Buat Duit Dengan Freelance Blogging

by sabree hussin on July 21, 2016

in Buku & Bahan Bacaan

Anda minat menulis di blog? Buku berjudul Buat Duit Dengan Freelance Blogging ini akan menunjukkan cara yang betul untuk buat duit lumayan dengan blogging!

buat-duit-dengan-blogging

Buat duit dengan blogging – satu kerjaya penulisan yang diidam-idamkan oleh masyarakat khususnya buat mereka yang meminati dunia penulisan. Sepanjang hidup kita, aktiviti menulis adalah aktiviti yang tidak terkecuali.

Bezanya, bagaimana kita menjadikan penulisan itu sebagai satu sumber pendapatan lumayan? Jika anda adalah seorang penulis atau blogger yang ingin menjana sekurang-kurangnya RM1,000 dalam masa 30 hari dari sekarang dengan blogging, maka buku ini wajib anda miliki. [klik sini untuk membuat tempahan]

Antara rahsia yang akan didedahkan dalam buku ini adalah:

(1) Potensi sebenar buat duit dengan freelance blogging

(2) Jana pendapatan dengan menulis di blog orang lain

(3) Bagaimana meningkatkan harga servis freelance blogging dalam masa kurang 10 hari

(4) Bagaimana untuk memikat hati pelanggan supaya mereka menggunakan servis kita berkali-kali

(5) Cara merangsang idea penulisan tanpa henti

(6) Teknik berkesan untuk mendapatkan pelanggan pertama

(7) Bagaimana menjaga kualiti penulisan blog

(dari buku Buat duit dengan Freelance Blogging hasil tulisan Aqif Azizan)

 

Alhamdulillah, hari ni diberi kekuatan untuk baca buku ni dari mula sampai habis. Masa yang diperlukan? Lebih kurang 3 jam. Sama ada kelajuan saya dalam membaca buku dah meningkat ataupun sebab topik blogging adalah satu topik yang memang tak asing dengan diri saya, jadi saya dapat baca dengan laju. Rasa seronok pulak bila sehari dapat baca satu buku. Mudah-mudahan momentum ni dapat diteruskan.

 

Jadi, apa yang saya nak cerita tentang freelance blogging ni dan apa yang menariknya?

Pertama, saya TAK PERNAH buat duit dengan cara ini. Maksud saya sebagai seorang freelance blogger. Saya pernah ditawarkan beberapa kali untuk menjadi penulis di blog orang lain dalam topik kewangan dan juga pemasaran internet. Tapi saya TERPAKSA TOLAK. Bukannya sebab tak minat, tapi sebab saya tak cukup masa untuk bangunkan blog-blog kepunyaan saya.

 

Tapi kalau nak saya tulis artikel blog di blog saya sendiri, sebagai advertorial, In Shaa Allah saya akan buat. Itupun jika topik tersebut sesuai untuk disiarkan dalam blog ini. Apa-apahal, prioriti mestilah saya berikan kepada blog kepunyaan saya sendiri.

 

Ok moving forward, jom saya nak kongsikan kepada anda isi kandungan yang dimuatkan dalam buku ini.

 

Bab 1 Apakah yang dimaksudkan dengan freelance blogging?

Dalam bab ini anda akan diberikan pendedahan tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai freelance blogging dan bagaimana konsep ini berbeza dengan konsep blogging yang biasa.

Dalam konsep freelance blogging ni, kita akan menulis di blog kepunyaan orang lain. Orang tersebut mungkin adalah syarikat, pemilik perniagaan persendirian, pemilik kelab dan sebagainya. Individu seperti ini mungkin terlalu sibuk dan tak mempunyai tenaga kerja untuk menulis dalam blognya sendiri.

Namun, kita semua dah sedia maklum, konsep “Content is KING”. Sebagai pemilik blog, seboleh-bolehnya kita perlu sentiasa mengemaskini laman blog kita dengan konten terkini supaya ia terus relevan di mata pembaca dan pengikut setia.

Macam mana kalau anda memang tak ada masa untuk menulis di blog anda? Aha… jawapannya adalah mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh freelance blogger. Mereka akan bekalkan anda dengan artikel yang unik dan relevan dengan perniagaan yang anda sedang jalankan dengan caj perkhidmatan yang dipersetujui.

 

Bab 2 Potensi freelance blogging

Anda boleh bekerja untuk klien dari luar negara (dan menikmati bayaran upah 3 atau 4 kali ganda) atau anda juga boleh bekerja untuk klien tempatan. Mana-mana satu boleh. Apa yang penting ialah anda mempunyai penguasaan dan kemahiran menulis yang baik.

Menerusi konsep freelance blogging ini juga, anda boleh bekerja hanya dari rumah dengan menggunakan bantuan komputer ataupun laptop anda. Itu sahaja. Tak perlu keluar rumah pun untuk menyiapkan kerja-kerja seperti ini.

bekerja_dari_rumah

Lihatlah disekeliling anda. Ada berapa banyak syarikat dan perniagaan yang masih belum memiliki laman blog mereka sendiri! Mereka ini boleh jadi prospek yang sangat baik untuk anda, sekiranya anda dapat meyakinkan mereka bahawa mereka boleh dapat lebih ramai prospek baru dengan bantuan blog. Siapa yang nak jadi penulisnya nanti? Andalah… sebagai seorang freelance blogger.

 

Bab 3 Meletakkan harga freelance blogging

Bagaimana nak meletakkan kadar bayaran upah untuk setiap hasil kerja yang berjaya anda hasilkan? Jawapannya akan didedahkan dalam bab ini. Sebenarnya tiada formula khas untuk menetapkan kadar bayaran upah. Namun bayaran biarlah berpada-pada dan sesuai dengan kualiti kerja anda dan kemampuan bakal klien anda.

 

Bab 4 Jangka masa kerja freelance blogging

Berapa lama masa yang diperlukan untuk anda menyiapkan sebuah artikel? Adakah anda mempunyai waktu-waktu tertentu yang mana pada waktu tersebut anda sangat produktif? Adakah pada waktu pagi atau pada waktu malam?

Bagi mereka yang ingin menjadikan kerjaya sebagai freelance blogging sebagai kerja sampingan, anda patut tahu bilakah waktu yang anda paling produktif untuk bekerja. Dari situ anda boleh tahu, berapa lama masa yang anda boleh janjikan kepada klien untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

 

Bab 5 Menjaga kualiti kerja freelance blogging

Tugas seorang freelance blogger adalah menghasilkan artikel untuk klien. Seterusnya artikel ini bakal disiarkan pula di blog milik klien anda. Persoalannya ialah, apakah bentuk artikel yang dikatakan baik untuk klien anda?

i. Artikel tersebut mudah difahami

ii. Artikel tersebut dapat meningkatkan kepercayaan bakal pelanggan terhadap perniagaan klien anda

iii. Artikel tersebut dapat meningkatkan dan mencerminkan kredibiliti klien

iv. Dari artikel tersebut boleh dapat prospek yang baru (teknik SEO)

v. Artikel yang dihasilkan berjaya untuk convert kepada jualan

 

Pada pendapat saya, perkara yang nombor 5 tu adalah perkara yang diidam-idamkan oleh semua orang. Kalau boleh kita semua nak buat jualan dengan cara yang lebih mudah, dan salah satunya adalah dengan bantuan artikel blog. Apa pun, sebelum nak mencapai perkara yang kelima tu, perlu juga pastikan perkara nombor 1 sampai 4 tu tercapai terlebih dulu.

 

Bab 6 Mengurus ruang kerja SoHo

SoHo ni maksudnya Small office, Home office. Ini konsep bekerja dari rumah dengan mengubahsuai satu bahagian dalam rumah kita untuk dijadikan tempat bekerja atau ofis.

 

Bab 7 Portfolio – Menumpang atau web sendiri?

Apa kelayakkan anda untuk menawarkan servis penulisan artikel? At some point, bakal klien pasti nak lihat hasil-hasil kerja terdahulu yang pernah anda lakukan. Ini dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan penulisan artikel blog dari anda.

Maksud menumpang atau web sendiri ini menjurus kearah dimana anda ingin letakkan portfolio anda. Baiklah dalam contoh ini, anda diberikan dua pilihan iaitu untuk menggunakan perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh blogspot, ataupun anda gunakan perkhidmatan berbayar menggunakan platform yang disediakan oleh wordpress.org

 

Bab 8 Hentam kromo atau bina identiti?

Jadilah seorang PAKAR dalam bidang. Walaupun anda mempunyai kemahiran untuk menulis dalam banyak bidang (sebenarnya bukan susah sangat nak menulis artikel jika anda tau shortcutnya), namun untuk jangka masa panjang, adalah lebih baik anda fokus pada satu bidang sahaja dan bina identiti sebagai seorang pakar.

Dengan cara ini, anda boleh naikkan caj perkhidmatan anda apabila kepakaran anda mula diperakui.

 

Bab 9 Tujuh tip peningkatan harga perkhidmatan dan permintaan

Anda mungkin bermula dengan menawarkan caj serendah RM10 untuk satu artikel. Sampai satu masa, anda pasti nak naikkan caj dan harga perkhidmatan anda tu. Iye la, sampai bila nak bagi servis dengan caj yang murah. Anda terpaksa buat banyak kerja untuk dapatkan RM1,000 sebulan.

Lebih buruk lagi, klien anda mendapatkan perkhidmatan anda bukannya sebab kepakaran dan kemampuan anda menghasilkan keuntungan kepada perniagaan milik klien, sebaliknya sebab caj anda yang MURAH. Ini bukan satu perkara yang baik untuk anda. Jadi dalam bab ini anda akan pelajari tip-tip bagaimana nak naikkan harga perkhidmatan anda.

 

Bab 10 Sistem KPI memajukan freelance blogger

Maksud KPI ialah Key Performance Indicator. Fungsinya adalah untuk mengukur sejauh mana keberkesanan sesuatu proses atau tindakan yang anda lakukan dalam kegiatan seharian anda. Kalau kerja untuk syarikat besar, pastinya anda biasa dengan konsep KPI ini. Justeru, apabila bekerja untuk syarikat sendiri, sebagai seorang freelance blogger, sudah tentu anda juga perlu ada KPI anda sendiri.

 

Bab 11 Rahsia mengukuhkan jenama diri

Bab ini menjawab persoalan, bagaimana untuk meyakinkan bakal klien untuk mendapatkan perkhidmatan dari anda tanpa ada rasa ragu-ragu. Apabila anda ingin menjadi seorang freelance blogger, boleh jadi ada ramai lagi yang turut menawarkan perkhidmatan yang sama.

Anda patut baca bab ini untuk mengetahui apa tindakan yang anda boleh ambil untuk tunjukkan yang diri anda berbeza berbanding freelance blogger yang lain, dan berikan sebab yang cukup KUKUH kenapa klien patut dapatkan perkhidmatan ini dari anda.

 

Bab 12 Urus klien gaya jutawan

Bab ini menyentuh serba sedikit tentang invois dan dokumentasi ketika berurusan dengan klien. Sesetengah klien, terutamanya syarikat dan perniagaan, mereka memerlukan invois untuk tujuan perakaunan. Setiap perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat milik klien perlu mempunyai rekod dan perlu dinyatakan apa tujuannya.

 

Bab 13 Tujuh lubuk buat duit di Malaysia

Masih lagi dalam konteks buat duit sebagai freelance blogger. Mungkin ada daripada salah satu senarai ini yang anda belum tahu, yang sebenarnya anda boleh dapatkan pelanggan dari situ.

 

Bab 14 Mempengaruhi prospek untuk memilih perkhidmatan kita

Ini ada kaitan dengan cara kita mempersembahkan TAWARAN kita kepada bakal klien. Oleh kerana prosedur untuk menjadi seorang freelance blogger sangatlah mudah, maka tak banyak halangan untuk menjadi seorang freelance blogger. Anda mungkin akan dapati terdapat ramai yang bersaing untuk dapatkan job yang sama.

Jadi, anda perlu jadi UNIK. Salah satu kaedah untuk jadi unik adalah dengan memberikan tawaran yang berbeza daripada orang lain.

 

Bab 15 Menyediakan sistem pembayaran online

Ini untuk memudahkan klien untuk membuat bayaran kepada anda. Kalau kat Malaysia ni, antara bank yang popular ialah Maybank dan juga CIMB. Manakala kaedah pembayaran jika melibatkan transaksi di luar negara, boleh guna Pay Pal.

 

Bab 16 Menjamin kestabilan ekonomi freelance blogger

Pendapatan sebagai seorang freelance blogger adalah bergantung kepada berapa banyak klien yang mendapatkan perkhidmatan dari anda. Justeru, anda perlu belajar cara untuk dapatkan pelanggan atau klien secara konsisten supaya pendapatan anda tidak terjejas dengan teruk.

 

Bab 17 Tujuh cara mencipta momentum kerja berterusan

Adakah anda ingin menjadikan kerjaya sebagai freelance blogger sebagai karier yang boleh menyumbang kepada pendapatan anda seumur hidup atau hanya untuk seketika? Ini soalan yang anda patut tanyakan pada diri sendiri.

 

Bab 18 Senarai semak buat duit dengan freelance blogging

Untuk mengelakkan daripada anda lost dalam meniti perjalanan sebagai seorang freelance blogger, maka senarai semak ini boleh anda jadikan sebagai rujukan.

 

Bab 19 Bonus – Teknik merangsang idea penulisan tanpa henti

Dalam bidang penulisan seperti kerjaya sebagai freelance blogger ini, anda akan sentiasa memerlukan idea-idea baru secara berterusan. Ini bermakna anda perlu sentiasa merangsang minda untuk bekerja bagi menghasilkan idea-idea penulisan yang unik dan kreatif.

Idea tidak akan habis. Minda perlu sentiasa dirangsang bagi menghasilkan idea-idea baru yang kreatif. Jika idea boleh habis, maka penulis seperti HM Tuah Iskandar, Ramlee Awang Murshid, dan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah tak mungkin dapat menghasilkan berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus karya.

Jika seseorang tu mengatakan yang dia kehabisan idea, atau tak ada idea, bukanlah bermaksud idea tu dah habis, tetapi mungkin pada waktu itu, dia penat dan minda tidak dapat bekerja dengan baik. Berehatlah dan selepas itu cuba lakukan aktiviti-aktiviti yang mampu untuk merangsang minda, seperti membaca, bersiar-siar dan sebagainya.

 

Buku ini mengandungi 179 muka surat sahaja. Ia diterbitkan pada kali pertama pada tahun 2012. Anda berminat nak jadikan buku ini sebagai sebahagian daripada koleksi buku dan menambahkan ilmu anda? Boleh buat tempahan disini.

laman-web-bookcafe

Stok buku adalah terhad. Dapatkan sementara stok masih lagi ada. Selamat membaca dan semoga ilmu baru ini dapat menambahkan manfaat kepada anda.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 6 comments… read them below or add one }

Jie Susanos July 21, 2016 at 10:23 pm

buku2 yang tuan sabree share dlm blog ni memang mnarik lebih2 lagi kalau bab blogging..

dan..

cptnyya hbis baca buku..hehe

Reply

reezluv July 21, 2016 at 11:35 pm

benda paling best adalah flipping..fuh sedap income nya..haha

Reply

anuar July 22, 2016 at 5:33 am

dah lama saya beli buku ni.. tapi sampai sekarang tak sempat lagi nak baca sampai habis.. huhuhu..

Reply

titan July 23, 2016 at 11:50 am

dulu rajin wat flip.

la ni..makan komisen aje jawabnya.

haha..

Reply

Hero Borneo July 25, 2016 at 2:53 am

Untuk menulis artikel dalam blog orang lain agak kurang masa kerana masa saya terhad untuk aktiviti blogging,research dan sebagainya..

blog sendiri pun paksakan diri untuk menulis supaya memomentum menulis itu sentiasa berada dilandasan..

ternyata saya berminat untuk memilliki buku tersebut dan terima kasih kerana sudu berkongsi ulasan buku

Reply

Dja July 31, 2016 at 6:25 pm

Freelance blogging …. ilmu berkaitan ni masih terlalu sedikit saya ketahui. nampaknya ini antara buku yang perlu masuk dalam senarai perlu beli, apalagi jika bergelar blogger.Thanks Sdra Sabree kerana sudi kongsikan

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: