Sebelum saya mula menulis artikel ni, saya sempat log in ke member area akaun Tone Excel saya. Saya lihat angka-angka yang terdapat disitu. Kemudian saya terfikir untuk lihat, bilakah sebenarnya tarikh mula-mula saya join Tone Excel?
24 March 2013. Bermakna tahun 2016 ini adalah tahun ketiga saya bersama Tone Excel! Boleh dikatakan agak lama saya menjadi pengguna dan juga promoter simkad ini.
Dulu saya pernah dengar, dari seseorang yang berpengaruh, yang juga ahli lama dalam Tone Excel, kata beliau
“Bila kita buat Tone Excel ni, income kita akan makin naik, makin naik, makin naik…”
Serius memang teruja bila dengar dia kata macam tu. Jadi saya pun nak buktikan, apa yang dia katakan tu adalah sesuatu yang betul dan bukannya auta. Sebelum nak terima bulat-bulat apa yang diperkatakan, saya buat kajian dan pembacaan beberapa buah buku yang berkisarkan tentang perniagaan berbentuk multi level marketing dan network marketing.
Apa yang dia katakan memang ada asasnya. Ia memang boleh berlaku. Apabila kita buat bisnes ni, kita betul-betul komited memperkenal dan memasarkan simkad ini, dan seterusnya kita berjaya mendapatkan pelanggan (boleh juga dipanggil downline), lalu rangkaian kita mula berkembang, memang apa yang dikatakan income makin meningkat dan terus meningkat akan berlaku.
Walaubagaimanapun, untuk mencapai tahap tersebut, ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Kita perlu sentiasa tambahkan bilangan pengguna baru untuk menjadi pelanggan kita. Bukan itu sahaja, jika kita mahu rangkaian kita berkembang dengan ganasnya, maka kita perlu sediakan modul-modul latihan atau sekurang-kurangnya kena sentiasa berkongsi teknik-teknik pemasaran dengan rangkaian kita, tak kiralah mereka berada di level yang ke berapa.
Bagaimana kaedah promosi yang saya gunakan untuk memasarkan simkad Tone Excel?