Jika perniagaan yang anda jalankan tidak dapat ditemui oleh bakal pelanggan anda secara online, bermakna perniagaan anda TIDAK WUJUD.
Bagaimana proses pencarian maklumat dilakukan pada era internet?
Google. Yahoo. Bing!
Facebook?
Erm… mungkin ada jugak yang guna Facebook. Itupun sekadar nak bertanya pada rakan-rakan yang berada dalam friendlist. (Selalunya kalau saya cari info di FB, alamatnya memang makan masa berjam-jam lamanya baru dapat temui apa yang saya cari)
Cara paling cepat sekali ialah guna perkhidmatan enjin carian. Google dah semestinya.
Terus terang saya katakan, zaman sekarang ini, saya sendiri banyak bergantung pada servis google untuk mencari maklumat.
Sama ada untuk tujuan mencari info tentang lokasi pelancongan, tempat penginapan, kereta sewa dan sebagainya.
Macam contoh yang saya tunjukkan menerusi screenshot diatas itu ialah hasil carian bagi pengguna yang mungkin berminat untuk dapatkan servis autoresponder percuma Emelmatik.
Boleh kata hampir mustahil untuk catatan yang saya hasilkan itu tidak dibaca oleh bakal pengguna yang berkemungkinan sedang mencari autoresponder percuma terbaik untuk digunakan dalam kerja-kerja pemasaran.
Apa yang akan berlaku seterusnya selepas pengguna internet tersebut membaca review yang saya hasilkan?
Beli.
Ataupun tidak beli.
Biasanya ada dua kemungkinan. Di antara dua kemungkinan yang mungkin akan terjadi tu, orang yang sama ini mungkin akan call, atau email pemilik produk untuk bertanyakan tentang produk atau untuk dapatkan info lebih lanjut.
Standard la… dalam 10 pelanggan yang walk in ke dalam premis perniagaan kita, adakah semua orang akan membuat pembelian?
… kan belum tentu.
Apa yang pasti, selagi bisnes anda mudah ditemui secara online, anda akan terus-terusan mendapat prospek. Mungkin untuk setahun akan datang, dua tahun atau selama mana artikel promosi tersebut masih wujud di internet.
Inilah dia sebahagian daripada kerja-kerja yang kita lakukan sebagai penulis blog.
Kita bukan menulis blog suka-suka dan tanpa tujuan. Adakalanya kita juga menulis mengenai sesuatu perniagaan supaya pada masa yang sama, sesuatu perniagaan tersebut akan terus dikenali dan akan terus menerima bakal pelanggan yang berkualiti.
Anda nak kami tulis mengenai perniagaan yang anda sedang jalankan sekarang? Oh pastikan anda mempunyai bajet yang sepatutnya.
Jika anda dah sedia untuk dapatkan servis dari kami para penulis blog, anda boleh dapatkan info selanjutnya di laman web Advertorial.MY
Memanglah tak ada jaminan anda akan dapat sales yang kencang dan menderu-deru selepas anda menggunakan perkhidmatan dari penulis blog, tetapi apa yang pasti, selepas ini bisnes anda akan dapat lebih liputan dan publisiti yang lebih meluas.
Tak percaya?
Cuba dulu baru tau.
Baca juga pengalaman saya menggunakan servis platform Advertorial.MY
sekarang ni begitu ramai orang yang guna internet..makcik makcik pun dah pandai google..rugi rasanya kalau tak promosikan perniagaan di search engine
Kalau nak promosikan, mereka ni “terpaksa” bersaing dengan kita, warga blogger keh3
betul2 dunia dihujung jari…dr google..google jer…
Google je senang
Kalau ada orang nak marketkan perniagaan dia, saya cadangkan gunakan servis review SabreeHussin supaya pengiklanan itu lebih berkesan kerana berada di Google.
Terima kasih bro Amirul untuk recommendation tu … Terharu ๐
Uih kuat juga keyword tu ya. Reviu yang baik akan bagi reputasi baik kepada mana-mana bisnes.
Keyword tu kuat, dari segi persaingan je masih boleh tahan
emelmatik tu ramai jugak blogger guna.. menarik2..
zaman sekarang segalanya dihujung jari. memang penting onlinekan perniagaan anda.
Penting ๐ sekarang dah kurang orang semak kat Yellow Pages atau semak dengan operator
Sayang la kan kalau betul2 tak masuk dalam page google ni..banyak kerugiannya..hehe