Artikel review untuk produk Panduan Jobdirumah nampaknya masih belum berjaya memasuki kedudukan yang cemerlang di Search Engine Google.
Baru tadi saya semak, dan buat masa ini, artikel review jobdirumah yang pernah saya hasilkan dan siarkan dalam blog ini masih lagi tercampak di kedudukan yang kurang memberangsangkan. Seperti yang anda boleh lihat pada screenshot dibawah
Pada waktu catatan ini dibuat, usia artikel review yang saya hasilkan telah masuk hari yang keenam. Sepanjang 6 hari ni, artikel tersebut hanya mampu untuk menduduki muka surat empat laman carian google.com untuk carian keyword “review jobdirumah”
Ini bukanlah satu kedudukan yang cukup membanggakan.
Siapa yang nak baca artikel di page keempat google?
Saya sendiri pun tak akan baca, dan selalunya keutamaan akan diberikan pada artikel di muka surat pertama google sahaja.
Kalau masih belum puas hati, barulah saya akan mula rujuk muka surat kedua google.
Jarang sekali saya meluaskan carian hingga ke muka surat ketiga. Inikan pula muka surat keempat? Memang saya tak akan peduli apa hasil carian yang berada di page ketiga, keempat dan seterusnya.
Inilah permainan Search Engine Optimization ataupun lebih popular dengan istilah SEO. Sebagai pemilik blog, kami perlu memastikan artikel yang kami hasilkan disukai oleh laman carian seperti google.
Bila google suka pada artikel yang kita hasilkan, maka hasilnya pihak google akan berikan kedudukan yang baik bagi artikel yang kita hasilkan. Ada beberapa peraturan penting yang perlu dilakukan bagi memastikan apa yang kita target tu mencapai sasaran.
Jika hingga ke saat ini masih lagi tak berjaya masuk ke page pertama google, ini bermakna kita kena spy apa dia laman web yang berada di page pertama google.
Ini pula adalah hasilnya
Hasil carian seperti diatas adalah result bagi kata kunci “review jobdirumah“. Carian ini saya lakukan pada sekitar jam 12 malam, 15 Sept 2014.
Kemudian, saya ada buat satu lagi artikel di blogspot sebagai artikel backup dengan tujuan nak boost kedudukan artikel review yang saya hasilkan di search engine.
Berikut pula adalah keputusan carian bagi kata kunci yang sama selepas kira-kira 12 jam, iaitu “review jobdirumah”
Ya.
Dah masuk ke page pertama dan berada di ranking kedua pulak tu.
Walaupun bukan link ke laman web saya, (tetapi link ke akaun google+) setidak-tidaknya ada artikel review yang saya hasilkan berjaya masuk ke page pertama google.
Ini bermakna, untuk mendapatkan kedudukan yang baik di search engine google, kita tak seharusnya memandang rendah fungsi yang dimainkan oleh laman web google+
Ia TERBUKTI memang membantu penulis blog untuk menyenaraikan artikel yang dihasilkan di kedudukan yang baik di laman carian google.
Adakah anda rasa apa yang saya cerita ni sesuatu yang merumitkan dan anda inginkan bahan bacaan yang lebih ringan?
Kalau begitu apa kata anda muat turun Kitab SEO Merah Jambu ni.
*
Saya ada menawarkan servis review produk, servis atau apa sahaja yang anda perlukan review.
Bukan sekadar review, tetapi pada masa yang sama, saya juga akan promosikan artikel tersebut sehingga ia masuk ke page pertama google.
Salah satu caranya adalah dengan peranan artikel back up macam yang anda boleh lihat pada screenshot sebelum ini.
Artikel backup itu PERCUMA sahaja jika anda ingin dapatkan servis review dari saya.
Ok la… nak teruskan buat kerja-kerja promosi. Banyak lagi benda nak kena buat ni untuk dominasi muka surat pertama laman web google ni.
Hafizul says
Wah-wah..tahniah bro..semoga lagi cemerlang ekk..hehe
sabree hussin says
Tengah nak kejar artikel review dari blog pondokkecil ni
myrujukan says
tapi bro, kalau gunakan Firefox result keputusan x sama bro
sabree hussin says
Tu result dari Firefox la tu
ieta mat saad says
Dah ada ebook ni tapi belum jugak khatam2 lagi. hehe…
Hilmi Hasan says
Page 4 pada hari ke-6 tu kalu utk kes saya dah cukup bagus tu huhu. Tapi tang backup artikel with Google+ tu yg menarik tu.
encikarman says
g plus tu bukan kat page atau komuniti kan?
Manan Qayyim says
nak kena hadam betul ilmu SEO ni…
bro, hebat jugak la…
aishah ahmad says
Artikel backup….tak berapa paham lagi ni.
Abdfatah says
Wah.. Menarik. Tarik backlink byk2 dkt forum2. Komen2 dgn keyword dkt blog2 dofollow. Pastu artikel backup dah tentunya kena hantar utk mendptkan liputan backlink tambahan.. Tak gitu?
Abdfatah says
Wah.. Menarik. Tarik backlink byk2 dkt forum2. Komen2 dgn keyword dkt blog2 dofollow. Pastu artikel backup dah tentunya kena hantar utk mendptkan liputan backlink tambahan.. Tak gitu? Eh ebook bantuan tambahan teknik seo merah jambu kan hadooo.. Hehe
encik cermin says
Mantap bro ..kedudukan serp apepun ia akan berubah dari semasa ke semasa. Dari itu juga nak kena tanam link. Persaingan dari beberapa blogger yang lain pasti akan berusaha untuk perbaiki ranking.
sabree hussin says
Betul tu, kedudukan dia akan sentiasa berubahh-ubah. Asalkan dapat maintain dekat page pertama google itu dah cukup baik. Nanti-nanti tambah lagi kekuatan SERP