“Tahu tak apa beza antara seorang scammer dengan seorang usahawan online yang sebenar?”
Tak apa. Tak payah jawab. Sebab saya sendiri yang akan berikan jawapan mengikut konteks yang sesuai dan relevan dengan penulisan artikel ni. Jawapan dia ini…
Seorang usahawan, apabila dia berkata sesuatu dan menawarkan sesuatu produk mahupun servis, dia berbuat demikian kerana dia benar-benar yakin bahawa produk tersebut pasti sangat berguna dan ia dapat bantu selesaikan masalah bakal penggunanya.
Bagaimana pula dengan scammer? Simple. Dia cuma berminat dengan duit sahaja.
Asalkan boleh jadi duit, seorang scammer ni tak kisah dan tak peduli pun apa bendanya, apa produknya dan apa servisnya, sebab apa yang penting bagi dirinya ialah, ia boleh jadi duit.
Nah… kita kembali kepada topik perbincangan kali ini. Ia berkisar mengenai program latihan Jobdirumah yang sungguh Legend! Ia dah wujud sejak dari tahun 2011 lagi, dan kini dah pun masuk tahun 2016! Pada pendapat saya secara peribadi, 5 tahun adalah terlalu lama untuk sesebuah program yang dituduh sebagai menipu dan scam untuk terus wujud hingga ke saat ini.
Dari pemerhatian saya, program Jobdirumah ni memang sangat special. Mungkin, ini merupakan satu-satunya program yang mendapat liputan yang cukup meluas di Internet. Taip sahaja kata kunci jobdirumah di laman web google, dan anda akan dapat melihat sendiri terdapat pelbagai perkongsian dari para penulis mengenai program ini.
Ya… anda boleh baca sendiri apa kata peserta-peserta terdahulu mengenai program ini. Anda boleh baca sendiri pengalaman ahli-ahli jobdirumah yang berjaya buat duit dengan bantuan jobdirumah, sama ada menerusi kerja-kerja freelancing, ataupun menerusi program affiliate yang turut ditawarkan oleh pihak Jobdirumah sebagai alternatif untuk buat duit di rumah.