UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Review Penuh Program Bekerja Dari Rumah Oleh Jobdirumah

September 10, 2014 by sabree hussin 19 Comments

Ada tak pelawat dan pembaca blog ini yang baru pertama kali dengar tentang program bekerja dari rumah yang dikelolakan oleh laman web jobdirumah?

Rujuk: Halaman Utama Jobdirumah

Sebenarnya artikel review seperti ini pernah saya terbitkan sebelum ini. Namun atas sebab isu teknikal, artikel tersebut telah hilang dan sekarang ni saya terpaksa tulis semula. Saya ingatkan ramai orang dah tahu tentang program jobdirumah ni, almaklumlah ini bukannya program yang baru diperkenalkan.

Boleh kata dah agak lama jugak.

Namun, ada masa-masa tertentu, saya terima juga persoalan seperti

Betul ke program jobdirumah ni boleh buat duit?

Betul ke jobdirumah ni tak menipu?

Kita yang nak buat duit, tetapi kenapa kita pulak yang kena bayar yuran RM50

Soalan-soalan ni semua timbul berpunca daripada satu sebab sahaja kebiasaannya. Anda tak baca dengan teliti laman web jobdirumah dari mula sampai habis!

buat_duit_dengan_jobdirumah

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka rasa susah nak luangkan masa dalam 5 – 10 minit untuk fahamkan betul-betul apa sebenarnya yang ditawarkan oleh laman web ni. Tak apalah, mana tahu lepas anda baca artikel yang saya tulis ni, lepas ni anda akan lebih faham apa sebenarnya program jobdirumah ni.

Ringkasnya, laman web jobdirumah sebenarnya menawarkan panduan bagaimana untuk menjadi pekerja bebas atau freelancer yang boleh bekerja hanya dari rumah.

Walaubagaimanapun, untuk memudahkan anda bekerja sendiri kelak, anda juga perlu ikut syarat-syarat yang ditetapkan iaitu

review_dan_panduan_buat_duit_jobdirumah

Saya pasti anda tak ada masalah dengan syarat dan kelayakkan yang ditetapkan. Sebenarnya, ini semua adalah minimum kriteria yang diperlukan oleh mana-mana majikan sebelum mereka setuju nak ambik kita bekerja dengan mereka.

Jadi, sekiranya anda menepati kriteria yang diperlukan, maka tidak syak lagi, anda sememangnya layak untuk bekerja dari rumah menerusi platform jobdirumah.

*

Bentuk-bentuk dan jenis pekerjaan yang akan ditawarkan

Bila kita join program Jobdirumah ni, dah tentulah kita nak dapatkan kerja, setuju?

Tetapi, kalau niat anda join jobdirumah hanya untuk suka-suka, dan tak serius nak bekerja, lebih baik anda STOP sekarang. Tak perlu susah payah nak keluarkan RM50 untuk tujuan pendaftaran.

Saya tak nak anda buat pelaburan yang sia-sia dan tak mendatangkan hasil, jika anda hanya buat bayaran tetapi bila sampai masa kena buat kerja, anda MALAS.

Suka untuk saya ingatkan, kerja-kerja yang terdapat dalam program ini, bukannya mudah-mudah semuanya. Ia datang dalam pelbagai bentuk.

Ada yang mudah dan ada juga yang susah. Ada yang senang faham, dan ada juga yang memerlukan anda untuk sentiasa berhubung dengan majikan untuk dapatkan spesifikasi dan info mengenai job dengan lebih mendalam.

Menerusi platform jobdirumah ni juga, anda akan pelajari 3 jenis opsyen pekerjaan yang anda boleh pilih.

Option pertama: Online Freelancing Marketplace

Anda akan diajar cara untuk membuka akaun sebagai pekerja atau freelancer di beberapa laman web yang dicadangkan.

review_jobdirumah_buat_duit

Sekurang-kurangnya terdapat 4 laman web yang anda boleh sertai.

Di laman web itu nanti anda akan dapat lihat terdapat banyak majikan, yang ada sesetengahnya turut dikenali dengan nama advertiser akan mengiklankan job atau kerja kosong yang mereka tawarkan.

Kerja adalah pelbagai. Dari semudah-mudah kerja, iaitu data entry hinggalah ke peringkat yang lebih mencabar seperti membina website untuk klien (majikan) dan programming.

Lagi susah sesuatu pekerjaan, maka lagi besarlah bayaran yang anda akan terima. Bayaran pula adalah dalam matawang USD.

Anda nak tahu apa laman web yang anda perlu daftar?

Rahsia. Kecuali jika anda dapatkan Panduan Jobdirumah ini sekarang.

Option Kedua: Micro Tasking Marketplace

Konsep pekerjaan ini tak jauh beza dengan opsyen yang pertama.

Beza yang ketara ialah dari segi job yang di tawarkan. Biasanya, job yang ditawarkan adalah lebih mudah dan boleh diselesaikan dalam masa kurang daripada 10 minit.

Selain itu, dari segi upah, ia juga lebih murah.

Salah satu laman web yang saya sendiri pernah cuba ialah laman web microworkers.

review_jobdirumah_microworkers

Sebelum saya sertai program jobdirumah, saya pun tak pernah tahu kewujudan laman web macam ni. Alhamdulilah, lepas saya join baru saya tahu, ada banyak lagi laman web seperti ini yang boleh saya sertai dan buat duit dengannya.

Anda nak tengok contoh-contoh kerja yang ditawarkan?

review_jobdirumah_senarai_kerja

Seperti yang anda boleh lihat, incomenya hanyalah dalam bentuk sen-sen sahaja.

Memang padan dengan jenis job yang kita perlu lakukan. Semuanya senang-senang dan hanya perlu luangkan sekitar 5 – 10 minit untuk siapkan satu tugasan.

Anda nak tahu lain-lain laman web yang anda boleh sertai? Dapatkan Panduan Jobdirumah dulu.

Option 3: Micro Jobs Marketplace

Dalam option pertama dan kedua, anda perlu membuka akaun sebagai pekerja bebas (freelancer) dan memohon kerja-kerja yang diiklankan disitu.

Akan tetapi, untuk jenis pekerjaan yang ketiga ini, anda yang akan tawarkan kemahiran anda untuk ‘dibeli’ oleh majikan. Dalam peringkat ini, ia lebih sesuai untuk mereka yang memang dah berpengalaman membuat kerja-kerja dari rumah.

Anda tak ada idea nak tawarkan servis apa?

Sebenarnya anda boleh tiru sahaja konsep kerja seperti yang anda boleh lihat di opsyen pertama dan kedua. Kalau anda ada kemahiran menulis, anda boleh tawarkan servis review produk.

review_jobdirumah_review_artikel

Kalau anda ada kemahiran design pun boleh tawarkan servis yang berkaitan dengan kemahiran anda.

Asalkan kemahiran dan servis yang anda tawarkan itu mempunyai nilai dan diperlukan oleh advertiser, In Shaa Allah anda pasti boleh buat duit.

Sekarang ni, kat Malaysia pun sedang popular laman web seperti ini. Salah satu yang saya turut sertai ialah Advertorial.MY

**

Selepas anda membuat pembayaran sebanyak RM50 kepada pihak Jobdirumah, anda akan dapat lagi banyak info-info berguna untuk memudahkan anda bekerja dari rumah.

Mungkin masih ada lagi yang tak faham-faham, kenapa perlu bayar RM50 sedangkan nak bekerja dari rumah ini patutnya andalah yang menerima bayaran. Biar saya jelaskan…

Pada awalnya, ramai orang tak tahu macam mana nak dapatkan maklumat yang tepat tentang bagaimana nak bekerja fulltime hanya dari rumah. Nak tanya orang yang memang bekerja dari rumah, susah pulak… sebabnya, orang macam ni memang susah kita nak kenal.

Disebabkan info tentang peluang bekerja dari rumah yang amat kurang, maka ramailah yang akan tersilap buat pilihan. Mereka akan mula mendaftar di laman-laman web scam yang akhirnya hanya berminat nak menipu mereka yang mudah diperdaya.

Oleh kerana masih ramai yang tak tau peluang bekerja dari rumah seperti ini, maka pihak jobdirumah pun mula menyusun informasi yang berterabur dan tidak teratur yang terdapat di internet dan menghimpunkannya dalam satu platform bagi memudahkan rujukan.

Hari ini, para peserta program Jobdirumah tak perlu lagi bersusah-payah nak google sana sini semata-mata nak cari peluang kerja yang betul-betul boleh dipercayai dan membayar ahlinya. Sebabnya? Pihak jobdirumah telahpun melakukan kerja-kerja research tersebut bagi pihak anda.

Jadi, untuk servis ini, adakah anda masih rasa yang pihak jobdirumah tak patut mengenakan sebarang yuran komitmen?

Kalau anda sangka, kerja-kerja menyusun dan mengemaskini informasi ini adalah suatu kerja yang mudah, bermakna anda memang dah silap besar.

Kalau saya berada dipihak Jobdirumah pun, saya akan kenakan bayaran. Ingat apa? Senang-senang nak kongsikan rahsia dan lubuk buat duit ni secara percuma je? Benda percuma ni ramai orang tak akan hargai.

***

Apa lagi yang ditawarkan oleh Jobdirumah selain informasi majikan?

Ada banyak sebenarnya. Antaranya ialah

1. Tips dan panduan menulis online resume bagi rujukan bakal majikan

2. Senarai test yang anda perlu ambil untuk menguatkan lagi profile anda

3. Cara nak meletakkan harga bagi perkhidmatan anda

4. Bagaimana mengelakkan daripada ditipu oleh majikan yang tak jujur

5. Tips untuk memudahkan anda dapat kerja

… dan banyak lagi.

Satu yang paling best, jobdirumah juga ada sediakan satu pautan ke laman web yang boleh anda gunakan untuk praktis kerja-kerja menaip.

Ini contohnya

review_jobdirumah_latihan_menaip

Latihan menaip ini penting untuk sesetengah job yang memerlukan kepantasan menaip sebagai salah satu job requirement dia.

Jadi, apa tunggu lagi? Anda dah sedia nak mulakan kerja pertama anda menerusi platform Jobdirumah?

Buat pendaftaran di laman web jobdirumah sekarang.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Pengalaman Bekerja Dari Rumah Menerusi Jobdirumah
  2. Bekerja Dari Rumah Atau Berniaga Dari Rumah?
  3. Kerja Kosong Dari Rumah Di Jobdirumah
  4. Komen Saya Tentang Program jobdirumah

Filed Under: Review Tagged With: bekerja dari rumah dengan jobdirumah, review laman web jobdirumah

Comments

  1. RedLinda says

    September 10, 2014 at 4:31 pm

    kdg2 sy perhati jugak job dari rumah ni, bila ada statement kata byrn yuran dikenakan, terus sy pangkah website tu.huhu. kiranya, first impression saya (x baca smpai habis pun iklan) kalau nmpak je kerja macam ni, kena dahulukan byrn, mcm pelik plak. hehe..

    Reply
    • sabree hussin says

      September 11, 2014 at 1:20 am

      First impression tu pun memainkan peranan jugak dalam sesuatu iklan ๐Ÿ™‚ Kena tengok juga bayaran tu sebenarnya untuk apa. Macam kita pergi shopping jugak… bila kita kena bayar sesuatu, kita kena tahu apa benda yang kita bayar sebenarnya.

      Untuk program Jobdirumah ni, kita bayar untuk INFORMASI dan PANDUAN yang pihak JDR sediakan. Kalau nak terus bekerja dan tak perlukan sebarang panduan, tak perlu melalui platform jobdirumah pun boleh.

      Tapi kalau ada masalah, sendiri kena tanggung la.

      Reply
  2. Hafizul says

    September 11, 2014 at 11:47 am

    Yup…kalau betul2 serius, leh cuba jobdirumah ni..terima kasih kongsikan..

    Reply
    • sabree hussin says

      September 11, 2014 at 11:57 am

      Sama-sama bro Hafizul ๐Ÿ™‚ Memang serius nak buat nih. Tu yang join JDR

      Reply
  3. Hairul Hissam says

    September 12, 2014 at 5:22 pm

    mmg popular job di rumah nieee…

    Reply
    • sabree hussin says

      September 14, 2014 at 7:33 pm

      Jobdirumah ni memang dah terkenal sangat dah ni

      Reply
  4. aishah ahmad says

    September 15, 2014 at 4:04 pm

    Macam macam peluang biz sekarang.dh x payah keluar kerja tp kene betul2 jaga disiplin le,kalau tak,ke laut perginya

    Reply
  5. Abdfatah says

    September 30, 2014 at 9:12 am

    Mula2 tahu pasal jobdirumah dkt blog titan. Entah apo kebenda jobdirumah. Menariknya pasal affiliatenya. Jobdirumah nak kena byr? Hahaha.. Awal2 lagi taknak beli.. Rerupanya langkah demi langkah dan tips utk buat kerja dari rumah. Kalu takder panduan tersebut acaner nak buat jobdirumah…?

    Reply
  6. Azrul says

    November 30, 2014 at 3:40 pm

    bro, saya dah daftar dan membuat pembayaran…sekarang dh lebih 1 minggu, still tak dapat username & password utk login, kata amik 3 hari bekerja… mcm mna ye?

    Reply
    • sabree hussin says

      November 30, 2014 at 7:30 pm

      Bro Azrul dah contact pihak Jobdirumah ke belum?

      Reply
  7. Sani says

    August 3, 2015 at 6:57 am

    Ooo rupanya banyak juga site-site yang menawarkan job macam JDR ni ya tuan Sabree…Nak buat jugalah….

    Reply

Trackbacks

  1. Komen Saya Tentang Program jobdirumah says:
    September 29, 2014 at 11:20 pm

    […] Klik sini untuk membaca review penuh mengenai program bekerja dari rumah oleh jobdirumah. […]

    Reply
  2. 7 Sebab Kenapa Anda Perlukan Perkhidmatan Dari Jobdirumah says:
    October 3, 2014 at 12:18 am

    […] buatkan saya terfikir tentang program latihan Jobdirumah yang pernah saya war-warkan dalam blog ini sebelum ini. Saya terfikir satu perkara ni, dan MUNGKIN […]

    Reply
  3. Nasihat PENTING Jika Anda Serius Berblogging says:
    October 15, 2014 at 1:48 pm

    […] sahaja saya terima beberapa minit sebelum post ini saya tulis. Ini adalah komisyen untuk produk Panduan Jobdirumah. Panduan ini saya promosikan hanya menerusi blog […]

    Reply
  4. Panduan Buat Duit Dengan Program Affiliate says:
    October 17, 2014 at 12:25 pm

    […] daripada salah satu produk yang saya promosikan iaitu Panduan Jobdirumah. Saya hanya perlu hasilkan artikel review jobdirumah sekali sahaja, dan seterusnya saya biarkan artikel tersebut terus dibaca oleh pelawat yang datang […]

    Reply
  5. jobdirumah, review jobdirumah, buat duit jobdirumah, jobdirumah tipu, says:
    October 22, 2014 at 2:24 am

    […] saya perhatikan, masih ramai lagi yang salah faham tentang program Panduan Jobdirumah […]

    Reply
  6. Harga Petrol TERBARU bermula 1 Julai 2015 says:
    July 1, 2015 at 4:51 pm

    […] 1. Saya akan dapat lagi banyak komisyen dari Program Jobdirumah […]

    Reply
  7. Jobdirumah: Review Program Latihan Bekerja Dari Rumah (Lengkap & Komprehensif) says:
    July 8, 2015 at 12:39 pm

    […] Baca juga review saya sebelum ini berjudul Review Jobdirumah. […]

    Reply
  8. Berapakah bayaran yang munasabah untuk dapatkan servis Advertorial? says:
    August 23, 2016 at 6:16 pm

    […] Jobdirumah dan ianya disiarkan pada tahun 2014. Ia telah dioptimasikan dengan kata kunci “jobdirumah review“ dan Alhamdulillah, berjaya masuk ke page pertama dan masih lagi menghadiahkan saya komisyen […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in