Jika anda membeli perkakasan elektrik ataupun membeli peranti seperti smartphone, laptop, komputer dan sebagainya, saya percaya anda juga akan temui istilah “local manufacturer Warranty” dan adakalanya produk yang dibeli tidak dinyatakan sama ada mempunyai warranty ataupun tidak.
Dalam kes tertentu, kita tahu sesuatu produk tersebut ada warranty daripada mulut peniaga itu sendiri. Warranty seperti ini kita namakan sebagai seller warranty.
Pada satu hari, saya tertarik untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang handphone Asus Zenfone C.
Macam-macam jugak soalan yang saya tanya kat penjual tu. Walaupun sebenarnya saya pun bukannya faham sangat pasal spesifikasi handphone.
Pada saya, asalkan kamera lawa, boleh rakam video, memory besar, bila browse internet tak ada sekat-sekat, itu dah cukup baik.
Lagipun, smartphone macam ni saya cuma akan guna untuk whatsapp, dan mungkin untuk tangkap gambar sikit-sikit.
Soalan terakhir yang saya tanya kat penjual tu ialah,
“Waranti dia macam mana? Waranti dari Asus ke waranti kedai?”
Jawab dia, “Ini waranti kedai.”