Catatan kali ini masih lagi berkisarkan tentang sesi temuduga. Saya harap dengan perkongsian tentang sesi temuduga yang pernah saya siarkan dalam blog ini dapat membantu para calon mendapatkan kerja yang diidam-idamkan selama ini.
Baiklah, kebiasaannya dalam mana-mana sesi temuduga, para calon akan beri perhatian dan mempersiapkan diri dengan memikirkan contoh-contoh soalan yang akan ditanyakan oleh pihak panel penemuduga. Kali ini ini, saya akan kongsikan sedikit info tambahan berkenaan dengan bahasa badan yang perlu anda lakukan supaya sesi temuduga yang bakal anda lalui akan menjadi lebih menarik.
Biasa orang kata, apa yang kita katakan tidaklah begitu penting berbanding cara kita memperkatakan tentang sesuatu perkara. Sebagai panel penemuduga, mereka mempunyai set dan kriteria tertentu yang dijadikan sandaran sebelum menerima mana-mana calon untuk bekerja. Ini bermakna, dalam sesi temuduga ini juga, pihak panel penemuduga perlu kenal pasti, mana satu calon yang betul-betul serius nak bekerja, dengan calon yang banyak menipu dan memberi informasi yang kurang tepat semata-mata untuk dapatkan pekerjaan tersebut.
Dari mana panel penemuduga ini boleh tahu sama ada seseorang calon itu serius atau tidak nak bekerja? … dan bagaimana pula panel penemuduga boleh tahu sama ada jawapan yang diberikan oleh calon adalah betul atau bohong?
“Dari bahasa badan calon tersebut…”
Ini adalah perkara yang saya akan bincangkan dalam artikel ini. Jadi apa kata anda teruskan pembacaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai topik ini.