapkan dalam hasil kerja penulisan anda. Jika sebaliknya, anda mungkin dapati diri anda sentiasa berada dalam situasi writers’ block.

 

Boleh juga membaca bahan bacaan yang lari sedikit dari topik kita. Membaca buku – buku yang berkualiti membantu kita dalam proses pembinaan ayat dan prosa kata yang sesuai bagi digunakan dalam artikel.

 

buat_duit_dengan_menulisGunakan sedikit perbelanjaan bulanan anda untuk membeli bahan-bahan bacaan.

 

Mungkin kita boleh adaptasi artikel dari buku yang kita baca kepada versi artikel niche yang kita pilih sendiri.

 

Jika tak tau nak mula beli bahan bacaan yang bagaimana sebagai permulaan, mungkin saya boleh syorkan anda baca bahan bacaan yang mengupas topik tentang apa yang anda mahu capai secara spesifik.

 

Andai kata anda nak tau bagaimana kerjaya sebagai penulis bebas (freelance writer) mampu untuk hasilkan pendapatan sehingga ribuan ringgit misalnya, boleh baca Rahsia Mudah RM1,000 Sebualan Dengan Menulis ini.

 

(4) Tetapkan masa atau dateline project

Sebagai freelance writer, anda perlu tetapkan dateline anda sendiri. Buat catatan tarikh yang perlu anda siapkan artikel untuk dihantar kepada pelanggan. Sikap tepati masa wajib ada untuk menjadikan freelance writing sebagai kerjaya. Kesannya akan meningkatkan kredibiliti yang baik dalam proses penjenamaan kerjaya kita sendiri.

 

(5) Wujudkan blog sebagai online portfolio

Kebanyakkan bakal pelanggan atau klien ingin melihat terlebih dahulu hasil kerja-kerja penulisan terdahulu sebelum mereka berani untuk “invest” kepada anda. Jadi, salah satu cara yang saya kira TERBAIK untuk anda menunjukkan portfolio terdahulu anda adalah dengan blog.

 

Dari blog anda, bakal klien boleh buat penilaian sendiri sama ada anda adalah penulis bebas yang sesuai untuk projek tertentu atau tidak.

 

Itu dari perspektif bakal klien. Sebenarnya, untuk diri anda sendiri, blog ni bukan sahaja bagus untuk mengasah bakat penulisan anda, namun pada masa yang sama, jika anda luangkan sedikit masa untuk kaji statistik blog anda sendiri, anda akan dapat lihat situasi sebenar dan boleh ramal apa dia topik yang bakal hot dan yang patut anda fokus.

 

Saya bagi contoh berikut.

topik-hot-sepanjang-zaman

Sesetengah topik ataupun tajuk mempunyai demand yang lebih tinggi berbanding topik yang lain. Lihat pada kolum jumlah views. Abaikan angka 73,039 sebab itu adalah homepage. Salah satu artikel dalam blog ini menerima views sebanyak 34 ribu views. Dengan mengetahui statistik ini, saya hanya perlu fokus pada topik yang banyak views sahaja.

 

(6) Publishing schedule

Jadual untuk menyiarkan artikel-artikel baru dalam laman web atau blog portfolio anda. Apa yang anda akan buat ketika anda tidak mempunyai job penulisan? Sebaik-baiknya pada waktu itu anda tetap teruskan menulis mengikut jadual penulisan yang anda tetapkan sendiri.

 

Buatlah ikut kemampuan. Mungkin seminggu sekurang-kurangnya 2 artikel atau jika mampu, mungkin boleh buat sehari 4 artikel.

 

(7) Cari kerja, jangan tunggu kerja!

Satu kesilapan yang kerap kali dilakukan sama ada penulis baru atau berpengalaman ialah, mereka lebih cenderung untuk tunggu kerja daripada cari kerja. Mungkin sebab ego, malu atau pura-pura sibuk. Memang agak sukar untuk capai pendapatan 4 angka sebulan jika asyik menggunakan pendekatan menunggu job semata-mata. Boleh jadi apa yang ditunggu-tunggu tu nanti tetap tidak akan kunjung tiba.

 

Jadi, carilah kerja. Hubungi kawan-kawan, kenalan, bekas pelanggan dan jika ada senarai emel, tanyakan pada mereka sama ada mereka memerlukan khidmat penulisan atau tidak.

 

Ya, mungkin anda akan menerima penolakkan (rejection) namun ia sebenarnya hanyalah sebahagian dari lumrah dalam bidang yang melibat jualan perkhidmatan seperti ini.

 

(8) Buktikan yang hasil kerja anda memang berkualiti!

Kenapa artikel? Fungsi artikel sebenarnya adalah berbeza dan setiap orang ada keperluan yang berlainan… Ada sesetengah klien yang juga seorang usahawan, mereka memerlukan artikel bagi memperkenalkan servis dan perkhidmatan yang syarikat mereka tawarkan.

 

Sesetengah individu lain pula memerlukan artikel bagi tujuan penjenamaan dan membentuk imej positif dalam kalangan prospek yang baru pertama kali mendengar tentang perniagaan yang dijalankan.

 

Tugas penting yang perlu dilakukan oleh penulis bebas adalah untuk membuktikan bahawa hasil penulisannya dapat mencapai maksud yang dimahukan oleh bakal pelanggan. Sudah tentu, diakhirnya pelanggan mahukan artikel yang dihasilkan dapat convert kepada jualan atau setidak-tidaknya dapat menyumbang kepada berlakunya jualan yang berterusan.

 

Sebenarnya anda boleh uji sendiri sejauh mana keberkesanan dan bagusnya skil penulisan anda. Saya syorkan anda join mana-mana program affiliate yang bersesuaian dengan bidang anda, dan mula buat promosi menggunakan artikel.

Sekiranya dari hasil kerja penulisan anda ada yang berjaya convert kepada jualan, ini merupakan satu petanda dari banyak-banyak petanda yang anda mampu untuk berikan khidmat yang baik kepada bakal pelanggan. Atas ni adalah contoh emel yang saya terima yang mengatakan saya berjaya memperoleh komisen.

 

Satu sale komisen adalah sebanyak RM40. Jadi untuk dapatkan pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan, hanya perlu ada 25 sales sahaja. Ianya tidak mustahil untuk dicapai, lagipun sebagai freelance writer, ini hanyalah salah satu daripada banyak-banyak sumber pendapatan yang boleh dihasilkan. Sebab itu idea untuk menghasilkan pendapatan RM1,000 sebulan bukanlah satu idea yang mustahil untuk dilakukan.

 

(9) Dapatkan sumber kerja yang berterusan dan ikat kontrak

Ya, memang leceh kalau setiap kali nak kerja perlu cari klien yang baru. Siap satu projek penulisan, selepas itu habis dan terhenti sampai disitu sahaja. Kalau nak mula kerja lain, terpaksa cari klien yang baru pula.

 

Sebenarnya ada cara yang lebih baik untuk dapatkan pekerjaan yang berterusan. Iaitu buat perjanjian dengan klien untuk tawaran kerja yang berpanjangan. Contohnya satu projek penulisan untuk jangka masa 3 bulan, 6 bulan atau 12 bulan ikut kesesuaian.

 

Jadi, bila ada masa yang agak panjang, maka anda tak perlu terlalu runsing tentang asyik perlu cari job penulisan yang baru.

 

(10) Bina networking sesama penulis dan para usahawan

Last but not least, diluar sana terdapat ramai penulis seperti anda. Walaupun penulis ada ramai, namun hakikatnya bilangan usahawan yang memerlukan perkhidmatan mereka adalah berkali ganda lebih ramai lagi.

 

Seorang penulis tak akan mampu untuk menjadi freelance writer kepada semua usahawan. Akan sampai satu tahap, penulis tersebut terpaksa say no dan memberikan job penulisan tersebut kepada penulis lain yang dikenalinya.

 

Sekarang, cuba bayangkan jika anda adalah sahabat kepada penulis tersebut. Anda mendapat job penulisan tanpa perlu susah payah untuk mencari klien baru. Pada waktu ini, instead of anda cari pelanggan, pelanggan sendiri yang datang mencari anda.

 

Begitulah juga keadaannya jika anda membina jaringan perhubungan yang baik dengan para usahawan. Pada hari ini, anda mungkin memberikan khidmat penulisan artikel kepada usahawan A, di masa akan datang, tak mustahil untuk usahawan A tadi tu mencadangkan usahawan Z untuk dapatkan perkhidmatan dari anda.

 

Sudah tentu dengan syarat perkhidmatan yang anda tawarkan benar-benar bagus dan memuaskan hati.

.

..

Akhir sekali kerjaya freelance writer bukan khas untuk orang yang pandai menulis sahaja, tetapi untuk semua orang. Anda boleh jadikan kerjaya ini sebagai part time ataupun fulltime. Anda sendiri yang tentukan cara kerja anda.

 

Saya tau, anda pasti belum puas dan nak baca tips-tips lain yang lebih hebat tentang kerjaya Freelance Writer ini. Jadi, saya syorkan anda muat turun Rahsia Mudah RM1000 sebagai Penulis untuk dijadikan rujukan. Ilmu yang disampaikan cukup mudah difahami jika anda sedang berjinak–jinak untuk menjadi seorang penulis. Yang penting buat sampai jadi!

 

 

Be Sociable, Share!

{ 13 comments… read them below or add one }

anuar December 8, 2016 at 5:39 am

Penerangan yang sangat padat.. semoga kita semua berjaya menjana pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan melalui nlog..

Reply

sabree hussin December 8, 2016 at 3:10 pm

Terima kasih tuan anuar. In Shaa Allah, jika usaha dan yakin, ianya boleh dicapai. Cuma untuk terus dapat tu yang kena banyakkan bersabar

Reply

titan December 8, 2016 at 3:29 pm

rajin benor ko tulis panjang-panjang nih.

hoho

Reply

sabree hussin December 8, 2016 at 3:40 pm

Ni kire biase je nih

Reply

zool December 8, 2016 at 11:48 pm

panjangnya..
memang cukup banyak idea ye

Reply

sabree hussin December 10, 2016 at 12:46 pm

Ye ke panjang? Ada la sikit-sikit idea 😀

Reply

Hasrul Hassan December 8, 2016 at 11:51 pm

Usaha. Tak usaha tak dapat der. Ramai yang nak usaha tapi tak buat usaha tu. Lama-lama mati.

Reply

sabree hussin December 10, 2016 at 12:47 pm

Lagi besar kemahuan, lagi besar usaha yang perlu diberikan. Tapi kalau cuma ada kemahuan tapi tak ada usaha… nampaknya begitulah… tak akan dapat la der

Reply

rozita December 9, 2016 at 1:23 pm

bila la dapat peluang menulis dengan baik macam ni..

Reply

sabree hussin December 10, 2016 at 12:48 pm

Erk boleh mula sekarang… dan buat lebih baik dari ni 😀

Reply

Azam December 9, 2016 at 11:10 pm

sape yg tak nak 4 angka, nak jugak haha

Reply

sabree hussin December 10, 2016 at 12:49 pm

Boleh, In Shaa Allah semua orang boleh!

Reply

Ato December 10, 2016 at 8:09 pm

Rajin dan usaha tangga kejayaan…

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: