“Saya nak try Jobdirumah, tapi masih was-was. Macam mana ya? Ada sesiapa yang boleh bantu saya? Saya juga nak tau, sama ada jobdirumah ni ok ke tak? Kalau ada sesiapa yang pernah try benda ni, boleh tolong guide saya? Saya takut kena scam atau terjoin program yang menipu!”
Lalu saya pun terus ke laman web search engine google dan mula menaip kata kunci “jobdirumah scam” di ruangan carian. Saya nak lihat, kalau-kalau ada sebarang feedback, catatan mahupun perkongsian dari mana-mana individu yang pernah kena tipu dengan jobdirumah.
Saya teliti satu per satu laman-laman web yang membincangkan tentang topik ini. Perkara pertama yang saya buat, saya eliminate ataupun singkirkan mana-mana laman web milik blogger yang saya kenali. Sebabnya saya tahu, para blogger ini sebenarnya bukannya sedang membincangkan tentang sama ada jobdirumah ni scam ataupun tidak, sebaliknya mereka sedang berusaha mempromosikan program jobdirumah dengan memanipulasikan kata kunci “jobdirumah scam” itu tadi.
Seterusnya, carian saya telah membawa saya ke laman web berkonsepkan forum, yang mana menerusi laman web ini, pengguna forum itu sendiri akan berbincang sesama ahli bagi mengetahui sama ada sesuatu program itu scam atau tidak.
Jadi, bagi merungkai misteri bagi persoalan sama ada “jobdirumah ni scam atau tidak” saya telah pun meringkaskan dan menyenarai pendek beberapa persoalan yang sering bermain dalam fikiran mereka-mereka yang minat nak bekerja dari rumah sama ada secara part time atau full time, namun dalam hati mereka masih ada rasa was-was dan bimbang kalau-kalau kena tipu.
Jom kita lihat kenapa ada yang kata jobdirumah adalah program scam?
1. Panduan, manual, tutorial dan video adalah dalam Bahasa Melayu, tetapi pekerjaan yang ditawarkan hampir semuanya dalam Bahasa Inggeris!
Ada yang menggunakan poin pertama ini untuk melabel jobdirumah sebagai program scam. Adakah semudah itu untuk menjatuhkan hukum sama ada sesuatu program itu adalah program scam ataupun tidak.
Apa masalahnya dengan Bahasa Melayu? Satu masa dulu, ketika anda baru pertama kali belajar bahasa Inggeris di sekolah, adakah cikgu anda mengajar anda terus menggunakan Bahasa Inggeris atau guna Bahasa Melayu? Saya masih ingat lagi, cikgu Bahasa Inggeris saya mengajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu. Masa itu saya masih bersekolah di sekolah rendah.
Pada awal-awal lagi pihak Jobdirumah telahpun meletakkan syarat untuk para pesertanya
1. Boleh menulis, membaca dan faham Bahasa Inggeris
2. Menggunakan komputer dan internet dengan baik
3. Mempunyai komputer atau laptop sendiri
4. Mempunyai akses ke talian internet di rumah
Syarat pertama lagi dah diletakkan kena pandai menulis, membaca dan faham Bahasa Inggeris. Itu syarat UTAMA untuk bekerja. Namun, berbeza dengan syarat untuk belajar cara-cara bekerja dari rumah dengan betul.
Dalam situasi ini, pihak Jobdirumah sebagai cikgu yang mengajar kita ilmu untuk bekerja dari rumah, mereka lebih selesa untuk mengajar dalam Bahasa Melayu, maka itu terpulanglah pada pihak yang mengajar. Jika kita tak suka nak belajar dalam bahasa Melayu, anda boleh belajar tentang topik bekerja dari rumah dari sumber-sumber lain yang terdapat di internet.
2. Pekerjaan yang ditawarkan kebanyakkannya mudah-mudah belaka
Betul ke pekerjaan yang ditawarkan ni mudah-mudah belaka? Untuk menjawab persoalan ini, saya pernah menghasilkan sebuah perkongsian yang menjawab tentang perkara ini.
Klik: Senarai kerja part time online yang anda boleh lakukan dari keselesaan rumah anda
Secara umumnya, dalam post tersebut saya ada ceritakan antara jenis-jenis pekerjaan yang anda boleh lakukan hanya dari rumah. Berkenaan dengan SENANG ataupun susah, sebenarnya ia agak subjektif.
Susah atau SENANG sesuatu pekerjaan tu sebenarnya bergantung pada skil dan penguasaan kemahiran tertentu bagi seseorang individu. Sebagai contoh, kerja dalam bidang data entry memang MUDAH. Namun, untuk mereka yang buta IT atau yang baru belajar cara-cara menggunakan komputer, kerja seperti ini akan jadi sangat susah untuk mereka.
Anda lebih kenal dan faham diri anda. Jadi, anda pilihlah mana-mana kerja yang anda rasakan senang untuk diri anda dan sesuai untuk anda lakukan nanti.
Walaubagaimanapun, suka untuk saya kongsikan disini, bukan anda seorang sahaja yang akan apply kerja-kerja dalam kategori senang ni. Kerja yang SENANG ni pun akan ada baaaanyak persaingan! Memang frust, bila kita jumpa satu kerja yang senang, tapi susah pulak nak dapat disebabkan oleh banyaknya persaingan.
3. Bayaran upah bagi setiap pekerjaan yang ditawarkan sangat lumayan dan mampu buatkan anda kaya cepat
Ayat ini kurang tepat sebenarnya. Bayaran upah sebenarnya adalah bergantung kepada jenis pekerjaan yang kita perlu lakukan. Apa yang pasti, bayaran upah yang akan kita terima adalah setara dengan kemahiran yang diperlukan untuk menyiapkan sesebuah pekerjaan.
Contohnya, bayaran upah untuk kerja-kerja data entry selalunya lebih MURAH berbanding bayaran upah untuk kerja-kerja pengaturcaraan komputer ataupun programming.
Ini normal lah. Kerja-kerja programming itu sendiri lebih susah dan lebih rumit berbanding kerja-kerja memasukkan data. Sudah tentu kerja yang sukar akan dibayar lebih.
Cuma kat sini, kita untung sebab adanya perbezaan kadar tukaran matawang. Memandangkan kebanyakkan majikan kita adalah dari luar negara, dan bayaran dalam matawang USD, maka bayaran sebanyak USD50 pun kita dah rasa ia cukup besar.
Kalau kita convert kepada matawang kita, nilainya adalah sekitar RM200++ Banyak, kan?
4. Semua pekerjaan boleh dilakukan hanya dari rumah?
Terpulang pada anda. Nak buat kat rumah boleh, atau kalau nak buat kat cyber cafe, library dan mana-mana tempat yang ada komputer dan internet ia boleh dilakukan.
Majikan tak minat nak tau kat mana anda akan buat kerja tu. Apa yang majikan tu mahukan ialah, anda boleh siapkan kerja yang dimahukan on time atau lebih awal dari itu.
5. Anda tak perlu jual barang, promosi produk mahupun sertai MLM untuk dapat bayaran
Ini memang betul.
Bila kita kata anda akan bekerja dari rumah, maksudnya anda kena buat kerja. Bukannya kena berniaga. Atas ni adalah contoh profile saya.
Sebelahnya pula adalah senarai kerja yang ditawarkan pada saya. Tak ada satu pun pekerjaan yang menyuruh saya untuk jual barang baru saya layak untuk dapat bayaran. Semuanya menyuruh saya untuk menyiapkan suatu tugasan tertentu, dan kemudian barulah saya akan menerima bayaran.
6. Kenapa kena bayar sedangkan anda yang mahukan pekerjaan! Sepatutnya andalah yang dibayar
Ini adalah POIN yang paling kerap dibangkitkan. Mungkin juga ini adalah Poin yang paling popular sekali.
Bayaran yang anda perlu lakukan kepada jobdirumah adalah untuk mendapatkan akses bagi manual, tutorial dan video-video pembelajaran tentang cara dan selok belok bekerja dari rumah. Sebagai nilai tambah, anda juga akan menerima emel notifikasi setiap hari untuk memberitahu anda senarai kerja yang ada kekosongan. Itu sahaja.
Bisnes pihak jobdirumah ialah menjual panduan dan tutorial. Itu yang anda perlu faham.
7. Kenapa tak tolak sahaja dari bayaran upah yang bakal saya terima nanti?
Anda tidak akan bekerja dengan pihak Jobdirumah ataupun dengan syarikat Kliks Solution. Sebaliknya anda akan bekerja secara terus dengan mana-mana majikan pilihan anda dari seluruh dunia.
Dari segi pembayaran upah pula, majikan anda yang akan membayar terus kepada anda tanpa melalui pihak jobdirumah. Jadi, bagaimana pihak jobdirumah nak tolak bayaran upah tersebut, sedangkan apabila anda dah mula bekerja kelak, anda tak akan melalui jobdirumah langsung.
Bukan itu sahaja, pihak jobdirumah juga tak akan tanya berapa banyak upah yang anda terima dari majikan. Semuanya terpulang pada anda, bagaimana nak deal dengan majikan. Cuma diperingkat awal, bagi mereka yang langsung tak ada pengalaman, bagaimana nak berurusan dengan majikan, pihak jobdirumah akan berikan bantuan dari segi manual, tutorial dan video penerangan.
Satu lagi perkara yang ramai orang terlepas pandang sebelum menyuarakan pendapat “kenapa tak tolak sahaja dari bayaran upah yang bakal diterima” ialah hakikat bagi persoalan ini…
“Sebenarnya, bilakah agaknya anda akan mula bekerja atau akan mula melakukan tugasan pertama anda?”
Nobody knows.
Kalau tanya pada anda, bila anda nak mula bekerja? Besar kemungkinan anda akan kata… “erm.. tak tau lagi lah. Tunggu free nanti lah, sekarang I tak free…”
Masalahnya ialah, sampai bila-bila anda tak akan free. Saya dah jumpa ramai yang masih belum pernah buat sebarang job dari rumah, sebabnya? Mereka masih tak free, tak ada masa, dan belum sempat. Yang belum habis baca panduan dan tonton video pun raaaaaaamai!
Jadi, daripada kita nak tunggu orang-orang macam ni buat kerja mereka yang pertama, kemudian baru kita nak tolak sebahagian daripada duit upah yang mereka terima sebagai yuran kerana mendapatkan latihan dari pihak Jobdirumah, lebih baik kita jual je panduan kepada mereka. Bila mereka nak tonton, nak study, nak praktik, ikut suka dia la.
Faham dah?
8. Jobdirumah ni sebenarnya tempat apa? Apa fungsi jobdirumah ni sebenarnya?
Ringkasnya… Jobdirumah ni tempat orang yang nak belajar cara-cara bekerja dari rumah sebagai seorang pekerja bebas atau seorang freelancer.
Anda tak akan bekerja dengan jobdirumah, sebaliknya anda akan bekerja di job marketplace seperti Upwork. Untuk mereka yang memang zero dan tak tau macam mana cara kerja di upwork dan cara kerja sebagai seorang freelancer, maka kat sini panduan yang dibekalkan oleh pihak Jobdirumah akan sangat-sangat membantu.
Dah jelas? Kalau dah jelas cepat daftar dengan Jobdirumah kat sini SEKARANG.
9. Lumayan ke kalau jadi ejen affiliate untuk program jobdirumah?
Khusus untuk mereka yang suka bekerja dalam bidang jualan. Jika anda memilih untuk menjadi ejen affiliate bagi Jobdirumah, komisyennya adalah RM25 untuk setiap jualan.
Anda rasa RM25 tu mahal ke murah? Lumayan atau tak? Kalau saya, RM25 ni adalah kos untuk makan malam satu famili.
10. Patut ke saya join jobdirumah?
Kalau anda nak bekerja dari rumah sebagai seorang freelancer tetapi masih tak ada pengalaman dan tak tau bagaimana caranya, maka anda patut join Jobdirumah.
Kalau anda hanya berminat nak jadi ejen affiliate, maka anda memang patut join jobdirumah. Supaya anda tahu, apa sebenarnya yang sedang anda promosikan.
Kalau anda masih tak ada hala tuju, dan masih tak ada sebarang target dengan jobdirumah, maka anda kena jawab soalan ini “apa aku nak dengan jobdirumah?” dan selepas itu barulah anda akan temui jawapan sama ada patut atau tidak untuk anda join jobdirumah.
.
..
…
Baiklah, saya harap penerangan ringkas saya ni jelas dan dapat menjawab persoalan anda berhubung perkara scam atau tidak jobdirumah ni.
Saranan saya, anda bacalah ulang-ulang kali laman web utama jobdirumah ni, kemudian kalau masih tak faham, anda baca pula post saya ni ulang-ulang kali. In Shaa Allah, lepas ni semuanya akan jadi lebih jelas.
Semoga bermanfaat. Wallahua’lam
Ikram munshi says
Apa update terbaru psl JDR? Klu tgk scamadviser.com, score JDR is zero. maknanya mmg sah2 scam. Klu ikut scamadviser la.
sabree hussin says
Oh ye ke… saya tak pernah dengar pasal web scamadviser.
AJ says
Assalam,
Saya AJ. berapakah bayaran yg di charged oleh pihak jobdirumah dan adakah charge ini berkala atau one off?