UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Komen Saya Tentang Program jobdirumah

September 29, 2014 by sabree hussin 12 Comments

Kali pertama saya bertentang mata dan berkenal-kenalan dengan laman web jobdirumah adalah sekitar pertengahan bulan Februari tahun 2013.

 

Perasaan pada ketika itu?

 

Cukup teruja.

 

Akhirnya… peluang seumpama ini, untuk bekerja hanya dari rumah berbekalkan sambungan internet dan komputer atau laptop, dibuka untuk rakyat Malaysia seperti saya!

buat_duit_dengan_jobdirumah

Konsep pekerjaan sebagai seorang freelancer bukanlah suatu konsep yang asing jika di luar negara. Tetapi, kalau di Malaysia, ia masih lagi boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang baru.

 

Kalau ada orang Malaysia yang nak bekerja dari rumah sebagai Freelancer, nak tak nak mereka terpaksa mendaftar dengan platform yang memang dah sedia terkenal dan kukuh diluar negara seperti di UK, dan US.

 

Memang tak syok.

 

Sebabnya kita terpaksa berurusan dengan client dan juga bakal client yang tak reti cakap Melayu.

 

Kemudian, ada sesetengah keadaan, kita tak boleh dedahkan pada mereka yang sebenarnya kita bukan orang tempatan (UK atau US). Ada juga antara mereka yang cukup pantang kalau tahu yang selama ni mereka berurusan dengan seseorang yang non US citizen.

 

So… memang banyak kerenah.

 

Terbaru, pemilik platform laman web jobdirumah juga telah melancarkan satu lagi platform baru untuk membantu para penulis blog untuk dapat job penulisan berbayar dikenali sebagai advertorial. Boleh lihat post saya sebelum ini berjudul review laman web Advertorial.MY

 

Kenapa saya sanggup join program Jobdirumah?

 

Why?

 

Yuran pendaftaran… RM50. Bukan satu angka yang kecil. Akan tetapi, inilah yang perlu saya BAYAR untuk sertai program jobdirumah.

 

Mungkin, ini semua terjadi dek kerana muncul kesedaran dalam diri. Saya sedar yang sebenarnya

SAYA TAK TAHU MACAM MANA NAK BUAT DUIT DAN BEKERJA HANYA DARI RUMAH!

 

Tiba-tiba, pada satu hari saya ditemukan dengan sebuah laman web yang mengajar macam mana nak buat duit dari rumah.

 

Perfect timing!

 

Selama ini saya hanya tertanya-tanya… macam mana brader ni boleh survive hanya dengan jadi freelancer. Macam mana cara dia buat duit?

 

Laman web mana yang dia join untuk buat duit?

 

Apa sebenarnya step-step yang diperlukan untuk buat duit online sebagai seorang freelancer?

 

Laman web yang mana satu yang sebenarnya betul-betul membayar ahlinya? Macam mana kita nak kenal, mana satu laman web yang betul-betul serius membayar ahlinya dan mana satu laman web yang menipu?

 

Kesemua persoalan yang berada dalam minda saya terjawab apabila saya join program Jobdirumah.

pendaftaran_jobdirumah

Saya untung besar!

 

Ya. Saya rasa saya untung. Sebabnya saya dapat pelbagai info yang tepat dan saya boleh perolehinya dengan cepat. Tak perlu saya nak buang lebih banyak masa, semata-mata untuk dapatkan guidance macam mana nak mula bekerja sebagai seorang freelancer.

 

Kerana dari sini saya tahu macam mana tips dan teknik nak buat duit dengan laman web freelancing popular iaitu freelancer.com

review_jobdirumah_buat_duit

Pilihan nak buat duit yang cukup pelbagai

 

Bukan laman web freelancer.com sahaja yang anda boleh jadikan lubuk buat duit untuk kerja-kerja freelancing, malahan anda boleh juga menjadi ahli di laman web seperti fiverr.

 

Ini satu lagi tempat yang amat terkenal untuk dapatkan servis yang berkualiti dengan kos serendah USD5

 

Sebenarnya ada trik macam mana nak dapatkan lebih banyak untung berbanding hanya dengan USD5

review_jobdirumah_review_artikel

Selepas lebih setahun menyertai jobdirumah…

 

Hingga ke saat ini, saya masih lagi menerima emel pemberitahuan daripada pihak jobdirumah mengenai kerja kosong yang masih available untuk saya lakukan.

 

Contohnya macam hari ini, ada banyak kerja kosong yang boleh saya pilih dan buat on the spot.

panduan_jobdirumah

Saya dah tengok job yang berlabel “online survey takers from Malaysia needed” tu. Memang mudah. Hanya perlu isi form, jawab survey kemudian klik submit.

 

Bila dalam akaun ewallet kita dah cukup, baru boleh cash out duit tu.

 

Konsep dia tak jauh beza dengan 8share. Bila dah cukup duit dalam baki akaun, pada bila-bila masa baru kita boleh request untuk keluarkan duit kita tu.

 

Walaupun saya katakan caranya mudah, namun tak bermakna saya akan terus buat kerja-kerja seumpama tu. Entahlah, saya pun ada kriteria kerja yang saya mahukan. Misalnya, saya lebih suka bekerja dalam bidang penulisan dan copywriting.

 

Jadi, walaupun ada kerja yang nampak senang, semudah isi borang survey, tapi kalau kerja tersebut tak kena dengan kehendak saya, saya akan abaikan. Kerja yang senang ni, ada ketikanya memerlukan masa yang lama untuk disiapkan. Saya jadi boring dengan kerja-kerja yang time consuming ni.

 

Cara paling SENANG nak buat duit dengan jobdirumah?

Pada saya, cara paling senang nak buat duit dengan jobdirumah adalah dengan menjadi agen pemasaran untuk produk-produk mereka.

 

Salah satunya adalah untuk produk program latihan jobdirumah ini sendiri.

buat_duit_jobdirumah_komisyen

Alhamdulilah, masih ada rezeki untuk saya merasa komisyen daripada program ini.

 

Moga-moga komisyen seumpama ini berterusan hendaknya. Saya sebagai ahli Jobdirumah, yang pernah mengikuti kursus dan latihan yang diberikan, sudah tentu saya lebih tahu apa kelebihan dan kekurangan program ini. Justeru, lebih mudah untuk saya terangkan kepada orang lain, apa yang mereka bakal perolehi dengan menyertai program ini.

 

Tiada sebarang paksaan pun untuk join. Saya hanya menerangkan apa yang betul dan apa yang saya lalui. Kalau anda rasakan program ini juga berguna untuk anda, join dan mulalah belajar selok belok macam mana nak bekerja.

 

Jika anda masih lagi tak tau, dan berminat nak tahu macam mana sebenarnya proses buat duit sebagai seorang freelancer, anda memang patut join laman web jobdirumah.

 

Dapatkan ilmu buat duit dari rumah ini.

 

Sebabnya kita sendiri tak tahu, sampai bila kita akan terus bekerja di luar sana.

 

Kan lagi elok, kita sentiasa bersedia untuk hadapi kemungkinan. Bila kita dah tak kerja nanti, at least kita ada ilmu untuk terus mencari rezeki, walaupun hanya dari rumah.

Klik sini untuk membaca review penuh mengenai program bekerja dari rumah oleh jobdirumah.

 

Apa alternatif bagi Jobdirumah?

Ada.

 

Belilah buku fizikal. Kalau tak sanggup nak keluarkan duit, anda kena rajinkan diri untuk pergi ke perpustakaan. Carilah buku berkaitan dengan topik bekerja dari rumah.

 

Oh, saya rasa topik seperti itu, kebanyakkan buku yang ada adalah ditulis dalam Bahasa Inggeris. Selain buku-buku tersebut agak tebal, isi kandungannya juga agak meleret dan tak straight to the point macam yang ditawarkan dalam program jobdirumah ini.

 

Apapun terpulanglah pada anda. Sebab duit anda, kan.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Komen Saya Tentang Autoresponder Emelmatik
  2. Jobdirumah: “Kenapa saya suka menulis tentang Jobdirumah?”
  3. Salah faham tentang cara buat duit dengan jobdirumah
  4. Review Penuh Program Bekerja Dari Rumah Oleh Jobdirumah

Filed Under: Review Tagged With: komen jobdirumah, review jobdirumah

Comments

  1. Abdfatah says

    September 30, 2014 at 9:01 am

    Ooo.. Advertorial jobdirumah punya rupanya. Menarik. Mahsyuk. Pasnih mohon review ilancee dlm ashadee pastu jgn lupa review mb2000 pulok. Hehee

    Reply
  2. Hafizul says

    September 30, 2014 at 1:19 pm

    Huhu..tahniah bro..memang seronok la dapat komisen JDR ni..hehe

    Reply
  3. Rokiah Abdul Hamid says

    October 1, 2014 at 3:50 pm

    menarik..peluang jana pendapatan di rumah ni.boleh dikongsi2kan

    Reply
  4. encikarman says

    October 1, 2014 at 7:02 pm

    dah lama tak merasa komisen jdr nih.. kena usaha lebih nih..

    Reply
  5. blogger lelaki says

    October 1, 2014 at 8:50 pm

    siap ada tips tu..terbaik la bro

    Reply
  6. onlajer says

    October 2, 2014 at 6:49 pm

    nampak nak up kan lagi lah entri ini kasi ingat kat dia orang dah daftar sila buat kerja

    Reply
  7. suri says

    October 3, 2014 at 10:09 am

    kita buat ada sahaja habuan jaganlah bagi alasan 🙂

    Reply
    • sabree hussin says

      October 3, 2014 at 7:08 pm

      Ha’a buat je. In Shaa Allah ada habuan nya. Yang penting sanggup nak buat kerja

      Reply
  8. Aisyah says

    October 13, 2014 at 2:36 am

    pernah try fiver.. kalau rajin.. income boleh tahan laa jugak.. hihihi

    Reply
    • sabree hussin says

      October 13, 2014 at 4:42 pm

      Tahniah. Fiver ni saya lagi banyak beli servis berbanding jual servis.

      Reply
  9. Miracle Vitamins says

    October 23, 2014 at 9:13 am

    Tahniah sebab berjaya buat job hanya dari rumah sahaja.

    Reply
    • sabree hussin says

      October 23, 2014 at 9:16 pm

      Terima kasih. Saya pasti semua orang boleh jika sanggup mencuba

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda
  • Senarai Complaint dari tetamu kepada pemilik bisnes homestay

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in