Berniaga di Facebook tidaklah semudah mana. Ada ketikanya kita terpaksa berhadapan juga dengan pelbagai cabaran.
Jadi kali ini saya akan kongsikan antara cabaran-cabaran yang mungkin anda akan hadapi dan serba sedikit tips untuk mengatasinya.
FB Fan page kena unpublished
Ini adalah page yang saya gunakan untuk mempromosikan program buat duit dengan live streaming. Page ni pernah kena unpublished sebelum ini.
Saya pun tak tau apa sebabnya page ni kena unpublished. Apa yang saya boleh teka ia mungkin sebab saya agak jarang update status kat laman fanpage tu. MUNGKIN ini salah satu cara yang pihak FB gunakan untuk memastikan laman-laman fanpage yang diwujudkan semuanya berkualiti.