Pada mulanya saya ingat nak kumpulkan dulu komisen ToneXpress ni dalam akaun ewallet saya. Tapi tiba-tiba ada keperluan yang mendesak pulak yang memaksa saya untuk cepat-cepat keluarkan komisen ini.
Akhirnya pada 24 November lepas, saya terima bayaran komisen dari Program ToneXpress ni.
Satu benda yang saya suka dengan program ToneXpress ni ialah, saya boleh request untuk cash out komisen dari akaun ewallet pada bila-bila masa. Asalkan baki dalam akaun ewallet ada lebih dari RM10, maka saya dah layak untuk melakukan pengeluaran komisen.
Untuk dapatkan RM10 dari program ini pun sebenarnya tidaklah sesukar mana. Hanya perlukan kerajinan untuk lakukan kerja-kerja pemasaran secara aggresif. Tapi kalau marketing pun lembab, malas, memang terpaksa tunggu lamalah baru nampak hasilnya.
Setakat hari ini, jumlah komisen yang saya dah pernah dapat dari ToneXpress semua sekali adalah sebanyak RM780. RM100 yang pertama adalah dalam bentuk simkad Tone Excel yang masih belum diaktifkan. Memandangkan waktu saya join dulu, saya memang dah jadi pengguna simkad Tone Excel, jadi saya dapat simkad yang masih belum diaktifkan.