UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Apa beza antara Local Manufacturer Warranty dengan Seller Warranty?

October 21, 2015 by sabree hussin 3 Comments

Jika anda membeli perkakasan elektrik ataupun membeli peranti seperti smartphone, laptop, komputer dan sebagainya, saya percaya anda juga akan temui istilah “local manufacturer Warranty” dan adakalanya produk yang dibeli tidak dinyatakan sama ada mempunyai warranty ataupun tidak.

 

Dalam kes tertentu, kita tahu sesuatu produk tersebut ada warranty daripada mulut peniaga itu sendiri. Warranty seperti ini kita namakan sebagai seller warranty.

 

Pada satu hari, saya tertarik untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang handphone Asus Zenfone C.

 

hanphone_asusMacam-macam jugak soalan yang saya tanya kat penjual tu. Walaupun sebenarnya saya pun bukannya faham sangat pasal spesifikasi handphone.

 

Pada saya, asalkan kamera lawa, boleh rakam video, memory besar, bila browse internet tak ada sekat-sekat, itu dah cukup baik.

 

Lagipun, smartphone macam ni saya cuma akan guna untuk whatsapp, dan mungkin untuk tangkap gambar sikit-sikit.

 

Soalan terakhir yang saya tanya kat penjual tu ialah,

“Waranti dia macam mana? Waranti dari Asus ke waranti kedai?”

 

Jawab dia, “Ini waranti kedai.”

 

Jadi, kalau waranti kedai, maknanya ini adalah seller waranti. Sampai sini anda dah faham ke belum?

 

“Kenapa anda perlu faham apa beza antara Manufacturer Warranty dengan Seller Warranty?”

Pertama sekali, saya tak nak anda rasa seolah-olah DITIPU oleh peniaga atau penjual. Lebih-lebih lagi untuk individu yang pantang nampak harga MURAH, terus dia menggelupur nak buat pembelian. Sabar dulu… sebenarnya ada sebab kenapa harga boleh jadi sangat murah.

 

Saya nak cerita tentang “Local Manufacturer Warranty” terlebih dahulu. Jadi sila tumpukan perhatian pada screenshot dibawah

 

asus_manufacturer_warranty-explain

Screenshot ini saya ambil dari laman web ini.

 

Pada kotak berwarna merah yang saya tandakan dengan anak panah berwarna biru, ia tertulis “1 Year Local Manufacturer Warranty” dan “Genuine Product”. Maksudnya, produk ini adalah produk yang Original dan jika terdapat sebarang masalah semasa penggunaan dalam masa setahun, anda boleh kunjungi mana-mana Asus service center untuk dapatkan perkhidmatan baik pulih secara PERCUMA ataupun tukar terus handphone yang baru.

 

Syaratnya ialah produk kena produk yang ASLI dan warranty dikeluarkan sendiri oleh pihak pengeluar (manufacturer) iaitu dalam situasi ini ialah Asus. Lazimnya, setiap pembelian akan didatangkan bersamanya waranti daripada pengeluar selama setahun.



Bagaimana pula dengan seller warranty?

Biasanya penjual akan kata produk tu ialah AP set. Maksud AP kat sini ialah produk tersebut memiliki Approval Permit untuk diimport dan dijual di Malaysia namun ia tidak melalui pengedar yang dilantik oleh pengeluar produk itu sendiri.

 

Untuk kes-kes seperti ini, jika handphone yang anda beli mempunyai masalah tertentu, anda hanya boleh berurusan dengan kedai tempat anda membeli handphone tersebut sahaja. Lazimnya tempoh waranti juga lebih pendek berbanding jika anda beli set yang original.

 

AP set bukanlah bermaksud ianya tidak original. Penjual mengimport telefon-telefon tersebut terus dari kilang di luar negara. Cuma dalam proses tersebut, mungkin terdapat beberapa komponen dalam telefon tersebut yang ditukar kepada komponen yang dikeluarkan oleh syarikat pihak ketiga bagi menjimatkan kos.

 

Sebagai contoh, motherboard dan perisian masih lagi guna yang ORI tetapi button dan casing tidak ori. Ini contoh sahaja.

 

Satu perbezaan yang ketara antara manufacturer warranty dan seller warranty ialah dari segi tempoh perlindungan dan juga harga jualan sesuatu produk.

 

Jika anda memilih untuk beli produk yang bukan original, sebaik-baiknya anda beli dengan penjual yang dekat dengan lokasi anda. Contoh kalau anda tinggal di Kuala Lumpur, janganlah beli barang yang AP set dekat Kedah pulak. Nanti kalau phone tersebut problem, anda perlu ke kedai tersebut. Kos untuk ke Kedah mungkin lagi mahal daripada kos baik pulih phone yang rosak tu nanti.

 

Manipulasi dalam sistem pemberian warranty

Benda ni biasa sangat terjadi dalam jual beli secara online. Penjual suka-suka hati je mendakwa yang produk jualannya Original, tetapi sebenarnya produk tersebut AP Set, ataupun underwater set, refurbish ataupun recondition.

 

Jadi kat sini, sebagai pembeli, kita juga perlu ada serba sedikit pengetahuan tentang produk dan perlindungan yang sepatutnya kita perolehi. Jangan sampai tertipu dengan helah peniaga yang tak jujur.

 

Macam kalau nak beli gadget secara online, cari yang boleh COD. Sebabnya kita boleh sahkan status original sebelum buat sebarang pembayaran. Itu lebih selamat, dan kalau peniaga tak tawarkan kaedah COD pun tak ada masalah. Cari je penjual lain yang tawarkan opsyen tersebut.

 

Kalau anda nak beli handphone jenama Asus dan memilih untuk lakukan COD, boleh beli kat sini.

 

Kesimpulannya, jika anda ada duit lebih, ada baiknya anda cari yang original set. Namun, kalau tak cukup bajet, bolehlah dapatkan yang AP set, namun anda perlu tahu apa risikonya. Buatlah keputusan untuk membeli dengan bijak dan jangan terlalu ikut perasaan ya…

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Beza Antara Ebook Buat Duit Dengan FB Group Di Pasaran
  2. Adakah Beri Warranty Mampu Mempengaruhi Pelanggan Buat Keputusan Untuk Membeli?
  3. Apa beza antara kerja sebagai seorang Translator dengan seorang Interpreter?
  4. Perbezaan Antara Bisnes MLM Dengan Bisnes Sim Kad Tone Excel

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: apa maksud waranti kedai, apa maksud warranty, local manufacturer warranty

Comments

  1. adesutisna says

    October 24, 2015 at 12:45 am

    terimakasih banyak informasinya bermanfaat

    Reply

Trackbacks

  1. Tips membeli belah secara online di laman web Lazada Malaysia - Blog Sabree Hussin says:
    February 16, 2016 at 4:05 pm

    […] Klik untuk baca: Apa beza antara Local Manufacturer Warranty dengan Seller Warranty […]

    Reply
  2. Apple iPhone Refurbished Set: Apa benda sebenarnya ni dan berbaloi ke untuk beli? - Blog Sabree Hussin says:
    February 18, 2016 at 1:31 am

    […] Klik untuk baca: Apa beza antara Local Manufacturer Warranty dengan Local Supplier Warranty?  […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Apa itu Advertorial?
  • Homestay Kota Bharu Inap Ayahandabonda
  • 10 sebab kenapa anda perlu outsource sebahagian daripada proses bisnes anda
  • 7 Tugasan yang anda boleh outsource untuk mengembangkan perniagaan anda
  • Habbatussauda Magic Blue (MEXBLU)

Recent Comments

  • Senarai tempat menarik di Kota Bharu - Xplorasi Destinasi on Homestay Kota Bharu Inap Ayahandabonda
  • sabree hussin on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • mjun on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • callistalen on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • Kenapa perlu ada Rancangan Perniagaan (Business Plan) sebelum memulakan sebarang perniagaan - Sabree Hussin Dot Biz on Bagaimana menjalankan perusahaan Penternakan Kambing yang berjaya?

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2022 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in