Saya tergerak hati untuk baca buku berjudul Dia Bukan Lelaki Biasa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditulis oleh Syarafuddin Sulaiman. Saya rasa sepanjang hidup saya, saya hanya mengetahui perihal tentang Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini hanya melalui media arus perdana sahaja.
Sudah tentu, apa yang kita lihat di kaca tv, apa yang kita dengar di radio mahupun apa yang kita baca di surat khabar, bukannya 100% betul.
Kita sedia maklum, bahawa media arus perdana ini dikawal oleh mereka yang menguasai tampuk pemerintahan. Justeru, tak kanlah mereka yang memegang kuasa ini, akan menulis atau menceritakan yang baik-baik perihal tentang Tuan Guru selaku seteru politik mereka.
Sudah tentu jawapannya tidak. Malahan seingat saya, kebanyakkan berita-berita mahupun cerita-cerita yang saya dengari dari sumber media arus perdana ini semuanya biasa-biasa sahaja. Sesekali tuan guru digambarkan sebagai seorang yang anti pembangunan, anti perpaduan, dan tidak mempunyai ketokohan selaku seorang pemimpin.
Sudah tentu semua ini silap sama sekali.
Saya bertuah kerana diberi kesempatan untuk baca buku ini.
Sebenarnya, selepas saya baca buku ini, saya berpandangan sebenarnya kita perlukan lebih ramai pemimpin yang seperti Tuan Guru.
Setidak-tidaknya kita tahu bahawa tuan guru adalah seorang pemimpin yang “bersih”.
Semasa hayatnya, dan semasa zaman pemerintahannya, setidak-tidaknya kita tak pernah dengar nama tuan guru dipalitkan dengan sebarang skandal yang tidak berkesudahan.
Kat bawah ni pula adalah antara isi kandungan buku ini.