Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Bagaimana memulakan perniagaan kedai runcit sendiri?

July 3, 2015 by sabree hussin 34 Comments

Apa yang seronok sangat dengan berniaga kedai runcit ni? Adakah anda berminat untuk memulakan dan menguruskan perniagaan kedai runcit anda sendiri? Jika ini adalah perniagaan pertama anda, apa kata anda luangkan sikit masa untuk baca perkongsian saya ni mengenai bisnes kedai runcit. Manalah tau, ada satu atau dua poin yang saya bakal highlight dalam post ini akan beri anda serba sedikit guideline.

 

Masa awal-awal saya bukak kedai runcit dulu, selalu jugak saya google untuk baca kisah-kisah kejayaan atau kegagalan yang terpaksa dilalui oleh usahawan runcit ni. Sayang sekali, artikel tentang kedai runcit ni memang agak terhad. Mungkin sebab pemilik kedai runcit ni terlalu sibuk menguruskan perniagaan masing-masing sampaikan tak ada masa nak berkongsi cerita tentang perniagaan mereka.

bisnes_kedai_runcit

 

Sejak sekian lama, bisnes kedai runcit ni lebih banyak dipelopori oleh bangsa cina. Bermula dengan bisnes kedai runcit secara kecil-kecilan, mereka dengan gigih bangunkan sehingga menjadi bisnes kedai borong, pasaraya dan sebagainya. Ia bukanlah terjadi dalam tempoh masa yang sekejap. Ada antaranya yang saya kenal, iaitu salah seorang supplier saya, perniagaan kedai runcit mereka berevolusi dan berkembang merentasi generasi. Perniagaan yang sedang dia jalankan sekarang ni adalah warisan turun temurun zaman nenek moyang dia.

 

Mereka pun mula dengan skala yang kecik. Modal yang terhad. Pelanggan tak ramai. Tetapi, apa yang buatkan mereka ni bagus ialah, mereka bertahan, bersabar dan teruskan survive.

 

Saya mulakan bisnes kedai runcit saya pada awal tahun 2012. Jadi sekarang ni, pada waktu catatan ni saya buat, usia perniagaan ini telahpun melepasi usia tiga tahun. So, apa yang saya belajar dan apa yang saya dapat kongsikan kepada pembaca dan pelawat blog ni yang minat nak bukak kedai runcit tapi memang betul-betul zero knowledge tentang perniagaan ni? Jadi dalam post ni, saya akan kongsikan perkara-perkara yang anda perlu tahu sebelum memulakan perniagaan kedai runcit.

 

1.0 Kenapa bisnes kedai runcit?

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan perniagaan kedai runcit ni adalah abang ipar saya. Beberapa tahun selepas berkahwin dengan kakak saya, dia berhenti kerja dan mulakan bisnes kedai runcit ditapak rumahnya. Mudah je. Cuma ubahsuai rumah serba sedikit, sediakan rak untuk letak barang dan masukkan barang jualan. Jadilah kedai runcit.

 

Bila ada masa, saya akan buat part time kat kedai tu. Kalau diikutkan, berapalah sangat upah yang dia boleh bayar, tetapi pada saya, apa yang lagi penting pada waktu bukanlah berapa upahnya, sebaliknya apa pengalamannya yang boleh saya belajar. Oh waktu ni saya masih lagi bersekolah menengah.

 

Ada banyak sangat model bisnes kat luar sana yang anda boleh pilih untuk buat duit. Pernah tak anda pertimbangkan untuk buat bisnes lain? Dan jika anda tetap memilih untuk buat bisnes kedai runcit, pernah tak anda terfikir, kenapa mesti bisnes kedai runcit?

 

Saya pasti, setiap orang pasti ada sebab tersendiri kenapa memilih kedai runcit sebagai bisnes pilihan. Sama macam saya sendiri. Saya percaya, untuk saya pergi lebih jauh dalam bidang keusahawanan, saya perlu bermula dengan langkah pertama yang lebih kecil sebelum terus melangkah ke bidang perniagaan yang lebih besar. Kedai runcit ini, saya anggapkan ia sebagai base ataupun foundation sebelum saya mengorak langkah lebih jauh lagi. and the best part is, kat sinilah bermulanya sekolah bisnes untuk saya. Pengalaman secara hands on dan bukannya teori dari buku teks semata-mata.

 

Bukanlah niat saya untuk katakan yang bisnes kedai runcit ni tak bagus, atau ada bisnes lain yang lagi baik berbanding bisnes kedai runcit. Saya nak kongsikan kepada anda beberapa konsep bisnes yang saya pelajari lepas saya dah bukak kedai runcit.

 

Konsep bisnes trading. Saya dapati, selepas satu ketika saya berniaga, bila barang-barang dalam kedai dah makin bertambah, dan pelanggan pun makin ramai, masa tu la saya mula jumpa, ada banyak usahawan trading yang masuk ke kedai saya. Mereka menawarkan peluang untuk membuat usahasama bagi mendapatkan lebih banyak hasil daripada perniagaan dan pelanggan sedia ada.

 

Ada macam-macam usahawan trading yang pernah saya jumpa. Ada yang bawak produk makanan, minuman, ais krim, madu, sos cili, mainan, pisau cukur, sticker dan banyak lagi. Mereka ni semua menerjah masuk ke kedai tanpa diundang. Usahawan trading sedikit berbeza dengan usahawan runcit, yang mana kebanyakkan usahawan trading ni, mereka tak mempunyai premis perniagaan mereka sendiri.

 

Kerja mereka hanyalah memberi supply produk kepada kedai-kedai runcit yang mereka rasakan sesuai untuk menjual produk mereka. Kos mereka ialah kos pengangkutan. Usahawan trading yang paling jauh yang pernah berurusan dengan saya datang dari Penang. Bayangkan, saya berada di Meru, Klang dan supplier ni pula berada di Penang. Berapa jauh tu kalau nak datang? Biasanya dia akan datang ke kedai setiap 90 hari dan akan berurusan secara bill to bill.

 

Ha… apa benda bill to bill ni? Masih minat nak bukak kedai runcit? Teruskan pembacaan ya.

 

2.0 Bagaimana nak berurusan dengan usahawan trading?

Ya. Adakalanya mereka ni memang menyusahkan. Mereka masuk ke kedai anda berlagak sebagai seorang pelanggan. Tiba-tiba selang dua atau tiga hari, mereka akan datang semula, dan kali ni mereka datang dengan membawa katalog dan juga sample produk yang mereka jual. Sesetengah mereka, ada yang kurang ajar dan tak peka dengan suasana sekeliling. Kita tengah sibuk layan pelanggan, dia pun sibuk nak dapatkan perhatian kita. Jadi kat sini, saya kira sedikit sebanyak anda perlu tahu bagaimana nak berurusan dengan usahawan trading ni.

 

Macam yang saya sebutkan sebelum ni, usahawan trading ni lazimnya mereka tak ada premis perniagaan sendiri. Dari segi stok barangan, kebanyakkannya mereka hanya simpan dirumah, ataupun hanya akan dapatkan dikilang bila mereka nak supply barang. Senang kan kerja mereka ni? Katakanlah mereka dapat deal dengan 10 kedai, jadi dalam satu-satu masa, dia hanya fokus untuk supply barang je ke 10 kedai ni. Tak perlu susah payah nak upah pekerja, jaga kedai dan sebagainya. Cukup masa, mereka hanya collect payment untuk barangan yang mereka supply semata-mata.

 

Usahawan trading bukan pelanggan anda. Walaupun mereka pernah beli barang dalam kedai anda, STOP layan mereka seperti anda layan pelanggan anda. Mereka ni adalah orang bisnes, yang mengharapkan untuk buat untung daripada pelanggan anda. Tak perlu nak terlalu berlembut dengan mereka macam anda layan pelanggan anda, sebaliknya layan je diorang ni macam anda sedang layan seorang promoter, salesmen dan sebagainya. TEGAS tetapi masih maintain budi bahasa.

 

Mereka ni memang macam-macam kerenah. Pada asasnya, mereka nak masukkan barang mereka dalam kedai kita, tetapi dari segi pembayaran mereka nak cepat. Macamlah dia seorang je yang nak cepat buat duit. Dalam hal ini, sebagai pemilik kedai runcit, ada sekurang-kurangnya 4 kaedah pembayaran kepada usahawan trading jika anda setuju bekerjasama dengan mereka.

1. Cash term

Ambik barang, kemudian bayar time tu jugak.

2. Credit term 30/45/90 hari

Hanya perlu bayar kepada usahawan trading tu tadi selepas 30/45/90 hari bayaran full sama ada semua barang terjual atau sebaliknya

3. Bill to bill

Kali pertama masuk barang, tak perlu bayar apa-apa, usahawan trading tu tadi hanya akan bukak bill. Bila nak restock barang, baru bayar bill yang pertama dan barang yang baru dapat tadi akan bukak bill sahaja.

4. Consignment

Hanya bayar bila ada barang yang terjual. Tak perlu bayar apa-apa selagi barang tak dijual.

 

Antara 4 ni mana satu yang patut anda pilih? Ikut kesesuaian. Kalau malas nak fikir-fikir, offer je consignment. Kalau usahawan trading tu tak mau, just say goodbye. Ko yang carik aku kan, bukan aku yang panggil ko datang ha ha.

 

3.0 Masa

Pada saya, tahun pertama adalah tahun untuk kita belajar. Tahun kedua, adalah tahun untuk kita betulkan mana-mana kelemahan yang kita buat pada tahun pertama supaya tak berulang lagi. Tahun ketiga adalah fasa untuk kita survive dalam bisnes ni. Ya, bisnes kedai runcit ni jugak perlukan kemahiran survival.

 

Jika anda menjangkakan bisnes ni akan terus balik modal dan terus untung gila-gila dalam masa kurang dari setahun, anda mungkin terpaksa fikirkan semula. Peringkat permulaan, pasti ada perbelanjaan yang anda keluarkan yang akan dikira sebagai belanja hangus.

 

Ianya adalah satu perbelanjaan yang perlu dilakukan, namun ia tidak memberikan sebarang pulangan secara terus. Contohnya perbelanjaan untuk beli rak, renovate kedai, beli peti sejuk, chiller, hiasan dalam dan sebagainya.

 

4.0 Modal

Ada ke yang cari info tentang buat bisnes kedai runcit tanpa perlu keluar modal langsung? Pendapat saya la kan, lebih baik anda berhenti mencari, dan buatlah benda lain selain bisnes ni. Nak buat bisnes memanglah perlu keluar modal.

 

Kalau bukan modal dalam bentuk wang ringgit, modal dalam bentuk masa, usaha, tenaga dan sebagainya. Setiap perniagaan memang inilah modalnya. Bisnes kedai runcit ni, modalnya saya kongsi bersama adik beradik. Memang pelan asal saya, untuk jadikan bisnes ni sebagai bisnes keluarga. Manalah tau, boleh jadi macam kenalan saya yang berbangsa cina tu. Mereka pun mula dari bisnes kedai runcit kecil-kecilan, dan sekarang ni bisnes mereka dah jadi lagi besar.

 

Tahun kedua bisnes ni berjalan, saya la CEO untuk kedai tu hehe. Cukup setahun, saya serahkan pengurusan kedai kepada adik beradik saya yang lain. Biar setiap orang merasa, macam mana rasanya nak uruskan perniagaan runcit.

Baca juga: Bagaimana mengumpul modal untuk memulakan perniagaan pertama anda?

 

5.0 Siapa pelanggan anda?

Bisnes ni, saya ambil alih dari abang ipar saya. Jadi secara teknikalnya, saya sebenarnya mengambil alih perniagaan yang sememangnya dah pun memiliki pelanggan sedia ada. Ok katakanlah anda ingin membuka perniagaan kedai runcit anda sendiri dan ini merupakan kedai yang baru, yang tak ada siapa yang tahu. Langkah awal sepatutnya adalah anda kenal pasti terlebih dahulu siapa pelanggan anda sebelum anda bukak kedai anda.

 

Jika anda tinggal dikawasan komuniti orang cina, dan anda pula adalah orang Melayu, silap haribulan kedai anda akan mampus dulu sebelum anda berjaya jual barang. Bukan nak cerita tentang perkauman, tetapi realitinya memang begini. Sebab tu saya highlight kat sini, anda perlu kenal siapa pelanggan anda. Orang melayu tak ada masalah untuk berbelanja di kedai cina, tetapi sangat jarang, untuk orang cina datang berbelanja di kedai melayu. Ok kalau setakat untuk transaksi RM10 kebawah, tak ada masalah untuk mereka berbelanja di kedai runcit melayu. TETAPI, kalau nilai transaksi RM50 dan keatas… selalunya mereka lebih suka berbelanja di kedai kaum mereka sendiri atau pergi ke pasaraya besar.

 

Aspek kenali pelanggan adalah perkara penting untuk survival perniagaan anda. Kebiasaannya, kita mengharapkan untuk berlakunya repeat sales dalam perniagaan kita. Pelanggan yang sama akan beli produk yang sama dan perkara ini akan berulang setiap hari, setiap minggu, malahan setiap bulan. Kuncinya ialah REPEAT SALES.

 

Kedai runcit secara kecil-kecilan selalunya kita akan dapat pelanggan yang sama sahaja. Sampai satu masa, kita akan mula kenal orang tu, sebab selalu datang dan berbelanja dikedai kita. Ambil peluang ini untuk bina hubungan. At least tanya nama, sembang kosong dan sebagainya.

 

Perniagaan kita perlukan sokongan yang kuat dari pelanggan, barulah boleh bertahan lama. In Shaa Allah, bila sokongan dari pelanggan cukup kuat, jika satu hari nanti ditakdirkan ada orang lain buka kedai berdekatan dengan kita, tetap kedai kita yang akan jadi pilihan pelanggan.

 

6.0 Margin keuntungan bisnes kedai runcit

Setiap produk margin keuntungan dia berbeza-beza. Barang basah lain, manakala barang kering pula lain. Adakah anda ingin menjual barang basah dan kering atau anda ingin fokus untuk jual barang-barang kering sahaja? Saya hanya fokus barang-barang kering. Ada jugak support dengan produk minuman, makanan ringan, permainan kanak-kanak, topup, ais krim dan sebagainya.

kelebihan_bisnes_ais_krim

 

Bila orang tanya, untung ke bukak kedai runcit ni? Saya jawab, untung dia sen sen je. Kadang-kadang, ada produk-produk tertentu, cuma cover kos sahaja. Tak ambik untung pun. Kiranya macam berniaga ala-ala sahabat nabi, Abdur Rahman Bin Auf, jual dengan harga kos dan ambik untung dengan menjual produk lain. ha ha

 

Kalau produk dalam kategori barang kawalan pulak, memang buat sakit hati je jual. Dah la modalnya tinggi, lepas tu untung dia setakat 10 sen dan ada jugak yang bawah dari tu. Nasib baiklah barangan kawalan ni kebanyakkannya repeat sales dia tinggi.

 

7.0 Produk yang sama tapi macam-macam jenama? ย 

Susu dalam tin misalnya. Kan ada banyak jenama. Perlu ke nak jual semua jenama?

Awal-awal meniaga dulu memang saya buat macam ni. Setiap jenama saya jual. Selepas 2 minggu, saya perhatikan, jenama apa yang paling cepat habis dan untuk restock seterusnya, saya cuma jual jenama yang cepat habis tu sahaja. Rugi je jual macam-macam jenama tapi pelanggan tak beli. Kita bukan pasaraya.

 

Anda masih tak tau, siapa boleh jadi pembekal untuk perniagaan anda? Jemput baca perkongsian saya yang ini pula:

Klik untuk baca: Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit

 

8.0 Produk terlarang

Ha ha produk dalam kategori ni paling BEST. Jual atas risiko masing-masing. Pastikan, kalau kena tangkap, anda ada cukup duit nak bayar denda, compound dan sebagainya. Ha ha

 

Produk terlarang ni macam rokok seludup, air ketum, mercun dan sebagainya. Kedai saya tak jual benda-benda ni. Produk terlarang ni, untung dia banyak dan repeat sales dia pun tinggi jugak. Tapi tu la… benda tak boleh jual.

 

9.0 Siapa yang akan bertanggungjawab untuk restock barang?

Bisnes ni tak boleh sendiri. Macam mana pun kena ada pembantu. Kalau anda ada modal besar, mungkin anda tak ada masalah untuk dapatkan supplier yang sanggup hantar barang sampai ke kedai. Tetapi, kalau modal anda kecik je, selalunya andalah yang kena keluar beli barang niaga.

 

Time anda keluar tu, siapa yang nak jaga kedai? Tak kan nak tutup kot.

 

10.0 Waktu urusniaga

Bukak seawal mungkin dan tutup paling lewat anda sanggup tunggu. Kerja dia penat jugak ok bukak kedai runcit ni.

.

..

Baiklah, saya stop dulu sampai disini. Rasanya dah terlalu panjang pulak. In Shaa Allah, mana-mana yang saya tak sempat nak cerita tu, saya akan cover di lain masa ya. Semoga perkongsian yang ringkas ini bermanfaat untuk anda.

 

Bacaan tambahan:

rancangan-perniagaan

Adakah anda memerlukan kertas kerja atau rancangan perniagaan untuk perniagaan anda? Cuba lihat kat laman web ini. Ada 33 contoh kertas kerja yang anda boleh edit dan guna untuk perniagaan anda. Kertas kerja untuk perniagaan runcit turut disediakan.

Baca juga: Panduan Langkah demi langkah cara menulis kertas kerja rancangan perniagaan dengan format yang betul

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Berapa modal untuk buka perniagaan kedai runcit sendiri?
  2. Bagaimana tingkatkan jualan dan keuntungan bisnes kedai runcit?
  3. Pengalaman pertama kali buka perniagaan kedai runcit
  4. 7 Idea untuk menjalankan kerja pemasaran bagi perniagaan kedai runcit

Filed Under: kedai runcit Tagged With: bisnes kedai runcit, perniagaan kedai runcit

Comments

  1. wan says

    October 27, 2015 at 3:31 pm

    setiap perniagaan sebaik-baiknya bermula dengan perniagaan yang kecil dan teratur.salah satu elemen penting ialah daftar perniagaan dan juga akaun semasa syarikat dengan bank2 yang utama.namun untuk membuka akaun syarikat di bank2 yang utama seperti maybank dan cimb memerlukan introducer.tuan/puan boleh menghubungi saya untuk urusan introducer di talian.012-7292850 atau melawati blog saya untuk maklumat lanjut.terima kasih.

    Reply
    • Ghafar says

      November 27, 2020 at 1:14 pm

      Salam saya baru belajar berniaga .baru buka kedai runcit saiz kecil renovate depan rumah ..15hari pertama sale cecah 300 ke 400 ., Kemudian sek tutup sebab covid19 jualan Makin menurun , sehari Tak cecah pun 300 .pernah sehari tu 180 ringgit je jualan , dari 8pagi sampai 12malam .. loacation Kedai dalam perumahan .. Kat luar kawasan taman saya dah sedia Ada Kedai Kedai runcit Yang dah lama beroperasi .. pelanggang dalam kawasan Kedai saya pun masih ke Kedai luar yg dah biasa diorang pergi ..Dan Tak hingin nak paling langsung ke Kedai saya haha sedih jugak .. sehingga sekarang hampir nak masuk 1bulan setengah usia Kedai ..sehari jualan adakala cecah 300 Ada kala 260 ..dari 8pagi sampai 12malam ..haha sedih Tak ..saya Cuba Cari kesabaran sedalam dalamnya kerana ini jalan yg saya pilih ..sekadar luahan ..

      Reply
  2. Punitha says

    November 3, 2015 at 4:49 pm

    Hi mr sabree. Thank you for the info tentang kedai runcit. Baru baru ini, ibu bapa saye telah berpelan utk buka kedai runcit tapi kami tak tahu apa first step untuk start bussiness runcit. Boleh mr sabree bagitahu sedikit lagi info tentang cara cara utk buka kedai runcit. Terima kasih.

    Reply
  3. mohd idzwan says

    March 28, 2016 at 11:48 am

    Salam, ad sape2 yg boleh share proposal untuk kedai runcit x? harap boleh share dekat sy punya email kalau ad. tq

    Reply
  4. Puan Fida says

    August 28, 2016 at 2:59 pm

    Assalamualaikum..
    en sabree..saya telah membaca artikel tuan mengenai jenis usahawan..
    Saya mungkin tergolong dalam usahawan trading .
    Saya memborong pes tomyam dari thailand(padang besar),ikan kering,belacan terus dari pengeluar dan memasarkannya ke kedai-kedai di sekitar nibong tebal,parit buntar..
    Saya juga menjual sendiri produk2 yang saya borong.
    Apa-apa pun saya sentiasa menjadikan web encik sebagai bahan bacaan saya untuk menimba ilmu disamping belajar melalui hands on iaitu melalui pengalaman sendiri.
    Terima kasih diatas ilmu yang diberikan.

    Puan Fida

    Reply
    • sabree hussin says

      August 30, 2016 at 12:45 am

      Waalaikumusalam Puan Fida, terima kasih banyak-banyak kerana sudi singgah ke laman blog saya ni dan meninggalkan komen. Saya gembira kerana apa yang saya tulis dalam ni dapat memberi serba sedikit manfaat kepada Puan ๐Ÿ˜€

      Reply
    • Wina says

      August 31, 2020 at 12:03 am

      Thnks sbb dah sudi bagi kemahiran..
      Tapi kalau buat kedai ini perlu ada license tak?

      Reply
      • sabree hussin says

        September 1, 2020 at 12:14 pm

        Kena ada.

        Reply
  5. Introducer maybank/cimb-0127292850 says

    October 9, 2016 at 2:19 am

    Perkongsian yg amat bermanafaat tuan.terima kasih.

    Reply
  6. muhammad isa says

    March 11, 2017 at 12:43 am

    Perkongsian pengalaman yg baik tuk org yg baru nk ingin memulakan perniagaan kedai runcit…moga berjaya

    Reply
  7. Dzamharirah says

    March 14, 2017 at 11:12 pm

    Salam en sabree.thanks for ilmu..nak tny.starting modal sll berapa ye?..and kenapa encik pilih bisnes runcit kalau tiada untung.mohon pencerahan jugak sebelum saya terjun dlm bisnes ni..terima kasih tuan.

    Reply
    • sabree hussin says

      March 14, 2017 at 11:30 pm

      Wasalam. Dah tentulah bisnes kedai runcit ni ada untung ๐Ÿ˜€

      Cuma margin untung tu tak banyak.

      Reply
  8. Rohaya says

    March 20, 2017 at 3:26 pm

    Terima kasih berkingsi pengalaman dan ilmu. Macam mana nk daftar perniagaan runcit? Jumpa siapa? Ada website utk guide step by step tak?

    Reply
  9. puan mia says

    July 13, 2017 at 4:49 pm

    As salam en sabree.. saya baru memulakan perniagaan kedai runcit. tapi masalah nya sekarang..susuh untuk saya dapatkan pemborong yang menawarkan harga yang murah.. dan sayajuga bercadang menjadi pemborong.. tapi tak tau mana nak cari suplier barang runcit dengan harga berpatutan.

    Reply
    • FAIZAL says

      September 18, 2017 at 3:31 pm

      macm nie cik puan mia…kalu xkeberatan cik nak x kalu amik share partner….

      Reply
  10. Naim says

    August 8, 2017 at 10:20 am

    Assalamualaikum.tuan sabree,kami suami isteri penjawat awam yg bminat nk buka kedai runcit…maklumat dr tuan serba sedikit mbantu kami merancang.apa nasihat tuan unt kami yg tpaksa mharapkn org lain unt mjaga kedai sepnjg ktiadaan kami

    Reply
  11. fauzi says

    November 25, 2017 at 10:09 pm

    Assalamualaikum.
    Boleh encik sabri list kan masalah yg biasa d hadapi kedai runcit,

    1.Apa Masalah Am
    2.Apa Sistuasi yg merbahaya dan patut delakkan oleh peniaga
    3.Dan kesilapan umum peniaga baru

    harap encik sabree dapat kongsi kpd kmi,bkn sbb nak curi ilmu tapi utk prsedian kami yg baru ni.kalau kita nk belajar dari kesilapan sdri tentu merugikan dri sndri lebih baik bljar dri pglmn org yg dah lalui phit mnis nya utk bkln.trima kasih

    Reply
    • sabree hussin says

      November 30, 2017 at 10:31 am

      Wasalam, In Shaa Allah, bila saya ada kelapangan nanti saya akan kongsikan. Sekarang agak sibuk dan masa untuk menulis di blog ni pun agak terhad.

      Reply
  12. Hidayah says

    January 17, 2018 at 3:30 pm

    Asslam… sy peniaga kedai runcit kecil2lan.. masalah sy sekarag adalah cara untuk manage kan kewangn da untung untuk gaji sy.. sdgkan kadg2 tiap buln sy tak dpat nk menyimpan walau 100 pon.. arap en dapt berkongsi dgn sy mcmne cara kewanagan diuruskan dgn baik.. trima kasih..

    Reply
  13. Azlan says

    March 15, 2018 at 12:39 pm

    Assalamualaikum, Alhamdulillah dan terima kasih atas info tuan. Saya pun baru memulakan perniagaan runcit dengan modal yang memang kecil, hanya berbekal rm1800.00. Mujurlah arwah ayah dulu berniaga tetapi lama berhenti, adalah rak rak kayu yang lama masih elok digunakan. Maklumlah asyik tengok bangsa cina dan aceh saja yang senang. Sebab mereka memang menguasai bidang perniagaan ini. Disitulah tercetus minda untuk menceburi bidang ni. 6 bulan pertama langsung tak jamah untung untuk completekan brang2..

    Reply
  14. aida says

    June 18, 2018 at 1:30 am

    sy berminat nk buka kedai runcit. tapi tak tahu cara nk mula shja

    Reply
  15. feliz says

    July 2, 2018 at 2:33 pm

    Thank you.

    Reply
  16. Andi says

    August 7, 2018 at 4:47 pm

    Salam sir..
    Thanks for the information..
    .
    prkongsian ni sngt membantu..
    Cuma saya nak minta nasihat..
    Sekarang sayaada modal n plan nak buka perniagaan barang bsah..
    Shop lot pun dah jumpa..
    .
    Cuma x tahu mcm mna nak mula..
    ๐Ÿ˜”

    Reply
    • sabree hussin says

      August 8, 2018 at 12:19 pm

      Tuan dah dapat pembekal untuk bisnes tuan nanti?

      Reply
  17. sani says

    December 20, 2018 at 8:35 pm

    asalam ..kisah anda sangat membantu ,didalam perancangan caya ingin membuka sebuah pasaraya berkonsem islamik….terima kasih atas perkongsian

    Reply
    • sabree hussin says

      December 21, 2018 at 12:00 pm

      Wasalam, semoga tuan sani berjaya!

      Reply
  18. hanie hussain says

    February 25, 2019 at 3:58 pm

    Tuan,
    Saya ada tempat untuk buka kedai runcit. Tapi tak tahu bagaimana nak hubungi pembekal2. Dan untuk menyusun barang2 tersebut.
    Minta tolong penjelasan lebih mendalam.

    Terima kaseh.

    Reply

Trackbacks

  1. Patut atau tidak anda AMBIL ALIH atau BELI perniagaan runcit orang lain? says:
    August 13, 2015 at 11:00 pm

    […] masa dulu saya pernah ditanya tentang perkara ini. Seorang hamba Allah ni dia berminat nak mulakan perniagaan kedai runcit. Cari punya cari, tetap belum dapat lokasi yang sesuai untuk buka perniagaan tersebut. Tiba-tiba […]

    Reply
  2. http://www.sabreehussin.com/komisyen-affiliate-niaga-affiliate-ogos-2015/ says:
    August 17, 2015 at 1:24 am

    […] pada awal bulan Mac 2012, perniagaan kedai runcit saya dah pun mula berjalan, saya jadi makin tak keruan. Pada waktu tu, kedai ni diuruskan oleh […]

    Reply
  3. Bagaimana tingkatkan jualan dan keuntungan bisnes kedai runcit? says:
    September 28, 2015 at 5:57 pm

    […] Bagaimana memulakan perniagaan kedai runcit sendiri? […]

    Reply
  4. Pengalaman berurusan dengan pelanggan yang minta REFUND says:
    October 1, 2015 at 1:52 pm

    […] ni berlaku masa giliran saya jaga kedai runcit. Seorang pak cik ni, dia beli beberapa barang dari kedai dan salah satunya ialah biskut. Tak sampai […]

    Reply
  5. Berapa kos permulaan untuk buka kedai runcit? says:
    October 21, 2015 at 12:22 am

    […] itu, dalam catatan saya sebelum ini bertajuk “Bagaimana memulakan perniagaan kedai runcit sendiri” saya ada sebutkan tentang konsep niaga Usahawan Trading. Usahawan trading adalah alternatif bagi […]

    Reply
  6. Kerja sebagai penulis ni boleh buat duit ke? – Blog Kerjaya Penulis says:
    August 10, 2017 at 10:14 am

    […] saya. Memandangkan skop penulisan ini bukannya berkenaan dengan perniagaan yang saya buat, iaitu bisnes kedai runcit, jadi saya tak akan cerita secara panjang […]

    Reply
  7. Bisnes runcit tapi pelanggan peringkat Antarabangsa - Sabree Hussin Dot Biz says:
    December 9, 2019 at 3:48 pm

    […] Baca disini: Bagaimana memulakan bisnes kedai runcit anda sendiri […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger?
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya? - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut