Catatan kali ini masih lagi berkisarkan tentang sesi temuduga. Saya harap dengan perkongsian tentang sesi temuduga yang pernah saya siarkan dalam blog ini dapat membantu para calon mendapatkan kerja yang diidam-idamkan selama ini.
Baiklah, kebiasaannya dalam mana-mana sesi temuduga, para calon akan beri perhatian dan mempersiapkan diri dengan memikirkan contoh-contoh soalan yang akan ditanyakan oleh pihak panel penemuduga. Kali ini ini, saya akan kongsikan sedikit info tambahan berkenaan dengan bahasa badan yang perlu anda lakukan supaya sesi temuduga yang bakal anda lalui akan menjadi lebih menarik.
Biasa orang kata, apa yang kita katakan tidaklah begitu penting berbanding cara kita memperkatakan tentang sesuatu perkara. Sebagai panel penemuduga, mereka mempunyai set dan kriteria tertentu yang dijadikan sandaran sebelum menerima mana-mana calon untuk bekerja. Ini bermakna, dalam sesi temuduga ini juga, pihak panel penemuduga perlu kenal pasti, mana satu calon yang betul-betul serius nak bekerja, dengan calon yang banyak menipu dan memberi informasi yang kurang tepat semata-mata untuk dapatkan pekerjaan tersebut.
Dari mana panel penemuduga ini boleh tahu sama ada seseorang calon itu serius atau tidak nak bekerja? … dan bagaimana pula panel penemuduga boleh tahu sama ada jawapan yang diberikan oleh calon adalah betul atau bohong?
“Dari bahasa badan calon tersebut…”
Ini adalah perkara yang saya akan bincangkan dalam artikel ini. Jadi apa kata anda teruskan pembacaan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai topik ini.
(1) Mata
Pastikan sepanjang sesi temuduga dijalankan, anda sentiasa memberikan fokus kepada pihak panel penemuduga. Pastikan sentiasa ada eye contact antara anda dan juga panel penemuduga. Tumpu pada panel penemuduga anda, jawab dengan yakin, jika anak mata anda ke kiri dan ke kanan menunjukkan anda tidak yakin atau anda sedang mencari jawapan untuk persoalan yang ditanya. Jika semasa temuduga anak mata anda asyik kebawah menunjukkan anda tidak yakin atau seorang pemalu.
“Bagaimana kalau anda memang adalah seorang yang pemalu secara semulajadi?” Tak ada masalah. Berlakon sahajalah. Anggap sahaja dalam tempoh 20 – 30 minit sepanjang sesi temuduga ini dijalankan, anda adalah seorang yang penuh keyakinan dan bukannya seorang yang pemalu.
Untuk bertentang mata ke mata dengan panel penemuduga, mungkin akan buatkan anda rasa kurang selesa. Jadi saya syorkan anda fokuskan pandangan ke bahagian kening sebelah kanan si penemuduga. Ia nampak seperti anda sedang pandang ke mata, tetapi sebenarnya tidak. Anda boleh cuba sendiri teknik ini ketika berbual dengan rakan anda. Ianya akan kelihatan seolah-olah anda sedang melakukan eye contact, namun sebenarnya tidak.
(2) Bibir dan kawasan sekitar bibir anda
Bagi menyakinkan penemuduga jadikan kepala anda sedikit senget dan angkat wajah anda, dalam keadaan ini menunjukkan anda seorang yang bersedia beraksi dan penuh keyakinan.
Sebaiknya jangan ketap bibir atau mengigil kerana ini akan mengganggu anda untuk berkomunikasi dengan berkesan dalam sesi temuduga. Sebaiknya bercakap dalam nada tenang dan bercakaplah secara teratur serta dengan ayat tersusun. Pastikan bila anda menjawab persoalan hanya dalam 30 saat sahaja, ini temuduga bukannya sesi bersembang. Ingat tu.
Selain itu, cuba praktis dihadapan cermin untuk menjawab soalan sambil tersenyum. Pastikan otot disekitar pipi dalam keadaan rehat atau relaks, kerana bahagian ini adalah bahagian yang cukup mudah untuk menonjolkan emosi seseorang. Contohnya kalau seseorang itu sedang marah, kita boleh lihat di bahagian pipi ada kesan seperti ada pergerakkan. Anda boleh cuba sendiri.
Lazimnya bila seseorang tu marah, dia akan mengetap gigi secara spontan. Ini menimbulkan kesan di bahagian pipi. Jadi, elakkan perkara ini dilakukan semasa sesi temuduga, walaupun pada ketika itu anda ditanyakan soalan yang agak sensitif.
(3) Tangan
Tangan juga adalah salah satu anngota badan yang berupaya memperlihatkan anda berkomunikasi dengan bagus. Semasa sesi temuduga berlangsung pastikan tangan anda dalam keadaan terbuka. Contoh kedua-dua tangan anda sentiasa bergerak seiring dengan percakapan anda. Atau tangan kanan anda letak di peha kanan dalam keadaan genggaman dan tangan kiri anda sentiasa bergerak menunjukkan kesediaan anda beraksi.
Elakkan dua benda ni jangan membuat bunyi seperti mengetuk kerusi atau menyilangkan tangan anda, jika anda lihat penemuduga yang berbuat demikian boleh jadi mereka tidak berminat dengan apa yang anda jawab. Bila jadi begini sepatutnya anda habiskan jawapan dengan segera.
(4) Kaki
Ok… yang terakhir adalah kaki anda. Bila melangkah masuk ke bilik temuduga, berjalanlah dengan tenang dan bersederhana. Elakkan jalan menyeret-nyeretkan kaki anda. Cara begitu seolah-olah anda datang dalam keadaan terpaksa dan tidak bermaya. Bila duduk pula sila pastikan keadaan kaki dalam keadaan terbuka, jangan silangkan kaki. Elakkan juga anda duduk dalam keadaan terbuka berlebihan seperti keadaan terkangkang yang menunjukkan anda terlebih santai.
Bukan nak kata bahasa badan ni 100% betul, cuma bahasa badan adalah reflex semulajadi ke atas sesuatu yang berlaku dan memang tidak boleh dibuat-buat. Dari situ pihak penemuduga mengetahui keadaan kita melalui komunikasi bahasa badan.
Saya harap panduan yang ringkas ini bermanfaat untuk anda. Jika anda perlukan panduan yang lebih menyeluruh, yang membincangkan topik mengenai kejayaan dalam sesi temuduga, anda boleh klik pada mana-mana satu link di bawah.
LINK 1: Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (RLTKK)
LINK 2: Rahsia Bijak Temuduga (RBT)
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda! Saya doakan semoga anda berjaya mendapatkan pekerjaan yang anda idam-idamkan itu.
terima kasih..boleh dipraktikkan ni kalau saya dapat interview oleh mana-mana pihak…doakan saya dapat kerja cepat ya =)
boleh jadi panduan kepada mereka yang nak interview tu
dah lama tinggal bab temuduga nih.
so, memang fail kot kalau aku gi temuduga esok.
Dah lama tak pergi interview.
Adalah anak-anak buah tanya pasal tips pergi interview, nanti bolehlah kongsi tips ni. Rasanya yang no 1 tu paling membantu.
Betapa pentingnya bahasa badan bagi menarik perhatian penemuduga.
Saat yang paling mencabar ketika memohon pekerjaan adalah waktu temuduga..